salam.
sebagai seorang student medic yg amik medic, maka saye x boleh selalu hapdet blog. nanti kantoi laa x stadi kan... maka, hapdet pun dah jarang...hehe..
saye nak storylah..
satu hari tu, saye berborak2 ngan kengkawan2 saye... kitorang berbincang tentang sekolah..yelah, upsr dah habis, sekolah yang macam mana yang diorang patut mohon? kriteria sekolah2 impian?? ape??
hm... maka, aku(variasi..hehe) telah pun cadangkan la sekolah agama. tak kisah la sekolah agam ape, janji ade la agama.
dan mulalah pula yang mencadangkan sekolah biasa jer. lagi bagus. sentiasa dalam perhatian mak bapak.
dan ada yang mencadangkan sbp, atau mrsm.
persoalannya, yang mana yang lagi tepat? yang paling bagus? paling berkualiti dan berbaloi?
bak kata zkahir, depeng la... haha...
betul, depends.
saye, bukan, kita tak boleh menghukum sekolah biasa itu teruk. sekolah agama itu bagus. tak! sesetengah orang perlu diberi cabaran, dengan keadaan sekeliling yang kurang dengan identiti islam, maka akan datang kesedaran tentang islam. lagi pula, kita sentiasa berada perhatian ibu bapa, yang akan menjaga kita, berbeza dengan sekolah asrama.
saye pernah rasa semua. mrsm je belum rasa kot. er, dengan sekolah biasa.
sebenarnya, untuk memulakan pilihan ini, diri perlu dilatih sedari kecil. dan ini sebenarnya adalah inisiatif ibu bapa, atau orang yang lebih tua utk menasihati dan tunjuk mereka, jalan mana yang benar.
maaf, saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman, maka mungkin aada kekurangan.
ini kerana, sejak kecil, kami adik beradik dididik dengan didikan agama oleh mak yah kami. so, kami memang taknak memilih sekolah lain selain sekolah agama. bukanlah nak kata sekolah lain tak bagus. tunggu keja. ada pengalaman lagi nak dicerita.
adik saya pernah ke sekolah harian. sekolah biasa. aliran arab? ha camtulah. dengan persekitaran sekolah itu yg agak dasyat, maka mak saya memutuskan utk membawe die blah dari situ, walaupun sekolah tu mmg agak eksellen la gak kan...
kenaa? sebab, adik saya, belum cukup mantap dan matang lagi utk menolak perkara2 yang buruk yang datang dalam hidup dia. yelah, mungkin sebahagian daripada kita macam menolak atau memandang enteng perkara macam ni.
dalam sekolah yang sama tu, ada jugak seorang lagi kawan saye. tapi dia hebat. tak terpengaruh langsung dengan sekeliling. kenapa? sebab dia ada basic yang mantap. dari sekolah rendah, sehingga ke sekolah menengah rendah. kalau tak salah, kemudian berpindah setelah pmr. maka, bagi saya, dengan latar belakang yang mantap, berasal pula dari keluarga yang hebat, maka tidaklah aneh dia begitu.
tapi ingat, itu adalah kes yang sangat janggal. atau sungguh jarang berlaku. lagi pula, dia punya basic yang agak kukuh. dan percayalah, bukan semua orang ada basic kuat macam tu...
ya Allah, korang percayalah, aku mmg suka membebel!!!
jadi, kalau anda tanya saya, saya tidak akan sesekali mencadangkan sekolah biasa.
kenapa?
saya punya beberapa hujah utk dikongsi bersama.
pertama, saya ada ramai kawan yang hebat2, tapi kebanyakan daripada mereka, hebat kerana usaha mereka sendiri dalam mendalami ilmu agama.
siries cakap, susah nak buat macam ni... ini cuma kes yang sangat jarang, dan selalunya berlaku dalam kalangan BADAR sahaja. yang bukan BADAR cmne??
tambah lagi, kawan2 saya yg BADAR ni pun, masih tercari2 ilmu agama. saya tak kata agama saya hebat, tapi kelihatan pengetahuan agama mereka mungkin sedikit cetek kalau nak dibandingkan dengan mereka yang dari sekolah agama. TAPI, bagusnya, mereka sangat menjaga apa yang mereka tahu, dan praktikkannya.
ya. mahu mencungkil secebis ilmu agama di sekolah biasa cukup susah.tiada suasana, tiada peluang, tiada kesempatan, jadi bagaimana? hanya mengarakan sekadar pengetahuan am ttg islam, belum cukup, tahu? tahu ttg Islam dan mendalaminya adalah tanggungjawab kita. muslim. kalau bukan kita, siapa lagi?
adakah sekadar tahu solat, tahu mengaji itu sudah dikira bagus?? belum, sayang... sekadar itu semua, kita takkan tahu keindahan Islam...
bagaimana cara mendidik anak..
bagaimana cara makan..
cara minum...
cara tidur...
semuanya ada adab tersendiri..
dan,tiada paksaan dalam pelaksanaan.
kerana semuanya berasaskan percaya.
dan kesedaran.
maka terpulang,
samada kita mahu yang terbaik untuk diri kita, ataupun tidak.
indahnya Islam..teratur...
bagaimana pula dgn sekolah agama?
ramai yang teruk juga, rosak juga, kan???
anda memang suka melihat yang minoritikah??
kenapa tidak menerima hakikat saja, tak ramai yang baik di sekolah biasa, dan tak ramai yang jahat, di sekolah agama?
betul, ini bukan salah mereka, tapi salah sistem.
tapi itulah hakikatnya.
mengapa kita memilih tempat yang lagi sukar utk menjadi baik, walhal tmpat yg lagi bagus ada di depan mata!!! manusia kan...macam2 ragam...
kita suka salahkan sekolah agama, kononnya kolotlah, overlah, otak sempitlah. hei sahabat, kolot itu ajaran nabi, over itu suruhan tuhan!! kalau kita sekadar pandai membalut diri menutup aurat, tapi nampak bentuk tubuh badan(kalau seksi takpe, ni selulit!!!), baik bogel jelah... jangan buat main ajaran tuhan....
ok, back to the topic...
apa yang ada pada sekolah agama???
di sana ada suasana terjaga.
ada tarbiyyah sekeliling kita.
ada banyak ruang untuk belajar ilmu agama.
betul, ramai yang jahat, walaupun dia masuk sekolah agama. tapi hakikatnya, mereka punya kesedaran dalam diri. walaupun mgkin kesedaran itu nipis, tapi biarlah begitu, berbanding tiada kesedaran langsung.
pilih sekolah agama mungkin kita akan lemah sedikit dari sudut akademik, tapi percayalah, akademik bukan segalanya. kerana sekolah itu bukan sekadar tempat membaca buku, tapi belajar erti hidup. jadi, kalau tidak dididik sejak berada di sekolah, maka susahlah untuk menjaga diri ketika sudah habis sekolah nanti.
kita ada pilihan. yang senang atau yang susah. kenapa perlu merisikokan seluruh hidup kita, dengan memulakan langkah yang hampir dengan murka tuhan,sedang jalan yang dekat dengan rahmat tuhan, banyak?/ kenapa pelu mencari suasana yang sukar utk mengamalkan Islam, untuk mengamalkan islam? kenapa tidak kita kurangkan risiko itu dengan mencari suasana yang lebih Islamik?
buka skop kita lebih besar.
hidup kita. banyak pilihan. pilihlah yang pasti akan diredhai Allah. maka kita akan berjaya.
oleh kerana ceramah aku agak panjang, aku tak taulah korang dapat ke idak poin aku ni.haha.
kurang terkasar harap dimaafi. aku tak sempurna dan aku hanya meluahkan pendapat yang picisan je ni. masih ada ruang untuk aku perbaiki.
wassalam.
6 comments:
salam.
1. banyak typing error. sila buat pembetulan patplohnamjutapoinkuasalima kali kat atas dahi
2. bak orang2 jepun kate: ukur baju di badan barbie [kalo saiz barbie la, mcm kak]. kalo anak tu kuat foundation, bleh je nganto sekulah biase. mostly yg mmg dah ade wadah or family mmg org kuat dakwah la sebab depa mmg iA dah nmpk mtlmt idop n mtlmt masuk sekulah biasa. daie, sejahat2 jin pon, they see as mad'u. ambillah peluang ke sekolah biasa untuk luaskan fikrah islamiah di situ.
3. xingt dah nak tulis ape.
Allahu a'lam
akak, typing error tu biasalah berlaku kalau menaip time 3 pagi!!!! watpe nak ubah, biarkan...biar korang sakit pale nak bace...muahahaha....
memang tak salah, masuklah sekolah agama, tapi jangan smpai kita yang tersesat...
apepun, doa sangat penting. doa kita utk sahabt, doa parent, dan sebagainye.hehe
Moga pilihan untuk ke mana sahaja sekolah itu adalah PILIHAN bukan PAKSAAN.
Realiti skolah2 agama2, maahad2 umpama reject shop pada ibu bapa yang umpama putus harapan dalam mendidik anak2..
Anak2 seperti ini yg masuk dgn terPAKSA... Ya,ade peluang berubah...! Tp once mereka keluar dr sistem(asrama) memerhati dunia yg lebih luas... takut tergelincir...! Ini lah fitnah ke atas KITA kelak...
betul..... aku dah pernah rasa mcm mana suasana sekolah buangan tu...
kadang2 paksaan tu perlu gak.. sementara nak terbinanya kesedaran tu...
masa ni la, bagi aku, pentingnya peranan doa tuh....
aku tidak mahu membuat andaian awal mengenai 'agama' atau 'tak agama' sesuatu instiusi.kelak aku akan jadi heart attack sebab aku telahpun mengalamu situasi tersebut di univ.full stop!
saya lagi respek budak science
haha. muadz2. saye sedang berkate tentang sekolah, di mane sistem dan disiplin pelajar dikawal oleh para cikgu yang hensem2. kat u, kite bebas. betul, banyak bebudak yang amik bukan bidang agama di univ hebat dan mantap dalam bidang agama. dan lebih menyerlah dalam masyarakat, sahsiah dan penampilan diri.
akan tetapi saye berbicara tentang sekolah, iaitu langkah pertama dalam hidup kita. bagi saye ini penting untuk mencari sekolah yang mempunyai suasana agama, supaya kita dapat belajar agama.
saye ingat lagi, saye bertanye dengan seorang kawan, kalau die ade adik, nak adik die masuk mane? die jawab sepintar, sebab ramai kawan2 die yang baik2. saye bukan berkate pasal sepintar, tapi pasal sekolah agama, tak kiralah sekolah agama bentuk macam mana. belajarlah aliran apa pun, asalkan di sekolah agama. memang, ada orang kata, sekolah biasa pun bagus. sekolah biasa pun cemerlang.
sekolah biasa memang cemerlang. saya tak berbincang tentang kecemerlangan. saya berbincang soal pendidikan agama. pendidikan agama jelas terhad di sekolah2 biasa. mana nak dapat cikgu matematik yang alim? di sekolah agama.
ada lagi suara2 yang mengatakan bahawa sekolah biasa pun ramai budak bagus. jadi tak semestinya kita ke sekolah agama. iyalah, betul. maafkan saya, yang terlupa nak ingatkan, ENTRI INI UNTUK MEREKA YANG MAHU MENGUATKAN PEGANGAN AGAMA DAN MERASAKAN PENGETAHUAN AGAMA MEREKA BELUM CUKUP, macam saya. mereka yang dah mantap, silakan ke sekolah biasa, biar ada da'ie di sana.
sekolah ni tempat latihanlah. kalau di sekolah agama dia malas nak solat jemaah, agak2 kalau dia kat sekolah biasa, macam mana? dan kalau dia biasakan diri dengan suasana agama di sekolah, at least dia keluar sekolah nanti, dia masih ada asas dan kebiasaan untuk istiqamah dalam syariat. yang tinggal kini hanyalah azam dia sendiri untuk terus thabat.
uih, panjang gila.
Post a Comment