Pages

Jul 27, 2011

dalam terik ada redup

salam satu agama.

hari semalam berbeda sedikit berbanding hari-hari kelmarin. jarang zagazig sesak begini. seawal pagi lagi, kereta bergerak seperti merangkak di jalanraya yang tiada berbarisan itu, seperti ular dipalu pula gayanya. kereta sewa yang kami naiki terpaksa menempuh jalan yang jauh untuk menuju ke destinasi.

benar.
hari semalam itu rasanya lain sedikit. panasnya menyengat. jarang terasa panas yang macam ini. tetpi tidak mengapalah. siapa lagi mahu menemani kawan serumah ke lapangan terbang kalau bukan kawan serumah sendiri. jadi saya nekadkan diri saja.

dan dalam pada itu juga saya sebenarnya lari. lari dari satu realiti yang tiada pernah saya suka. mencungkil hasil setelah jenuh berusaha-sesuatu yang mendebarkan dan tidak suka saya hadapi. maka berpergian seperti ini lebih menenangkan, biarpun cuacanya terik menggila.

oh, panas yang membakar itu membawa saya ke dalam lena. aneh bukan, terik-terik begitu juga saya bisa tidur. iyalah, kelmarin sudah saya sibuk merisaukan natijahnya. hari itu, saya diundang rasa lelah, biarpun hanya perlu menghadap sang matahari di dalam kereta sewa sederhana itu.

tapi panas itu sirna tiba-tiba. cuaca untuk saya kian redup. jalan mulai berlonggokan bunga-bunga. udara terasa segar. Allahu rabbi. rezeki tuhan itu indah sekali. siapa tahu  tuhan mahu mengurniakan berita gemilang itu dan mengubah pandangan saya terhadap cuaca-cuaca.

terik kian meredup.
jalan dihiasi bunga.
udara  langsung menyegar.


begitu juga dengan kawan saya yang akan pulang ketika itu. bahkan Allah kurniakan dia berita yang lebih gembira dari kami semua. hanya syukur terluah di bibir saat itu.


tapi, tidak semua yang merasakan redup, di terik-terik mentari begini. banyak juga yang merasakan mendung hari itu. ujian tuhan pada hambaNya berlainan setiap satu mereka.
saat aku merasa redup, mereka merasakan mendung. ironinya, kedua-duanya menyirnakan cahaya, tapi berbeza suasananya.
mendung lebih sedih, redup lebih kepada tenang.

Alhamdulillah,
atas tuhan yang mengurniakan nikmat.
dan mengurniakan ujian.

wassalam.

Jul 25, 2011

apa datang selepas susah?

salam satu agama.

rasa bersalah sebenarnya.
mungkin ada dari pembaca blog ni yang berkobar2 nak datang sini ambil medik (korang datang bukan sebab nak baca sangat pun kan.. nak tau pasal mesir je.. hehe) tapi bila baca aku tulis buruk2 pasal mesir, terus down.

yup, mesir memang teruk.
and yeah, medik sangat susah.

kalau ada junior tanya aku, aku memang takkan galakkan diorang ambik medik.  jarang sebenarnya jumpa orang yang ambik medik galakkan. most of us tak galakkan. haha.
tapi andai kata dah minat, aku tak halanglah.
sebab bila minat, segala macam halangan yang datang pun, sepatutnya kita masih boleh senyum.

ye. medik sangat susah. tapi jujur kata, aku tak rasa menyesal ambik medik. best la jugak. hehe. cuma aku taklah galakkan sangat ambik kat middle east. banyak je lagi tempat lain. tapi kalau dah rezeki ke sini, tak apalah kan.

memang, kat sini sesak macam gila. panas melampau2. berdebu2.
tapi dalam situasi macam ni, bila Allah bagi nikmat, terasa sangat indahnya.
bayangkan panas2, dapat minum jus mangga sejuk? perghh nikmat. fresh lagi!
barang pun murah. kalau pandai buat bisnes, boleh untung banyak. hehe.
awek cun2. eh, tu bukan nikmat. tu ujian. haha.
erm, suasana. yes. orang selalu kata, mesir ni suasana islam dia bagus.
well, taklah bagus sangat. tapi, betul. mesir bukan sekadar 'tong sampah tandas di mana2', tapi juga tempat yang ada penghayatan dalam ibadahnya.
contoh, ini masih belum bulan ramadhan.
tapi kita dapat lihat penjaga kedai solat di dalam kedainya, menjaga hak-hak solat.
kita dapat lihat orang baca quran di mana jua mereka berada.
kita dapat dengar salam di mana2.
kita dapat dengar zikir2 meluncur keluar di mulut mereka.
Allahu rabbi kalau kita dapat ikut jejak langkah mereka yang ini.
lagi, kita dapat jalan2. berjalan ni sebenarnya digalakkan islam jugak. kita mengenal bangsa lain, adat lain, budaya lain, suasana lain.. untuk kita ambil iktibar. menarik woo. lagi2 kalau lepas exam. bertebaranlah budak2 mesir merayau. huhu.

 banyak bunga woo sekarang nih. cantik.

 nampak tak brader tu baca quran? Allah~

 pantai kat alex.


 member aku stadi pakai malindo lagi doh. haha. kenangan ni.

oh ye. mesir jugak banyak kucing yang comel gila.

kat mesir je berani makan kedai mahal2.


benar, mesir memang susah.
ejaan mesir dalam bahasa arab, mim-sin-ra.
mim-musibah.
sin-sabar.
ra-redha.


balik negara nanti, moga hati secekal besi, segagah mentari. kerana setiap yang susah, yang senang mengiringi.

cik zieda, kalau rajin tolonglah linkkan ke blog anda ye. pembaca ekau banyak datang blog ni baca artikel aku yang dulu pastu ada yang down. aku rasa bersalah. haha.


ni je hadiah ko nak bagi diorang, zieda? kamonlah. hahaha. =p


result nak kuar. saspen habis weh. menyesal banyak main. huhu.
Allahu Rabbi.
wassalam.

Jul 23, 2011

their first impression

salam satu agama.

biasalah. sejakc duduk kat mesir ni aku banyak buat video2 amal. kalau kat mesia, sori, setiap video berbayar okeh! tapi aku taknak la demand2 sangat kan kalau kat sini sebab ramai lagi kot yang lagi power. stok pakai after effect bagai. pergh. korang ni nak buat filem gerak khas ke? huhu.

anyway, laptop rosak maka kerja pun tergendala. sebenarnya aku nak kena buat video untuk pengenalan zagazig nanti, masa orientasi budak2 baru AQM. so, di tangan akulah bagaimana first impression diorang. muahahahaha.

so, korang ada pendapat tak?
nak buat cemana eh? nak bagi diorang hakikat yang pahit ke, nak bagi diorang ilusi yang indah? hehe. ataupun kita tunjuk realiti yang cantik je. sampah2, tahi himar tu, jangan tayang, camtu? bukan ape, dengar2 ceritanya, dulu, bila ada orang tengok zagazig ni kotor, dia request pindah terus.

terasa hina lak zagazig ni. T___T


apapun anak2, jujurnya aku bersyukur tahu di zagazig. buminya tak sesak macam cairo. kami ada krib. hehe. teksi murah. tremco murah. zagazig ada macam themepark. (jangan imaginew macam mesia punya, sebab sangat sedih) dan macam2 lagi. at least, hidup kat sini, aman sikit kot. takyah la serabut nak fikir nak naik bas nombor berapa, teksi putih ke hitam, tambang banyak mana.

so, korang nak kenal zagazig?

tunggu~  hehe

laptop pun rosak, kejadah nak siap videonya.

ok lah, babai.

ada idea untuk video, komen ye. atau sesapa nak berlakon, nak bagi pinjam kamera ke, cantik gak. huhu.


ok ni macam tipu sikit. ini memanglah zagazig. tapi rasanya tak banyak kot pemandangan cantik macam ni. haha

wassalam.

Jul 22, 2011

secangkir kasih

salam satu agama.

orang kata, doktor bukan menyembuhkan, bahkan Allahlah yang memberikan sembuh itu.
begitu juga penawarnya.
tak kiralah banyak mana pun ubatan yang akan kita makan, tanpa kasih sayang, tiada gunanya jua.
kasih sayang aku kira ubat yang tiada tandingannya. MAKA, apabila tiada kasih sayang, parah akibatnya.
biarpun orang yang memberi kasih sayang itu jauh, tapi, still, kasih sayang tiada taranya.
biarpun mereka yang dekat itu ramai, tapi, still, tanpa kasih sayang, apa bezanya?


sendirian dalam khalayak ramai.
tika itu aku mengerti harga kasih sayang.
bukan sekadar penenang jiwa, bahkan ia adalah ubat!

maka nanti, kalau kita bisa bergelar doktor suatu hari nanti,
aku nasihatkan, ubatilah dengan kasih sayang.
kerana dadah itu sentiasa perantara, sedang ubatnya adalah
kasih sayang.



dahlah demam.
komputer rosak.
azab, tahu?
bila nak mula buat novel ni? rangka pun takde lagi.
permudahkan ya Allah~


wassalam.

Jul 18, 2011

debaran




sedang orang nak menikah pun berdebar. lagikan yang ini. debaran-debaran gusar mampir setiap kali aku teringat. tuhan, takutnya aku. debaran ini bukan tanda suka, tapi tanda segan sebenarnya. aku segan pada semua. pada dunia yang sudah bersedia, sedang aku belum, pada amalan-amalanku yang lalu, entah diterima tidak, pada diri sendiri. ya, aku berdebar kerana masih tidak bersedia!

semakin jauh aku melangkah ke dunia realiti, semakin kurang kiranya amalanku. sedang hari sekolah sudah mengintai bak gadis menjeling bakal suaminya di sisi pintu dapur. oh, dia mengintai gembira, sedang aku gelisah. yang bakal menjengah nanti bukan yang biasa. paling istimewa mengalahkan apapun yang terbaring di muka bumantara ini.

Allahu Rabbi.
bersediakah aku bersekolah ramadhan ini?
sedang diriku masih dikotori tahi-tahi dosa kelmarin,
sedang tanggungjawabku bagai digonggong lewa ke sana ke mari,
sedang aku masih leka duduk di sini,
sedang aku masih tak tahu, sudahkah Kau terima puasaku terdahulu.

oh, pasti saja aku gembira,
kerana berkah ramadhan datangnya dihiasi
permata-permata quran,
yaqut-yaqut zikir,
marjan-marjan solat,
tapi debaran itu tetap ada.

Allahu Rabbi,
sungguh! aku berdebar bukan kerana gembira.
aku berdebar kerana belum bersedia.

seakan dunia pun mendengar,
'Burr' 'Burr' kata hatiku.

salam satu agama.

Jul 16, 2011

terasing

salam satu agama.

entahlah. bila direnung-renung dunia sekarang, semuanya berbeza. dunia yang dianggap realiti semakin hari semakin realiti. dunia kian nampak asing dengan mereka-mereka yang memperjuangkan kebenaran. kebenaran itu sendiri ditentang dengan dua cara, musuh laknatullah yang tak habis-habis mahu menghapuskan Islam sebenar, ataupun mereka yang meracuni perjuangan dari dalam.mereka lebih hina dari setitik nila. mereka itu seperti sel kanser yang membarah sehari demi sehari, jika tak diubati.

sehari demi sehari juga, aku nampak perjuangan itu bukan mudah. aku melihat mereka yang berjuang ditentang habis-habisan di serata dunia. aku melihat ulamak-ulamak dikritik sewenang-wenangnya. aku melihat ulamak su' berani mengeluarkan fatwa. aku melihat hadis nabi menjadi benar. bukan hadis tentang konstantinopel. ini hadis yang mengerikan. merak yang diangkat menjadi pemimpin adalah mereka yang datang dari golongan jahil, dan mereka mengemukakan fatwa yang salah, dan merosakkan masyarakat. Allahu rabbi. itulah situasi kita sekarang.

aku biasa lihat, ulamak bertelingkah pendapat. tapi yang aku hairan adalah mereka yang menjatuhkan para ulamak tanpa menerima pendapat mereka.
bahkan mahu menerima pendapat ulamak pun sukar. cara baik sudah digunakan, cara kasar tidak dibenarkan, maka apabila digunakan cara sindiran, mengamuk pula.

tuhan sahaja yang tahu betapa kusutnya dunia. setiap watak yang cuba berlaku baik, pasti ada sahaja watak yang menenggelamkan usahanya. sebuah episod klise movie melayu yang berulang di sekitar dunia, atau lebih spesifik, di negara kita.

realiti itu definisinya apa? adakah realiti itu bermaksud 'sesuatu yang lebih buruk dari yang disangka'? kerana itu definisinya di mata aku. lihat sahaja realiti perjuangan, teroinya di sekolah tampak lebih telus, dan musuh-musuhnya juga selalu saja yang kalah, seperti power rangers lagaknya.

Allahu rabbi. tunjukkan kami jalan lurusMu. kekalkan kami sebagai tentera-tenteraMu.

di balik perjuangan itu, ada barisan besar ulamak, dan mereka yakin di mana mereka berada. tapi, ada pihak-pihak kecil bersedia melawan segenap tentera yang kemas pegangannya, dan rasa dia mampu menggegarkan mereka.

ah, kalian tak mengerti. baca di sini saja.
abu naila, idea anda menarik, tapi.. kurang pintar. ah, kalau al-qardhawi boleh bersuara, anda boleh bersuara, mengapa tidak saya?


dan lagi satu, pmram, dari sebelum datang sampailah di sini. semuanya tentang hangpa buruk (segelintir saja baik). kalian bagus, cuma, bab ponteng kelas dan politik, itu kena pandai jagalah. masakan pokok bergoyang kalau angin tiada. jangan jadi kanser itu. yang baik pula, tengok-tengokkan mereka ini, bukan "eh aku baik. siapa kata kami ponteng kelas?" antum yang baik tu, baiklah. yang tak baik tu yang nak dijaga. biar orang tak ungkit pasal ni lagi dah.

Jul 15, 2011

salam satu agama.

cemanalah nak menulis kalau kepala pusing kan?
tak payah pergi wonderland kat cairo pun, kepala boleh pusing. pergh. penangan seif di mesir.

aku kenal seorang manusia namanya nila.
well, dalam mana-mana cerita perjuangan, pasti adanya si kambing hitam ni. suka buat hal sendiri, tak ikut cakap pemimpin, dan merasakan dirinya cukup hebat. malangnya, dia hanyalah setitik nila, yang akan merosakkan jemaah. jemaah comes with a clean hand, tapi dia dah buat perjuangan nampak cacat. memalukan. mencemarkan. nila, aku kenal kau dah lama. kau memang kaki manipulasi yang hebat. tapi pastinya aku yang barusan saja berumur sekitar 16 tahun, waktu itu, takkan tertipu.
aku tak tahu bagaimana kau berfikir. kau sanggup menipu kerana duit, dan perjuangan yang kau rasa betul, walaupun kau terpaksa pura-pura mati hidup semula. kau rasa dunia akan percaya. dan aku terkejut, dunia percaya, sekejap. tapi bukan aku. aku tahu itu penipuan, yang bakal mencacatkan kami.


ceritera sang nila ini bermula lama. dia kaya, tapi dia pembazir. habis duit sahabat-sahabatnya dipinjam tapi tak pernah dipulangkan. hei, bukankah kau orang kaya? rumah banyak, duit banyak. kereta, ah, tak sempat pula aku nak kira.

loser, hipokrit. kau mahu semua mencium tangan kau, kau rasakan kau mulia, hingga dunia patut sujud pada sandiwara kau. i dont give a damn.
kalau satu saat nanti aku terpaksa pancung kau, AKU RELA.

yeah. aku bukan penulis hebat macam Fiqvertigo. cerita dia mendalam. dan kalau tidak dia kisahkan pada aku, mana mungkin aku faham.
aku lain pula kadang kalau bercerita, tersimpang jauh. semua tak faham jadinya. jadi tulisan aku ini berbelah bagi, samada direct to the point ataupun 'sembunyi-sembunyi'.

satu saja nasihat aku pada kalian, dengar cakap pemimpin, fahami perjuangan kalian, dan bergerak bersama, bukan bersendirian.
jangan jadi macam si nila ini. tak perlulah terlalu desperate untuk upah SB jaga tepi kain kau, kalau kau berjuang selama ini hanya untuk meraih publisiti.

sungguh, aku tak faham fikiran kau.
dan siapa yang mengerti, diamkan saja. jangan diseru namanya.
biarkan kambing hitam itu berangan dan hanyut sampai bila-bila.

Jul 10, 2011

di tengah-tengah halaman sejarah

salam satu agama.
aku bersyukur. tidakkah kalian? berpijak di hari bersejarah, hidup kita sempat terselit dalam lipatan ceritera yang akan dikenang berzaman nanti, tidakkah kalian bangga?
bukan semua orang dapat merasai ini.

apa yang sejarahnya?
kebangkitan rakyat malaysia. jujur, aku tidak tahu apa rasanya di tengah-tengah kekalutan di tengah-tengah kuala lumpur yang penuh kekusutan itu.
tapi ketika aku melihat gambar-gambar mereka, aku bangga. aku bangga kerana aku sebangsa, seagama, malah sependirian dengan mereka-kenapa perlu takut pada kezaliman?
apa? tidak zalimkah mereka itu? yang mempermainkan rasa rakyat? yang memperlekehkan suara jelata?
oh. kagum aku sebenarnya dengan kalian. dan siapalah aku untuk menilai kehebatan kalian.
senyum saja pada bisikan2 yang mengeji kalian. kalian adalah wira, sebenarnya.
sama seperti mereka yang syahid pada revolusi mesir, tidak lama dahulu.


di iskandariah baru-baru ini.
sangat aman hingga kami mampu menangkap gambar dengan tenang.



masjid sebagai tempat berhimpun. kita nak berhimpun
di stadium pun tak dapat permit.


sebenarnya, melihatkan gambar-gambar dan berita-berita yang mengejutkan, aku hairan. kenapa kalian begitu disekat? sedang aku sendiri-dengan mata kepala, aku melintasi kawasan 'hangat' di bumi mesir, di iskandariah tempoh hari. jalannya sesak, kenderaan tak bisa membolos ke belah yang satu lagi, tapi still, mereka tegar berkumpul secara aman. aku kagum sebenarnya. jumlah mereka bukan setakat ramai, malah ramai gila! dan aku tidak pula melihat mana-mana pihak yang cuba memedihkan mata mereka, ataupun cuba menembak mereka dengan meriam air. itu yang layak dipanggil aman.
yang menentukan sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak, adalah mereka yang mengawalnya.
pihak berkuasa yang menangkap sesuka hati, (nampak sangat polis tak baca blog serius. semua orang tahu bertanya "apa salah saya?" pada polis adalah soalan yang berhak dijawab mereka. ingat kami tuli ke?), dan lain-lain pihak berkuasa yang terlibat.

apa sebenarnya yang terjadi di malaysia? bahang bersihnya sipi-sipi saja sampai ke rumahku.
ah, tak perlu aku turun ke asyir ataupun masjid salam hanya untuk aku tunjukkan semangat aku berdemokrasi. aku tak rasa orang mesir faham. malah, mereka ada perkara lain yang lebih berhak diperjuangkan sekarang-perlembagaan.

hingga menjejak ke saat ini, aku masih pelik sebenarnya, apa yang mereka di atas sana, takut benar dengan keadilan di jalan raya?
bersih ini aku nampak sesuatu yang mudah. sekumpulan rakyat yang mahu menghantar memorandum kepada agong, dengan membuat perhimpunan secara aman.
lalu dari isu ini, banyak pula isu lain ditimbulkan. ambigalah, haramlah, syiahlah, bersepahlah, jalanraya sesaklah.
a deflector is a coward. takut menghadapi realiti.

tahniah kepada mereka yang pergi. tahniah juga kepada kalian yang ditangkap. anda membuktikan rakyat malaysia juga punya suara. dan suara kami lantang bergema.
 Allahuakbar!

 malulah pada muslimah ini.

takkan luntur semangat juang.

 biar luka.

 fight for rakyat or fight with rakyat?

 yalla yalla, kita bersihkan negara!

 main kotor. macam husni mubarak dulu.

 berlawan dengan rakyat sendiri.

 cool. lebih cool kalau mereka di sebelah rakyat.

gambar-gambar ini dari al-jazeera.


wallahua'lam.
just saying.

Jul 8, 2011

biarlah 9 genih pun...

salam.
aku rasa awkward gila dengan dashboard baru ni. mungkin blogspot nak nampak 'cool' jugak macam wordpress kot. huhu.

anyway, alhamdulillah, exam dah habis. pressure no more.
yup,  di alexanderia. rumah student mesir yang terbsesar pernah student mesir ada. aku rasa student kat malaysia pun kalah. mana ada orang bujang duduk banglo. pergh.

senanye aku nak citer ape ni? entah, mana aku tau. hahaha. saje nak test power kat dashboard baru ni. lain sangat. rasa janggal aku.

ok lah, jom kita masuk cerita sikit.

rezeki. percaya tak pada rezeki?
satu hari seorang ustazah tanya anak muridnya.
"kamu percaya tak, Allah boleh makbulkan doa kamu?"
dia mengangguk. angguk patuh. entah betul tidak ada rasa yakin itu.
"baik, sekarang minta pada Allah, kamu mahu seringgit."
dia pun tadah tangan dan berdoa,
"Ya Allah, berikanlah aku seringgit.."
dan ustazahnya memberikan dia seringgit.

apa pointnya abrar oi..
begini. rezeki itu milik Allah. semua yang ada di dunia milik Allah. kadang-kadang kita dapat beli barang yang sangat murah, bukan kerana memang barang tu murah, tapi kerana Allah. itu rezeki kita, da rezeki kita sedikit pun tidak mencalar rezeki penjual. rezeki sang penjual juga telah ditetapkan banyak itu.
kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai jenis rezeki. ada banyak, kita jadik tidak bersyukur, ada lebih, kita jadi terlalu tamak.
nasihat alim ulama, bersederhanalah. bersyukur itu satu bentuk pengaman jiwa.
semalam, contohnya, aku terbeli botol air mineral barakah, yang kecik, dengan harga 9LE.
orang tanya, kalau dah tahu mahal, kenapa beli? pulangkanlah balik. ya tak ya. kenapa aku beli?
dah minum dah pun. nak marah siapa? itu rezeki dia...
kan mudah macam tu. no butthurt. hehe.

tu je. alex best. macam kelang, tapi lagi cantik. klasik. antik. fuh terbaik. rasa macam nak balik malaysia, turun kelang je. huhu.

tu je. wassalam.

Jul 3, 2011

the next step

salam satu agama.








masa itu aku jejak kaki ke pintu kelas praktikal. penat. department histology memang penat didaki. sebelum sempat rintik-rintik peluh turun ke dahi, aku cari-cari ruang kosong di bawah bilahan kipas usang itu. duduk berdepan dengan naqi, dari jauh kira-kira beberapa hasta, aku nampak zakhir. mulalah dia dengan lawaknya, pagi-pagi pula tu. aku senyum saja dari jauh.
 
aku membelek malas-malas buku histology di depan.  mujur ada naqi di depan, sibuk bertanya pasal bahasa arab. seronok lagi melayan naqi dari menyelak helaian histology ni.

zakhir mampir kemudian. dalam banyak-banyak cerita, klimaks tiba pada topik histology juga. kesan histology yang mencengkam membuahkan manca rasa, sedih campur geram. entah geram dengan siapa. zakhir tak terkecuali.

ada bait-bait sedih dikongsinya. tapi tujuannya bukan untuk itu. zakhir ini aku kira kawan yang unik dan istimewa. otaknya tak terencat. tak perlu menjadi terencat untuk bergelar istimewa, kan?

nasihatnya pada aku, jelas.
sedih itu satu rasa, katanya. tapi janganlah kita sedih sampai menyalahkan. tiada siapa yang berhak disalahkan. semuanya disusun atur oleh tuhan.
hai, kalian yang belajar medik, tak terpegunkah kalian bila membelek buku biochemistry?
apa akan jadi kalau ada free radical di jantung? myocaridal infarction kan? bayangkan, betapa sempurnanya susunan tuhan, ion2 di dalam badan kita bertukar dengan sempurna. bayangkan saja, kalau ada free radical di jantung kita, tak ke mati? betapa bergantungnya kita pada Dia. hidup mati kita, Dia yang tentukan. tak perlu nak takdirkan kita jatuh bangunan. cukuplah dengan tersalah tukar ion di dalam badan. boleh mati.
begitu hebatnya susun atur tuhan. lalu siapa hendak disalahkan kalau yang datang pada kita adalah ujian ataupun kegagalan?

ah.. siapa yang tahan kegagalan. aku tunduk. pasti luluh harapan ayah emak di rumah sana. tak mahu aku terus menyeksa tulang belikat mereka memikul beban menanggung aku sampai bila-bila.
zakhir pandang aku.
"kata marwan, tuhan itu sangat pemurah. Maha Pemurah Dia itu. boleh saja kalau Dia hadiahkan kita kejayaan dengan mudah. tapi instead of bagi cara tu, Allah sediakan liku-liku dalam hidup kita. biar bermakna. tapi andai kata kita putus asa di tengah jalan, sayanglah kejayaan itu selamanya takkan kita kecapi. setiap liku yang Allah sediakan, ada bunganya untuk kita."
ah. andai saja kita ini reti menghargai rasa susah sekarang. sayangnya tidak. kita tuli dari melihat hikmah tuhan.

di penghujung susah itu, ada senang. begitu juga setiap senang diiringi kesusahan. mahu hidup yang sempurna? jadilah tuhan di dunia sendiri. sedarlah untung diri kerana berpijak di bumi Allah. sedarlah hanya Dia yang mengerti apa yang baik untuk ciptaannNya. dan kita? belajar tentang anatomi struktur dalam badan pun belum habis diteroka, mahu lawan sama tuhan konon.

tiba-tiba namaku dipanggil. giliranku sudah tiba. dengan gentar di hati, aku buka langkah.
dan memang benar, setiap susah diiringi dengan kesenangan. alhamdulillah.

hari in musim panas. bagi manusia, sangatlah teriknya. bagi pohon-pohon, inilah peluang untuk mereka berbunga.
percayalah, setiap perkara ada hikmahnya. sama seperti di balik cengkaman panas mentari,
ada bunga indah yang menghiasi.

jadi saya mahu tanya,
apa langkah anda setelah berusaha?

Jul 1, 2011

nocturnal journey

salam satu agama.

harini aku dengar perumpamaan yg stail.
pemuda nak berak dan seorang lelaki yg ada bini nak bersalin.
kedua2 situasi membawa kepada rasa tergesa2 nak pulang ke rumah. maka cepat2lah dua ni bawak kenderaan masing2. sampai kat lampu trafik, omg, merah la pulak. kacau daun betul. dah la nak cepat. lalu berdasarkan akal logik mereka, peraturan terpaksa dilanggar kali ni. dua2 pun langgar lampu merah. (bukan langgar tiang lampu trafik tu. tak lawak la ngek).

resultnya, sorang mati, sorang terberak kat atas jalan.

itulah gunanya peraturan. atau nama manjanya syariah.
kalau manusia takda syariah, sapa nak kontrol dia? semua rasa diri dia betul. tapi apa yang dia rasa betul tu akan efek kat orang lain lak.

syariah mengatasi akal.

pasti, kalian pernah dan selalu je kan, dengar pasal nocturnal journey? epic adventure, mengalahkan journey to the west tuh. huhu.
soalnya sekarang, kita percaya ke?
tahu kan, dalam perjalanan tu, nabi lalui macam2 peristiwa. nampak macam2 event.
dah macam filem SAW, cuma lagi seram. berganda2 lagi seram.
satu malam, dari mekah, sampai ke palestin, nak langit. langit?
zaman tu ada ke airasia? firefly? egypt air? huhu.

this is nonsense.
sebenarnya ni adalah satu peristiwa yang paling tak masuk akal dalam agama kita.
dah tu, kalian percaya tak?


nocturnal journey.
setiap tahun ada ceramah,
setiap tahun ada point lagi.
satu-satu peristiwa, tuhan jadikan bersebab.
bukan bodoh-bodoh punya sebab.
ya. memang betul turunnya perintah solat berdasarkan cara ni.
itu bukan aku tak mahu tekankan. tapi aku nak pandang dari sudut lain pula.

dalam banyak2 cara, kenapa cara ni yang Allah guna? nak jadikan bukti untuk orang kafir?
leh, cara ni kita dengar pun rasa susah nak pecaya. bayang la kalau orang kafir tu. kalau sebelum2 ni tak pecaya, kalau lagi lebat camni lagi lah susah nak percaya.


bagi aku, ini hadiah dari tuhan. bukan untuk orang kafir, tapi untuk mukmin, umumnya, dan rasulullah, khususnya.
dapat jumpa Allah, lepas mati isteri, mati pakcik.
tell me, ada tak kegembiraan lain yg lagi power dari tu?
jumpa Allah tau. bukan raja, bukan menteri.
dan untuk orang mukmin, inilah hadiahnya.
kalau kita percaya, maka bertambah bergandalah iman kita.
iman tu tiket ke syurga, tahu?
tiket syurga tak terbayar dengan genih mahupun dinar sekalipun.

dan buat yang tak percaya, nocturnal journey ini memang betul ada,
percayalah, logik telah dikalahkan.
masa nabi nak naik ke langit, ada satu batu nak ikut nabi.
nak tegah. "kau duduk di sini," mafhum kata nabi.
dan batu itu betul2 taat pada nabi. dia diam di udara! tak percaya? pergi palestin. batu besar gila gedabak terapung. sorang je pernah buat walaupun dia dah takde.
namanya muhammad utusan Allah.
baginda diutuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam. makanya, batu dan pokok pun hormat baginda.
so, aku nak tanya, kita ni lagi hina dari nabi ke, sebab degil sangat taknak ikut cakap nabi?



jawab sendiri.


dan yang terakhir sekali.
Allah mahu membuktikan siapa kita, dan siapa Dia, yang hakikatnya.

manusia dibezakan dengan haiwan dan dilantik menjadi khalifah sebab bioleh menggunakan akal sebagai logik, sebagai asas pemikiran.
tapi Allah rendahkan martabat kita berbanding Dia yang Maha Agung, dengan melakukan sesuatu yang di luar logik.
secara logiknya, boleh ke orang pergi ke langit macam tu je?
tak. tapi dah terbukti logik.
maka, Allah menggunakan perkataan 'hamba' instead of 'kekasih' atau 'nabi' dalam menggelar muhammad dalam surah al-israk ayat pertama, yang mafhumnya,

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 

see?
apalah ada pada kita, dan logik kita, mahu melawan hukum tuhan?
maka di mana kita sekarang?
sudah bersedia untuk taat pada tuhan?

wallahua'lam.