Pages

Apr 25, 2011

apa khabar iman kita?

salam satu agama.

saya tersentak apabila ditanya oleh kawan, "apa khabar iman hari ni?"
Allah.. rasa lemah. apa khabar imanku di sana?

kadang kita ni terlalu banyak dosa, lalu Allah turunkan ujian bertalu2. lalu masa itu apakah peringkat iman kita? marahkan kita pada takdir? pada Allah?
jangan!

setiap kali amarah itu datang, buang jauh2. bukan ke kita yang salah?
cuba kita kira berapa banyak nikmat tuhan bagi pada kita, dengan ujian yang kita rasa.

apalah sangat sakit kepala, sedangkan tuhan masih mengurniakan kita nikmat lihat, makan, tidur, bernafas.

satu sakit ditunjuk2. beribu nikmat yang ada kadang kita lupa untuk bersyukur pun.

satu hari, Umar Al-Khattab sedang bermunajat di masjidil haram. tiba2 dia terdengar seseorang berdoa.
"ya Allah, jadikanlah aku ini dari golongan orang yang sedikit."
Umar hairan.
"pakcik, nape doa gitu?" tanya Umar.
pakcik tu menjawab,
"aku pernah mendengar satu ayat Al-Quran, yang bermaksud, Amat sedikitlah dari hamba2Ku yang bersyukur."
Umar tersentak. "kenapa semua orang lebih baik dari kau, Umar?" gumamnya.

alang2 dah cerita pasal Umar, nak cerita pasal umar jelah hari ni. ok je kan? kita lihat kekuatan iman Umar untuk dijadikan contoh.

Umar semasa menjadi khalifah pernah ditanya kenapa mukanya pucat. dia berkata, "aku dah tiga hari makan lemak."
Umar juga pernah ditanya kenapalah dia tak tukar2 lagi baju raya, sebab baju raya dia(baju yg paling cantik) dah bertampal2. sedangkan dia khalifah.
dia menjawab, "sedang Rasulullah sendiri, baju paling cantiknya mempunyai 14 tampalan (kalau tak silap), siapalah aku untuk merungut?"

Umar seperti yang kita tau, seorang pemuda yang sangat susah nak masuk Islam. tapi, bila dah masuk Islam, imannya kuat nian. dikatakan apabila umar melalui satu2 lorong, semua syaitan di situ akan lari. takutnya pada umar sehingga begitu sekali.

dalam digeruni, imannya tak pernah luntur. biarlah bagaimana pun dia diuji.





tapi itu umar. siapalah kita nak dibandingkan dengan umar. teringat kata2 terkenalnya,
"aku hanya seorang Umar. kemuliaanku kerna islam. semua ke syurga, melainkan dia, ku bimbangi dialah diriku."


iman kita naik dan turun. kalau kita belajar dulu2, cara2 untuk meningkatkan iman adalah dengan beribadah.
masalahnya, ikhlas mana ibadah kita?
kata2 bijak pandai Ali, "permulaan amalan itu adalah riya'."
tapi janganlah betul2  riya' pula. maksudnya, niat kita ikhlas, tapi mungkin ketika beramal itu timbul sikit rasa riya'. biarkan. ingat niat kita. lama2, insyaAllah akan ikhlas dengan sendirinya.
macamana pula nak ikhlas?
itu susah. kerana ikhlas itu seperti semut hitam di atas batu hitam di malam yang kelam. mana nak nampak. kan zaid? huhu.

ikhlas ni masalah tau. susah nak ikhlas ni. kadang2 kita buat status baik2, niat kita apa? nak orang like? update blog baik2 je, untuk apa? untuk orang nampak kealiman kita? (terasa kat diri sendiri.)
takpa2, ikhlas boleh dibina. janganlah kerana taknak riya',kita tak beramal. itu kurang bijak namanya.



ok, perkongsian last.
saya ni terkenal sebagai seorang yang kuat mengusik. bila kuat mengusik tu, macam2 perkataanlah keluar. sorilah sahabat. tak boleh kontrol nak membahan. hehe.
tapi, tak elok buat macam tu sebenarnya.
kebetulan hari tu pegi seminar anjuran AQM kan, Dr muhammad bin Jantan kata, kitalah antara punca pemberi 'unsur negatif' kepada kawan2 kita.
buktinya, dia tunjuk, bila orang tu kena puji, semangat dia kuat tiba2. bila kena kutuk, dia jadi lembik. semua yg kena uji, semua jadi macam tu.


isy3, agaknya berapa ramailah orang yang dah down kerana kita kan? kurang tenaga positif, macamana nak jadi orang yang berjaya? kena tukar stail hidup ni! taknak kutuk2 orang dah kalau boleh. cuba la, cuba. ye? sesama kita cuba.

umat Islam kalau nak berjaya, mudah je. nak atau taknak je. sebab tu nabi marah kalau kutuk kawan2 kita. ada ceritanya dalam sirah nabi. tapi tak ingat.


sebelum tutup cerita, terimalah, berkorban demii cinta. sederhana je..

 
sesi latihan.

tu je kot. 
wallahua'lam.

2 comments:

Anonymous said...

pergh!!sedap...cuma mic pecah...huhu...btw,smpai ati x igt ak ab...

-kita sebaya yg kesedihan-

fikrahuddin said...

ab.. sebaya.. sah2 ko ni jepah...kan kan.. haha..