Pages

Jul 27, 2011

dalam terik ada redup

salam satu agama.

hari semalam berbeda sedikit berbanding hari-hari kelmarin. jarang zagazig sesak begini. seawal pagi lagi, kereta bergerak seperti merangkak di jalanraya yang tiada berbarisan itu, seperti ular dipalu pula gayanya. kereta sewa yang kami naiki terpaksa menempuh jalan yang jauh untuk menuju ke destinasi.

benar.
hari semalam itu rasanya lain sedikit. panasnya menyengat. jarang terasa panas yang macam ini. tetpi tidak mengapalah. siapa lagi mahu menemani kawan serumah ke lapangan terbang kalau bukan kawan serumah sendiri. jadi saya nekadkan diri saja.

dan dalam pada itu juga saya sebenarnya lari. lari dari satu realiti yang tiada pernah saya suka. mencungkil hasil setelah jenuh berusaha-sesuatu yang mendebarkan dan tidak suka saya hadapi. maka berpergian seperti ini lebih menenangkan, biarpun cuacanya terik menggila.

oh, panas yang membakar itu membawa saya ke dalam lena. aneh bukan, terik-terik begitu juga saya bisa tidur. iyalah, kelmarin sudah saya sibuk merisaukan natijahnya. hari itu, saya diundang rasa lelah, biarpun hanya perlu menghadap sang matahari di dalam kereta sewa sederhana itu.

tapi panas itu sirna tiba-tiba. cuaca untuk saya kian redup. jalan mulai berlonggokan bunga-bunga. udara terasa segar. Allahu rabbi. rezeki tuhan itu indah sekali. siapa tahu  tuhan mahu mengurniakan berita gemilang itu dan mengubah pandangan saya terhadap cuaca-cuaca.

terik kian meredup.
jalan dihiasi bunga.
udara  langsung menyegar.


begitu juga dengan kawan saya yang akan pulang ketika itu. bahkan Allah kurniakan dia berita yang lebih gembira dari kami semua. hanya syukur terluah di bibir saat itu.


tapi, tidak semua yang merasakan redup, di terik-terik mentari begini. banyak juga yang merasakan mendung hari itu. ujian tuhan pada hambaNya berlainan setiap satu mereka.
saat aku merasa redup, mereka merasakan mendung. ironinya, kedua-duanya menyirnakan cahaya, tapi berbeza suasananya.
mendung lebih sedih, redup lebih kepada tenang.

Alhamdulillah,
atas tuhan yang mengurniakan nikmat.
dan mengurniakan ujian.

wassalam.

No comments: