Pages

Apr 13, 2012

#98

salam satu agama.

dua hari lepas, saya diingatkan di facebook, bahawa hari itu bakal menjelang dalam tempoh 100 hari.
semalam tinggal 99 hari.

ingat nak mulalah pecutan tu seawal 100 hari countdown, tak pun 99 (macam cantik la sikit nombornya. hehe) tapi apakan daya kekangan masa yg menghalang dicampur lagi dengan kemalasan untuk menaip. hehe.

maka, rasanya tidak terlalu lambat untuk memulakan momentum pada hari ini. 98 hari lagi.
SEKOLAH RAMADHAN.


ya. sesetengah dari kita sudah mula meletakkan tarikh momentum lebih awal lagi, dengan targetnya adalah imtihan.
bukan saya mahu ketepikan imtihan, tapi mengenangkan kata-kata nasihat dari Dr. Hafidzah masa pegi STEP haritu, bahawa imtihan ini hanyalah satu checkpoint. dan matlamat perjalanan kita yg sebenar adalah grad nanti.

tapi saya ingin memilih Ramadhan.

madrasah hati


jujur kata, persiapan untuk exam saya sangatlah cikai. bukak buku, tenung sampai tembus. setahun ni sangatlah bizi sehingga bila ada masa stadi ni, rasa janggal sangat, dan lupa macam mana cara saya stadi sebelum ni!

momentum stadi tu takda. lalu mulalah mencari azam-azam dan semangat yang pernah dipasakkan dalam hati dulu.

"belajar Abrar, kerana Allah. kerana mahu berbakti untuk umat."
"belajar sebab umat islam kurang profesional"
"belajar! bukan semua orang ada peluang macam yang kau dapat."

percaya tidak, satu hapa pun kata-kata positif tu tak efek kepala hotak ni.
pergi ke kelas dengan rasa down. kalau masuk kelas faham ke? ingat ke?

penat stadi mencengkam segenap tubuh. cemana nak stadi ni?!!!



tentang hati


dan malam tadi persoalannya terjawablah.
kebetulan malam tadi saya diberi kesempatan untuk join usrah abim. dan topiknya adalah motivasi. topik ni dah pernah kami bawak dalam usrah pimpinan AQ, so, rasa macam takda la teruja sangat kan.

benarlah pesan senior saya dulu,
setiap kali kita datang ke majlis ilmu, kita akan belajar benda baharu, biarpun sudah berkali-kali kita dengar tajuk yang sama.

lalu terjawab persoalan saya selama ini.
apa masalah saya?
hati.
lalu macam mana nak selesaikan?
firman Allah maksudnya,
"dan mintalah tolong dari Allah dengan SABAR & SOLAT, dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi mereka yang khusyuk"

1. sabar.
kita minta tolong Allah. He knows the best. kita tunggu dan tunggu kejayaan datang bergolek setelah kononnya berusaha.
kita lupa, Dia yang mencipta kita lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
dan waktu kejayaan diberi sedikit lambat, adakah kita bersabar? haaa ayookk~

2. solat.
"aku solat kot!"
halah. solatnya macam touch n go. tak pun macam ayam. laju je matuknye.
agak-agak macam mana la solat tu nak diterima?

thus, jaga hati dengan solat.


tanak cerita panjang pasal hati. tak berani. ada eksperimen menanti dulu. huhu.


apa kaitan semua ni dengan ramadhan?

iyalah. masuk ramadhan nanti, biarlah diri ini sudah terlatih untuk ikhlas beribadah kepada Allah.

kalau exam kita jaga, begitu jugak dengan amalan kita.



so, mulai hari ini, saya nak ajak anda semua untuk countdown dengan saya.

apa kita nak buat?
1. lazimkan diri dengan ibadah. mulakan dengan yang ringan, dan istiqamah! once kita berhenti, susah woo nak sambung balik.
2, jaga solat kita. kalau boleh biarlah awal waktu, jemaah, dan tertib juga khusyuk.
3. stadi kerana menghargai ilmu. bila kita stadi kerana exam, seronok belajar tu sendiri hilang.


exam tinggal lagi sebulan. pecutan akhir ni boleh buat kita sampai ke 'checkpoint' ini waktu yang selesa. usaha jangan lupa. doa jangan tinggal. ibadah dijaga. hati biar bersih.

ingat, gagal atau berjaya kita, Allah yang tentukan bahawa itulah yang terbaik buat kita.
andai berjaya, berjaya anda itu untuk ummat.
andai gagal, anda sememangnya layak untuk tabah!

wallahua'lam.
selamat menunggu ramadhan.
selamat bersedia untuk exam.

No comments: