Pages

Apr 29, 2012

bukan kuning tapi biru.

salam satu agama.

saya tak nak tulis pasal BERSIH 3.0.
bukan tak ambil tahu hal semasa, dah aku tak datang, nak komen apanya?
kalau nak tahu pasal BERSIH, silakan baca mana2 blog yang cerita pasal BERSIH ya. maaf, saya tak pergi. kalau saya pergi bolehlah nak cerita sikit-sikit.

ehem. biru bukan BN ye kawan-kawan. tapi Kopi-Ah.


what is kopi-ah?
ini adalah hasil tulisan saya dan penulis novel, kak munirah.
buku ini adalah kumpulan cerpen-cerpen islamik yang sempoi. nak tunjuk bahawa islam itu mudah, islam itu sempoi.
so, sila dapatkannya dengan harga RM15 di booth Buku Fixi, floor yg sama dengan Karangkraf dan Ana Muslim.
selain itu, buku-buku terbitan Lejen Press yang lain pun cambest jugak. boleh la rembat semua!!!

hehe. tu je. wassalam.

Apr 23, 2012

#88

salam satu agama.

jauh.
bila fikir-fikir semula, sangat jauh aku ni dengan sifat-sifat Ansarullah.
cita-cita, doa-doa, kononnya mahu jadik Ansarullah. tapi malangnya bila koreksi diri, jauh yang amat sangat.

bagaimana mahu menjadi Ansarullah kalau ketawanya berlebihan?
bagaimana mahu menjadi kalau seriusnya tidak bersungguhan?
bagaimana mahu menjadi kalau mindanya tidak kehadapan?

terlalu selesa memikirkan perkara-perkara yang kecil, sehingga sering saja terlupa bahasa umat terperangkap dalam arus yang deras.
jauh pada mampu untuk diselamatkan?
tapi apa ikhitar kita? biarkan mereka terus lemas?
tidak. perjalanan masih panjang.
asah otak untuk digunakan!

Alhamdulillah, belakangan ini sering saja peringatan dari Allah mampir. bertemu sahabat-sahabt baru dari Mansourah dan Kaherah, membuat aku rasa kerdil dan picisan.
ya, khabarnya sebahagian mereka kagum dengan kami atas beberapa sebab.
tapi berbeza, kami kagum dengan pemikiran mereka yang luar biasa jauhnya, luar biasa seriusnya.
aku di kadar mana?
sekadar bercerita tentang ilmu tanpa ada praktiknya. (nanti nak cerita pasal ilmu. hehe)

duhai, jauhnya kita dengan ciri-ciri Ansarullah.
duhai, malunya diri dengan Allah.
duhai, segannya rasa tatkala menghadap kelak Rasulullah.

moga dikuatkan hati-hati kita untuk terus kekal di landasan pejuang.
moga dithabatkan hati kita untuk terus menyumbang asa.
moga dikukuhkan hati andai sebarang gelombang jua tiba.








jadikan kami penolong agamaMu, ya Allah.
biar kehidupan yang sementara ini terasa berharga.

wassalam.

*lagi 88 hari.
  bagaimana persiapan kita menuju ramadhan?
  exam macamana pulak abrar? -_-

Apr 13, 2012

#98

salam satu agama.

dua hari lepas, saya diingatkan di facebook, bahawa hari itu bakal menjelang dalam tempoh 100 hari.
semalam tinggal 99 hari.

ingat nak mulalah pecutan tu seawal 100 hari countdown, tak pun 99 (macam cantik la sikit nombornya. hehe) tapi apakan daya kekangan masa yg menghalang dicampur lagi dengan kemalasan untuk menaip. hehe.

maka, rasanya tidak terlalu lambat untuk memulakan momentum pada hari ini. 98 hari lagi.
SEKOLAH RAMADHAN.


ya. sesetengah dari kita sudah mula meletakkan tarikh momentum lebih awal lagi, dengan targetnya adalah imtihan.
bukan saya mahu ketepikan imtihan, tapi mengenangkan kata-kata nasihat dari Dr. Hafidzah masa pegi STEP haritu, bahawa imtihan ini hanyalah satu checkpoint. dan matlamat perjalanan kita yg sebenar adalah grad nanti.

tapi saya ingin memilih Ramadhan.

madrasah hati


jujur kata, persiapan untuk exam saya sangatlah cikai. bukak buku, tenung sampai tembus. setahun ni sangatlah bizi sehingga bila ada masa stadi ni, rasa janggal sangat, dan lupa macam mana cara saya stadi sebelum ni!

momentum stadi tu takda. lalu mulalah mencari azam-azam dan semangat yang pernah dipasakkan dalam hati dulu.

"belajar Abrar, kerana Allah. kerana mahu berbakti untuk umat."
"belajar sebab umat islam kurang profesional"
"belajar! bukan semua orang ada peluang macam yang kau dapat."

percaya tidak, satu hapa pun kata-kata positif tu tak efek kepala hotak ni.
pergi ke kelas dengan rasa down. kalau masuk kelas faham ke? ingat ke?

penat stadi mencengkam segenap tubuh. cemana nak stadi ni?!!!



tentang hati


dan malam tadi persoalannya terjawablah.
kebetulan malam tadi saya diberi kesempatan untuk join usrah abim. dan topiknya adalah motivasi. topik ni dah pernah kami bawak dalam usrah pimpinan AQ, so, rasa macam takda la teruja sangat kan.

benarlah pesan senior saya dulu,
setiap kali kita datang ke majlis ilmu, kita akan belajar benda baharu, biarpun sudah berkali-kali kita dengar tajuk yang sama.

lalu terjawab persoalan saya selama ini.
apa masalah saya?
hati.
lalu macam mana nak selesaikan?
firman Allah maksudnya,
"dan mintalah tolong dari Allah dengan SABAR & SOLAT, dan sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi mereka yang khusyuk"

1. sabar.
kita minta tolong Allah. He knows the best. kita tunggu dan tunggu kejayaan datang bergolek setelah kononnya berusaha.
kita lupa, Dia yang mencipta kita lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
dan waktu kejayaan diberi sedikit lambat, adakah kita bersabar? haaa ayookk~

2. solat.
"aku solat kot!"
halah. solatnya macam touch n go. tak pun macam ayam. laju je matuknye.
agak-agak macam mana la solat tu nak diterima?

thus, jaga hati dengan solat.


tanak cerita panjang pasal hati. tak berani. ada eksperimen menanti dulu. huhu.


apa kaitan semua ni dengan ramadhan?

iyalah. masuk ramadhan nanti, biarlah diri ini sudah terlatih untuk ikhlas beribadah kepada Allah.

kalau exam kita jaga, begitu jugak dengan amalan kita.



so, mulai hari ini, saya nak ajak anda semua untuk countdown dengan saya.

apa kita nak buat?
1. lazimkan diri dengan ibadah. mulakan dengan yang ringan, dan istiqamah! once kita berhenti, susah woo nak sambung balik.
2, jaga solat kita. kalau boleh biarlah awal waktu, jemaah, dan tertib juga khusyuk.
3. stadi kerana menghargai ilmu. bila kita stadi kerana exam, seronok belajar tu sendiri hilang.


exam tinggal lagi sebulan. pecutan akhir ni boleh buat kita sampai ke 'checkpoint' ini waktu yang selesa. usaha jangan lupa. doa jangan tinggal. ibadah dijaga. hati biar bersih.

ingat, gagal atau berjaya kita, Allah yang tentukan bahawa itulah yang terbaik buat kita.
andai berjaya, berjaya anda itu untuk ummat.
andai gagal, anda sememangnya layak untuk tabah!

wallahua'lam.
selamat menunggu ramadhan.
selamat bersedia untuk exam.

Apr 5, 2012

setitik peluh bernama usaha

salam satu agama.
huh. hampir mati dah blog ni. kalau ikutkan, mahu ke kubur jugaklah, mengenangkan kesibukan yang mencekik masing-masing hujung sesi ni. bulan depan dah nak exam. ada masa lagi ke nak blogging?

dalam sibuk-sibuk dunia tu, aku dengan beberapa kawan-kawan telah Alhamdulillah berjaya jugak menerbitkan satu filem pendek yang aku rasa paling 'cikai' kalau nak compare dengan lambakan filem pendek lain dalam youtube tu.


Ukhuwah Tak Hangus

OSEM poster made by Nenek Doraemon


ideanya bermula ringkas. orang tak nampak dan sedar bagaimana terjadinya jalan cerita yang pelik dan beberapa scene yang tak difahami. it's simply our story. cerita kehidupan kami di bumi 'bergolak' Zagazig.hehe.

dan yang paling orang tersilap, aku adalah antara pengorak awal cerita ini. meletakkan aku yang cuma director, mahupun Haziq Aiman & Burn as pelakon yang setail, orang tak nampak muncul idea pertama datang dari siapa.

betul, idea datang dari Allah. lalu kepada siapa Allah kurniakan idea ini? haa.

dan sejak itu berkembanglah jalan ceritanya. bila masuk kepala hotak Kak Faz, dengan aku sekali, satu video promo pendek mungkin dalam 3 minit akhirnya menjadi satu filem pendek sepanjang 14 minit.

dan waktu itu juga nama Fiq Vertigo dan Kak Pot terpacul dari bibir kak faz. penulis skrip dan pemilik kamera. langkah mula diorak. aiceh~
nampak tak? usaha aku seawal perkembangkan idea cerita juga tidak banyak. tapi tidak mengapalah.

lalu sinopsis ceritanya pun siap.

ceritanya akan dibuka dengan bacaan alquran oleh Musalman (bukan nama sebenar). kemudian dia pergi ke bilik kawannya untuk mengadu.
ah, bosan. pergi tengok sendiri ceritanya!

permulaan shooting cerita sangat hambar. aku sendiri dah lama tak merasa buat suatu bentuk video macam ni, since SPM dulu. kali ni pulak melibatkan semua AJK Siswa AQ Zagazig 2011/2012, so, agak ramai la. tambah pulak dengan kesibukan nian masing-masing, yang menyebabkan shootingnya selalu tertangguh.

tahu scene pertama kami apa?
scene Musalman tacing lalu lepak depan sawah. scene dia tergolek betul-betul kat atas bendang tu, adalah scene epik yang paling aku suka. susah wo. jatuh betul kot! calor balor badan die. haha.

dan cerita mula berkembang. sampai nak dekat exam midterm, kami stop. cadangnya habis midterm, terus start semula. program nak mula dah, video promonya banyak lagi tak siap!

sekali masing-masing terus sibuk fikir Sinai. Jaulah paling gila pernah aku join setakat ni. alah, orang lain pernah join jugak, tak batak pun nak kecoh jadik Unit makanan bagai macam kau.
huh. ini aku. pengalaman baru. macam mana nak handle makanan, macam mana nak pastikan semua orang puas hati. the almost perfect team dah waktu tu!

huhu. back to the story.
alkisahnya, tertangguhlah lagi sampai ke sudah cuti. jam berdetik. programnya dah makin lewat. video promonya baru separuh jalan!

sekali aku sibuk dengan Malaysian Day pulak. dalam masa yang sama, MTA ada krisis imarah. berkejarlah masing-masing sana sini. ada yang pindah tak bagitahulah. ada yang taknak bayar sewalah. macam-macam.
dan sebab kesibukan yang melanda tu, penggambaran berhenti macam tu je.

sampailah satu hari tu, directornya kena push. haha. nak  tak nak, dalam sibuk-sibuk tu, cari jugaklah masa nak siapkan. dan plan filem ni berubah. dari untuk program, berpindah jadi untuk seminar. dan alhamdulillah sempat siap shooting seminggu sebelum seminar.

dan akhir-akhir itulah, Mim pulak kena tarik mintak tolong editkan videonya.

kenapa dan kenapa?

kenapanya aku suka sangat dengan cerita ni?
sebab cerita ni secara tak langsung menggambarkan perangai kami kat sini. macam mana persahabatan, susah senang, suka duka, rajuk marah, janji ukhuwahnya tetap terjaga.

kenapa perlu ada logo AQ?
harus paham, yang letak logo tu, aku. haha. motifnya bukan apa, sebab video tu digunakan untuk program AQ. sejujurnya aku tak pernah sangka cerita tu boleh tersebar sana sini. tak expect langsung. so, yang akan faham dan tengok, ingatkan budak Zagazig  jelah. huhu.
itu jugak yang membawa kepada beberapa scene pelik yang orang tak faham. contohnya, kenapa hasan masuk-masuk rumah, dia nyanyi "wahai para mujahid maralah ke hadapan~"
even bila hasan cakap, "sori, soriiiiii," tu pun sebenarnya adalah 'menghanjeng' orang. haha.
tapi yang faham, kami-kami jelah. hehe.



jugak macam mana idea ni berkembang, bukanlah satu benda yang hebat pun.
"good artist copy, great artist steal"
idea kami sendiri, banyaknya datang dari orang.
Filem pendek Tomato, Matluthfi, dan yang paling.. dasat, adalah based on true story. itu yang paling membuatkan cerita ni semakin feeling. hehe.

bukanlah niat kami meniru, mahupun tetiba pulak rasa macam "taknak jadik dokter, nak buat filemlah!", cuma, iyalah, benda baik kita kongsi.

kenapalah aku tulis panjang-panjang ni? bosan tau tak!
lantaklah. this story deserve a great explanation. taknak baca sudah.

tahniah kepada unit perumahan Siswa AQ Zagazig, Hasan Misran dan Aineen Amalin Nazrei. mereka sebenarnya pemilik cerita. asal-asalanya video promo diorang je. akhirnya walaupun atas usaha yang dasat, video itu dibawak pula ke program seminar. takpelah, ye? ada hikmah jugak tu sebenarnya. hehe.

dan, er, selamat menonton!





wassalam.