Pages

Dec 8, 2012

Beruk dapat nama

salam satu agama.




dulu bila belajar kat sekolah, kita haruslah membezakan 'yang hak dan batil', 'mana betul mana salah', tak sangka rupanya praktiknya sungguh-sungguh sukar.
tak sesiapa pun terlepas dari ujian memisahkan kebenaran dan kebatilan ni.
sealim mana pun anda. sebangsat mana pun saya.

jika pilihannya ketika tidak mengantuk, sama ada mahu membaca al-quran, solat malam, dan berzikir, atau mahu layan movie, lepak, dan main game, mana satu pilihan kita?

Solat malam? Pfft. Pehlis. Oh tapi saya bersangka baik. anda mungkin. saya berat sikit.

dan pucuk pangkal permasalahan ini bermula dengan hati. hati yang kotor yang tidak dilazimi dengan pembersihan nurani secara berkala. sedang kereta pun kena selalu dibasuh, apatah lagi hati.

kalau belajar medik, hati ni tempat 'penapisan' segala toksik dan benda-benda yang tak diperlukan dalam badan. contohlah kalau makan drugs banyak sangat, yang akan rosak pasti hati. uiks, kalau fakta ni salah minta maaf~

begitulah juga dengan rohani kita. dosa dari mata, dosa telinga, dosa kaki, semuanya ditapis ke hati. mata mungkin terima tempias, tapi efek paling menampakkan kesan adalah hati. hatilah yang akan kotor, akan gelap, akan kotor.
dan hati yang kotor inilah yang menyebabkan kita susah nak jaga solat, susah nak baca al-quran, susah nak jaga persahabatan kita. susah!


Zagazig dan Thaurah

saya taknak ulas panjang, sama ada anda patut menyokong Mursi, atau menolaknya. kang kalau kita berbeza pendapat, tak pasal-pasal kena cop sekular ke, liberal ke ape.kang ada jugak yang kata saya berjaya dihasut oleh agenda pihak-pihak tertentu. haish.

yang den nak ulas ni, adalah thaurah di Mesir sebenarnya.

punca, punca pertama sekali sebenarnya, wujud ketika 'jaman revolusi' yang lalu.
ketika itu dunia digemparkan dengan kematian petani (kot) di Tunisia yang membakar diri sendiri tanda protes. senanye den pun dah tak ingat sangat tapi lebih kuranglah. huhu.
dan ketika itulah Domino Effect berlaku berleluasa di kawasan Timur Tengah. Mesir, Jordan, Syria. tapi alhamdulillah, Jordan kembali aman setelah beberapa krisis. manakala negara-negara lain yang mengalami proses 'revolusi' sebenarnya tidak pernah aman kembali.

menyuarakan pendapat tidak salah. keganasan itu yang salah. memetik kata-kata Mursi sendiri berhubung kes sekarang, dalam temu ramahnya dengan Times kot, mafhumnya (nak quote tak ingat la pulak, tapi lebih kurang beginilah)
"saya tidak menghalang mereka untuk menyuarakan pendapat mereka. itu bagus. yang saya halang adalah pihak-pihak yang cuba mencetuskan provokasi, mengambil kesempatan ini untuk melakukan keganasan ke atas pihak-pihak tertentu"



masalahnya, minda rakyat Mesir ini sudah ditanam bahawa rusuhan adalah teman baik mereka. segalanya boleh selesai dengan melakukan rusuhan.

ingat lagi, awal tahun ni, ada perhimpunan menuntut naik gaji kot. ape tah. macam PIBG je. haha. takkanlah nak mintak naik gaji pun nak berhimpun, buat kecoh? dan siapa yang nak bagi mereka naik gaji masa tu? pilihanraya pun belum lagi!

satu dunia bertepuk tangan kononnya apabila mereka berjaya menjatuhkan Husni Mubarak yang zalim itu. tapi cara mereka melakukannya bukanlah dengan cara yang terbaik.
bak kata imam besar As-Syahid Hassan Al-Banna sendiri, kalau tak silap,
"Ikhwan tidak akan melakukan rusuhan. tapi suatu hari nanti rakyat pasti akan bangkit sendiri sekiranya kezaliman ini berterusan".

ya, benar. akhirnya rakyat bangkit. tapi point saya di sini adalah mengapa Hassan Al-Banna tidak mahu melakukan rusuhan. mudah, kerana itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.
pernahkah Rasululllah mengajar kita kalau nak achieve something, buat apa je yang boleh buat janji dapat? buat je rusuhan kat kafir quraisy tu! ada?
tidak.
cara Rasulullah biasanya lebih damai. lebih harmoni. mencari kawan, bukan lawan.

ya, mungkin ketika itu mereka terdesak, sepertinya tiada jalan lain untuk menjatuhkan pemimpin mereka yang satu ini. kakinya berakar di kerusi kuasa, mungkin.

tetapi malangnya, mereka menjadikan itu sebagai langkah primer mereka dalam mendapatkan apa jua perkara yang mereka inginkan.


ingat, saya cakap tadi, saya takda masalah dengan perhimpunan, tapi tak suka pada keganasan!

hari ini, sekali lagi, hampir mencecah dua tahun sebenarnya, Zagazig bergolak lagi. ironinya, rakyat (di Zagazig terutamanya) kini membantah pula Presiden yang 'agung' ini, yang mereka undi sendiri.
apabila saya bertanya rakyat sini, ramai yang menyokong, tapi sepertinya lebih ramai yang tidak bersetuju dengan Mursi. kenapa? haaa tanya depa sendiri. dan kebanyakan daripada mereka sebenarnya bukanlah geng bas sekolah Fulul Mubarak, tetapi mereka yang pada awalnya, juga menyokong Mursi.

tak kisahlah.
saya orang luar. saya malas mahu campur. jangan aku kena balik mesia lagi sekali udah. serik!

cuma, rusuhan kali ini, walaupun katanya tidak seramai yang dahulu, tetapi kelihatan seperti lebih teruk pula. menyatakan pendapat mereka yang tidak bersetuju dengan Mursi tidak salah, tetapi melihat pada batu-atu yang berserakan di jalan, nak taknak ada jugaklah kot sebijik dua batu yang dibaling ke arah pihak berkuasa yang menjaga keamanan. tadi pun, waktu nak balik rumah, kebetulan lalu kawasan yang 'panas' sikit, kelihatan anak-anak muda yang melepak, pasca rusuhan, berserakan di jalan raya, ada yang main api, ada yang tutup muka taktahan tear gas, dan sebagainya.
dan baru saya sedar, kebanyakan yang 'turun padang' ini adalah orang muda!

kalau sebelum ni saya berbual dengan pakcik teksi, dokter gigi, mereka tidak bersetuju dengan Mursi. iyalah, mereka mungkin bependidikan, maka mereka ada pendapat mereka sendiri.
tapi anak-anak muda yang melepak di dataran, pasca rusuhan ni, tampaknya, quoting Haziq Aiman,
"mintak maaf cakaplah, nampak macam orang bodoh je semua".
memang pun. masing-masing yang turun tu, mungkin separuh betul-betul mahu menyatakan rasa tidak setuju, sebaliknya yang lagi separuh tu hanya mahu buat kecoh.

saya taknak menuding jari siapa punca, siapa salah dalam hal ini. takut tak cukup jari nak dituding nanti.
tapi saya kesal, pemuda dari tanah para anbiya', bumi bersejarah, di akal mereka masih di takuk lama, masih 'terpenjara' dengan kebodohan, bahawa jalan penyelesaian paling utama adalah melalui keganasan dan porak peranda.

 ambil dari fesbuk.
banyak gila amaun tear gas depa guna kalini.
teringat kat murt dengan suhayl.


jalan ni area kuliah kami. tutup habis dah. sape jiran Mursi, ambil saham sekali la sekuriti free. hehe
esok unibersitas kami cuti,sebab kekecohan yang berlaku dekat sangat dengan area kuliah.

ketika ontheway ke arah satu kawasan, saya bertembung dengan sekelompok budak-budak sekolah ala-ala ninja sebab taknak kena efek gas pemedih mata. tapi dia mana tutup mata? hurm takpe.
tak pasal-pasal salah seorang daripada mereka ejek saya,
hungga bungga!
pada mulanya saya nak mendoakan kesejahteraan tanah anbiya ni, tapi sebab ada makhluk macam tadi tu, terus tak jadi nak doa!
patutla hangpa ni huru-hara sangat. perangai masing-masing takda ciri-ciri Islam langsung.

Aku hanya seorang Umar,
kemuliaanku kerna Islam,
semua ke syurga kecuali dia,
ku bimbangi dialah diriku~

macam mana suatu bangsa tu nak mulia kalau hanya memakai nama Islam tanpa mengamalkannya? kan?
macam manalah dengan Malaysia. tiba-tiba aku risau!

so, waktu-waktu macam ni, elok kalau kita fikir semula,

bagaimana seorang pemimpin itu sepatutnya membezakan mana yang hak, mana batil, dan prioriti utama negara.
apa peranan rakyat. merosakkan negara ke?
apa peranan saudara muslim aka kita?

esok la kot aku doa. hati terguris lagi pasal tadi, tekad takmau doa untuk depa malam ni. huhu.



Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?
Beruk goyangkan!

situasi ini aku panggil, angin punya kerja, beruk dapat nama!
fikir-fikirkan.
tuding jari anda pada orang yang sepatutnya.


*tulisan ni tak berniat ditaip untuk mencetuskan rasa curiga, menghasut, kontroversi, malah provokasi.
saja nak ajak anda berfikir sama. andai kata tak setuju, tak mengapa.
andai kata anda rasa saya salah, maka tegurlah dengan cara yang juga akademik dan profesional.
bunyi geli, erk, tapi saya serius.


wallahua'lam.

Nov 27, 2012

kuak rentang dalam dosa

salam satu agama.

hurm terfikir la jugak. aku bagi salam awal-awal pos ni senanye ada ke yang baca eh? ke korang skip je teruih ke bawah? ke korang tekan 'pangkah' teruih?
lantaks le.

gengster tapi comel.

sebelum ni aku tak faham kenapa orang tak galakkan bersendiri kalau ada masalah. harini aku ke kelas dengan jiwa yang sangat taknak belajar, dengan kudrat yang lembik, dengan mata yang culas, dengan telinga yang tuli, dengan jiwa yang gundah gulana. aiceh.

sungguh-sungguh rasa takda mood nak pegi kuliah, belajar, bergaul. rasa macam nak je lepak rumah sampai la dah rasa tak serabut. tapi hakikatnya, boleh ke hilang serabut macam tu? entah.

tapi tak sangka aku balik dari kelas harini dengan hati yang lebih tenang. dem, betul bai. kawan pengubat jiwa dow, ahaha. rupanya ada betulnya pesanan tu. kalau aku lepak sendiri seminggu pun, entah-entah makin stress and jadik gilos. bila lepak dengan member, jadik giler jugak, cuma lebih selamat untuk diri sendiri dan masyarakat setempat. huhu.




masalah hati




belakangan ni hati selalu rasa tak sedap, tak tenang. gelisah, malas, semualah! penyakit hati kaw-kaw punya.dan hampir setiap hari jugak aku akan berserabut pasal benda ni.
"kenapalah aku serabut? kenapalah aku kena pegi kelas? mana semangat aku nak study ni?"

masa tu baru aku sedar, hati aku ni dah terlalu jauh dengan tuhan agaknya.

penawar hati,
ingatkan Allah, bacalah al-quran, ingatkan mati~


ubat hati ada lima;
yang pertama, baca quran dan maknanya.
yang kedua, solat malam.
yang ketiga, berkumpul dengan orang soleh.
yang keempat, perbanyakkan puasa.
yang kelima, zikir malam.

selalu je buat nyanyi, tapi tak pernah pulak dihayati. bila tengok balik lirik dua-dua ni, ya Allah jauhnya aku. kotornya hati aku. padan muka, kan dah gelisah.

mungkin waktu kita gelisah, kita tengok movie.
tapi itu tidak selesai. lambat laun hati akan kembali gelisah.

mungkin waktu kita resah, kita main game, atau online.
tapi itu bukan solusi, lambat laun ia kembali.

mungkin waktu kita gundah, kita bergaul dengan kawan-kawan.
tapi itu bukan penyudah, kelak nanti kembali parah.

ya, lepak dengan kawan sehari boleh lega. tapi sampai bila?
manusia harus kembali pada tuhan. harus. kalau mahukan hati yang tenang. berapa banyak puasa sunat kita? berapa banyak quran dah kita baca? berapa banyak solat malam yang dah kita dirikan?

kemudian nak claim hadiah berharga, ketenangan hati?

ubat hati itu ada lima,
salah satunya siapa dapat menjalani,
moga-moga Allah Taala mencukupi.

sampai bila nak kuak rentang dalam dosa?
sampai bila?
jom la sama-sama amalkan ubat hati tu dow. barula jiwa tak gelisah.



***

Jumaat lepas, den dijemput oleh Organisasi Perubatan Universiti Kaherah (U. Cairo) untuk isi satu slot dalam bengkel penulisan mereka.
Alhamdulillah atas peluang yang kalian berikan. Audiens yang ada respon, yang lelaki kurang respon takpalah, hangpa pun bertujuh ja. haha.
kepada yang bagi tajuk entri pelik-pelik tu, saya tunggu je tau. kadang-kadang tu gugel la jugak,

'sahaja aku berpuasa McD'
atau,
'Musyrif Haram'

tapi belum ketemu sesiapa yang tulis tajuk macam tu. tulis laa tulis laa. hehe.

tarik nafaaasss!

aku ni dimintak cerita pasal blog. tengokla blog aku ni. sedih. ada hati nak bagi talk pasal blog? harhar.
dan terima kasih jugak kepada mereka-mereka yang sudi buku pertama saya. entah akan ada buku kedua tidak, tak tahulah. hehe.doakanlah supaya ada ye.

dan kepada peserta-peserta bengkel penulisan, kot-kotlah ada yang terjumpa, terstalk malah terbuka secara tidak sengaja blog ini, ni nak bagitau,
saya sebelum ni ada jugak terniat nak buat satu projek blog, ala-ala IluvIslam. blog FikrahIslam sebelum ni pun mati macam tu je. ingat nak buat semula blog macam tu tapi kalini dengan penulis yang lebih komitedlah.
kot-kotlah ada yang berkenan, jom? nak join? huhu.

dahla. bosanla blog ni. aku sendiri baca pun bosan. haih.ok.
terima kasih baca.
hehe.

wassalam.

Nov 21, 2012

Umat Ber'strategi'

Salam satu agama.


sebelum entri ni ditaip lebih panjang, sengaja saya taip tajuknya begitu, supaya tiada pembaca yang belum baca dah rasa entri ni berunsur 'isma'. although, sedikit sebanyak entri ini ada menyentuh isma.
juga, entri ni agak panjang, untuk blog saya. so, bertahan! huhu.
juga, entri ni tak berniat nak kondem sapa-sapa, cuma pendapat dan cadangan.

ketika keluar iklan Forum Umat Beragenda dulu, anjuran Isma Mesir, saya pasang niat untuk pergi. mengenal isma sendiri, juga nak dengar - setelah sekian lama - butir idea dan penyampaian oleh senior yang saya respek sampai sekarang, Ust Syed Isra'. sayangnya, ketika itu juga berlangsung program STEP anjuran ikram dan saya memilih STEP memandangkan program tersebut boleh membuka minda saya tentang kerjaya yang akan saya hadapi kelak, insyaAllah.

ceewah, nape skema ni? ah ye. saya cuba untuk se skema yang mungkin kerana entri ini dirancang secara serius. seriously serious. waktu berangan dalam kelas lagi saya dah terfikir untuk tulis entri sebegini.

walaupun saya tak tahu apa isi forum anjuran isma tersebut, tetapi secara generalnya saya setuju dengan tajuk itu, Umat Beragenda.



Umat Berstrategi

sengaja saya tukar, dengan sinonim kepada agenda, kerana takut-takutlah apa yang ingin isma sampaikan pada hari tersebut berbeza dengan apa yang cuba saya sampaikan dalam entri ni. jadi saya tukar, walaupun sebenarnya mempunyai maksud yang sama.

ok straight to the point!

kenapa perlu mempunyai strategi?
mudah, kerana kita melawan musuh yang sudah mempunyai perancangan selama beratus tahun.
saya percaya rata-rata daripada kita pernah membaca buku tentang Freemason, Illuminati, ataupun sekurang-kurangnya pernahlah menonton The Arrival. saya bukanlah seorang yang paranoid, dan bukan hendak mengajak anda menjadi 'melayu muslim paranoid'.

saya suka untuk memetik kata-kata ulama yang tersohor dengan kata-kata beliau, satu-satunya ini, (saya tak tahu kalau-kalau beliau terkenal sebab lain), Thaqib Arsalan, yang mengatakan,
"kita tidak mahu mengumpulkan angka-angka kosong. tidak boleh tidak, kita perlu bermula dari bawah" apabila umat islam ketika itu cuba menaikkan semula sistem khilafah yang telah pun tumbang berkecai.
maka apa yang dirumuskan kepada saya, dengan kata-kata itu, dan usaha Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, maka lahirlah usrah.

dan ini yang saya cuba jadikan sebagai satu contoh, bagaimana kita menjadi umat yang berstrategi. tetapi sayang, usrah hanyalah satu langkah pertama, dan kesilapan kita adalah apabila kita berhenti melangkah setelah menjejaki langkah 'usrah'. dont get me wrong. saya suka usrah. saya rindu sangat-sangat usrah zaman sekolah hira' dahulu, tetapi sayang, saya tidak lagi jumpa usrah yang betul-betul membawa rasa seronok seperti dahulu. yang ada hanya segolongan naqib yang cuba merapatkan ukhuwah dengan suap-menyuap makanan sesama ahli usrah!
apabila saya tonton filem pendek 'Tomato', kemesraan yang lahir sehingga mereka saling suap-menyuap makanan bukan datang di awal usrah. itu silap sesetengah naqib jaman sekarang. saya ingat lagi saya pernah mendengar kata-kata seperti ini,
"jom kita suap-suap. ana suap enta, enta suap si fulan. okeh?"
sedangkan kami baru berkenalan selama dua minggu. dan dua minggu, bermakna baru dua sesi usrah!
akhirnya sesi suap-menyuap hanya menjadi medan lakonan kononnya ukhuwah kita sudah bertambah rapat.

ops, saya taknak membebel tentang usrah, malah saya sendiri setelah menjadi naqib tahu betapa susahnya menjadi naqib, maka saya tutup cerita usrah di sini. lain entri kita sambung noh. huhu.

usrah adalah permulaan. sayangnya, ramai yang merasakan usrah sudah cukup. ya ke?

Muslim yang Narrow Minded

saya teringat tiga jenis manusia bodoh yang disebut oleh Fathi Aris Omar dalam buku Pengalaman Bertuhan.
mungkin, ulang, mungkin, manusia yang paling bodoh itu adalah yang tidak rancak berfikir. ang kedua terbodoh adalah yang kurang membaca, dan yang ketiga terbodoh adalah yang kurang pergaulan dengan masyarakat.

ironinya, seperti yang disebut oleh Fathi Aris adalah, ketiga-tiga jenis manusia ini ada dalam sistem usrah yang kiat berkembang sekarang. usrah makin pesat, sana sini ada usrah, tetapi dilambaki dengan tiga jenis manusia ini.
saya tidak mahu menyalahkan sistem usrah atau orang yang menjalankannya, kerana bagi saya usrah sangat penting, dan saya juga berjanji untuk tidak lagi komplen pasal usrah, maka saya berhenti di sini.

sayangnya, umat Islam zaman sekarang sungguh narrow minded.
adakah usaha kita sebagai muslim hanya terhenti dalam usrah? dalam jemaah? dalam parti? terlalu obses dengan organisasi sendiri sehingga sepertinya seronok menuding jari membuka kesalahan orang lain?
saya juga tak mahu ulas lebih lanjut tentang taadud jemaah. not now.
tetapi apa yang cuba saya sampaikan adalah, sepatutnya usaha kita lebih dari itu.
bukan sekadar berjemaah, berusrah, tanpa peranan yang konsisten dan jelas. (not that berjemaah dan berusrah tidak membawa manfaat. jangan salah faham pulak.)
contoh yang paling ingin saya tekankan (atau dalam dialek terengganu, 'tekangkang') adalah seperti isu Palestin macam sekarang.

Palestin dan Ghazzah



apa usaha kita untuk membantu situasi di sana?
ya, saya tahu. jom kita listkan sama-sama benda sama yang kita ulang dan kita nampak di facebook.

1.Beri sumbangan ikhlas.
2.Boikot.
3.Kempen anti-zionis dan anti kekejaman.
4.Doa
5.Update berita terkini tentang Palestin dan pemimpin yang jelas memberikan bantuan atau sekurang-kurangnya menempelak perbuatan keji Zionis, dan 'paku' mana-mana pemimpin Islam yang tidak menunjukkan apa-apa usaha dalam hal ini.

kelima-lima perkara ini, kalau anda buat, maka anda prihatin. tapi, memadaikah? cukupke sumbangan kita selama dua minggu paling lama dikutip, untuk membantu mereka? cukupke sekatan dan boikot terhadap ekonomi mereka yang datang berbondong-bondong dari Levi's (astaghfirullah, cukup suka jenama ni. sayangnyaaa), Starbuck ataupun McDonald, juga lain-lain syarikat?

saya tak kata usaha tersebut sia-sia. tetapi usaha tersebut tidak berkekalan. sudah terdesak baru menggelabah nak buat sumbangan, sedangkan sebelum tu, badan-badan yang bertanggungjawab rasa sepi, kurang sungguh bantuan yang dihulurkan.
usaha-usaha seperti menjual kasut emas, juga trofi, bagus, tetapi tidak berkekalan. amal yang paling baik adalah amal yang istiqamah, betul? eh, tapi, apa yang diorang buat tu baguslah. contohilah ya. kalau ada trofi, juallah. hehe.

ehem,
Boikot, boikotlah betul-betul. samalah saya yang cakap ni. so, mulai saat anda membaca ni, boikot betul-betul!

Lalu datang pula satu solusi yang terkenal satu ketika dahulu. 'belilah produk muslim'.
ada beberapa masalah yang saya kira boleh diperbaiki.
pertama, kualiti yang jauh berbeza dengan produk yang kita perlu boikot. so, macamana nak boikot? berat nanang sungguh.
kedua, sangat sedikit produk-produk sebegini yang layak untuk digunakan. promosi ala kadar, kualiti ala kadar, kurang meyakinkan!
ketiga, tiada dana yang disumbang kepada palestin secara berkala, kalau ada pun, mungkin sangat sedikit pihak-pihak yang mempunyai kesedaran yang sama.

"Cukuplah dengan sekadar doa"
bukan ke doa itu sesudah ikhtiar, bukan ikhtiar itu sendiri? belum berikhtiar, dah berdoa?

saya teringat kata-kata Ra's Al Ghul dalam cerita Batman Begins,
"Over the ages, our weapons have grown more sophisticated. With Gotham, we tried a new one: Economics"

betul tak, betul tak?
ekonomi. dan zionis punya kekuatan ekonomi yang gila kentang.


Anjakkan Paradigma!

anjakkan paradigma kita. satu lagi langkah.
cadangan saya mudah, tanamkan cita-cita kita (andai kata masih belajar, kalau sudah berkerjaya, laksanakan!) untuk memberikan dana yang berterusan kepada Palestin. sebagai contoh, anda seorang peguam. simpan gaji anda beberapa peratus untuk disumbangkan setiap bulan kepada Palestin atau mana-mana kawasan lain dimana saudara kita ditindas.
anda ada kedai sendiri? kalau Mcd boleh, kenapa kedai anda tidak boleh? pasang niat untuk menyumbang secara berterusan, kepada mereka.
seperti sudah menjadi tradisi, apabila mendengar tragedi,barulah diri ini ada rasa untuk menyumbang. pecah tradisi itu. ayuh kita kumpulkan sumbangan berkala kepada saudara kita yang memerlukan di serata dunia.

begitu juga dengan doa dan solat hajat. istikamah. ya, solat di malam hari sungguh berat, tapi kita usaha, pasang niat. kalau tidak pasang niat, haramla nak bangun kan.
juga tidak cukup kalau hanya sekadar berdoa kala mereka ditimpa musibah (yang kita dengar), sedangkan musibah itu menimpa mereka saban hari. bayangkan, generasi muda kita main kahwin-kahwin, generasi muda mereka main syahid-syahid! Allahu rabbi, sayu sungguh rasa!

yang terakhir, pasanglah niat untuk membantu mereka di sana. saya berniat untuk ke sana, apabila sudah bekerja. sekurang-kurangnya saya cuba rawati luka fizikal mereka, dan berada di sana nanti moga-moga Allah sembuhkan penyakit dunia saya.

menjadi buih di lautan, yang melambak, tapi tiada guna, ataupun menjadi berlian, yang bernilai harganya.
itu pilihan kita. tepuk dada tanya iman kita, setakat mana usaha kita membantu Islam.
ya, saya menjangkakan tidak ramai yang akan membaca sehingga ke ayat ini. kepada anda yang membaca habis, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca. ayuh mengejar title Ansarullah!

*segala silap, datang dari saya yang hanya bercakap, amalnya kurang.
**saya tiada masalah dengan isma, andai kata ada yang tertanya-tanya saat membaca awal entri ini.
***saya berniat untuk menyumbang beberapa peratus dari royalti buku Kopi-Ah saya kepada Palestin. walaupun tidaklah banyak, but it's a start. anda bagaimana? btw, respek beliau. hoho.
****saya membaca beberapa jam tadi, status afdlin Shauki berkenaan konsep yang lebih kurang seperti yang saya taip dalam blog ni. uuu, bangga sama idea dengan pengarah gempak camtu. huhu

DoaUntukGaza.

wallahua'lam.

Nov 18, 2012

Tahun berdarah

salam satu agama.


saya tak tahulah ada lagi ke tidak yang baca blog ni. maklumlah, bersawang melampau!
nak  buat macamana, lain kali janganlaa amik medik. pesanan ikhlas ni buat adik-adik terutamanya yang baru spm. huhu.


Awal Muharram

Saya setuju dengan persoalan yang ditimbulkan beberapa pihak; mana datangnya sambutan awal muharam ni?
pernah ke disambut oleh nabi, sebab bukan sahabat ke yang buat susunan tahun ni?
dah tu kenapa kita sambut?

malah ada pihak yang mempertikaikan dari mana datangnya doa awal tahun, doa akhir tahun, dan sebagainya.

ha, bab ni saya kurang gemar.
benar, sepatutnya kita jelas dari mana satu-satu amal itu wujud. sekurang-kurangnya kita tidaklah taqlid buta, kan.
tetapi janganlah mempertikaikan sesuatu amalan itu hanya macam baca doa tu syubhah pulak.
baca doa kan sunnah.
baca doa awal tahun kerana muhasabah, moga-moga masuk tahun baru, kita berubah.

satu kesilapan orang melayu (terutamanya) adalah apabila menyangkakan awal muharram adalah ketika nabi berhijrah ke madinah. salah ye tuan puan. setahu saya, takda kena mengena dengan hijrah nabi.

tapi tahun baru juga merupakan hijrah. hijrah dari satu tahun ke tahun yang baru. dan moganya tahun yang baru ini amal kita bertambahlah.

saya rasa macam terlalu lambat untuk buat entri mengenai awal tahun. tetapi setiap hari ada je desakan nak buat entri baru. kenapa?

saat tahun baru, saat ramai orang menyambut datangnya tahun baru, saudara kita di Palestin digegakan dengan rantaian dentuman bom, di merata-rata tempat. berapa ramai yang mati, berapa ramai yang tercedera, walhal pada hari yang sama, kita bergelak suka sebab cuti, melepak kat rumah, main game, sampai solat pun lewat. kalau terlepas, lagilah.

ini satu titik permulaan yan kurang ajar oleh Zionis.

siyes, kurang ajar. bila terfikir je, rasa geram satu badan.

maka, saya nak ajak ramai-ramai berazam sama-sama dengan den tahun ni.

nak nangis rasa weh. T____T

Azam Tahun Baru

pertama, BOIKOT.
kali ni, saya nak ajak secara serius. taknak lagi boikot yang bertahan dua minggu, tiga minggu. kali ni, boikot terus. kita selalu sangat bagi alasan bila nak boikot. sedaplah, tak efeklah. ada kawan saya siap buat main lagi, "moga-moga saham yang dia beli tu jadik peluru sesat je".
tapi en, kalau dah beli bom, tak sesat der. nak taknak, kena jugak tempias. pedih bai.
saya terkesan dengan nasihat kawan saya,
"kita ni suka bagi alasan kalau nak boikot. zaman nabi dulu andai kata kita diajak berperang, kita pergi ke? atau kita ni tergolong dengan munafik yang suka memberi alasan?"
uih, pedihnya rasa! so, mulai hari ini, saya tidak mahu lagi beralasan dalam soal boikot. boikot tetap boikot!

kedua, DOA.
mulai tahun ini, saat ini, kita panjangkan doa kepada saudara kita yang dalam kesusahan, terutamanya yang di Palestin.kita ni nak pergi Palestin, susah, maka doa jelah kita mampu. kalau betul macam tu, doa bersungguh-sungguh! kalau yang mampu hanya berdoa, doanya pulak tak sepenuh hati, mana usaha yang kita nak jawab di hadapan Allah nanti. terjawabke doa kita tu dengan ungkapan, "kita hanya mampu berdoa" tu?
Allahu Akbar.

ketiga, TANAM AZAM.
tanamkan dalam diri kita azam untuk ke sana, berjuang, menolong saudara kita. tak semestinya kita ke sana tolong angkat senjata ye. ada je yang ke sana dengan berbagai kepakaran. ada yang bagi makanan, ubat, bina tempat tinggal, dan yang paling penting sekali, mereka tentunya akan lebih rasa terharu dan gembira sebab kita turut merasakan susah senang mereka.

keempat, rentetean dari yang ketiga, JADI UMAT YANG BERMANFAAT.
ini adalah salah satu ciri peribadi muslim yang digariskan oleh imam as-syahid Hasan Al-Banna. jadi umat yang bermanfaat keapada orang lain, dan waktu itu kita ke Palestin juga dengan kepakaran yang berguna untuk tolong mereka di sana. naikkan ekonomi umat Islam, supaya tidak ramai lagi yang terjebak mencari 'peluru sesat' dalam burger McD mereka, ataupun secawan kopi.

saya rasa sebak membaca situasi mereka di sana. nah, baca sini. kita suka je duduk sini. saya bersebelahan dengan mereka, tapi tidak berkongsi derita. black out sejam rasa dah azab, mereka takda internet dan elektrik selama 20 jam straight!

dimana kita dalam perjuangan Islam?
sekadar berusrah dengan buku 'Mengapa Saya Menganut Islam?' sahaja?
teorinya gila kentang, dimana pula praktiknya.

wallahua'lam.

ps: Mursi stailo. juga pemimpin Islam yang lain yang ambil tindakan, tidak hanya duduk di kerusi senang-lenang.  Allah bersama kalian, pejuang Islam.

Sep 30, 2012

Syok Sendiri

Salam satu agama.
yah akhirnya update jugak blog ni. huhu.

Alhamdulillah dah hampir sebulan jugak lepak2 kat Malaysia ni. yang bestnya Malaysia ni, majlis ilmu, talk-talk ilmiah sangat banyak. setakat ni masih belum berkesempatan nak pegi talk Prof Syed Naquib Al-Attas. orang kata best. haritu ada kawan ajak tapi malangnya kurang sihat. hukhuk.

Dan semalam dapat pergi talk seorang yang sangat femes, Dr Zakir Naik. boleh kata beliau ni adalah pelopor, pelapis kepada seorang yang sangat hebat dalam berhujah mempertahankan Islam, Ahmad Deedat.


Talk semalam membawakan satu topik yan menarik, entitled "Universal Brotherhood.". ekceli aku sendiri pernah tulis pasal benda ni kat sini tapi taklah sepower semalam kot. hehe. dan konsep yang dibawakan oleh Dr Zakir semalam bukan saja merangkumi brotherhood di dalam Islam, tetapi inter-religion. (betul ke inter. aku memandai je ni. huhu)

brotherhood in Islam is stronger than any brotherhood.
hoyeah!

Similarities.
kita yang beragama Islam mempunyai banyak similarities dengan mereka yang beragama lain. menarik, tapi tak ingat sangatlah sebab mengantuk dan lapar semalam. harhar.
selalunya talk macam ni kita akan mencari sesuatu yang membuatkan Islam lebih superior dan lebih bagus dari agama lain. tapi tak. semalam bukan. kita mencari persamaan, dan membuktikan seseorang yang betul-betul berpegang pada agama, maka dia akan nampak keharmonian walaupun kita berbeza agama.

cantiknya hidup beragama.
baru-baru ni kan ada isu filem yg hina nabi tu kan. melenting umat Islam seluruh dunia apabila agama dihina. benar, kita perlu marah tanda tidak setuju agama kita dihina sewenang-wenangnya.

heh, tapi sayang bagaimana pulak adab kita dengan orang yang beragama lain?
adakah kita je dibenarkan melenting kalau agama kita dihina?

haish semalam, sangat tak berkenan, minta maaf cakap kalau ada yang terasa.
bayangkan, dalam dewan yang dipenuhi dengan muslim sekitar 5000> orang, seorang India beragama kristian bertanyakan soalan kepada Dr Zakir.

soalannya lebih kurang beginilah,
"kata kita kan lebih kurang ja setiap agama, so, boleh tak kalau kita nak panggil tuhan kami guna 'Allah' jugak?"
pakcik di sebelah saya, Indian Muslim said, "a controversional question" eh betui tak eja haha. lebih kurang begitulah.

ya. soalan kontroversi. agak-agaknya macamana ye jawapannya?
jawapannya surah Al-Ikhlas.
mudah dan simpel. hehe. ini antara isi yang menarik yang dapat digarap (ayat karangan spm) semalam.

boleh untuk panggil Allah jika menepati 4 syarat:

1. " Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"

bahawa Dia hanya satu, Esa, maka dia layak dipanggil Allah.

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"

Dia je tempat kita memohon hajat, takda dah mohon kat dewa ka jin ka. maka layak dipanggil Allah.

3.  "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan"

tunggal, takda anak, tak pula dilahirkan. maka layak dipanggil Allah.

4.  "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya"

dan takda benda atas dunia ni, dan apa-apa saja yang boleh kita bayangkan serupa denganNya. maka Dia adalah Allah.


tetapi dalam agama kristian, ada konsep trinity. sedangkan Allah tidak beranak dan tidak dilahirkan. dan Allah tu adalah tuhan semata-mata, sedangkan orang kristian menganggap Jesus itu sebagai tuhan jugak.

maka konklusinya, tak boleh, sehinggalah tuhan yang mereka sebut tu menepati ciri-ciri tersebut.

*cerita bersambung lagi

tapi Orang kristian tadi tanya lagi (kot),
"dah kata kita sama je, tapi kenapa pulak takleh panggil Allah? you talk about harmony, but the way you answer my question is like to supress the harmony itself."
pergh sukahati je. haha. tapi lebih kurang begitulah.

pastu Dr Zakir pun jawab-jawab lagi apa tah, tak berapa ingat.
tapi the point is, actually, mungkin aku sorang je kot rasa begitu, jawapan yang diberikan oleh Dr Zakir agak 'harsh'.
Kristian tadi hanya mahu bertanya, tetapi jawapan yang diberikan seems like ada unsur-unsur sarcasm sikit, dan agak keras.
kalau ikutkan jawapan tu betul je.
kenapa kita tak bagi panggil Allah? la, kita pun tak penah pulak nak guna nama such as, Vishnu ke apa ke menggantikan nama Allah, walau hakikatnya maksud nama tuhan mereka sama dengan nama-nama Allah yang agung (itu antara similarities yang dibangkitkan oleh Dr Zakir).

mungkin itu cara Dr Zakir, mungkin mood dia malam tu yang lain sikit.
entahlah.

tapi lagi satu yang paling tak berkenan adalah apabila semua hadirin tepuk tangan. well, not all, adalah segelintir yang tak tepuk, tapi majoriti tepuk tangan.
bila orang tu tanya, dan Dr Zakir jawab, masing-masing tepuk.
seolah-olah, semalam adalah perdebatan, bukan soal jawab. bukan menerangkan apa itu Islam, tetapi satu pertandingan siapa lagi hebat berhujah, dan kristian tadi hujahnya dipatahkan pulak.

*geleng-geleng kepala.

hadirin semalam sungguh mengecewakan (mengecewakan aku jelah. orang lain ok je kot?)
sepatutnya applause diberikan kepada kristian yang bertanya, berani bertanya di khalayak muslim yang ramai nian malam tadi, bukan kepada jawapan Dr Zakir.  seolah-olah soalannya tidak diraikan,
dan timbul pulak isu apabila Dr Zakir menggunakan ayat "its like we're more christian than christian themselves."
*sungguh english aku teruk.

penyataan itu seolah-olah memerli kristian tadi "ko ni agama sendiri pun taktau nak berhujah dengan aku pulak dah" walaupun ayat tu taklah keluar dari mulut dia kan.

tapi apabila dia kata "saya tahu ada jugak muslim yang tak ikut islam betul-betul, sama jugak macam kristian yang tak ikut agamanya betul-betul, but that doesn't mean saya lebih Islam dari muslim."
marah pulak. dah tu kenyataan tadi pasal krisitian-walaupun mungkin betul kajiannya tentang agama sendiri pun belum mendalam-boleh pulak digunakan?
apa perasaan kristian tadi tu? kalau aku, kalau akulah, memang naik menyampah la dengan orang Islam waktu tu. huhu.

mulanya meraikan orang non muslim untuk bertanya, tapi tepuk pulak bila bagi jawapan. sepatutnya tepuk bila dia bagi soalan, ataupun bila dia puas hati dengan jawapan, atau tak tepuk langsung! takda terus kontroversi. abih cerita.

kristian tadi nak belajar. orang Islam yang datang ramai-ramai tu pun nak belajar. sedangkan kita yang duduk ni pun tak tahu jawapan, maka bila dapat jawapan, hadam, bukan tepuk woohoooooo habislaaa kristian tuu hambik kau jawapan!!!
aish teruk bebeno. -__-"

mungkin ada pihak yang kata "sapa suruh dia provoke dulu"
memang la, tapi...

"hendaklah kamu menjadi seperti pokok; apabila dibaling batu, kamu memberi buah"

bukan

"dia baling batu, maka kita Qisas!"

bukan apa, takut-takutnya, orang tu balik bukan makin mengenal Islam, tapi makin membenci Islam.
takut-takutnya, mereka tidak lagi berminat nak mengenal Islam.
takut-takutnya, agama kita ni dipandang enteng kerana nampak macam sombong.
takut-takutnya, kita ini hanyalah Umat yang syok sendiri!
Allahu rabbi.

fikir-fikirkan.

maka, konklusinya, semalam tu aku rasa kecewa, walaupun tak boleh dinafikan banyak sangat ilmu-ilmu yang dapat semalam, terutamanya topik berkenaan wanita dalam Islam. ah lu ushar doodle Aisyah Shakirah retis jelah. hehe.

dan program yang bagus begini haruslah sentiasa disokong, dilaksanakan, cuma perbaiki mana yang lemah. mudah-mudahan makin ramai yang mahu mengenali Islam.

takut-takut kita yang bercakap poyo ni je takda jasa pun dalam Islam, nauzubillah. itu memang layak la dilaknat. cakap tak serupa bikin.

dan moga-moga kita thabat dalam jalan dakwah ini!
biar muka bangsat, otak sengal, tapi dalam hati ada taman  Islam dan Dakwah. aiceh. terasa tak, terasa tak? hehe.

tu je. panjang bebeno. tah-tah korang baca separuh dah tertido. hukhuk.
wassalam~

*saya tak layak mengkritik orang yang alim seperti Dr Zakir. tetapi kelemahan sebegini haruslah ditegur supaya umat Islam bertambah kuat dan maju. huhu. dan setiap manusia ada kelemahan, bukanlah niat nak hina atau menjatuhkan beliau. beliau hebat ye, jangan salah faham. ayat quran lancar je keluar dari mulut dia, power gila siot.
*gambar semalam takde memandangkan sangat fokus.. luls

Aug 23, 2012

Rindulah kononnya

salam satu agama.


selamat hari raya aidilfitri semua.
semoga Allah menerima amalan kita semasa di bulan ramadhan. itu yang penting. itu kemenangan yang kita nak raikan pada hari yang kita katakan hari kemenangan ni.

dah raya keempat baru nak hapdet blog, baru nak ucap selamat hari raya. haha. rileks.mesia kan rayanya sebulan.

ha pilih-pilih! calon menantu! yang tengah tu dah berpunya, jangan pilih. huhu

Menang tak kita?

suka nak bawak persoalan ni. nak sambut hari kemenangan katanya. maka kita cuba koreksi diri, menang ke kita ni? adakah amalan dalam bulan ramadhan konsisten dilakukan bila kita 'keluar' dari ramadhan?
haa. haha. pedih kan soalan ni. dengan aku-aku sekali makan dalam.
sebab den pun sama gak.

dulu masa bulan ramadhan kemain baca quran sehari sejuzuk. kalau dah hujung-hujung ramadhan, berkejar-kejaran la nak carik lailatul qadar. berkejaran nak khatamkan quran. tajwid pun entah ke mana.
kawan aku lagi semat. cari lailatul qadar dari awal, bila dah 10 malam terakhir rehat la. dah 20 malam kan carik. haha. sengal tu namanya.

konon-konon masa Ramadhan nak habis, rindunyaa. janganlah pergi. staylah ramadhan. puih! lepas ramadhan takde, teruih jadik member setan. malam raya tu kemain mencarut, kemain bahan orang (aduh terasaa). pastu tuding jari salahkan setan. baguih betul.

anda betul rindu ramadhan? ha, apo laie, mula la puasa enam! mula la baca quran! ingat, kita hamba Allah, bukan hamba ramadhan.
kalau masa bulan ramadhan boleh habiskan quran sebulan, maka di luar ramadhan cuba lakukan perkara yang sama.
kalau dalam bulan ramadhan solat terjaga, kenapa masuk syawal dah tinggal solat?
kalau dalam bulan ramadhan kita kurangkan mencarut dan perkataan-perkataan lagha, maka di luar ramadhan juga kita patut cuba jaga.

beramal dalam bulan ramadhan banyak-banyak bukan hebat, tapi klise.
kalau anda dapat amalkan pula amalan yang sama banyak selepas keluar dari ramadhan, maka anda layak dapat tabik spring!


ok dah. selesai peringatan yang memaku diri sendiri.
nak share jugaklah suasana syawal kat sini kan. hehe.


Solat Raya

subuh pukul 4. kalau boleh, pukul 5 tu la jugak nak solat. gila ape. matahari pun tido lagi. so kitorang tekad nak pegi lambat sikit. sampai la dalam 5.30. ele poyo je. mana solat lagi.

suasana solat diorang sangat kelam kabut. dah la saf simpang siur, bersepah-sepah lak tu yang memekak kat sekeliling. solat kat stadium, dan penuh. bayang la ramai mana kan.
pastu taim-taim macam nilah boleh jumpa arab batak. "dul siniy" (diorang cina). sepet sangat ke mata aku. tak jugak. nak kata mata fayad sepet, erm, mungkin la sikit. haha. tapi muke fayad punyela korea, dia kata cina. buta warna betul.

lepas solat (hati redha gila walaupun solat tak rapat, saf simpang siur), duduk la dengar khutbah kan. arab ni best betei. diorang pun yakin je bangun blah. muahahaha gelak-gelak, bising-bising merata-rata. aku ni punyala baik nak duduk hormat khutbah walaupun haram tak paham, diorang yang paham lak tanak dengar. sumpah cakap, kalau macam ni la perangai depa, tukar la pemimpin dua belas kali pun, Islam takkan menang gak. benda-benda simpel pun taknak jaga.

Suasana Raya


yeay raya!

raya? what raya? ha ibaratnya macam tulah. takda suasana langsung. balik solat, pegi basuh kereta bagai. kedai semua bukak. ha yang tu baguih. senang nak beli barang. hehe.
suasana raya kat mesir (zagazig khususnya) bergantung kepada banyak mana openhaus yang ada. ada banyak, meriah la. sikit, haremla.

raya first sempat pegi rumah gargil, dengan rumah faiz. pueh ati dua-dua terer masak. takyah jadik dokter la. buka restoran lagi korang kaya. siyesss.

 bantai kuih raya dulu!

sate dan bakso.

malam tu bakar sate. oh ye. malam raya kitorang siapkan sate untuk pot luck yang kitorang nak buat raya kedua.

malam nilah sate kami berjaya (walaupun taklah sedap macam samuri tapi bolehlaa) dan nasi himpit sendiri. terima kasih kepada semua cekgu yang mengajar kami.

hasilnya, raya kedua kami, alhamdulillah, meriahlah sikit berbanding semalamnya.
ada macam-macam lauk. nak muntah makan, banyak sangat.
pulut kuning, rendang, sambal tumis, lontong, nasi impit (nama glemer keputat), sate, agar-agar, kuah kacang, puding roti, kek, kuih raya, ahhh penat nak taip semua! tapi banyak la. orang yang datang pun alhamdulillah la ramai. terubat sikit rindu raya mesia. hehe.


 keputat sebelum rebuih

 kuih raya 'telur rebus' farisha yang enak

 sate kitorang dan kuah kacang

keputat dah siap!


tu jela kot nak cerita. den balik lambat lagi. ada la lagi 2 minggu kot. haish risau nak balik gemuk-gemuk ni. kompem kena sound dengan mak ni. haha.

ok. doakan kami balik mesia segera dan selamat ye!
dan doakan jugak untuk kengkawan yang nak exam mulai esok. korang boleh punya.
hehe. tu je.

wassalam.
kullu sanah wentu bikheir.

Aug 8, 2012

Zalim pada Ramadhan

salam satu agama.






perjalanan berbuka hari ni pelik. dugaan yang unexpected. tidak. taklah sampai putus kaki ke ape. taklah kena bom tiba-tiba macam saudara kita di Palestin seberang sana.
kononnya nak makan di restoran, tapi masing-masing gerak lambat. memang confirmlah penuh kan. lalu ikhtiar mati. nak carik restoran celah mana pulak yg tak penuh lagi kat area mahattah tu? nak pergi maidah rahman pun confirm penuh.

maka pasrah. satu usrah duduk tepi jalan, layan air tembikai, air jagung. sorang satu plastik. kembung tak kembung perut, bayang.

pelan makan berjemaah tak mati di situ. usai maghrib, kami terus ke pizza iskandariah. sesak. masih banyak meja yang belum mendapat order. kami putuskan untuk tukar lagi.
ke Max Food pulak, nama baru bagi restoran Zinger.
kat sini masalah lagi. ekon tutup pulak. halah dugaan nak makannya. maka kami pasrah dan order.

kami habis makan waktu azan isyak usai dikumandangkan. aku ke masjid Fattah, yang lain bergegas pulang ke Salam.


sebelum solat mak SMS, "jangan tinggal solat terawih, banyakkan baca quran, solat sunat bertaubat dan munajat kepada Allah"

kelakar, pesan yang biasa-biasa ini sebenarnya agak susah untuk dipenuhi. sedang ini dalam bulan ramadhan. bulan yang katanya tiada setan.

***

Solat terawih sebenarnya solat yang santai. walaupun waktu isyak dan tarawih di Mesir menyaksikan masih ada lagi kemeriahan di jalan-jalan, aku bersangka baik bahawa mereka tetap tidak akan tinggal solat tarawih.
mungkin solat tarawih mereka bukan berjemaah. ya, benar solat berjemaah lebih baik dari dilakukan berseorangan.
persoalan yang ingin aku timbulkan sekarang adalah solat atau tidak.

berbeza dengan di Malaysia. aku belum cukup yakin untuk bersangka baik anak-anak muda, juga mereka-mereka yang tua di pasar, di bazar Ramadhan, bahawa mereka melaksanakan solat tarawih. lagi teruk kalau ada yang terlepas solat isyak!

terlalu sibuk (mementingkan) perkara-perkara lain, terlalu mencari rezeki yang datangnya juga dari Allah (ironi sungguh), sehingga terlupa peluang besar di bulan Ramadhan itu sendiri, ialah peluang untuk solat tarawih.

kalau di Mesir, aku yakin bahawa mereka jelas bahawa solat ini adalah solat yang santai. mereka ada satu malam untuk melaksanakan kesemua 8 rakaat (atau 20.) maka mereka rileks, malah ramai yang keluar dari masjid untuk menyelesaikan kerja mereka yang lain, kerana biar di masjid atau tidak, solat tarawih itu pasti akan dilaksanakan.

 berbeza dengan kita. kalau boleh biar habis 8 rakaat, dah, baki-baki malam ini bolehlah ktia layan movie!
dan andai kata terlepas solat tarawih di masjid, maka tiadalah solat tarawih pada hari itu. terlalu liat untuk solat di rumah.


Peluang

persoalan peluang ini aku rasa, rakyat mesir yang kurang bertamadun ini lebih berjaya dari kita.
mereka ketinggalan dalam dunia, dari berbagai aspek- kebersihan, pemikiran, budaya, kerajinan dn sebagainya.
tetapi peluang yang mereka gapai dalam bulan ramadhan sangat menakjubkan.
kemana saja dengan al-quran, atau setidak-tidaknya mereka mendengar bacaan al-quran dikumandangkan.
tasbih sentiasa di tangan.
rajin pula bersedekah, dengan memberi makanan kepada yang belajar, juga untuk orang susah.
di kala kita sering merengek dengan bekalan api yang sering terputus, dan cuaca yang maha panas, mereka fokus pada perkara yang sepatutnya.
adakah kita zalim kepada ramadhan?
for sure mereka tidak.

kita bagaimana? sering terlepas pandang bahawa ramadhan ini satu peluang. peluang untuk kita baiki diri, peluang untuk kita menambah amalan, juga ramadhan sebenarnya adalah batu loncatan untuk menjadi muslim yang lebih baik setelah kita 'graduan' nanti. seringkali kita terlepas pandang yang ini.
maka, saya mengingatkan di kala saya tidak terlupa. nanti kelak saya terlupa, sila ingat-ingatkan semula.




dalam rakaat terakhir tarawih tadi, imam menamatkan malam ini dengan halaman terakhir juzu' lima, dari surah An-Nisa'.

aku tersentak di saat ayat ini dibacakan, yang mafhumnya begini,


"Sesungguhnya orang munafiq itu hendak menipu Allah, sebaliknya Allah yang memperdaya mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas, hanya sekadar supaya manusia melihat mereka. dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit."


seriously rasa macam munafiq gila bila dengar ayat ni.
sungguh hati sering rasa malas untuk bangun solat.
tapi kalau tak bangun, orang kata apa pula.
sungguh, tidaklah kita khusyuk di dalam solat. ingatkah kita pada Tuhan yang kita sembah itu? mungkin, tetapi sedikit cuma!

di mana posisi kita di sisi tuhan sekarang?
Allahu rabbi.

maka, jadikan ramadhan yang masih tersisa ini berharga!


bertatih di bulan ramadhan

Aug 6, 2012

tanggung dan jawab

salam satu agama.


bosan en intro tu? macam dah lapuk lak rasa. huhu. nak tukar, takdak idea laks.

anyway~

hah dah masuk nuzul quran.
tapi den belum beridea nak cakap ape pasal nuzul quran. kalau nak cakap benda-benda tipikal, baik korang google je. belambak.
okeh tapi ada satu persoalan yang sungguh naiss untuk dipesan before kita masuk main topic.

"kita marah orang hina quran, kita ni baca quran tak? berapa kali sangat sehari? faham tak maknanya?"

ouch. sebenarnya soalan ini makan tuan jugak. ouch.


ok habis.
tanggungjawab.
literal gila makna frasa ni. maksudnya sesuatu yang awak tanggung dan awak akan jawab di akhirat kelak.
contohnya tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
awak perlu menanggung beban sebagai seorang pelajar, dan tanggung title pelajar itu sendiri.
kelak di akhirat, awoklah yang kena jawab adakah sempurna tanggungjawab yang dipegang itu?

selepas menengok kembali makna tanggungjawab tu rasa macam, whoa, banyaknya tanggungjawab yang entah boleh jawab ke idak kat akhirat nanti!


macam ranting ni jugak. pakcik yang tanggung dan pakcik 
yang jawab dengan kastam kang.
luls.



jom listkan!

Sebagai hamba Allah
mak aih. takut nak fikir betapa belambaknya. huh.

Sebagai umat nabi
-berdakwah tak kita hari-hari?
macam tak


-ikut dak sunnah dan pesanan nabi?
not everything. in fact, maybe we don't follow almost everything, except the one which will bring pleasure to ourselves!


-ingat tak kat nabi?
tidak setiap masa. Allah~


Sebagai pelajar
saya lagi banyak main dan poyo bizi dari stadi. sekian.

Tanggungjawab kat diri sendiri?
saya malas nak ketip kuku walaupun dah panjang. luls lagi.

Sebagai anak
takut nak cakap. takut mak baca. huhu.


see? belungguk tanggungan kita yang mungkin tak terjawab di akhirat kelak.
dah namanya pun awak tanggung dan awak jawab, maka kita kenalah pandang perkara ni serius. dan setiap yang kita lakukan akan dipersoalkan kelak.

contoh paling simpel:
awak ada fesbuk. awak boleh letak benda-benda baguih, instead awak letak benda-benda yang kurang bermanfaat. (saya sekali. angkat tangan awal-awal.)
persoalannya sekarang, nanti bila ditanya kelak, sanggup ke nak jawab kita update status macam tu sebab kita bosan?

apabila add kawan baru kat fesbuk, maka bertambah sebenarnya tanggungjawab anda terhadap mereka. cubalah hang femes, kawan lima belas ratus, pastu hang update benda-benda takda pekdah, maka, lima belas ratus kenalan anda berjayalah tengok benda takdak pekdah tu.
kalau kita tukar letak benda nasihat sikit ke, makanya, lima belas ratus rakan anda akan baca. nak taknak lima belas terkesan. sekali update status, lima belas orang terkesan. pastu diorang share pulak.
pergh MLM.

ok dah malas taip panjang. kang mampus kena tanya kat akhirat. huhu.
tanggungjawab terhadap nasihat adalah melaksanakannya.
tanggungjawab kepada al-quran adalah membaca dan memahaminya.
tanggungjawab kepada blog adalah isikan dengan benda-benda bermanfaat.



salam ramadhan. salam nuzul quran. salam besday saya yang dah lepas.

Jul 31, 2012

hidup dalam memori-bapak kucing

SBPI Rawang adalah satu tempat di mana bukan saja aku belajar ilmu akademik, aku juga belajar tidak ternilai harga sebuah persahabatan.

aku datang ke sepintar sebagai budak form 4 baru. yang peliknya penerimaan batch aku terhadap kami, budak-budak baru ni sangat mesra. ibarat dah berkawan lama. cikgu-cikgu pun pelik. walaupun masa aku mula-mula masuk, aku agak susah untuk diterima (sebab masalah lain), tapi once diorang terima aku, rasa macam merekalah kawan terbaik pernah aku ada selama hidup aku.

dan sampai sekarang kami masih saling menghubungi. kalau ada masa lapang, ada event, kami akan merancang untuk bertemu. tidak kiralah di Malaysia, di Jordan mahupun di Mesir ini sendiri. kawan pertama yang akan kami cari adalah dari sepintar.

masuk form 5, aku masuk dorm exco, dan masuk kelas 5JM. dalam kelas ni sangat happening. yes, kelas kami tak segila kelas bebudak teknikal, haha, tapi still, kelas kami ada faizzuddin, ada botak, ada ajin, ada amin, ada murt. macam rojak!

ajin buat comel

dan hari ini salah seorang classmate kami dah tiada. selamat pergi ke alam lain, dalam bulan ramadhan. kami satu batch digemparkan dengan berita kemalangan  ini, di mana Nazrin terlibat. dan semalam, er, tadi, kami dikhabarkan dia adalah mangsa terakhir yang dijumpai, di dalam perut kapal, sudah tiada bernyawa.

Muhammad Nazrin bin Khamsani
siapa dia ni? setiap manusia ada baik buruk yang mencorakkan personaliti seseorang itu. kelemahan yang ada dalam diri nazrin bukan kami jadikan bahan aib, sebaliknya kenangan manis bersama beliau sendiri.

siapa yang mengenali Ajin ni pasti tahu dia ni seorang yang kuat, peribadi dan fizikalnya. seriously kuat! badan dia taklah berketul-ketul, tapi still, dia sangat tough.

dalam situasi genting, memerlukan, dia adalah antara insan yang boleh diharap. dia dikenali sebagai insan yang bertanggungjawab. tanggungjawab dia dalam asrama pun banyak. dialah KR rumah hijau yang direspek semua bebudak rumah hijau, dia jugak antara budak yang hidupkan kadet polis (aku pun kadet polis gak dengan dia. pakai uniform sama-sama. wuuuuu), dia jugak yang hidupkan kelab memanah (aku masuk taim form 4. dia agak berbakat laa.), senang cerita, benda-benda macam ni memang semangat dia tinggi. huhu.



dia peramah, caring dengan kawan-kawan dia, sengal, otak masuk air, dan otai sejarah. dia sangat otai sejarah. dia juga gemar falsafah. orang-orang seperti hamka, za'ba, dan syed naquib al-attas adalah rujukan beliau.

kami (aku, ajin, hilmi, ali, dengan nafis) duduk sekumpulan waktu nak dekat spm. duduk betul-betul depan meja cikgu. ini antara memori terbest kami. sama-sama kena sound dengan cikgu Malina, cikgu Fatimah,juga ustazah Norrahila. subjek lain ok sikit, kurang la kot kena marah. hehe.

Ajin tidur tak dalam kelas? haha jangan tanya. group kami semua kaki tidur. rasanya kalau dalam kelas tu, lelaki yang tak pernah tidur, haikal sorang je kot?



Ajin seorang yang sangat sibuk. sibuk dengan rumah hijau, sibuk dengan kriket (he was hell of a player) sampaikan cikgu-cikgu ramai yang risaukan akademik dia. tapi dia rileks je. dah tu, power kan.
aku sebenarnya tak ingat result spm dia, tapi yang aku tau, not bad laa.tak la straight  macam murt kot, tapi still ok.
my point here, dalam sibuk-sibuk dia, dia tak kecewakan cikgu-cikgu yang mengajar.


Ajin ni bapak kucing. kalau bahasa arabnya abu hurairah. semua kucing kat asrama tu, kalau ada masalah, repot kat ajin. kucing-kucing tu semua boleh kata anak-anak dia la. di sebalik muka taiko dia tu, tersimpan hati macam taman. khas untuk kucing-kucing.

Ajin panggil aku panda. "woi panda, ko ni comellah." bila teingat ni, aku tersenyum pulak sorang-sorang. aku selalu malas layan orang panggil aku comel ni. tapi aku rindu pulak nak ajin panggil camtu. ajin jela, orang lain aku tak rindu. huhu.



sesiapa yang kenal ajin jugak, mesti boleh terima teori aku ni. orang jumpa dia dalam perut kapal, maknanya dia adalah orang terakhir berada dalam kapal.

mengenali perangai ajin, aku rasa mesti dia pastikan krew-krew lain keluar dulu. pastikan semua orang selamat,baru dia fikir pasal diri sendiri. mungkin jugak dia cuba padamkan api, mungkin. tak tahulah.
cuma kalau nak combine kan teori cerita ni dengan perangai ajin, ha, memang itulah ajin yang kami kenal. biar yang luka dia, asalkan orang lain selamat. biar yang susah dia, asalkan orang lain senang.

ajin buat comel lagi

ohh. kalau nak listkan semua kenangan dengan ajin, banyak sangat. sampai sahur agaknya aku menaip nanti.
cuma nak kata, kami semua rindu Ajin. sedih tu pasti, lagi-lagi cikgu yang anggap kami macam anak sendiri.
tapi janganlah sampai sedih kita membuatkan kita lalai untuk berdoa untuk kebahagiaan beliau di sana. biarlah tanda kita sayang pada dia dengan doa dan sedekah-sedekah amal jariah. itu yang penting diakhirat kelak.

dia pernah menjadi sahabat kita yang terbaik. sekarang masa untuk kita pula berbudi. Al-Fatihah.
takziah untuk keluarga ajin.

dia mungkin sudah pergi. tapi memori kita tak pernah pudar. aku doakan kau selamat dunia akhirat.


kita entah bila. moga maut menjemput kita dalam keadaan yang baik. moga keredhaan Allah kita iringi keakhirat kelak, insyaAllah.

Jul 21, 2012

madrasah ramadhan (tajuk klise)

salam satu agama.

mentang-mentang bulan ramadhan, sume pun nak buat tajuk bulan ramadhan. huhu.
ok sebelum masuk ke persoalan sebenar entri ni, aku nak timbulkan satu persoalan kecil,
nape orang eja solat tarawih macam ni ==> terawikh. sakit tekak aku nak sebut tau dak. eja dalam bahasa arabnya kan ta-ro-alif-waw-ya'-ha pedas. ha. taraawih kan? terawih aku terima lagi. tapi kalau terawikh, ekkh, terkeluar kahak dibuatnya.
ok habis.


firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."


lama-lama tenung gambo ni, berdosa gak kang. haha




apa kena mengena puasa dengan taqwa?  puasa=lapar. lapar=taqwa?
huhu.

semalam mak den tanya khabar, ucap selamat berpuasa kat sini.
den pun cakap la, puasa sini ya rabb panasnya. semalam rasa nak hangus je. even angin kipas ni pun bahang.  pastu dah la lapar gila. ha ni lah akibatnya terlalu attached kepada makanan. tahun ni aku tak ingat, entah ada tak puasa sunat yang aku buat. asal nak puasa je, lapar, ngantuk. pastu, malaslah, nanti ngantuk dalam kelas.

persoalannya, adakah lemahnya kita kerana puasa? bagaimana pula dengan rasulullah dan sahabat-sahabat yang berperang dalam bulan ramadhan? mereka tak lapar? tak panas? whoa diorang buat kerja kat tengah padang pasir tau dak!

tak, bagi aku ini adalah soal kebergantungan. bagaimana kita terlalu bergantung kepada makanan sebelum ni. lapar, makan. mengantuk, makan. boring, makan. makaaan je. bila datang bulan ramadhan, hambik kau. tau lapar tak lapar.

maka Allah kurniakan kita satu bulan di mana kita dilatih untuk tidak bergantung pada dunia. ya, madrasah ramadhan ini. lapar? bukan makanan solusinya. Allah ajar kita alternatif lain selain dunia. ya, banyakkan baca quran, beribadah, dan buat kerja, tanpa fikir soal makanan. 

even avatar pun diajar oleh guru untuk tidak terikat dengan dunia. huhu. cantiknya Islam mengajar kita bahawa dunia ini tidak salah digunakan, tapi biarlah ia menjadi alat untuk kita mencapai akhirat. 
thus, adalah bulan ramadhan ni. 

sebenarnya puasa bukan nak melemahkan kita. lepas ni, bila kita dah terbiasa tak makan, tenaga yang dihasilkan cukup untuk badan kita, tanpa perlu makan yang banyak, dan semua darah kita tak perlu lagi tertumpu pada kawasan GIT, sebaliknya banyak di kawasan seperti otak. 
so, patutnya bila puasa kerja kita lebih produktif la kan? hehe

hari pertama puasa, mak aih, letihnya. 
hari kedua puasa, dah biasa sikit.
lama-lama nanti, bila dah biasa, takdahallah!

we need this. kita perlukan bulan ini untuk rehatkan GIT kita yang dah bekerja keras selama setahun. biar perut berehat, biar pancreas rehat. biar intestine rehat. sudah sampai masanya kita latih tubuh kita untuk tunduk taat dan rajin beribadah pula. 

yang belum mula, ayuh kita mulakan sekarang!
ramai orang yang mengejar khatam al-quran bulan ramadhan ni. bukanlah salah. tapi janganlah push kaw-kaw lana pastu nanti lepas ramadhan tak baca dah. haha.

ramadhan ni, dari satu segi adalah fasa bonus. ibaratnya main gem, bila sampai kat bonus, kita cepat-cepat setelkan/rembat semua point yang boleh, kan?

iya, tapi kita kadang-kadang terlupa, bahawa ramadhan ini juga sifatnya adalah sekolah. maknanya, kita dididik bukan sekadar nak jadi baik di dalam sekolah, tetapi juga di luar sekolah. kita diberi peluang untuk berubah di bulan ramadhan, bukan untuk menjadi hamba yang baik di bulan ini saja, tapi untuk meneruskan apa yang kita dapat di dalam bulan ini untuk diteruskan.

sesetengah kita bangga saat menjadi alumni, graduan, sekolah SEPINTAR, misalnya. hehe. bagaimana pula dengan ramadhan? adakah diri kita ini layak dipanggil graduan? nampak 'terpelajar'kah akhlak kita? haaa.

sepertimana sifatnya seorang murid, belajar dari sedikit dahulu (bau wangi apa pulak ni, mama masak! arghh iklan,iklan!), er, belajar dari sikit dahulu dan kemudian sikit-sikit kita upgrade. 
okeh? >.<

semalam masa bukak puasa kat maidah rahman, niatnya taknak la bukak puasa sampai kenyang sangat. sekali, nasik dia banyak daaa. daging lak tu. pergh sedap gilos. senak perut aku makan. tak habiskan kang, kecik hati lak ammu tuh. huhu.susah nak kurus ramadhan ni!


so, ini target saya ramadhan ni!
-khatam quran (saya ni dah hafal sikit-sikit quran, agak peliklah kalau tak khatam.)
-puasa. eh?
-kurus. sikit pun jadilah. haha.
-dan lain-lain. huhu.
-qiam

target anda bagaimana? hikhik (gedik)



salam ramadhan kengkawan! sapa masak lauk buke tu, kirim la kat den sikit.
aku taktaulah ada point ke idak post ni. huhu.


tara! masa muda-muda dulu.
ihya ramadhan 2008.

Jul 18, 2012

harga sebuah kejayaan yang tertunda

salam satu agama.

‎"Janganlah kamu bersedih apabila kesedihan-kesedihan itu membebankanmu, dan terasa sempit bagimu dunia yang luas itu, mungkin Allah suka untuk Dia mendengar suaramu dalam keadaan kamu berdoa kepadaNya."

[As-Sheikh Mutawalli As-Sya'rawi Rahimahullah]
(copy dari member kat fesbuk)

phew. lama tak menaip bhai. kekok je taip kat keyboard wireless ni. aiceh~

exam dah habis, alhamdulillah. result pun dah dapat. kencang ah univeriti zagazig nih! tapi malangnya result imtihan tahun ni sungguh dasat. merata-rata orang kantoi, termasuklah diri ana ini.
yeah, aku sangkut psychoogy je, orang kata it's not a big deal. it is, for me. jenuh gak nak stadi psycho wei. -_-

tapi tapi, lagi kasihan kat kawan-kawan yang kena ujian yang lagi berat dari aku. macam-macam reaksi aku tengok. ada yang speechless, ada yang menangis, ada yang marah, ada yang gelak (cause he know he's too screwed up? haha, don't know).

mula-mula bila tahu aku sangkut psycho, rasa macam stress gila. fikir diri sendiri punya masalah je. nak balik bila, nak balik ke tidak? raya sini ke? halah. macam-macam gangguan emosi.
sedar tak sedar, orang di sekeliling kita menderita dugaan yang maha hebat. sangkut satu dua, tahan lagi. kalau sangkut sampai 4, 5, Allahu rabbi. hebatnya mereka. kalau yang repeat year, tapi sangkut lagi. Allahu Allah. tabahnya mereka.

bila ditegur, dilihat wajah masing-masing,masih ada senyuman yang terukir sebagai hadiah untuk kita. sedang dalam hati mereka, siapa yang tahu. siapa yang dengar tangis esak pejuang-pejuang ini di kala waktu malam?

Allahu rabbi. siapa yang terdengar, pasti sayu hatinya.

tapi jujur aku kagum. mereka masih mampu mencari daya untuk ikhtiar. mampu untuk berfikir rasional, apa yangg patut diusahakan. usaha, bro. itu yang aku kagum.
andai kata usaha yang terakhir saja yang tinggal, stadi untuk dur thani, maka buatlah elok-elok. Allah memberi kita second chance.

bila melihat mereka dan ujian, hati aku terdetik,
betapa tabahnya mereka menghadapi semua ni. kita yang tak rasa takkan faham!
kagum, bagaimana Allah meletakkan ujian maha hebat kepada mereka. tanda pundak mereka mampu memikulnya.
dan bagaimana dengan kita? (actually, aku tersept. istilah mana nak guna ni? korang ke kita? aku kantoi psycho kot!)
apa usaha kita untuk membantu? sedang terang-terang Allah tunjuk depan kita, bahawa ada sahabat-sahabat kita yang might need our help. atau kita akan abaikan saja, janji kita dah lepas?

susah senang sama-sama bro.

untuk kita-kita yang diuji, ingat, ini bukanlah satu kegagalan, bahkan satu kejayaan yang tertunda. tuntut kejayaan kita, usaha, insyaAllah kita najah sama-sama!
kebetulan ramadhan pun kian menghampiri. kenalah doa banyak-banyak yeh! piu-piu piu~ (senjata mukmin.huhu)
sungguh, kelak kita akantahu betapa berharganya seulas kejayaan yang tertunggak ini.


aku dah mengarut.
wallahua'lam. doakan kami.

ehem.

Jun 21, 2012

tentang mesir

salam satu agama.

hai. huhu.
izinkan ana mengepos sesuatu yang agak random harini.

#1
mesir la ni panas ya salaammm. serius! berpeluh-berpeluh. nak tido panas, tanak tido pun panas. serba salah jadinya! kadang-kadang tu, duduk diam je baju boleh basah lencun dek kerana berpeluh. lepas mandi, 10 minit, halah, berpeluh balik! bumi anbiya ni sungguh menguji kesabaran derr.
http://www.emocutez.com
mujur sehari dua ni dah kurang sikit.
rumah aku ni unik kot. pagi sampai ke tengahari tak rasa lagi panasnya. masuk petang, ke maghrib, ke isyak. ha, mula la sauna. aku rasa kalau kipas masing-masing rosak ni, mau kurus la lagi sebulan dua. takyah ambik pemakanan yang sihat. huhu.
ingat nak beli cooler, tapi takda duit. pekata korang sumbangkan barang singget dua kedalam akaun saya. harharharamm.
*summer=soif=seif

sejuknyaaa sejuknyaaa


#2
exam lagi dua paper. penat dia tak payah habaq la. dah la sume department pakat tukar format exam. menggelupur nak jawab. sabo jelah. moga Allah tolong la lembutkan hati penanda kertas biar dapat markah molek sikit. hehe. kitorang, tahun dua zagazig habis 28 Jun ni insyaAllah. korang? (macam la korang nak respon kan. haha. abaikan)


http://www.emocutez.com


#3
pilihanraya.
aku ni jenis tak ambik tahu sangat pasal pilihanraya mesir. ambik tahulah, tapi taklah sepanjang masa. khabarnya yang menang, muhammad mursi, dari parti hurriyah wal 'adalah, di bawah payung jemaah Ikhwanul Muslimin. tak tahulah dah official belum, tapi, tahniah!
kalau betul kalian nak bawa perubahan, tunjukkan perubahan yang anda janjikan. berjanji itu mudah, melaksanakan itu payah. bukan den tak menyokong, cuma tidak terlalu optimis(?) hehe.
rakyat mungkin akan mengorbankan segala jenis subsidi yang ada sekarang, semata-mata untuk melihat perubahan yang bakal berlaku. semata-mata mahu melihat 'mesir baru'.
janganlah manifesto itu hanyalah mainan politik semata, kerana kalian sekarang di mata dunia.

calon presiden yang satu ini (bukan calon dah la ni) bukan calang-calang. orangnya menjaga al-quran, malah isteri dan anak-anaknya juga sama. heh. kan best kalau mesia pun ada pemimpin macam ni. macam gempak la sikit. hehe.
nak tahu pasal beliau, google sendirik. malaih nak carik.


kenapa aku malas nak ambik peduli sangat pasal mesir ni? (yeah, yeah, ni isu ummah, kena ambik tahu blah blah blah.) betul, ini isu ummah. betul, ini penentu masa depan mesir selepas ini.

sebenarnya, aku dah naik meluat dengan perangai rakyat mesir ni. mereka mahukan perubahan. nak mengubah sesuatu yang dah terbina selama 30 tahun! semua yang mereka nak, mereka akan tuntut dengan demonstrasi. kecoh sana-sini. haritu terrpegi ke tahrir, masih ada demonstrasi lagi. dehell? sampai bila? apa semua benda boleh selesai dengan kekecohan ke? ulama mana ajar tu? habaq mai la ni!

http://www.emocutez.com

perubahan itu perlukan kesabaran, perlukan strategi. umat yang tidak beragenda akan dikalahkan oleh musuh yang tersusun. aiceh, ISMA sat. hehe.

pakcik menang mesir!
(moga dipermudahkan segala urusan)


biarlah pemimpin hebat mana pun yang datang, kalau mentaliti rakyat masih tak berubah, sampai bila-bila pun mesir ni takkan berubah. ini bukan fasa yang mudah. ini suatu fasa yang memelurkan kerahan idea, tenaga dan pengorbanan daripada semua pihak, hatta kita-kita yang bukan rakyat mesir.

menjadi rantai perjuangan, tidaklah sesukar seperti mereka yang memulakan. ya, benar perjuangan Ikhwan sudah bermula sejak zaman Al-Banna, tapi untuk memiliki kuasa dalam pemerintahan, ini adalah sesuatu yang sangat besar. ibaratnya macam permulaan rantai 2.0. huhu. kena mula semula. langkah yang mula-mula ini harus betul, biar tak dikandaskan oleh pakcik JPJ kelak.

satu lagi, sebab aku tak suka taksub-taksub jemaah ni. biarlah siapa yang bawak Islam, kita sokong. harini Ikhwan. kalau esok lusa bukan lagi mereka, maka samada mereka diperbaiki ataupun kita tukar.
samalah dengan bebudak melayu. sumpah aku taknak ambik tahu kau jemaah apa.
PMRAM ke, ISMA ke, IKRAM ke, ABIM ke, AQ ke (eh), UMNO ke ape-ape ke, janji sedar diri tanggungjawab anda adalah membawa panji Islam. ya benar. kita kena bergerak dalam jemaah. itu sebenarnya satu langkah yang essential. dan seeloknya kita pilih jemaah yang paling elok la, paling tepat.
jemaah mana paling tepat?
cari sendiri. pandangan kita mungkin berbeza-beza.
ingat, yang penting kerja kita, bukan wadah kita di mana.
Aaaa aku malas membebel pasal ni.
dah la. babai.

ehh, sat sat.
doa kan senjata mukmin.
so, jom doakan untuk abang adik kakak kita di seluruh dunia yang sedng ditimpa musibah terutamanya di Palestin, Syria, Rohingya, Malaysia juga Mesir. wa fi kulli makaan, wa fi kulli minum. tak, wa fi kulli zamaan. amin.

piu piu piu!(senjata) tembak zionis!


ps: suhu saudi: average 45-54 darjah celcius. ada ramalan mungkin boleh cecah 70.
syukur aku kat mesir. T____T

http://www.emocutez.com wassalam.