Pages

Apr 5, 2012

setitik peluh bernama usaha

salam satu agama.
huh. hampir mati dah blog ni. kalau ikutkan, mahu ke kubur jugaklah, mengenangkan kesibukan yang mencekik masing-masing hujung sesi ni. bulan depan dah nak exam. ada masa lagi ke nak blogging?

dalam sibuk-sibuk dunia tu, aku dengan beberapa kawan-kawan telah Alhamdulillah berjaya jugak menerbitkan satu filem pendek yang aku rasa paling 'cikai' kalau nak compare dengan lambakan filem pendek lain dalam youtube tu.


Ukhuwah Tak Hangus

OSEM poster made by Nenek Doraemon


ideanya bermula ringkas. orang tak nampak dan sedar bagaimana terjadinya jalan cerita yang pelik dan beberapa scene yang tak difahami. it's simply our story. cerita kehidupan kami di bumi 'bergolak' Zagazig.hehe.

dan yang paling orang tersilap, aku adalah antara pengorak awal cerita ini. meletakkan aku yang cuma director, mahupun Haziq Aiman & Burn as pelakon yang setail, orang tak nampak muncul idea pertama datang dari siapa.

betul, idea datang dari Allah. lalu kepada siapa Allah kurniakan idea ini? haa.

dan sejak itu berkembanglah jalan ceritanya. bila masuk kepala hotak Kak Faz, dengan aku sekali, satu video promo pendek mungkin dalam 3 minit akhirnya menjadi satu filem pendek sepanjang 14 minit.

dan waktu itu juga nama Fiq Vertigo dan Kak Pot terpacul dari bibir kak faz. penulis skrip dan pemilik kamera. langkah mula diorak. aiceh~
nampak tak? usaha aku seawal perkembangkan idea cerita juga tidak banyak. tapi tidak mengapalah.

lalu sinopsis ceritanya pun siap.

ceritanya akan dibuka dengan bacaan alquran oleh Musalman (bukan nama sebenar). kemudian dia pergi ke bilik kawannya untuk mengadu.
ah, bosan. pergi tengok sendiri ceritanya!

permulaan shooting cerita sangat hambar. aku sendiri dah lama tak merasa buat suatu bentuk video macam ni, since SPM dulu. kali ni pulak melibatkan semua AJK Siswa AQ Zagazig 2011/2012, so, agak ramai la. tambah pulak dengan kesibukan nian masing-masing, yang menyebabkan shootingnya selalu tertangguh.

tahu scene pertama kami apa?
scene Musalman tacing lalu lepak depan sawah. scene dia tergolek betul-betul kat atas bendang tu, adalah scene epik yang paling aku suka. susah wo. jatuh betul kot! calor balor badan die. haha.

dan cerita mula berkembang. sampai nak dekat exam midterm, kami stop. cadangnya habis midterm, terus start semula. program nak mula dah, video promonya banyak lagi tak siap!

sekali masing-masing terus sibuk fikir Sinai. Jaulah paling gila pernah aku join setakat ni. alah, orang lain pernah join jugak, tak batak pun nak kecoh jadik Unit makanan bagai macam kau.
huh. ini aku. pengalaman baru. macam mana nak handle makanan, macam mana nak pastikan semua orang puas hati. the almost perfect team dah waktu tu!

huhu. back to the story.
alkisahnya, tertangguhlah lagi sampai ke sudah cuti. jam berdetik. programnya dah makin lewat. video promonya baru separuh jalan!

sekali aku sibuk dengan Malaysian Day pulak. dalam masa yang sama, MTA ada krisis imarah. berkejarlah masing-masing sana sini. ada yang pindah tak bagitahulah. ada yang taknak bayar sewalah. macam-macam.
dan sebab kesibukan yang melanda tu, penggambaran berhenti macam tu je.

sampailah satu hari tu, directornya kena push. haha. nak  tak nak, dalam sibuk-sibuk tu, cari jugaklah masa nak siapkan. dan plan filem ni berubah. dari untuk program, berpindah jadi untuk seminar. dan alhamdulillah sempat siap shooting seminggu sebelum seminar.

dan akhir-akhir itulah, Mim pulak kena tarik mintak tolong editkan videonya.

kenapa dan kenapa?

kenapanya aku suka sangat dengan cerita ni?
sebab cerita ni secara tak langsung menggambarkan perangai kami kat sini. macam mana persahabatan, susah senang, suka duka, rajuk marah, janji ukhuwahnya tetap terjaga.

kenapa perlu ada logo AQ?
harus paham, yang letak logo tu, aku. haha. motifnya bukan apa, sebab video tu digunakan untuk program AQ. sejujurnya aku tak pernah sangka cerita tu boleh tersebar sana sini. tak expect langsung. so, yang akan faham dan tengok, ingatkan budak Zagazig  jelah. huhu.
itu jugak yang membawa kepada beberapa scene pelik yang orang tak faham. contohnya, kenapa hasan masuk-masuk rumah, dia nyanyi "wahai para mujahid maralah ke hadapan~"
even bila hasan cakap, "sori, soriiiiii," tu pun sebenarnya adalah 'menghanjeng' orang. haha.
tapi yang faham, kami-kami jelah. hehe.



jugak macam mana idea ni berkembang, bukanlah satu benda yang hebat pun.
"good artist copy, great artist steal"
idea kami sendiri, banyaknya datang dari orang.
Filem pendek Tomato, Matluthfi, dan yang paling.. dasat, adalah based on true story. itu yang paling membuatkan cerita ni semakin feeling. hehe.

bukanlah niat kami meniru, mahupun tetiba pulak rasa macam "taknak jadik dokter, nak buat filemlah!", cuma, iyalah, benda baik kita kongsi.

kenapalah aku tulis panjang-panjang ni? bosan tau tak!
lantaklah. this story deserve a great explanation. taknak baca sudah.

tahniah kepada unit perumahan Siswa AQ Zagazig, Hasan Misran dan Aineen Amalin Nazrei. mereka sebenarnya pemilik cerita. asal-asalanya video promo diorang je. akhirnya walaupun atas usaha yang dasat, video itu dibawak pula ke program seminar. takpelah, ye? ada hikmah jugak tu sebenarnya. hehe.

dan, er, selamat menonton!





wassalam.

8 comments:

Mohd Zaid said...

arghhh..tenet slow....!!!!!

Anonymous said...

amin ni kenal x..pelajar zagazig tahun 4, terharu seh denagn bakat Dr Ustaz Director Abrar Syafie...moga UNKNOWN juga terus maju seiring dengan bakat yang ALLAH kurniakan :)

fikrahuddin said...

takpe zaid. pastikan arnab tu tido. kompem internet ko menang nanti.


kenal laa abang amin oi~

afiq zulhilmi said...

perghh.. dah jadi retis laa member aku.. bangga gila siott..
ni yg buat ak nk g zaqaziq nii...

alief_kaizer said...

salam abrar , chat?
ini x hebat?? hha mantap la tuan director ni dan produksinya :)

siyes aku baca mmg nampak kesibukan ko, ape lagi yg merasakan sndiri.

insyaallah, moga usaha kita terus diberkati2..

looking forward 4 next project :)

Asyrav... said...

hero dlm clip ni Abrar....

hilmi said...

rasa menyesal plak x pegi zagazig hari tu.



(xde kaitan pon sebenarnya, haha)

Zida said...

WEHHHHHHHH best! buat la lagi banyak2 :PP

ayam hangus takpe, janji ukhuwah tak hangus, alahai comeii~~