salam satu agama.
masa itu aku jejak kaki ke pintu kelas praktikal. penat. department histology memang penat didaki. sebelum sempat rintik-rintik peluh turun ke dahi, aku cari-cari ruang kosong di bawah bilahan kipas usang itu. duduk berdepan dengan naqi, dari jauh kira-kira beberapa hasta, aku nampak zakhir. mulalah dia dengan lawaknya, pagi-pagi pula tu. aku senyum saja dari jauh.
aku membelek malas-malas buku histology di depan. mujur ada naqi di depan, sibuk bertanya pasal bahasa arab. seronok lagi melayan naqi dari menyelak helaian histology ni.
zakhir mampir kemudian. dalam banyak-banyak cerita, klimaks tiba pada topik histology juga. kesan histology yang mencengkam membuahkan manca rasa, sedih campur geram. entah geram dengan siapa. zakhir tak terkecuali.
ada bait-bait sedih dikongsinya. tapi tujuannya bukan untuk itu. zakhir ini aku kira kawan yang unik dan istimewa. otaknya tak terencat. tak perlu menjadi terencat untuk bergelar istimewa, kan?
nasihatnya pada aku, jelas.
sedih itu satu rasa, katanya. tapi janganlah kita sedih sampai menyalahkan. tiada siapa yang berhak disalahkan. semuanya disusun atur oleh tuhan.
hai, kalian yang belajar medik, tak terpegunkah kalian bila membelek buku biochemistry?
apa akan jadi kalau ada free radical di jantung? myocaridal infarction kan? bayangkan, betapa sempurnanya susunan tuhan, ion2 di dalam badan kita bertukar dengan sempurna. bayangkan saja, kalau ada free radical di jantung kita, tak ke mati? betapa bergantungnya kita pada Dia. hidup mati kita, Dia yang tentukan. tak perlu nak takdirkan kita jatuh bangunan. cukuplah dengan tersalah tukar ion di dalam badan. boleh mati.
begitu hebatnya susun atur tuhan. lalu siapa hendak disalahkan kalau yang datang pada kita adalah ujian ataupun kegagalan?
ah.. siapa yang tahan kegagalan. aku tunduk. pasti luluh harapan ayah emak di rumah sana. tak mahu aku terus menyeksa tulang belikat mereka memikul beban menanggung aku sampai bila-bila.
zakhir pandang aku.
"kata marwan, tuhan itu sangat pemurah. Maha Pemurah Dia itu. boleh saja kalau Dia hadiahkan kita kejayaan dengan mudah. tapi instead of bagi cara tu, Allah sediakan liku-liku dalam hidup kita. biar bermakna. tapi andai kata kita putus asa di tengah jalan, sayanglah kejayaan itu selamanya takkan kita kecapi. setiap liku yang Allah sediakan, ada bunganya untuk kita."
ah. andai saja kita ini reti menghargai rasa susah sekarang. sayangnya tidak. kita tuli dari melihat hikmah tuhan.
di penghujung susah itu, ada senang. begitu juga setiap senang diiringi kesusahan. mahu hidup yang sempurna? jadilah tuhan di dunia sendiri. sedarlah untung diri kerana berpijak di bumi Allah. sedarlah hanya Dia yang mengerti apa yang baik untuk ciptaannNya. dan kita? belajar tentang anatomi struktur dalam badan pun belum habis diteroka, mahu lawan sama tuhan konon.
tiba-tiba namaku dipanggil. giliranku sudah tiba. dengan gentar di hati, aku buka langkah.
dan memang benar, setiap susah diiringi dengan kesenangan. alhamdulillah.
hari in musim panas. bagi manusia, sangatlah teriknya. bagi pohon-pohon, inilah peluang untuk mereka berbunga.
percayalah, setiap perkara ada hikmahnya. sama seperti di balik cengkaman panas mentari,
ada bunga indah yang menghiasi.
jadi saya mahu tanya,
apa langkah anda setelah berusaha?

12 comments:
aku dok terpinga pinga sapa laaa zakhir, patu baru tesedaq, 'oh lagutu ka eja nama dia.' hahaha lampi
'Setiap kesusahan ada kesenangan.' surah Al Insyirah.
kenali erti tawakal :)
semoga Allah permudahkan segala urusan kamu,ameen ya rabbul aalamin :)
Yeah, aku pun macam ko, after Biochem haritu, ni Histo ni tak tahula cemana. Tapi yang pasti alhamdulillah dan insyaALLAH aku akan kuat. Kenapa? Sebab Allah dah cakap,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah Ali Imran: 139)
Tapi memang lumrah la kan sedih ke gembira ke, dan dapat jawab dengan tak dapat jawab tu pun lumrah juga. Allah sendiri dah cakap lagi,
“Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran).”
(Surah Ali Imran: 140)
So, just chill. Allah dah tetapkan segala2nya untuk kita. Kita dah usaha, itu je yang termampukann. Just doa dan tawakkal mengiringi usaha kita
*reminder for myself too, terkena gila dengan 2 ayat tuu*
so, takde sapa nak jawab, what's the next step.
the next step is to tawakkal..=)
mekasih..
zida tu macam zaid plak.. tekonpius...
all da best abrar..
hahaha.... tengkiu zaid.. sebab baca blog aku.. dan doakan.. hehe
baru aku tau medik kt mesir mcm mana.... , ikmal yg cerita. hehe
medic kat mesir macam mana ?_?
rasa macam sama je medic kat seluruh dunia. susah!
tapi di hujung susah tu la ada makna kepuasan. (:
kesian takde org nak jawab.
meh sy jawab.
next step ialah:
keep on praying
&
tawakkal.
:)
Abrar jgn tension sgt•dah usaha tawakallah pula solat hajat doa byk2 semoga pensyarah bermurah hati bagi markah byk. Hati manusia Allah yg pegang kalau soalan objektif memang tak ada
Ruang nak tambah ke krgkan markah. Mungkin mak terlalu menekan abg maafkan mak. Apa2 pun kptsn kita terima dgn redha Insyaallah ada la rezeki dari Allah
sape anonymous bawah aku tu???
MAK aku. hahaha. SERIOUS. lepas ni takleh tulis kawin2. mak aku baca. hehehe
Post a Comment