Allahumma,
jadikanlah belajarku selama setahun ini berbaloi.
jadikanlah belajarku yang setahun ini berkat.
jadikanlah belajarku yang setahun ini bermanfaat,
untuk aku, agama dan umat.
andai hari-hari semalamku kotor dilumpuri dosa-dosa,
ampunkan Ya Allah. aku hanya salah seorang hambaMu yang hina.
andai usahaku sekadar bersahaja, dan tidak cukup,
Kau redhailah aku. usahaku takkan prnah cukup kerana aku hanyalah hamba yang sering lupa.
ampunkan aku ya tuhan.
jika hari-hari yang kelmarin, aku menyakiti sahabat-sahabatku,
kau bukakanlah, lembutkan hati mereka untuk mengampuniku.
sungguh, aku bukanlah sahabat yang baik budi dan pekerti.
maka ya Allah, kau murnikanlah hari kami dengan iman dan ihsan.
ya Allah, ingatkanlah aku andai aku terlupa,
bahawa perjuanganku takkan pernah usai,
bahawa blajarku ini keran ibubapa,
bahawa umat menanti aku membawa kejayaan,
bahawa aku dulu ikhlas mahu berjuang di jalan ini kerana agama,
lalu jika aku terlupa, ingatkanlah andai ikhlas itu tidak berlalu,
agar nafsu tidak merajaiku,
agar cecitaku untuk umat terlaksana.
amin ya rabb.
ku serahkan tawakalku padaMu, walaupun aku ini hambaMu yang paling tidak layak berdoa.
wallahua'lam.
doakan kami berjaya dunia akhirat.
"aku tidak takut doaku tidak dimakbulkan tuhan, tetapi aku khuatir andai tuhan tidak memberi taufiq kepadaku untuk berdoa kepadaNya." -umar-
3 comments:
T_T ameen ya rabb
thumbs up :)
ameen..tapi pe kena mengena dengan gambar org berlumpur tu??
diLUMPURi dosa. haha~
Post a Comment