Pages

Nov 12, 2010

kalaulah aku sempurna.

salam sayang semua.


kalaulah aku sempurna, aku harap aku mampu buaat semua orang gembira. kawan2, mak ayah, adik2, semua oranglah.

tapi apakan daya, aku tak sempurna, mungkin kadang2 ada perkara yang aku buat melukakan hati orang. mintak maaf.aku tak sempurna. aku cuba sehabis daya. sebab tu aku perlukan sahabt di sisi untuk membetulkan aku.


kalaulah aku sempurna, mestilah ibadah aku terjaga.

sayang, aku tak sempurna. ibadah aku jujur, tak terjaga. aku tak salahkan tuhan, yang menciptakan aku tak sempurna. cuma aku minta maaf andai ada yang terlihat kecacatan aku dalam bermuamalat bersama.

tolonglah maafkan aku. dan bimbing aku.

kalaulah aku sempurna, aku takkan risau semua perkara yang keluar dari mulut aku. sebab aku akan buat semua.

sayang, aku hanya manusia. yang hanya pandai berkata2.

aku sering diingatkan bahawa sesuatu yang aku ucapkan akan diuji ke atas diri aku semula. ya, teguran dan peringatan berulang kali itu akhirnya menusuk jiwa. kadang aku rasa bodoh, aku menegur tapi aku pun tak buat.

kadang aku rasa malu, kerana lain tingkahku, lain bicaranya.

percayalah, kalau ada teguran nasihat dari mulutku, bukan aku berlagak alim atau rasa sempurna,

tapi semuanya kerana aku sayang korang semua.

biarlah aku kata itu atas dasar cinta sesama kita.


lantaran itu aku harap korang mengerti kenapa aku macam ni.

walaupun aku menegur, tapi aku juga sering alpa.

dan apa yang aku harapkan adalah teguran dari dirimu pula. agar kita dapat saling melengkapi sesama.

bukan ke itu tujuan kita berkenal-kenalan? bukan ke itu tujuan tuhan suruh kita menjalinkan persaudaraan?


ya, aku tak sempurna. maka janganlah diasingkan diriku dari hati korang semua.

doakan kita sama2 ke syurga. doakan kita sama2 dapat redhaNya.


aku sangatlah tak sempurna. dan ada sahabat yang sentiasa di sisi, membetulkan semua kesalahanku, hingga ke akhir usia.
MySpace
wassalam.

6 comments:

Verdict said...

ah

aku tahu ko tak sempurna..aku chill je..kesah apa aku ko nak kata apa..

fikrahuddin said...

aku x payah kata ape2... aku delete je komen ko nih...hahaha

Saya said...

tiada manusia yang sempurna tetapi sama-samalah berusaha untuk menuju ke arah kesempurnaan...
sebab itu kita perlukan sahabat sebab sahabat-sahabat lah yang menyempurnakan kita...
They complete me...

'jgn fikir apa yang jemaah beri pada kita tetapi fikir apa yang kita beri kepada jemaah'

Aisyah Sophia. said...

Biaselah tu, kita kan manusia. Nobody perfect.Kita cuba yang terbaik untuk menjadi hamba yang terbaik :D Papepon, don't give up bro.Abrar boleh~~tibe ^.^

lilcaliph said...

LIKE

fikrahuddin said...

siapekah kamu ini?