Pages

Jul 16, 2011

terasing

salam satu agama.

entahlah. bila direnung-renung dunia sekarang, semuanya berbeza. dunia yang dianggap realiti semakin hari semakin realiti. dunia kian nampak asing dengan mereka-mereka yang memperjuangkan kebenaran. kebenaran itu sendiri ditentang dengan dua cara, musuh laknatullah yang tak habis-habis mahu menghapuskan Islam sebenar, ataupun mereka yang meracuni perjuangan dari dalam.mereka lebih hina dari setitik nila. mereka itu seperti sel kanser yang membarah sehari demi sehari, jika tak diubati.

sehari demi sehari juga, aku nampak perjuangan itu bukan mudah. aku melihat mereka yang berjuang ditentang habis-habisan di serata dunia. aku melihat ulamak-ulamak dikritik sewenang-wenangnya. aku melihat ulamak su' berani mengeluarkan fatwa. aku melihat hadis nabi menjadi benar. bukan hadis tentang konstantinopel. ini hadis yang mengerikan. merak yang diangkat menjadi pemimpin adalah mereka yang datang dari golongan jahil, dan mereka mengemukakan fatwa yang salah, dan merosakkan masyarakat. Allahu rabbi. itulah situasi kita sekarang.

aku biasa lihat, ulamak bertelingkah pendapat. tapi yang aku hairan adalah mereka yang menjatuhkan para ulamak tanpa menerima pendapat mereka.
bahkan mahu menerima pendapat ulamak pun sukar. cara baik sudah digunakan, cara kasar tidak dibenarkan, maka apabila digunakan cara sindiran, mengamuk pula.

tuhan sahaja yang tahu betapa kusutnya dunia. setiap watak yang cuba berlaku baik, pasti ada sahaja watak yang menenggelamkan usahanya. sebuah episod klise movie melayu yang berulang di sekitar dunia, atau lebih spesifik, di negara kita.

realiti itu definisinya apa? adakah realiti itu bermaksud 'sesuatu yang lebih buruk dari yang disangka'? kerana itu definisinya di mata aku. lihat sahaja realiti perjuangan, teroinya di sekolah tampak lebih telus, dan musuh-musuhnya juga selalu saja yang kalah, seperti power rangers lagaknya.

Allahu rabbi. tunjukkan kami jalan lurusMu. kekalkan kami sebagai tentera-tenteraMu.

di balik perjuangan itu, ada barisan besar ulamak, dan mereka yakin di mana mereka berada. tapi, ada pihak-pihak kecil bersedia melawan segenap tentera yang kemas pegangannya, dan rasa dia mampu menggegarkan mereka.

ah, kalian tak mengerti. baca di sini saja.
abu naila, idea anda menarik, tapi.. kurang pintar. ah, kalau al-qardhawi boleh bersuara, anda boleh bersuara, mengapa tidak saya?


dan lagi satu, pmram, dari sebelum datang sampailah di sini. semuanya tentang hangpa buruk (segelintir saja baik). kalian bagus, cuma, bab ponteng kelas dan politik, itu kena pandai jagalah. masakan pokok bergoyang kalau angin tiada. jangan jadi kanser itu. yang baik pula, tengok-tengokkan mereka ini, bukan "eh aku baik. siapa kata kami ponteng kelas?" antum yang baik tu, baiklah. yang tak baik tu yang nak dijaga. biar orang tak ungkit pasal ni lagi dah.

2 comments:

Norashikin Abdullah said...

Kata Rasulullah,Beruntunglah mereka yang berada di dalam keadaan terasing. Sedih tekilan juga, Sesama Islam sibuk menjatuhkan sama lain. Musuh melihat ketawa berdekah2, Yang punya ilmu agama, sibuk menfokuskan pada golongan trtntu,terlupa akan golongan yg lebih perlu utk dibimbing, yang tnggi ilmu agama sibuk dgn ilmunya agamanya, yg tdak tggi ilmu agamanya terpinga2 T.T Allahu rabbi

hilmi said...

apakah abu naila itu buta mata hatinya?...