Pages

Apr 29, 2011

yang 'jangan-jangan' untuk para daie

salam satu agama.

hai lagi. rasa janggal pulak sebab semalam tak update. huhu. yelah, semalam buat cerpen, kira menaip jugaklah.

hari ni nak cerita pasal daie. saya bukanlah orang paling layak nak berbicara tentang ni, just nak kongsi pendapat dan teguran yang saya kira perlu.


makin lama makin ramai orang sedar hakikat diri sebagai daie. alhamdulillah.

melayu ni bagusnya suka komplen. bila suka komplen, maka banyak pembaikiannya. contoh, macam haji. orang kata khidmat haji Malaysia terbaik di dunia. mana tak, masalah sikit komplennya panjang. tapi bagus je, sebab kita pastikan diri kita sentiasa terbaik.
macam tu jugalah dengan yang lainnya. alhamdulillah ada masyarakat yang prihatin apabila melihat rancangan2 di TV yang banyaknya lagha, dan kerana komplen2 kita, maka sekarang ni sudah ada banyak rancangan, seperti Imam Muda, Akademi Quran, danlainlain.

lagi, kita boleh lihat masyarakat yang mula menerima Islam. mungkin Islam belum didalami sepenuhnya, tetapi permulaan kepada masyarakat sakinah telah bermula.
masyarakat sudah mula menerima politik Islam.
masyarakat sudah mula menerima syariat tuhan.
masyarakat sudah mula menerima usrah.
masyarakat sudah mula menerima bahawa Islam itu sesuatu yang ideal.

namun, dalam masyarakat yang baru mula2 berjinak-jinak dengan Islam sepenuhnya, tumbuh daie bagai cendawan selepas hujan. alhamdulillah. mereka bukanlah dari kalangan ulama semata, tetapi ada juga dari pensyarah, peguam, doktor, peniaga, tukang gunting rambut, pemandu teksi dansebagainya.

alhamdulillah.

tapi kadang2, dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai daie, kita terlepas pandang beberapa perkara. nampak macam remeh tetapi akan efek dakwah kita.

apa dia? antaranya ialah,

kita suka melabel orang. kalau sekali orang tu buat jahat, selamanyalah dia jahat, tak gitu? kita ni memanglah, nak kena diingatkan semula dengan vlog aimanazlan. pegi tengok kat youtube.
semua orang ada khilaf, semua orang ada silap. biar ulama mana pun, mesti ada silapnya juga.
mana ada manusia yang perfek, betul kan?
jadi elakkan diri kita dari bersangka buruk dengan mad'u kita! kadang2 kita lihat kawan2 yang tinggal solat. kerana dia ni tinggal solat, maka tindakan kita ialah kita pindah bilik (contoh bagi yang duduk hostel, kampus) supaya tak terkena bala dari tuhan.
ha, perangai macam ni memang baguslah sangat. inilah masalah kita. nak baik, baik sorang2.
kalau kita kata pentadbiran di malayisa teruk, contohnya, tanam azam untuk memperbaiki, jadi salah seorang yang boleh memperbetulkan masalah tu, bukan setakat duduk dalam saratoga memaki pemimpin2 tu saja. negara akan kekal macam tu jelah sampai bila-bila.
jangan jadi macam tu. kita kena ingatkan diri kita, bahawa setiap orang boleh berubah. hari ini dia jahat, kalau pandai tarik, mana tahu esok lusa orang tu akan buat baik pula. ini tak, baru sikit dah putus asa.

yang kedua, suka menggunakan hujah tiada manusia yang perfek. hujah tu molek kalau kita gunakan untuk mad'u kita. tapi kalau kita gunakan untuk diri kita, itu alasan namanya. mengelat, tahu?
memang tiada manusia yang perfek. tetapi sebagai seorang daie, memperbaiki diri sebelum memperbaiki orang lain tu sangat penting. kalau kita duk nasihat orang, tapi kita pun sama jahat, agak2nya orang nak ikut ke? pastikan sekurang-kurangnya kita lebih perfek dari mad'u.
buat macam nabi. berdakwah dengan akhlak. bukan bicara semata. baru orang terpikat.

yang ketiga, jadi selebriti. yang ni saya dapat dari artikel iluvislam. trylah cari. tak ingat tajuknya apa. apa yang saya faham ialah, daie hari ini suka berdakwah, atau berpesan, berkata tentang sesuatu yang terperinci. menjurus kepada beberapa topik saja. yang masalahnya ialah apabila topik yang dibincangkan, nasihat yang disampaikan, kebaikan yang diserukan adalah semua kebaikan yang dia buat sahaja. bidang dia sahaja.
kalau boleh jangan begitu. Islam itu syumul. apabila kita jadi macam ni, kita macam menceritakan tentang diri kita semata. kita macam nak kata, "wei dunia, buat macam aku. tengok  aku, baik. buat amal tu, buat amal ni."
kalau boleh, jangan macam tu. kita daie, bukan selebriti.


yang keempat, sempit pemikiran. hey, daie, kalian kena kreatif. critical thinking! two wrong doesn't make a right. kalau kita nampak orang buat salah, kita kena tegur. tapi cara apakah yang sesuai? adakah membantah melulu?
kalau cara kita salah, lagilah situasi menjadi parah.
ketika seorang yahudi masuk ke masjid dan kencing, para sahabat mahu menghalau dan memarahinya. tapi rasulullah biarkan.
cuba bayang, kalau nabi suruh sahabat kejar dia, marah dia, pukul dia. apa jadi? mesti dia lari. habis satu masjid kena kencing.
macam tu jugalah kes ni. kalau kita nampak cara teguran kita akan memarahkan keadaan, cari alternatif lain.
sebenarnya saya nak kaitkan dengan masalah kat mesir ni.
kat mesir ada banyak persatuan. iyalah, persatuan yang lama tak suka ada banyak2 jemaah ni. berpuak-puak, berpecah belah katanya. ya, saya setuju. kalau semua kita fokuskan tenaga kerja kita pada satu jemaah, maka pasti kita akan lebih kuat.
masalahnya, jemaah2 yang ada takkan hilang begitu saja. semua ada agenda sendiri, semua ada objektif sendiri. sebab tu jemaah tu wujud. kerana kita rasa banyaknya jemaah itu salah, maka sesetengah mereka lari keluar dan menyertai jemaah yang mereka rasa paling tepat. paling islamik.
tinggalkan saja mereka yang sesat itu, kan? biar mereka terus sesat dengan jemaah mereka, tak gitu?
jangan macam tu. kalau mereka sesat, kita betulkanlah. dah la kita satu jemaah, saudara seislam pula. matlamat jemaah2 ni semuanya kerana islam. kalau salah, maka tegur. bukan maki, bukan burukkan. anggap
setiap jemaah itu satu individu yang berlainan perangainya. ada cepat marah, ada pemalu, ada pendiam. masing2 ada kelebihan masing2 dan masing2 juga ada kelemahan. nama pun saudara. tugas kita menegur saudara kita yang salah, bukan memburukkan mereka. kelak nama kita yang buruk nanti.
kalau kita saling merai, insyaAllah, perpaduan yang konon kita cari itu, kita akan dapat juga.

yang kelima, cetek ilmu. nak jadi daie kita kena pastikan diri kita rajin mencari ilmu. kalau novelis itu tugasnya membaca, membaca, membaca dan menulis, daie pula tugasnya mencari, mencari, mencari, barulah memberi. kadang2 kita bila sudah mula memberi, seakan lupa, tugas kita juga adalah mencari. mana mungkin ilmu kita sudah cukup. pasti ada kurangnya lagi. jangan jadi sombong untuk belajar, kerana proses belajar itu sampai mati.

sibuk sampai lupa yang aula. kadang2 kita sibuk berprogram, kita sibuk buat kebajikan sampai lupa kita ada tanggungjawab lain yang juga utama yang perlu dilunaskan, seperti belajar. sibuk sangat sampai kurang ibadah kita. ni penting jugak jaga ibadah ni. pernah sekali hassan albanna (ke hassan albasri) melalui satu majlis ilmu. setelah habis, dia berjumpa dengan syeikh itu dan berkata, "tuan, saya tidak dapat menerima kata2 tuan tadi. samada hati saya yang kotor atau hati tuan yang kotor."
ha, nampak apa efeknya? hati kita juga kena bersih macamana? dengan ibadahlah sayang~

yang terakhir, dakwah dan ukhuwah hanya kerana persatuan. adalah kadang2 perangai yang macam ni. mula2 bukan main baik, tapi bila orang tu taknak join persatuan dia, takda dah singgah2 rumah. takda dah jumpa muka manis. mana ikhlas kita dalam bersahabat? dalam berdakwah?

setakat ni, cukuplah dulu. banyak2 kang, kita tak terlaksana pulak kan. yang paling padan muka, yang menulis nilah. nanti kat akhirat Allah tanya, kenapa tak buat apa yang kita cakap. ah sudah.

sama2 kita baiki diri. saya bukan sempurna, cuma sekadar memberi pandangan. andai ada yang tersilap, maka tegurlah saya. komen je. saya tak kisah. kalau boleh klik iklan nuffnang tu sekali. hehe.

wallahua'lam.

Apr 28, 2011

cermin kawan.

salam satu agama.

kawan itu ibarat cermin. kita cermin kawan. kawan itu pula cermin kita.

apa guna cermin?
pepagi sebelum pegi kelas, mesti nak belek cermin dulu. pastikan tudung tu betul, pastikan rambut tu sikat kemas, pastikan jerawat dah picit. huhu. pastikan baju semua nampak perfek! tanpa cacat cela.

macam tulah kawan. sifatnya macam cermin. menunjukkan kita apa kurangnnya diri kita. kita pun samalah, kena jadi cermin utk dia.

kawan, lagi, adalah orang kata teman suka duka. kadang2 kita tak perlu respon pun, cukuplah sekadar mendengar. sebab tu parent kita pun boleh jadi kawan kita. pendengar yang setia.

kawan lagi, utk kita bagi kita gembira. ada tempat utk berkongsi. meluahkan perasaan. meluahkan rahsia.


agak2 kalau takda kawan, macamanalah ye.. House yg super jerk pun ada kawan jugak. hurm.


apa perasaan kalau kita ditinggalkan kawan?
rasa kosong.
rasa jauh.
sepi.

kambing yang berseekoran (berseorangan) lebih senang dibaham serigala. mereka yang takda kawan, lebih senang sesat dek syaitan sebenarnya!

kawan, kena tinggal bersendirian sangat tidak bes. oleh itu, kita pun jangan tinggalkan kawan!
orang kata, kawan mencorak peribadi. betul. tapi bukanlah bermakna kita jangan berkawan dengan bebudak jahat. habis siapa nak ubah depa?

berkawan ni salah satu alternatif dakwah. kalau kita rapat, orang tu lebih senang terima teguran.

sebenarnya apa aku nak cakap ni?
entahlah. macam nilah jadinya kalau pospon entri lama sangat. habis dah lupa. haih...-_-"

just, nak kata. kadang2 kita ni salah melayan hak2 sahabat kita. kadang2 bila kita rasa hebat, kita lupa diri, kita lupa kawan, menyampah, kawan dengan dia memalukan, sedangkan dia lah kawan kita susah senang dulu.
bayangkan, kalau kita tinggalkan dia, then dia lari dari harapan. cewah ayat. maksudnya, dia bawak diri. kecewa dengan hidup, tinggalkan agama.

aku nak tanya, siapa yang salah?
dibawaknya persoalan tu kat akhirat, Allah tanya,
"kenapa kau biarkan kawan kau terkapar sorang2?"
masa tu menangis pun tak guna dah.

dalam berkawan ada cinta. ada kasih sayangnya. tapi dalam bercinta belum tentu ada kawan yang setia.
kalau bercinta, semua yang baik je nampak. kalau berkawan, kita jadi diri kita. barulah ada orang yang boleh tegur salah silap kita.

adakah aku sedang bercinta kerana dalam blog ni semua yang baik je padahal aku taklah baik mane? -__-



aku pernah rasa ditinggalkan. yela, diri aku ni orang kata banyak dosa. banyak silap. macam aku kata dulu, jatuh terjelopok dalam lumpur dosa.
kalau kawan yang sebenar, dia tak tinggalkan kita. tapi dia akan hulurkan tangan. biarlah kotor sikit baju, orang kata apa pun biarlah, janji kawan dia pun akan bersih juga.
paham ke? -_-"

jgn jadi macam satu jenis manusia ni. dulu kawan, tapi sekarang, bila dah hebat, larikan diri. bila jumpa kawan lama, yang dah berubah, mula buat muka jelek. hei mulianyalah kau kan? nak kena ceramah dengan aimanazlan betullah kau ni. siapa kita nak menilai baik buruk orang? leave the judge part to Allah la, brother!

aku pun mungkin terkategori dari golongan yang lupa kawan. so, aku minta maaf kepada kengkawan yang aku dah banyak buat salah.

dan aku dah pernah rasa dilupakan kawan sendiri. diMAKAN kawan sendiri pun pernah.

ha, tak lawak. ye aku besar tak boleh dimakan, dikunyah dansebagainya.

maksud aku, kawan 'makan' kawan. -_-

pedihnya aku takkan lupa sampai sekarang.
so, jadilah kawan yang baik! hargai sementara belum expired! yelah, jodoh tu kan di tangan tuhan. mana tau nanti kita dah tak berpeluang nak berkawan dah ke, sapa tahu?

sila doakan kawan saya, muadz abdul wahhab yang sedang exam.
begitu juga kami yang bakal exam kat sini.

wallahua'lam.

kawan, aku minta maaf!

Apr 26, 2011

obsesss

salam satu agama.
macam yg korang tau lah, saya ni jenis yang suka ulang2 tajuk entri. kadang2 dah pernah tulis, tapi nak tulis jugak lagi.
so kita modify sikit tajuk ni. obsesss. haaa. huhu.

islam adalah agama yang sederhana. islam tak suka obses2 ni.

ada macam2 kategori obses. ada orang obses makan, obses MU, obses Romp, obses minyak wangi, obses menyanyi dan obses menghapdet blog walaupun dah nak pekse. hurm.

macam yang kata di atas tadi, obses ni adalah sesuatu yang tak elok.
nabi tak suka orang yang berlebih2an, hatta dalam soal ibadah.

contohnya, ambil wudhuk. tahulah kita ni nak menjaga sunat wudhuk, tapi kita basuh sampai ke bahu tangan tu! kejadahkah? basuh pulak sampai 6 kali! konon nak bagi dua kali sunat!
take note: nabi tak suka. sifat yang disukai Allah dan rasulNya adalah tenang dan sederhana.

ada satu ketika di mana semua orang mahu memeluk Islam. ada segelintir orang kafir yang berpusu2 ke arah nabi untuk memeluk Islam. tak sabar lagi rasanya. tapi ada satu hamba Allah ni, dengan tenangnya mengikat kudanya dulu, dan berjalan dengan tenang ke arah rasulullah, meskipun dia agak lambat. ketika rasul bertemunya, baginda berkata,
"sungguh mulia engkau kerana mempunyai sifat yang sangat disukai Allah dan rasulNya."
dia tersenyum lalu berkata pula,
"Maha Suci Allah yang mengurniakan sifat yang disukai oleh Dia dan rasulNya kepadaku."

see? betapa pentingnya tenang dan sederhana.


kadang2, sesetengah dari kita ni, terlalu obses dalam sesuatu perkara, yang remeh je. contoh, hal illuminati, freemason bagai.

"weh, tak boleh nyanyi lagu tu! diorang freemason!"
"maher zain freemason!!"
"bakar dolar amerika! lambang illuminati!"

ha, bagus. kita suka risaukan perkara remeh macam ni. cuba tanya diri kita, terjaga ke solat kita? ibadah kita? walhal dunia ni tak lama dah. tapi kita sibuk dengan benda yang tak tentu ni, dari soal jaga ibadah kita.

saya suka nak ulang ayat ni,

kadang obses membutakan kita dari syariat


nak tanya sikit, kalau kita tak suka seseorang pemimpin tu, kita buat apa? tukarla, kan?
ni contoh jela.
pada satu hari, penduduk kampung semut nak tukar pemimpin baru. yang lama ni masalah, orang kata. so, mereka pun buatlah undian sesama JKK kampung. lalu, semut baru yakni semut hitam menang besar. semut merah, yakni semut lama kalah. dia pun sedih la. tapi, pengikut semut merah yang secebis tu taknak mengaku kalah. dituduhnya semut hitam yang baru naik itu tak ikut syariat.

saya nak tanya sikit, siapa yang tak ikut syariat?
kalau pemimpin tu dah dibai'ah, maka kita perlulah taat. ni diserangnya semut hitam tu awat?

inilah jadik kalau kita obses sangat...

ye, entri ni bosan, aku paham. sebab aku dah lupa nak tulis apa sebenaqnya. huhu. entri ni aku pospon dah dua hari. tu la banyak dah lupa.

selingan sikitlah.

tadi gilalaaaa.. arab bawak kete depan tremko yang aku naik berenti tetiba. tremko yang tengah laju tu kona kaw2 punya supp lalu sebelah keta tu. calar la sikit. pergh... kami yang dalam tremko tu dah mengucap dah separuh (tak habis lagi sebb kejadian berlaku terlalu cepat). alhamdulillah, aku masih hidup. nasai pun masih boleh tersenyum riang. fuhh!

satu lagi, janganlah naik tremko di siang hari. bau arab syadid~

hari ini dengan rasminya dah habis belajar anat untuk tahun ni. revise akan bermula beberapa jam sahaja lagi. doakan moga selamat. huhu.

wallahua'lam.

Apr 25, 2011

apa khabar iman kita?

salam satu agama.

saya tersentak apabila ditanya oleh kawan, "apa khabar iman hari ni?"
Allah.. rasa lemah. apa khabar imanku di sana?

kadang kita ni terlalu banyak dosa, lalu Allah turunkan ujian bertalu2. lalu masa itu apakah peringkat iman kita? marahkan kita pada takdir? pada Allah?
jangan!

setiap kali amarah itu datang, buang jauh2. bukan ke kita yang salah?
cuba kita kira berapa banyak nikmat tuhan bagi pada kita, dengan ujian yang kita rasa.

apalah sangat sakit kepala, sedangkan tuhan masih mengurniakan kita nikmat lihat, makan, tidur, bernafas.

satu sakit ditunjuk2. beribu nikmat yang ada kadang kita lupa untuk bersyukur pun.

satu hari, Umar Al-Khattab sedang bermunajat di masjidil haram. tiba2 dia terdengar seseorang berdoa.
"ya Allah, jadikanlah aku ini dari golongan orang yang sedikit."
Umar hairan.
"pakcik, nape doa gitu?" tanya Umar.
pakcik tu menjawab,
"aku pernah mendengar satu ayat Al-Quran, yang bermaksud, Amat sedikitlah dari hamba2Ku yang bersyukur."
Umar tersentak. "kenapa semua orang lebih baik dari kau, Umar?" gumamnya.

alang2 dah cerita pasal Umar, nak cerita pasal umar jelah hari ni. ok je kan? kita lihat kekuatan iman Umar untuk dijadikan contoh.

Umar semasa menjadi khalifah pernah ditanya kenapa mukanya pucat. dia berkata, "aku dah tiga hari makan lemak."
Umar juga pernah ditanya kenapalah dia tak tukar2 lagi baju raya, sebab baju raya dia(baju yg paling cantik) dah bertampal2. sedangkan dia khalifah.
dia menjawab, "sedang Rasulullah sendiri, baju paling cantiknya mempunyai 14 tampalan (kalau tak silap), siapalah aku untuk merungut?"

Umar seperti yang kita tau, seorang pemuda yang sangat susah nak masuk Islam. tapi, bila dah masuk Islam, imannya kuat nian. dikatakan apabila umar melalui satu2 lorong, semua syaitan di situ akan lari. takutnya pada umar sehingga begitu sekali.

dalam digeruni, imannya tak pernah luntur. biarlah bagaimana pun dia diuji.





tapi itu umar. siapalah kita nak dibandingkan dengan umar. teringat kata2 terkenalnya,
"aku hanya seorang Umar. kemuliaanku kerna islam. semua ke syurga, melainkan dia, ku bimbangi dialah diriku."


iman kita naik dan turun. kalau kita belajar dulu2, cara2 untuk meningkatkan iman adalah dengan beribadah.
masalahnya, ikhlas mana ibadah kita?
kata2 bijak pandai Ali, "permulaan amalan itu adalah riya'."
tapi janganlah betul2  riya' pula. maksudnya, niat kita ikhlas, tapi mungkin ketika beramal itu timbul sikit rasa riya'. biarkan. ingat niat kita. lama2, insyaAllah akan ikhlas dengan sendirinya.
macamana pula nak ikhlas?
itu susah. kerana ikhlas itu seperti semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam. mana nak nampak. kan zaid? huhu.

ikhlas ni masalah tau. susah nak ikhlas ni. kadang2 kita buat status baik2, niat kita apa? nak orang like? update blog baik2 je, untuk apa? untuk orang nampak kealiman kita? (terasa kat diri sendiri.)
takpa2, ikhlas boleh dibina. janganlah kerana taknak riya',kita tak beramal. itu kurang bijak namanya.



ok, perkongsian last.
saya ni terkenal sebagai seorang yang kuat mengusik. bila kuat mengusik tu, macam2 perkataanlah keluar. sorilah sahabat. tak boleh kontrol nak membahan. hehe.
tapi, tak elok buat macam tu sebenarnya.
kebetulan hari tu pegi seminar anjuran AQM kan, Dr muhammad bin Jantan kata, kitalah antara punca pemberi 'unsur negatif' kepada kawan2 kita.
buktinya, dia tunjuk, bila orang tu kena puji, semangat dia kuat tiba2. bila kena kutuk, dia jadi lembik. semua yg kena uji, semua jadi macam tu.


isy3, agaknya berapa ramailah orang yang dah down kerana kita kan? kurang tenaga positif, macamana nak jadi orang yang berjaya? kena tukar stail hidup ni! taknak kutuk2 orang dah kalau boleh. cuba la, cuba. ye? sesama kita cuba.

umat Islam kalau nak berjaya, mudah je. nak atau taknak je. sebab tu nabi marah kalau kutuk kawan2 kita. ada ceritanya dalam sirah nabi. tapi tak ingat.


sebelum tutup cerita, terimalah, berkorban demii cinta. sederhana je..

 
sesi latihan.

tu je kot. 
wallahua'lam.

Apr 23, 2011

di hujungnya hikmah.

salam satu agama.
sebenaqnya badan penat nian ni, tapi nak taip jugak. tunggu subuh. huhu.


tadi, seminar AQM 2011. terus terang cakap, boleh kata tadilah program paling best pernah aku rasa sepanjang duduk kat mesir ni.
kenapa?
pertama, AJK sangat friendly. bukan setakat baik 'protokol'. mereka memang baik betul2.
kedua, disiplin peserta sangat terjaga.
macamana nak jaga? senang je. jaga hati semua pihak. you scratch my back, i scratch yours. baru cantik gitu..=)

lepas tu, semua memberi komitmen yang tinggi.
tambah lagi dengan penceramah yang semuanya hebat2 belaka, menjadikan seminar tu sangatlah berbaloi. esok, bebudak AQ cairo pulak pi. cakap betui la kat hangpa, ceramah depa tu memang bes. lagi2 Dr muhammad jantan tuh. tp yg sorang lagi tu bes jugak!

cuma,
ada kelemahan sikit. dalam berfikiran terbuka pun, janganlah jadi terlalu terbuka. syariat tetap kena jaga. malam spoil sikitlah. dengan persembahan yang tiada faedah. yang ada faedah pun, ehem, hancuss... huhu..


akhirnya minggu yg sangat memenatkan ni habis. berlatih bagai nak rak 3 hari, tapi persembahan tadi, er, so-so je la~
wuhuu.. sedih kan?
sebenarnya ada masalah sikit dari segi teknikal. tu yang jadi terabur tu. kesian la sapa yang tunggu tu. malang la hangpa kena dengar suara kami. haha.
paling teruk, tapi still best la tadi.
time kasih pada Bro Amin, Zamir, Lan yg banyak bagi tunjuk ajar and sudi terima teguran dari junior macam aku nih.

layan gambar sikit, boleh?


ni masa berlatih. rehearsel lagi bes dari live tadi. sengal.



terasa macam ustaz pmram je baju tuh. huhu


gambar kredit to muhammad. hehe

fuh. lagu dengan minus one memang sangat hancus. alhamdulillah kami banyak berlatih acapella. kir,a ada bekap la sikit yang buruk2 tuh. hehe.

akhirnya, lepas gian gak aku. dapat jugak nyanyi sesama. walaupun aku kena buat third je, tapi kira ok la. ingat senang ke buat thirrd? susah wooo.. huhu... 


semua ujina ada hikmahnya. macam tadilah. VIP balik sebelum kami perform. so, macam dah tak semangatlah,kan. tapi takpalah, nyanyi jelah. 

selalunya manusia sedar bila dah berlalu. alangkah ruginya manusia itu, termasuk aku. 

hikmahnya VIP balik adalah, takda lah persembahan teruk tu utk diorang. huhu.
lagi satu, mesti ada salah silap sampai Allah uji gitu sekali kan...

akhir sekali, mabruk atas kejayaan AQM yang telah berjaya melaksanakan program tadi tuh. kita kadang akan pergi juga program lain yang bermanfaat. tak perlulah ada pihak yang nak menjatuhkan pihak yang lain, sedangkan sama2 muslim...

maaflah belakangan ni jadik peribadi sangat. saja nak cerita. sampai sakit2 tekak ni berlatih tau. huhu. 

sebelum korang chau, nak kenalkan korang dengan kumpulan aku tuh. nama kami, 'unknown.' ni intro kami,





lepas ni akan upload yang panjang pulak. yg persembahan tadi, alhamdulillah takda. teruk sgt. haha

tu je. wassalam.


Apr 20, 2011

dalam susah, ada senang.

salam satu agama.

pada suatu hari, seorang makcik pulang ke rumah di mana suaminya sudah pulang.
"kamu ke mana, Jah?" tanya suami.
dia jawab ke klinik.

si suami risau. maklumlah, mereka hidup berdua je. kawin dah 20 tahun. tapi takda rezeki nak timang anak.

si suami pun tanya lagi, sakit apakah?

sang isteri jawab, "tadi sakit2 pala, pastu muntah2. mungkin I alergik udang semalam kot. bau dia pun dah lain macam je kan."
"dah tu doktor kata apa?"
"dia kata, banyak masalah I ni. I ada masalah anaemia, hyperdinamic circulation, kurang oksigen dalam darah, ah.. macam2!"
"ya Allah, kenapa sampai macam tu sekali?"

si isteri senyum.

"I mengandunglah..."

hah, nampak tak? dalam kesusahan yang Allah bagi, di hujungnya Allah sediakan kita kesenangan.

so, kalau nak kesenangan, kita kena sabar. kita kena kuat!

sebab Allah suka mukmin yang kuat, berbanding mukmin yang lembik. huhu.

sapekah pula mukmin yang kuat itu? semestinya dia adalah seorang yang mampu menahan marah, bak sabda nabi kita, Muhammad SAW.

sebenaqnya, hadis tentang marah itu cukup sesuai diucapkan oleh nabi. sebabnya, nabi kan keturunan arab. orang arab ni kalau marah, walawei. dasat kot. lagi2 taim summer ni. campur dengan peluh2 marah mereka, memang bau masyuk ah...

arab kan, kalo gaduh, bukan macam orang melayu. orang melayu cepat panas jugak, tapi kalau gaduh, tenang la sikit kot.

ada sekali tu kami nampak orang arab gaduh, tapi bukan bebudak remaja tau. pakcik2 yang lagi sebulan nak timang cucu tu ha! tua2 pun nak bergaduh. memang kelaka la... Allah.. hahaha.

nak dijadikan ceritanya, diorang pun gaduh sampai bergolek kat tanah dah yang sorang tuh. yang sorang lagi datang, tumbuk2. pastu yang jatuh tadi berjaya bangun (kami tengah tengok dengan kagum) lalu dia lari carik apa tah. kayu la kot. standard la macam melayu. tapi, arah yang dia pegi tu takda pape. ada la batu sebijik. tapi besar. sekali rupanya bebetul dia angkat batu tu nak hempuk kat pakcik lagi sorang tuh...-_-"

kami sume dah cuak. wowww gila nih. nak damaikan, alahai, kami ni kocik sangat nak compare dengan depa. cuit sekali dah berguling kot. seram seram.. dia pun dengan laju pergi ke pakcik tu dan...

ha ni lah bagusnya arab. mencontohi sifat rasulullah. dalam gaduh2 pun, akan ada pendamai. tak macam melayu. para pendamai (tak cukup kalau sorang. mau mati kena hempuk kang) pun berjaya menjauhkan mereka. dan akhirnya pergaduhan itu setel. orang sekeliling macam biasa, sengeh jela. huhu.

kalau orang melayu? tenang, tenang jugak. tapi kalau dah main parang kayu  tu, sorila nak ada pendamai. hujung dia mati jugak la kot. adoi melayu~

melayu tenang. pakcik2 tak gaduh pakai penumbuk dah. pakai video seks debat je. haih.

sebab tulah nabi kata, orang yang sabar adalah orang yang paaling kuat. dia dapat tahan marah yang ada dalam diri sendiri. tu yang penting.

tu jelah untuk hari ni. penat gila skang.tak larat nak taip banyak2. malam banyak keje sampai tak sempat stadi. bangun pagi2 awal2 kena stadi. petang balik, nak taknak, kena laa stadi sikit. ergh~ -__-"



sikit selingan.

kat kawasan anal canal, ada internel sphincter kat upper part yang involuntary dan ada external sphincter yang tutup semua part of anal canal. (tak tau anal canal? anus tau kot.) external ni pulak voluntary.

here come the best part.

bila lecturer kata itu voluntary, mesti semua pakat try kan? hahahaha... kelaka!!!!!  aku tak join sebab aku masa tu ta dengor, tengah pas duit kat orang.. haha... adeh~
belatih defecate kat kelas ramai2. kelaka kelaka.

tu je. hehe.

ni video promo AQ 2. 
benda ni la buat aku bizi. tinggal satu benda je lagi. then aku tak sibuk dah, huhu.

wassalam.

Apr 19, 2011

sapa suka tembikai?

salam satu agama.

yaa lagi sekali aku menaip satu entri yg aku tak nampak celah mana manfaatnya pada umat Islam sedunia. astaghfirullah..

takpalah.

sapa suka tembikai? soalan ni bukan berbentuk, "sapa suka tembikai, sila angkat tangan!"
tapi lebih kepada, "korang tau tak, sapa yg suka tembikai?"

sapakah dia?
beliau dikenali sebagai As-syahid Syeikh Ahmad Yassin. beliau dikatakan suka makan tembikai.

sekarang dah mencecah awal seif/musim panas.
boleh nampak kat depan masjid2, surau2, ada tembikar bersusun, dan ada air kat dalamnya. kalau tak silap, itu utk minum. tak tau laa kan kalau utk basuh kaki pulak.

another fact: nabi suka air sejuk. bukan air berais, tapi air yg sejuk, macam dalam tembikar tu. nyaman kan kalau minum? fuhhh....

ada satu hadis, yg mafhumnya lebih kurang begini (tapi tak ingat sangat. mohon ampun kalau salah. tolong betulkan di komen ye nanti, kepada yang tau.)

"cintaku pada agama melebihi cintaku pada air sejuk."
nak kata nabi cinta gila agama sampai air sejuk yang paling nabi suka pun nabi tak cinta macam tu.

apa yang besnya musim panas ni?
pertama, banyak buah tembikai. comel2 lak tu. kecek2 je.. huhu..
lagi, boleh menikmati ais krim dengan bes.
lagi, boleh bau aroma arab di dalam tremko. tak payah dalam tremko, tunggu depa lalu depan kita je taim tengahari. memang masyukkk...


subuh pulak awai gila. pukui 3 50 dah skarang ni. tido pukul 12, bangun pukul 4. possible, possible. tapi kalau dah letih tu kan..... doa supaya tak terlajak jelah.

exam dah dekat. dan macam biasa, aku masih tenang update blog. yay. huhu.

ok senanye cuak gilaks. cemana kalau...... woo tak sanggup nak bayang.

minggu ni memang super bizi.
doakan kami berjaya.
wassalam.

Apr 17, 2011

bismillah.

salam satu agama.
belakangan ni, makin sibuk pulak hidup aku.
exam makin lama makin dekat. rasanya lagi dua minggu ke tiga minggu je nak cecah practical exam kot.
kalau ikutkan, practical ni taklah susah gila cam written or oral. tapi kalau tak prepare, parah jugaklah kan.
stadi masih di tahap yang kureng. so-so je.
adui kenapa, kenapa!!!
penatlah.......
tak, aku taklah salahkan tuhan ke hapa aku amik medik bagai.
aku cuma kata, penat.
ekarang dah panas woo... satu je aku nampak besnya musim panas ni. ada banyak buah tembikai susu yang mocel mocel... hehe.

ape kejadah ko ni? dah tau takda masa, boleh ko update blog? takdalaa... amik mood nih.. ekceli nak letak video promo yang baru aku buat.




alhamdulillah, siap. dalam sibuk2 stadi pun masih siap. alhamdulillah lagi sekali. terima kasih kepada Alif Faisal dan Murtadha yang memberi inspirasi. hehe.

projek kedua menyusul. yang ni lagi gila. shooting, editting, dalam 3 hari je. kena siap dalam 3 hari!!! T__T

diorang ni senang2 je order. act, boleh je tak tolong, tapi sian pulak kan. 
dah la tu, ada show pulak pasni. so kena berlatih. 
tapi takpe aku sanggup memandangkan aku da sangap!! go go show!! huhu.

itu jelah. kenapa aku tulis kat blog? sebab aku nak letak video. hehe.

maaf membazirkan masa korang membaca blog ni. utk bagi tak membazir, aku kongsikan mafhum hadis sahih ni ye,

3 cara untuk mendapatkan kemanisan iman;
pertama, mestilah dia menyayangi Allah dan rasul melebihi segalanya,
kedua, mestilah dia menyayangi seseorang itu hanya kerana Allah,
ketiga, hendaklah dia membenci kembali kepada kemungkaran sepertimana dia membenci dicampakkan ke dalam api neraka.

untuk entri berkenaan sayang rasul, sila ke entri sebelum ini. 

Allahumma,
jadikan aku hambaMu yang kuat. mampu menyeberangi lautan rintangan ini dengan tenang.
jadikan aku ini hambaMu yang multifunction, agar semua tanggungjawabku terlaksana tanpa ada berat sebelah.
jadikan aku ini hambaMu yang bersyukur, kuat iman, bertanggungjawab, dan beriman kepadaMu ya Allah. 
kurniakanlah aku dan kawan2ku kejayaan yang manis, agar segala perit pedih perjuangan kami rasakan berbaloi. 
berikanlah kejayaan itu atas rahmatMu, bukan atas usahaku yang sederhana itu.
Allahumma amin. 
Kau Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.
ringankanlah bebananku ini. 

wassalam.

Apr 16, 2011

terlunaskah hak-hak itu?

salam satu agama.
http://www.emocutez.com
bes. pegi usrah memang bes. MySpace


banyak dapat ilmu baru. selain kenyang. hehe
ok hat ni nak cerita nih.


8 hak kita kepada nabi.


tak sangka, kita pun ada hak yg perlu diselesaikan kepada nabi kita. pedia ya?



yg pertama, beriman kepada nabi.
macamana beriman dengan nabi tu?
beriman dengan maksud kita percaya nabi ada. percaya apa yang nabi kata.
lengkapnya syahadah seseorang adalah dengan sempurnanya kedua-dua syahadah. bermaksud, kita percaya Allah itu tuhan yang satu, Muhammad itu rasul. bila syaqq. huih cakap arab. huhu.
kalau kita tak percaya nabi, maka itu satu benda yang parah. nabi yang sampaikan wahyu2 Allah. kalau kita tak percaya nabi, tak sempurnalah islam kita. macamana nak sempurna, arahan solat ada dalam quran, tapi cara solat diwarisi dari nabi. kalau kita tak percaya, agak2nya kita solat macamanalah, kan?


yg kedua, kita ikut dan contohi nabi.
so simpel. apa nabi kata, nabi suruh, kita buat. apa yang nabi larang, kita tinggallah. tak payah ngada-ngada nak buat. kang nabi sedih, macamana?
lepas tu, kita contohi pula nabi. apa nabi buat, kita buat. semua yang nabi buat, kita cubalah buat. semua? ya, SEMUA!
kadang2 kita bila buat sunnah, kita kaji dulu dari segi saintifiknya, apa efek sunah2 itu. contohnya macam diet nabi. kenapa kita tak contohi nabi sebab itu hak dia dari kita? kenapa kita tak contohi nabi kerana kita sayang nabi?

yg ketiga, sayangkan baginda.
MySpace
 macamana nak sayang nabi?
macamana kita buat kalau kita admire seseorang?
memula stalk kat fb. amik tahu macam2 pasal dia.
samalah macam tu. kita tahu dulu sejarah nabi.
lepas tu, kita angau2 nama awek tu. pegi kelas, tido, makan, tengok bola mahupun discovery asyik sebut nama aweks tu je.
samalah macam tu. banyak2kan selawat nama nabi.
mungkin jugak orang yg kita adore tu, artis. stail habis. rambut korea siap. kita pun tiru la gaya depa baru macho.
lebih2 lagilah nabi. kita buat sunnah baginda.
barulah kita betul2 sayangkan nabi...

yg keempat, kita tolong nabi.
macamana nak tolong nabi?
yang pertama,kita jadikan diri kita ini umat yang baik. dengar cakap. barulah nabi tak risau. macam jugak bila kita pergi asrama, pergi sekolah dulu, mak kita tau kita ni budak baik, barulah dia tak risau.
lepas tu, kita realisasikan cita-cita nabi.
apa cita2 nabi? tugas nabi?
MySpace
sesungguhnya nabi diutuskan untuk menyempurnakan akhlak, kan?
senang ceritanya, kita sambunglah perjuangan nabi.
berdakwahlah dalam apa pun wahana kita. sebagai penjual sate mahupun pengkritik makanan, pastikanlah kita berdakwah, sesuai dengan medium yang kita ada.

yg kelima, sebarkan dakwah nabi.
dah cakap kat atas tadi. kita sambunglah kerja nabi.
ulama itu pewaris nabi. apa salahnya kita jadik pewaris nabi, kan?
lagipun, tu bukan tugas kita jugak ke?
"kalian umat terbaik, keluar pada manusia, untuk menyampaikan yg ma'ruf dan menahan yg mungkar, dan beriman kepada Allah.."
maka, jadilah umat terbaik, dengan amar ma'ruf nahi munkar.

yg keenam, muliakan dan besarkan nabi.
macamana?
muliakan nabi la sayang. gini, jadikan nabi sebagai uswah hasanah kita.
dan bila ada orang hina nabi, kita kena pertahankan maruah nabi. bukanlah bermaksud bila nabi dihina, nabi sedih, marah. nabi tak kisah pun.
tapi kita, sebagai tanda kita sayang nabi, kita kena pertahankan maruah nabi, sama seperti kita pertahankan maruah orang yang kita sayang.

yg ketujuh, selawat kepada nabi.
ada satu cerita.
pada satu hari, seorang salafussoleh ternampak seorang pemuda yang sedang menunaikan umrah, selangkah demi selangkah. setapak, setapak.
lalu dia memanggil pemuda itu.
"pemuda kau ni sihat tak? jalan slow sangat. tahun depan kot baru habis umrah kau agaknya."
"oh, saya umrah sambil selawat,bro. satu tapak, sekali selawat."
"iyalah, bagus selawat tu. tapi take time lah kalau kau nak buat macam tu. tak perlu pun. banyak lagi masa lain kau boleh selawat."
"ada sebab bro, napa saya buat begitu."
"cecite,cecite."

pemuda itu ada seorang ayah. ketika mereka berhijrah mahu menziarahi rumah Allah, di persimpangan kastamlah kot, mereka berhenti berehat memasang khemah segala bagai. takdir tuhan, si bapa mati. pemuda ni takut nak kabo ke orang lain lantaran wajah bapanya tiba2 bertukar menjadi hitam, seakan2 babi pulak! astaghfirullah. sudahlah sedih, jadi begitu pulak.

dalam kerisauan itu, dia tertidur. dan mampirlah satu tubuh bercahaya berseri. itulah rasulullah. Rasul membawa berita gembira. rasul ke mayat, dan mengusap wajah mayat. terus, wajahnya bertukar menjadi bersih, bersinar, bercahaya.
pemuda itu suka, lega. dia bertanya, siapa kau?
"ana rasulullah."
masyaAllah. dia terkejut. kemuliaan apakah yang diberikan kepada ayahnya ini?
"ayahmu ketika muda dahulu, seorang yang fasiq. banyak melakukan dosa. tetapi akhirnya dia bertaubat. dan dia sering berselawat kepadaku. maka hari ini aku datang untuk memberikan syafaat kepadanya."

pemuda itu terjaga dari nap nya itu. kuss semangat! dibukanya kain yang menutup wajah ayahnya, ya, bersih. bersih lebih dari sebelumnya.

itulah berkat selawat. taknak selawat lagi?
sekali kita selawat, 10 kali Allah selawat kita tau.

yg terakhir, kita bantu penolong2 nabi.
sapa penolong nabi?
sebelum kita bantu tu, kita kenalah jadi dulu penolong nabi!
sapa mereka?
mereka adalah orang yang sambung perjuangan nabi. orang yang menjadi rantai agama.
mereka adalah ulama.
menjadi penolong nabi tak semestinya perlu menjadi ulama.
menjadi penolong nabi adalah dengan membantu nabi dengan apa jua cara yang kita mampu. barulah menjadi penolong yang terrbaik.


akhir kata!

secara logiknya, kalau kita kena sakit, kita mintak sakit lagi ke? itu sakit jiwalah kot.
http://www.emocutez.com
tapi nabi tidak. kasih cinta nabi pada kita, hingga sanggup baginda meminta pada tuhan agar diringankan sakit kita.
Allah, touching aku.

ingat tak kisah nabi menghadapi sakaratul maut?
"ya tuhan, peri pedihnya maut ini tiadalah mampu aku selindungkan. sangat sakit ya tuhan. oh tuhan, tidaklah dapat aku bayangkan kesakitan ini akan menimpa umatku. maka ya Allah, kau berikanlah separuh kesakitan umatku kepadaku. biar, biar aku yang menanggungnya."

apa pula jasa kita pada nabi? terlunaskah hak-hak baginda?
http://www.emocutez.com
wallahua'lam.

Apr 14, 2011

babystep

salam satu agama.


bagaimana kita mulakan pagi kita?
seelok-eloknya kita mulakan dengan perkara yang terbaik.
janganlah bangun je terus bukak Fesbuk kan. manaalah tauu..

cuba kita praktikkan,
setiap pagi, sebelum mulakan hidup kita, kita baca quran, selawat, zikir, dan kalau lagi cantik, kita Qiam. memanglah mengantuk, tapi nanti lama2 ok lah tu.

sebab apa kita kena mulakan hari kita dengan baik? kenapa kenapa?
biar perjalanan hidup kita hari itu berjalan denga lancar. diredhai Allah. pagi2 lagi kita cari redha Allah. barulah hidup tu berkat.

apa? susah?
ya, memang susah. aku yang cakap ni pun belum tentu buat.
tapi kita kenalah berubah!
ada satu jenis manusia ni asyik duk fikir susah, masalah. susah, masalah.
memang kita diciptakan tidak sempurna, supaya ada ruang untuk memperbaiki diri.

kadang kita terlalu selesa dengan diri kita.
bangun subuh, solat, tido balik kejap, bangun, gi kelas, ha ha ha, balik, pastu gi makan, dansebagainya. simpel.
itu ke jalan hidup seorang muslim yg betul2 muslim?

jadikan hidup kita ni bermakna!

hidup kita terlalu singkat untuk kita buang masa!

kalau kita congak2 balik amalan kita, amalan muslim ke tu?
tengok bagaimana sahabat2 nabi, para salafussoleh beribadah. setakat ibadah kita, alah, celah gigi jelah mudahnya.

lakukan perubahan. keluarkan diri dari zon selesa.

nabi kata, seorang mukmin itu kalau hari ini sama seperti semalam, maka rugilah dia. sama pun rugi!
maka cuba, kita buat pembaharuan dalam diri kita. hari ini solat subuh, esok solat subuh jemaah, esok qiam.
kenapa kita nak qiam?
heh soalan. kenapa kita nak mintak tolong Allah? kadang kita ni, macam cukup syarat je, mintak pada tuhan. angkat tangan, doa2 gitu2 aje, amin.
lepas tu bila tak makbul mulalah marah tuhan.



sahabat, qiam itu untuk diri kita juga. Allah jadikan qiam itu untuk kita. cuba tengok agama lain, aday ang kena bangun pagi? dalam dingin2 embun subuh tu, kita bangun memohon redha sedang orang lain sibuk menyanyi berdengkur.
ketika inilah kita dekat dengan tuhan.
ketika inilah jiwa kita bersih.
ketika inilah kita mudah tersentuh.
ketika inilah hidayah mencurah2 ke ladang gandum.

itu step pertama. mulakan hari dengan baik.

apa seterusnya?
kita jalani hidup kita dengan baik pula. pastikan apa yang kita buat itu bermanfaat.
selalunya kita ni ada masalah imbangan sikit.
untuk dunia bermati-mati.
untuk akhirat, er, adalah setengah jam kot. tu pun mujur ada kalau setengah jam.
tak balance! pastu nak masuk syurga. tampo kang.

dunia ni kan luas. apa salahnya waktu2 lepas maghrib, waktu kita rehat tu, kita pergi kuliah agama ke, kelas mengaji ke, setidak2nya kita berilah sikit tempoh untuk kita tambah saham nak ke syurga, dari takda langsung. janganlah nanti dah nak masuk kubur, baru kita menyesal dengan diri kita.


seterusnya, pastikan diri kita menjadi orang yang penting dalam masyarakat. adakah mencapub itu perlu? haha. bukan yang tu. jadikan diri kita penting, supaya orang boleh ambil pengajaran dari kita. ambil manfaat. samada orang contohi kita, atau dapat manfaat secara langsung.

ape lagi nak kata ye?
cukuplah kot setakat ni. bukan selalu nak update blog pagi2 ni. ape kejadah ko ni Abrar? entahlah. sekadar nak berkongsi.

kadang2 kita rasa malang, salahkan takdir, kalau kita ada bad day.
cuba tengok balik, jauh2, elok tak pagi kita? subuh tinggal? quran baca?

setapak setapak, kita berubah jadi baik, insyaAllah.

batu pun sujud, bro!

bagaimana pagi kita lepas ni?
(akulah yang paling sakit, sebab kalau dah cakap, kenalah buat)

wallahua'lam.

Apr 13, 2011

nama pun medik kan.

salam satu agama.

bila borak dengan junior yg baru lepas SPM, aku tak sarankan depa amik medik. jahat kan aku?
"hangpa tau dak berapa ramai lagi nak grad tahun kami nanti? nanti hangpa nak keja apa?"
"medik susah gila kot. baik hangpa amik akaun."
"medik membunuh."
"medik membosankan."
"medik...... kalau minat bebetul, ambiklah..."

bukan ape, kadang2 anak2 muda ni tak sedar banyak je lagi pekerjaan lain yang berjaya. ingat ambik medik boleh kaya tetiba ke? harapan la......

nak tengok tak nota aku? haaaa.... nota seorang pelajar medik ketika lecture..
sangat........ huh. tak terkata.

 gambar ni ada punggung. lecturer yang lukis. aku ikut je. hehe.


kidney? apa? tulisan buruk? lah... doctor-to-be kan... hahaha.


jadi, ape motif aku update blog ni? tah la. takde motif. 
penat belaja, sebab exam dah dekat. dalam masa yang sama, ada keje lain yang kena siapkan. tapi internet tak cemerlang pulak! emosi aku begini! 
selalunya kalau emosi begini, aku akan ke kedai Karamel di syari' komiah dan membelilah sebekas (sebungkus, semangkuk? entah.) mahlabiyya.

sedap wei... 4 genih paling berbaloi dalam hidup, kata naqi.


makan ni boleh hilanglah segala duka lara. insyaAllahlah. at least stress tu kuranglah sikit kan. huhu. 


sama2 la beringat. 
kalau perjuangan itu mudah, maka janganalah namakan ia perjuangan. kalau berjuang kita kalah sebelum melangkah, maka jangan berani masuk ke medan kancah. 
bak kata FB, 
tak senang nak senang,
tak susah nak susah.
aku nak senang. 
maka aku nak stadi elok2. 

doakan. 

wassalam.


Apr 11, 2011

promosi terakhir.

salam satu agama.


     “Adik, mari sini!” jeritan itu dapat ditangkap oleh telingaku. Abang Amir melambai memanggilku agar segera datang. M-16 di tangannya tidak leka menembak musuh. Aku bersusah-susah ke arahnya. Tiba-tiba darah memercik ke serata ruang. Dadanya terkopak. Allahuakbar! Seorang lagi mujahid tumbang di jalan Allah!
                Aku sempat mendengar laungan takbir bergema. Takbir disambut takbir. Pasukan bantuan tiba.  Bunyi senjata memuntahkan peluru kian bergema. Pasukan musuh panik diserang dari dua penjuru. Helikopter musuh segera berlalu. Seorang mujahid ternampak aku terbaring lemah. Dia mendukungku. Dia sedar tanganku berdarah bahana peluru sesat musuh. Mungkin juga pasukan kami sendiri. Siapa tahu. Suasana cemas begitu mungkin sahaja menyebabkan itu terjadi tanpa sengaja. Aku diam tak berdaya. Aku pegang perut. Ada rasa sakit mencucuk-cucuk. Kesan tembakan juga. Aku pengsan. Dalam pengsan aku melihat ayah. Hanya ayah. Senyum memandangku. Ayah memanggilku. Ayah memegang tanganku. Ummi tiba-tiba muncul. Kak Fatimah juga ada. Bilangan manusia kian bertambah dalam pandanganku. Pak Cik Khalid juga ada. Aku menyertai mereka. Dalam sayup-sayup aku dengar bunyi letupan lagi.
 
hai. hehe. ingat dak cerita ni? apa? tak baca lagi? takpa2. 
harini saya nak promosi lagi sekali, 'anak kedua' saya. 

si kecil imran adalah cerita perjuangan. 
si kecil imran cerita andaian. 
agak2 kalau itu terjadi di Malaysia, apa kita bersedia? 
apa persediaan kita? 
untuk tahu lebih lanjut (skema), boleh ke link bawah ni,
 
taknak undi? suka hatilah, taknak paksa. tapi kalau sudi baca, apa salahnya. 
 gud luck jugak semua yang join kontes ni, terutamanya utk rakan sekelas saya yang ajak saya join kontes ni,
Fiq 'rasa pusing' (Vertigo). itu adalah hasil aku translate pakai google. haha.
cepren Fiq boleh baca di SINI
tu saja.
wassalam. 

Apr 10, 2011

cepat lupa, cepat-cepat pula ingatkan.

salam satu agama.

selalu kan, kita diingatkan, tapi lupa balik.
ni la masalah manusia. cepat lupa daratan. cepat lupa asal usul.

for instance, bala. Allah turunkan bala/ujian pada kita supaya kita ingat semula. tapi itulah, manusia lupa lagi dan lagi (dah macam murt.). adakah kita nak Allah turunkan bala kat kita setiap kali kita lupa? memang tak berkembang la generasi manusia agaknya. mati sana, mati sini.

ni bukan gambaran kiamat. ni bala Allah bagi untuk ingatkan kita dulu. tapi sekarang dah lupa balik.


manusia, manusia.

orang kata, nabi bersabda (asif saya tak pasti kesahihannya), bahawa salah satu tanda kiamat adalah bila terjadi gempa bumi di barat, timur dan semenanjung arab.
gempa di barat dah pernah ada.
timur, lagilah baru. jepun tu ha.
semenanjung arab? entah. sedar tak sedar, macam dah berlaku. hari tu masa gempa kat greece, kan mesir rasa. hah! ayoookk~
kiamat sudah dekat!

alah, macam kita tak tahu kiamat dah dekat. bersepah-sepah tanda-tanda kiamat kita nampak sehari-hari. tapi apa tindakan kita? lupa, lagi. dan lagi. macam seronok je lupa, dan diberi peringatan lagi. kejap tsunami, pastu insaf la kejap kot. dah tu, buat dosa balik. ha pastu banjir. pastu, buat dosa lagi. eh eh, besnye buat dosa ni kan? ke sebenarnya kita suka kena ujian?? -__-"

jom, sama2 kita jadik muslim yang lebih gempaks.
berapa banyak Qiam kita?
berapa banyak solat jemaah kita?
berapa banyak baca quran kita?
berapa banyak zikir kita?
berapa banyak selawat kita?
berapa banyak puasa kita?
berapa banyak dakwah kita?

semua yang di atas adalah penting untuk jadi mukmin yang berjaya. tapi, adakah kita buat?
 bila Allah kata, mukmin yg berjaya tak cakap lagha, kita in reality, suka cakap kosong!
contoh lagi, status di FB, boleh je tulis yang bermanfaat.
tapi apa kita tulih?
"hari ni aku sakit perut..."

haha. tulis sendiri tapi terasa. yelah, aku kan suka tulis gitu. huhu.

sebenarnya, manusia memang Allah jadikan cepat lupa. kalau tak, susah la nak dapat pahala dakwah. sekali dakwah terus baik sampai bila2. tapi Allah jadikan kita lupa. hari ni kita lupa, kawan tegurkan. esok lusa depa lupa, siapla hangpa!!! kita betulkan. begitulah kitaran kita. barulah dapat jadi kpmuniti yang terbilang dalam kalangan masyarakat global.

hayati liriknya. 


hah. tu je. ingat2kan diri tu selalu. 

Wallahua'lam.

Apr 9, 2011

ALLAHUMMA



Allahumma,

jadikanlah belajarku selama setahun ini berbaloi.
jadikanlah belajarku yang setahun ini berkat.
jadikanlah belajarku yang setahun ini bermanfaat,
untuk aku, agama dan umat.

andai hari-hari semalamku kotor dilumpuri dosa-dosa,
ampunkan Ya Allah. aku hanya salah seorang hambaMu yang hina.
andai usahaku sekadar bersahaja, dan tidak cukup,
Kau redhailah aku. usahaku takkan prnah cukup kerana aku hanyalah hamba yang sering lupa.
ampunkan aku ya tuhan.

jika hari-hari yang kelmarin, aku menyakiti sahabat-sahabatku,
kau bukakanlah, lembutkan hati mereka untuk mengampuniku.
sungguh, aku bukanlah sahabat yang baik budi dan pekerti.
maka ya Allah, kau murnikanlah hari kami dengan iman dan ihsan.

ya Allah, ingatkanlah aku andai aku terlupa,
bahawa perjuanganku takkan pernah usai,
bahawa blajarku ini keran ibubapa,
bahawa umat menanti aku membawa kejayaan,
bahawa aku dulu ikhlas mahu berjuang di jalan ini kerana agama,
lalu jika aku terlupa, ingatkanlah andai ikhlas itu tidak berlalu,
agar nafsu tidak merajaiku,
agar cecitaku untuk umat terlaksana.
amin ya rabb.

ku serahkan tawakalku padaMu, walaupun aku ini hambaMu yang paling tidak layak berdoa.

wallahua'lam.

doakan kami berjaya dunia akhirat.

"aku tidak takut doaku tidak dimakbulkan tuhan, tetapi aku khuatir andai tuhan tidak memberi taufiq kepadaku untuk berdoa kepadaNya." -umar-

Apr 7, 2011

tazkirah physiology.

salam satu agama.
tadi pagi, kami ada kelas physiology.

kata lecturer,
"orthostatic hypotension doesn't occur during swimming."
senang ceritanya beginilah. Venous Pressure kat semua tempat berbeza. di kaki lebih tinggi, contohnya. ketika kita berdiri atau baring, satu area kat bawah diaphragm, pressure tetap constant, baring atau berdiri.
tapi, benda ni tak terjadi kalau kita tengah berenang. bergolek2 gimana pun, tetap constant, tapi bukan dekat bawah diaphragm, tapi dekat jantung. maknanya, kita selamat la kalau berenang. atrial pressure tetap constant. er, entah betul ke tak aku cakap ni. tapi yang pastinya, fenomena ni takda taim kita berenang. so, kita bolehlah berenang tanpa kegusaran...

Zakhir kata,
"cantik kan Allah susun. kalo tak dop buleh berenang la kite."
yay saya boleh swim sesuki hati sebab sistem dalam badan saya telah disusun dgn sgt stail oleh tuhan~


yep. Allah kan sebaik2 perancang. darah yang efek dengan graviti pun ada cara untuk diatasi. alah, sumelah! terpulang pada kita je nak percaya tanak.


ini topik lain.

gempa bumi kat jepun. mesir pun ada jugak sikit. AJAIB bhai. mesir boleh gempa beb. tapi kejap jela. ada la dalam 20 saat kot.
and hari tu, mesir hujan kaw2 punya. sampai putus letrik. siap guruh2. memang pelik. tapi best la kalau nak tidor kan.

bencana alam makin banyak sehari ke sehari. kiamat dah dekat. (exam aku pun.tapi masih boleh update blog. hebat kan?)
kebanjiran teknologi maklumat takda kaitan.


jadi, nak ajak semua berfikirlah kejap, boleh?
macamana masyarakat di Malaysia? soleh sangatkah sampai tak terkena bala? baru banjir tau. kalau nak ikutkan tahap keterukan rakyat malaysia, mau tenggelam jugaklah tanah tercinta tu.
jadi sebelum terjadi apa2, sedar ke kita tanggungjawab kita?
apa kayu ukur kita, kata rakyat mesia tu baik ke tak?
kalau tak baik, apa usaha kita nak baiki mereka?
duduk diam baca blog? lawak!

sume dah besor. sesamalah kita fikir, apa nak buat. kita jugak kena fikir kenapa aku masih tenang update blog walaupun exam dah dekat. hm.. keajaiban dunia sungguh.

doakan saya dan kengkawan di sini berjaya.
 ramai kan peminat saya. hakhak. (gedik)
Wallahua'lam.

Apr 6, 2011

you lighten egypt.

salam satu agama.

harini jami'ah zagazig buat hari malaysia lagi. tapi harini namanya lain. Malaysian Exhibition Day. kalau tak silap la. meh anak2, tengok gambor. hehe.

 artikel pasal u di mesia. ada ukm!

ada macam2 lagi. yang paling bes adalah, ada kain putih besar, pastu egypt tulis macam2 pasal mesia.

i love to come to malaysia because of you...


to very good people from egyptian girl. utk aku ke? -.-


as muslim i am very proud of u.


saya suka awak. haha~ ada love lagi~


maryam jameelah~ 


naGwa ibrahim. haha.

ini yang paling touched.

thanks... you lighten Egypt. -Dr Sarah-


we all muslim. Malaysian, Egyptian, or Indonesian. huhu. no one is superior than others. what differentiate us are knowledge and behaviour. and nothing about race.

and Allah loves us all, insyaAllah. 

ok bi aku tunggang langgang. ni pengaruh daripada orang arab la ni. hehe. 


exam lagi sebulan lebih kot. pergh. stadi tahap mana, abrar? update blog kemain. haish. 
oh ye, debaran dah habis. sebab tadi kena baca quran masa pembukaan majlis. tu je. hehe.

wassalam.

jadi macam milo, boleh?

salam satu agama.

yay internet dah ada! huhu. hai kawan2. assalamualaikum..=)

kengkawan suke minum milo dak? tak? ok2. nescafe? old town white coffee?
apa? korang boikot milo dan nescafe? alhamdulillah...=)

senang cerita, penah minum 3in1 x? takpun, penah beli tengok dvd pirate 6in1, 7in1 kat gerai kedai DVD? macam kombo la kot. huhu..

macam itulah ibaratnya salafussoleh dahulu.
dulu2 kan Islam banyak pakar. pakar perubatan, pakar musik, pakar melukis dan pakar2 yang lain.
yang hebatnya, mereka bukan calang2 pakar. mereka pakar dalam bidang yang berlainan!

macam itulah patutnya kita. mengagungkan ilmu. biarlah apapun ilmu itu. mungkin ilmu tentang komputer, ilmu kereta, ilmu elektrik, ataupun ilmu kimia sekolah menengah. huhu.

jadilah doktor, tapi penceramah yang hebat.
jadi lawyer, qari yang mantap.
jadi peniaga, novelis terkenal.

entahlah. sorilah merapu sikit. kebelakangan ni mabuk sikit. ilmu berdesup masuk otak. saturated.. adehh~~

in a nut shell, fi khalasatil qaul, umat Islam dahulu gila ilmu. tamak sangat2. tetapi mereka tidaklah gelojoh pula, sampai mahu yang lain, yang di tangan terlepas. taklah macam tu.
tak rugi kalau kita tamakkan Ilmu ni. malah Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. banyak hadis2 yang menceritakan tentang hikmah menuntut ilmu.
tapi masalah Malaysia ni, adalah pemikiran jumud masyarakat.
profesional je, engineer, doktor. rasanya kerajaan sendiri kena banyakkan lagi bidang yang sesuai untuk komuniti.
negara kita memerlukan industri filem yang lebih maju, moden, berkualiti dan yang paling penting, islamik. mungkin ada caranya supaya peluang belajar perkara2 sebegini diperluaskan. begitu juga kemahiran animasi, musik dan seni2 yang lain.
kenapa kita tak contohi negara2 barat yang maju tu dalam pendidikan? kalau bab lain, suka sangat nak ikut kan...
banyakkan bidang ilmu. dan kita sendiri pun, banyakkanlah belajar. kerana belajar itu satu proses yang tak pernah berhenti, selagi nyawa masih dikandung badan.

belajarlah untuk diri sendiri. kelak hidup senang nanti.
belajarlah untuk ibu dan ayah. harga jasa mereka bila kita berjaya nanti.
belajarlah untuk masyarakat. kelak mereka mungkin memerlukan kita nanti.
belajarlah untuk ummah. kerana mulianya seseorang atau sesuatu kaum itu kerana ilmu dan agamanya.

ada ilmu, tiada agama, apalah gunanya.
begitu juga ada agama, tiada ilmu, hina juga.

ilmu itu rahsia tuhan. semakin kau belajar, semakin kau tahu hebatnya Dia, yang mengjarkan manusia berkata2.

ada harta, kena jaga.
ada ilmu, kita terjaga.



sikit selingan. hehe.

belajar medik kat mesir ni unik tau. mungkin fasiliti cam haramm, tapi at least dari segi nazariyyan (teori), sangat walawei!!!
contoh, kalau nak cerita pasal abdomen, mana pakai slide show ke hapa, pakai marker je!
abaikan meiji tu. tengok gambor whiteboard yg banyak contengan. huhu.


ha... tapi fasiliti siries sedih.. hehe.. andai kata boleh lagi sambung blaja kat sini, fikir dulu ye apa yang korang nak. sebab nak carik ilmu agama (di sampign medik), insyaAllah, terbuka luas.

tu je kot. berdebar tunggu esok. huhu.
wassalam.


Apr 2, 2011

tak percaya, anda fasiq!

salam satu agama.


di mesir banyak terjadi keajaiban. maklumlah, tanah para anbiya' kan. antara yang menarik, ialah buah oren yang berwarna darah.

huh? macam mana boleh jadi ni? adakah oren tu luka?

ceritanya begini. ingat tak, cerita pempuan2 yang terhiris jari sendiri, ketika melihat kekacakan Nabi Yusuf.
yang menariknya, buah2 itu ada baka2nya yang menunjukkan warna2 merah sikit sebagai bukti oleh Allah bahawa kisah itu betul2 berlaku.
hebat, kan?

ada darah! jeng jeng jeng~

ini pendirian saya.
tuhan itu Maha Kuasa untuk menjadikan buah oren itu warna apa sekalipun, ungu, atau oren, mahupun kelabu. saya juga percaya bahawa kisah kehenseman nabi yusuf itu benar belaka.

tapi tak semestinya, buah itu adalah baka dari cerita tersebut. tak kisah la yang cerita tu org yg jual ataupun senior, tapi takda kisah kukuh, susah la saya nak percaya.

ok jom kita sesama kaji kelogikan cerita ni.

buah2 yang dipotong adalah untuk diamakan ke ditanam? mestilah makan kan? so, habis cerita. mana datangnya baka tu pulak?

atau,

buah tu dibuang sebab dah kena darah, dan sebab dibuang di tanah, maka dengan kuasa Allah, biji itu membesar dengan sihatnya dan berbuah pulak tu.

logik ke buah tu ada kesan darah lagi? (simpan kejap 'jawapan' bahawa Allah Maha Kuasa.)

secara logiknya, buah itu terkena darah untuk tika yang sangat kejap. so, takkanlah darah tu terlalu memberi efek pada gene oren tu sampai menjadi merah2 sikit? kalau macam tu, siramlah susu kat pokok2 tu. mesti sedap nanti, macam milk shake mango!

mcm saya kata tadi, tuhan memang Maha Kuasa untuk menjadikan buah itu berwarna merah, samada kerana darah ataupun bukan.
tapi tak bermakna cerita tu betul. jadi, jangan paksa orang percaya. macam dah fasiq je kalau tak percaya.
saya dan mereka yang tak percaya, bukan tak percaya kuasa tuhan, tapi tak percaya kesahihan cerita ni.
takda bukti kukuh mengatakan bahawa itu adalah kesan cerita tersebut. tah2 diorang senanye potong nenas!

contoh cerita lain. tok saya cakap, ikan sebelah berasal dari cerita nabi Nuh, atau nabi Sulaiman(tak sure), bermula apabila orang2 kapal makan ikan di laut, dan tak habis, then nabi pun buang la sisa ikan tu kat laut. dan dengan kuasa Allah ikan itu hidup, sebelah je.
siries sedap ikan nih. gi beli, makan.


saya percaya cerita ni. sebab, takda penerangan lain yang lebih elok. tapi saya tak kata cerita ni betul. takda pula jumpa dalilnya dalam quran. saya sekadar percaya, yang akan mengukuhkan kepercayaan saya bahawa allah itu Maha Kuasa. tapi tak bermakna saya boleh meyakinkan orang bahawa cerita itu benar. kalau orang tak percaya, saya tak salahkan diorang sebab saya pun takda bukti kukuh.

saya ingat lagi, saya dengar ceramah ust Akil Hayy. "janganlah kita ni terlalu taksub sangat dengan misteri. cuba ada kaca depan m
ata kita pecah depan mata, tiba2, malam ramadhan pulak tu. hah, sah tu lailatul Qadr! bukan macam tu...."

paham ke? maknanya tuhan itu benar2 Maha Kuasa. tapi kadang2 penerangan ceritanya tak berapa meyakinkan. jangalah terlalu obses mengatakan bahawa semuanya kerana Allah nak bagi pengajaran dari kisah terdahulu.
sebenarnya ada penerangan lebih simpel. tuhan sengaja nak tunjuk Dia mampu mewarnakan oren itu kaler apa sekalipun. dan tuhan juga nak tunjukkan bahawa Dia mampu menghidupkan makhluknya, walaupun sebelah, macam ikan sebelah.

saya rasa kita akan lebih yakin akan cerita macam ni. begitu juga mereka yang kafir. bahawa kuasa tuhan memang benar, berfakta, bukan kisah dongeng semata.


kita kan cemerlang. ingat tak PQS, taim SPM dulu. hadis dhaif boleh diamalkan tapi tak boleh menjadi hujah. itu hadis. apatah lagi cerita yang tak tahu asal usul ni.

kalau ada yang terasa, saya minta maaf. saya cuma nak menegur, atau beringat saja. kalau saya berniat nak malukan, saya akan letakkan nama korang sekali. huhu.
tu je. kalau salah, sila betulkan.

Wallahua'lam.