Pages

Apr 10, 2011

cepat lupa, cepat-cepat pula ingatkan.

salam satu agama.

selalu kan, kita diingatkan, tapi lupa balik.
ni la masalah manusia. cepat lupa daratan. cepat lupa asal usul.

for instance, bala. Allah turunkan bala/ujian pada kita supaya kita ingat semula. tapi itulah, manusia lupa lagi dan lagi (dah macam murt.). adakah kita nak Allah turunkan bala kat kita setiap kali kita lupa? memang tak berkembang la generasi manusia agaknya. mati sana, mati sini.

ni bukan gambaran kiamat. ni bala Allah bagi untuk ingatkan kita dulu. tapi sekarang dah lupa balik.


manusia, manusia.

orang kata, nabi bersabda (asif saya tak pasti kesahihannya), bahawa salah satu tanda kiamat adalah bila terjadi gempa bumi di barat, timur dan semenanjung arab.
gempa di barat dah pernah ada.
timur, lagilah baru. jepun tu ha.
semenanjung arab? entah. sedar tak sedar, macam dah berlaku. hari tu masa gempa kat greece, kan mesir rasa. hah! ayoookk~
kiamat sudah dekat!

alah, macam kita tak tahu kiamat dah dekat. bersepah-sepah tanda-tanda kiamat kita nampak sehari-hari. tapi apa tindakan kita? lupa, lagi. dan lagi. macam seronok je lupa, dan diberi peringatan lagi. kejap tsunami, pastu insaf la kejap kot. dah tu, buat dosa balik. ha pastu banjir. pastu, buat dosa lagi. eh eh, besnye buat dosa ni kan? ke sebenarnya kita suka kena ujian?? -__-"

jom, sama2 kita jadik muslim yang lebih gempaks.
berapa banyak Qiam kita?
berapa banyak solat jemaah kita?
berapa banyak baca quran kita?
berapa banyak zikir kita?
berapa banyak selawat kita?
berapa banyak puasa kita?
berapa banyak dakwah kita?

semua yang di atas adalah penting untuk jadi mukmin yang berjaya. tapi, adakah kita buat?
 bila Allah kata, mukmin yg berjaya tak cakap lagha, kita in reality, suka cakap kosong!
contoh lagi, status di FB, boleh je tulis yang bermanfaat.
tapi apa kita tulih?
"hari ni aku sakit perut..."

haha. tulis sendiri tapi terasa. yelah, aku kan suka tulis gitu. huhu.

sebenarnya, manusia memang Allah jadikan cepat lupa. kalau tak, susah la nak dapat pahala dakwah. sekali dakwah terus baik sampai bila2. tapi Allah jadikan kita lupa. hari ni kita lupa, kawan tegurkan. esok lusa depa lupa, siapla hangpa!!! kita betulkan. begitulah kitaran kita. barulah dapat jadi kpmuniti yang terbilang dalam kalangan masyarakat global.

hayati liriknya. 


hah. tu je. ingat2kan diri tu selalu. 

Wallahua'lam.

1 comment:

Anonymous said...

thanks abrar ingatkan..