Pages

Nov 8, 2010

kayu ukur.

salam. sihat? gemukkah anda seperti saya? jika tidak, maka saya lagi sihat. muahaha. baik. tidak elok ceria banyok2. macam garam la. letak banyok2 dalam makanan, nanti masinlah kan.

ada satu cerita. tapi bukan cerita murtad tulah.hehe.

dia duduk sorang2. ramai sebenarnya, tapi dia macam sendirian. leka membaca quran. bila penat, dia leka melihat sekeliling. hari itu, seperti hari2 lainnya, dia tidak berborak di situ. menghormati adabnya. dia bersandar, dengan jubah yang baru digosok pagi tadi, sudah berkedut.

tiba2 datang seorang senior menghampiri. duduk di sebelahnya.
"assalamualaikum, abrar. abang nak tanya enta sikit, boleh?"
"boleh."
"enta sihat ke?"
"alhamdulillah sihat. kenapa ni?"
"takde ape. saje. nak borak2 dgn enta. pade pendapat enta, camne perangai budak hira' sekarang?"
"ana rase diorang ni makin lame makin teruklah (jawab dgn yakin.)"
"ape kayu ukur enta?"
"er....(lame jugak...) sebab diorang dah kurang amal?"
"ape pendapat enta dgn budak2 yang duduk belakang tu?"
"entahlah.. diorang kena berubah kot.."
"habis, apa enta buat kat saf depan ni, tapi enta biar kawan2 enta kat belakang tu terus leka?"
diam.
diam lama.
"assalamualaikum.." senior berlalu sambil senyum ikhlas.
dia terpana. terkejut.
bagai tidak menyangka dia bersalah.
tidak sedar diri terjerat dengan leka.
dia masih terkejut. terkesan hingga sekarang.


sahabat, aku mahu ingatkan di sini, memang kadang2 kita merasa kita baik, kita soleh, tapi dalam masa yang sama kawan2 kita makin jauh terpesong. lalu apa tindakan kita? membiarkan mereka terus leka?

dia terkesan hingga sekarang.

bagaimana dengan kita? adakah kita pernah membawa kebaikan kepada org lain? kita membiarkan kawan2 kita melakukan maksiat, sedangkan kita mengaku kita sayang dia? apa cerita?

moga kita jelas apa tujuan hidup kita.


moga kita berguna untuk agama. masyarakat.

wassalam.

6 comments:

hilmi said...

student mesir mmg gempak!!! heheh

fikrahuddin said...

??? amenda yang gempak urdun???

~cik fitriah~ said...

mantap :)

hadiiqatu said...

assalam..nak komen gak..xkira la brapa kurun yang lepas pun entry nie dipostkan... sebab sy baru baca.. ya..hanya mampu melihat sahabat makin hanyut dibuai mimpi dunia.. tapi diri ini tak kuat untuk menegur..dikatakan kita campur urusan dia..niat hati ingin menjadi contoh ikutan,tapi setiap kali diri ini membaca surat dari Tuhanku tak pernah terkesan dihatinya..setiap sujudku tak pernah ad dpndangannya...

fikrahuddin said...

@hadiiqatu pernah baca buku tautan hati tulisan fatimah syarha?

bagi saya, step pertama sebelum nak berdakwah, adalah berkawan. selagi mad'u tak selesa dengan kita, selagi tu la dia takkan dengar cakap kita.
jangan terburu-buru nak tegur itu dan ini selagi kita belum jadi sahabat di mata dia.

kedua, doa.

ketiga, bersangka baik.yang beri hidayah bukan kita. yang beri hidayah, siapa??
pandai. :)

good luck!

hadiiqatu said...

@fikrahuddin xpernah..tapi macam berminat je nak cari..trima kasih atas ilmu yang diberi.. semoga satu hari nanti hidayah itu menjadi miliknya..