Pages

Nov 21, 2012

Umat Ber'strategi'

Salam satu agama.


sebelum entri ni ditaip lebih panjang, sengaja saya taip tajuknya begitu, supaya tiada pembaca yang belum baca dah rasa entri ni berunsur 'isma'. although, sedikit sebanyak entri ini ada menyentuh isma.
juga, entri ni agak panjang, untuk blog saya. so, bertahan! huhu.
juga, entri ni tak berniat nak kondem sapa-sapa, cuma pendapat dan cadangan.

ketika keluar iklan Forum Umat Beragenda dulu, anjuran Isma Mesir, saya pasang niat untuk pergi. mengenal isma sendiri, juga nak dengar - setelah sekian lama - butir idea dan penyampaian oleh senior yang saya respek sampai sekarang, Ust Syed Isra'. sayangnya, ketika itu juga berlangsung program STEP anjuran ikram dan saya memilih STEP memandangkan program tersebut boleh membuka minda saya tentang kerjaya yang akan saya hadapi kelak, insyaAllah.

ceewah, nape skema ni? ah ye. saya cuba untuk se skema yang mungkin kerana entri ini dirancang secara serius. seriously serious. waktu berangan dalam kelas lagi saya dah terfikir untuk tulis entri sebegini.

walaupun saya tak tahu apa isi forum anjuran isma tersebut, tetapi secara generalnya saya setuju dengan tajuk itu, Umat Beragenda.



Umat Berstrategi

sengaja saya tukar, dengan sinonim kepada agenda, kerana takut-takutlah apa yang ingin isma sampaikan pada hari tersebut berbeza dengan apa yang cuba saya sampaikan dalam entri ni. jadi saya tukar, walaupun sebenarnya mempunyai maksud yang sama.

ok straight to the point!

kenapa perlu mempunyai strategi?
mudah, kerana kita melawan musuh yang sudah mempunyai perancangan selama beratus tahun.
saya percaya rata-rata daripada kita pernah membaca buku tentang Freemason, Illuminati, ataupun sekurang-kurangnya pernahlah menonton The Arrival. saya bukanlah seorang yang paranoid, dan bukan hendak mengajak anda menjadi 'melayu muslim paranoid'.

saya suka untuk memetik kata-kata ulama yang tersohor dengan kata-kata beliau, satu-satunya ini, (saya tak tahu kalau-kalau beliau terkenal sebab lain), Thaqib Arsalan, yang mengatakan,
"kita tidak mahu mengumpulkan angka-angka kosong. tidak boleh tidak, kita perlu bermula dari bawah" apabila umat islam ketika itu cuba menaikkan semula sistem khilafah yang telah pun tumbang berkecai.
maka apa yang dirumuskan kepada saya, dengan kata-kata itu, dan usaha Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, maka lahirlah usrah.

dan ini yang saya cuba jadikan sebagai satu contoh, bagaimana kita menjadi umat yang berstrategi. tetapi sayang, usrah hanyalah satu langkah pertama, dan kesilapan kita adalah apabila kita berhenti melangkah setelah menjejaki langkah 'usrah'. dont get me wrong. saya suka usrah. saya rindu sangat-sangat usrah zaman sekolah hira' dahulu, tetapi sayang, saya tidak lagi jumpa usrah yang betul-betul membawa rasa seronok seperti dahulu. yang ada hanya segolongan naqib yang cuba merapatkan ukhuwah dengan suap-menyuap makanan sesama ahli usrah!
apabila saya tonton filem pendek 'Tomato', kemesraan yang lahir sehingga mereka saling suap-menyuap makanan bukan datang di awal usrah. itu silap sesetengah naqib jaman sekarang. saya ingat lagi saya pernah mendengar kata-kata seperti ini,
"jom kita suap-suap. ana suap enta, enta suap si fulan. okeh?"
sedangkan kami baru berkenalan selama dua minggu. dan dua minggu, bermakna baru dua sesi usrah!
akhirnya sesi suap-menyuap hanya menjadi medan lakonan kononnya ukhuwah kita sudah bertambah rapat.

ops, saya taknak membebel tentang usrah, malah saya sendiri setelah menjadi naqib tahu betapa susahnya menjadi naqib, maka saya tutup cerita usrah di sini. lain entri kita sambung noh. huhu.

usrah adalah permulaan. sayangnya, ramai yang merasakan usrah sudah cukup. ya ke?

Muslim yang Narrow Minded

saya teringat tiga jenis manusia bodoh yang disebut oleh Fathi Aris Omar dalam buku Pengalaman Bertuhan.
mungkin, ulang, mungkin, manusia yang paling bodoh itu adalah yang tidak rancak berfikir. ang kedua terbodoh adalah yang kurang membaca, dan yang ketiga terbodoh adalah yang kurang pergaulan dengan masyarakat.

ironinya, seperti yang disebut oleh Fathi Aris adalah, ketiga-tiga jenis manusia ini ada dalam sistem usrah yang kiat berkembang sekarang. usrah makin pesat, sana sini ada usrah, tetapi dilambaki dengan tiga jenis manusia ini.
saya tidak mahu menyalahkan sistem usrah atau orang yang menjalankannya, kerana bagi saya usrah sangat penting, dan saya juga berjanji untuk tidak lagi komplen pasal usrah, maka saya berhenti di sini.

sayangnya, umat Islam zaman sekarang sungguh narrow minded.
adakah usaha kita sebagai muslim hanya terhenti dalam usrah? dalam jemaah? dalam parti? terlalu obses dengan organisasi sendiri sehingga sepertinya seronok menuding jari membuka kesalahan orang lain?
saya juga tak mahu ulas lebih lanjut tentang taadud jemaah. not now.
tetapi apa yang cuba saya sampaikan adalah, sepatutnya usaha kita lebih dari itu.
bukan sekadar berjemaah, berusrah, tanpa peranan yang konsisten dan jelas. (not that berjemaah dan berusrah tidak membawa manfaat. jangan salah faham pulak.)
contoh yang paling ingin saya tekankan (atau dalam dialek terengganu, 'tekangkang') adalah seperti isu Palestin macam sekarang.

Palestin dan Ghazzah



apa usaha kita untuk membantu situasi di sana?
ya, saya tahu. jom kita listkan sama-sama benda sama yang kita ulang dan kita nampak di facebook.

1.Beri sumbangan ikhlas.
2.Boikot.
3.Kempen anti-zionis dan anti kekejaman.
4.Doa
5.Update berita terkini tentang Palestin dan pemimpin yang jelas memberikan bantuan atau sekurang-kurangnya menempelak perbuatan keji Zionis, dan 'paku' mana-mana pemimpin Islam yang tidak menunjukkan apa-apa usaha dalam hal ini.

kelima-lima perkara ini, kalau anda buat, maka anda prihatin. tapi, memadaikah? cukupke sumbangan kita selama dua minggu paling lama dikutip, untuk membantu mereka? cukupke sekatan dan boikot terhadap ekonomi mereka yang datang berbondong-bondong dari Levi's (astaghfirullah, cukup suka jenama ni. sayangnyaaa), Starbuck ataupun McDonald, juga lain-lain syarikat?

saya tak kata usaha tersebut sia-sia. tetapi usaha tersebut tidak berkekalan. sudah terdesak baru menggelabah nak buat sumbangan, sedangkan sebelum tu, badan-badan yang bertanggungjawab rasa sepi, kurang sungguh bantuan yang dihulurkan.
usaha-usaha seperti menjual kasut emas, juga trofi, bagus, tetapi tidak berkekalan. amal yang paling baik adalah amal yang istiqamah, betul? eh, tapi, apa yang diorang buat tu baguslah. contohilah ya. kalau ada trofi, juallah. hehe.

ehem,
Boikot, boikotlah betul-betul. samalah saya yang cakap ni. so, mulai saat anda membaca ni, boikot betul-betul!

Lalu datang pula satu solusi yang terkenal satu ketika dahulu. 'belilah produk muslim'.
ada beberapa masalah yang saya kira boleh diperbaiki.
pertama, kualiti yang jauh berbeza dengan produk yang kita perlu boikot. so, macamana nak boikot? berat nanang sungguh.
kedua, sangat sedikit produk-produk sebegini yang layak untuk digunakan. promosi ala kadar, kualiti ala kadar, kurang meyakinkan!
ketiga, tiada dana yang disumbang kepada palestin secara berkala, kalau ada pun, mungkin sangat sedikit pihak-pihak yang mempunyai kesedaran yang sama.

"Cukuplah dengan sekadar doa"
bukan ke doa itu sesudah ikhtiar, bukan ikhtiar itu sendiri? belum berikhtiar, dah berdoa?

saya teringat kata-kata Ra's Al Ghul dalam cerita Batman Begins,
"Over the ages, our weapons have grown more sophisticated. With Gotham, we tried a new one: Economics"

betul tak, betul tak?
ekonomi. dan zionis punya kekuatan ekonomi yang gila kentang.


Anjakkan Paradigma!

anjakkan paradigma kita. satu lagi langkah.
cadangan saya mudah, tanamkan cita-cita kita (andai kata masih belajar, kalau sudah berkerjaya, laksanakan!) untuk memberikan dana yang berterusan kepada Palestin. sebagai contoh, anda seorang peguam. simpan gaji anda beberapa peratus untuk disumbangkan setiap bulan kepada Palestin atau mana-mana kawasan lain dimana saudara kita ditindas.
anda ada kedai sendiri? kalau Mcd boleh, kenapa kedai anda tidak boleh? pasang niat untuk menyumbang secara berterusan, kepada mereka.
seperti sudah menjadi tradisi, apabila mendengar tragedi,barulah diri ini ada rasa untuk menyumbang. pecah tradisi itu. ayuh kita kumpulkan sumbangan berkala kepada saudara kita yang memerlukan di serata dunia.

begitu juga dengan doa dan solat hajat. istikamah. ya, solat di malam hari sungguh berat, tapi kita usaha, pasang niat. kalau tidak pasang niat, haramla nak bangun kan.
juga tidak cukup kalau hanya sekadar berdoa kala mereka ditimpa musibah (yang kita dengar), sedangkan musibah itu menimpa mereka saban hari. bayangkan, generasi muda kita main kahwin-kahwin, generasi muda mereka main syahid-syahid! Allahu rabbi, sayu sungguh rasa!

yang terakhir, pasanglah niat untuk membantu mereka di sana. saya berniat untuk ke sana, apabila sudah bekerja. sekurang-kurangnya saya cuba rawati luka fizikal mereka, dan berada di sana nanti moga-moga Allah sembuhkan penyakit dunia saya.

menjadi buih di lautan, yang melambak, tapi tiada guna, ataupun menjadi berlian, yang bernilai harganya.
itu pilihan kita. tepuk dada tanya iman kita, setakat mana usaha kita membantu Islam.
ya, saya menjangkakan tidak ramai yang akan membaca sehingga ke ayat ini. kepada anda yang membaca habis, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca. ayuh mengejar title Ansarullah!

*segala silap, datang dari saya yang hanya bercakap, amalnya kurang.
**saya tiada masalah dengan isma, andai kata ada yang tertanya-tanya saat membaca awal entri ini.
***saya berniat untuk menyumbang beberapa peratus dari royalti buku Kopi-Ah saya kepada Palestin. walaupun tidaklah banyak, but it's a start. anda bagaimana? btw, respek beliau. hoho.
****saya membaca beberapa jam tadi, status afdlin Shauki berkenaan konsep yang lebih kurang seperti yang saya taip dalam blog ni. uuu, bangga sama idea dengan pengarah gempak camtu. huhu

DoaUntukGaza.

wallahua'lam.

10 comments:

elwaie said...

saya ingin menyumbang dgn membeli buku kopi-ah. haaa

eh dah beli laa..

oh boleh beli satu lg :-D

faaizz d. zul said...

mantap!

-pembaca kopi-ah

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Bagus penulisan Abrar, byk isu yang dibincangkan.

Kenapa begitu takut untuk menyebut nama ISMA atau IKRAM? BUkankah kedua-duanya adalah gerakan Islam yang berbukukan kepada ikhwan Muslimin yang mana IKRAM mempunyai hubungan langsung secara tanzim atau berjemaah dgn Ikhwan Muslimin (diiktiraf oleh Ikhwan Muslimin sebagai wakil mereka di Malaysia)

Manakala ISMA (tidak diiktiraf sebagai wakil) tetapi sebelum tahun 1999, pernah anggota utamanya menerima tarbiyyah Ikhwan terutama di Mesir tetapi tidak lagi sekarang.

Isu USRAH adalah isu yang penting dan bagus diperkatakan dgn sedikit idea Fathi Aris Omar yang sedikit EXTREM. Mungkin Fathi dah jemu dgn usrah begitu.

Namun begitu perubahan yang berlaku di Malaysia memberikan satu petanda impak yang telah diberikan oleh usrah.

Kita tidak boleh salahkan USRAH tetapi kita boleh salahkan cara pengendalian usrah yang sekadar berkumpul, baca quran, baca buku, bincang dan akhirnya makan...termasuk acara suap-suapan.

Namun begitu mungkin suasana usrah yang berubah-rubah mengikut situasi semasa.... semasa usrah di sekolah, di universiti dan di alam berkeluarga dan alam bekerjaya...tentulah setiap alam yang berbeza akan melahirkan keadaan usrah yang berbeza.. begitu juga dgn jiwa-jiwa yang hadir..dulu jiwa yang datang dgn kesedaran ...kini ...ada jiwa yang datang dgn manja dan kemanjaan...juga akan memberikan impak yang berbeza pada pengendalian usrah.

NAMUN...usrah masih lagi penting buat yang malas baca quran di rumah atau malas mencari ilmu secara bersendirian malah usrah boleh dijadikan sebagai pemangkin penambah energy jiwa, emosi dan rohani...

ITU belum lagi cabaran perbezaan umur ahli usrah, perbezaan cara berfikir dalam usrah, perbezaan latarbelakang ahli usrah.... panjang kalau kita bincangkan perihal usrah.

Akhirnya, isu palestin merubah isu yangboleh meruntuh jiwa, mengalirkan air mata, apa yang mampu kita lakukan selain biokot...saya setuju dgn konsep memberi... berilah kepada tabung palestin secara membuat donation sama ada berbentuk online atau offline secara berterusan. kita ada tabung daripada Aman Palestin, Aqsa Syarif dan Haluan Palestin...

AQSA SYARIF BERHAD
(No pendaftaran Syarikat: 729288-P)

Ibu pejabat

No 18, Jalan Damai Mewah 2
Taman Damai Mewah
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

(berhampiran dengan SM Teknik Kajang dan bertentangan dengan Pangsapuri Damai Mewah)

Tel: +603-8733 4636
Faks: +603-8734 9636
E-mail: admin@aqsasyarif.org.my
Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 (Tabung Palestin)
Swift code: MBBEMYKL
Akaun Bank Islam: 12 092 01 003490 4 (Tabung Palestin)
Akaun CIMB Islamic: 1216 0000452 10 1 (Tabung Pengurusan)

fikrahuddin said...

setuju. tak kata usrah tak penting, jangan salah faham, jangan pulak kalau yg baca lepas ni tiba2 taknak pegi usrah dan sebagainya. jangan. penekanan di sini adalah bagaimana usrah itu dikendalikan. cara pengendalian yang doktrin mungkin perlu diubah sesuai dengan peredaran zaman.


n tak takut pun nak sebut nama dua tu. cuma situasi kat mesir ni panasnya lain sikit. hehe

Nawfal Fathel said...

Fikrah yang ingin ISMA bawa bukanlah begitu susah sebenarnya untuk diterima. hatta melayu sepakat islam berdaulat sekalipun.

Jika ingin sembang-sembang tentang ISMA, bolehlah pm ana. ana cuba mana yang mampu :)

fikrahuddin said...

ana tak kata pun ana tolak isma, just nak bersikap neutral dalam entri ni. hehe. kalau ada yg terasa ana mintak maaf~

Anonymous said...

Abrar, tersenyum panjang baca posting kali ni. Isu jemaah yang tak selesai2.

Cuma ada beberapa soalan yang nak diajukan.

1. Tahukah anda Ikhwanul Muslimin terpecah kepada dua?

2. Apa bukti sahih IKRAM diiktiraf oleh IM?

3. Kalau betul IKRAM diiktiraf oleh IM, mengapa semasa IKRAM menghadap pimpinan IM, mereka (IM) berkata "Kami tidak akan mengiktirafkan kamu selagi tidak bergabung dengan PAS?"

4. Akhir sekali, jika benar IKRAM diiktiraf IM, mengapa sejurus selepas pemerintahan Hosni Mubarak digulingkan, PAS yang dijemput menghadap IM di Mesir?

Menuggu respon..

Anonymous said...

lol.






*aku dah lama giler x blogging wei!


-hilmi

fikrahuddin said...

*bunyikkan jari. nak taip panjang ni!

anon, kamon. kamu mesti salah seorang kawan saya. boleh agak siapa, tapi tak sedap main agak-agak aja. just state your name lain kali, okeh? :)

den jawab ikut soalan.

1. taktau. what's your point? care to share? sebab saya tak nampak relevan dalam entri ni.

2. siapa yang kata IKRAM diiktiraf? yang kata adalah commentator di atas, which is pakcik saya. andai kata anda kata dia salah, well, you got no proof either. dia lagi tua, lagi banyak pengalaman, so, for now, I believe in his statement, no offense. kalau anda ada bukti maka sila nyatakan. saya sungguh nak tahu.

lagipun, saya tak kisah pun siapa iktiraf siapa.
kiblat kita Islam, bukan IM. peduli apa saya siapa yang diiktiraf siapa. minta maaf.

3. statement diatas mungkin telah terjawab sendiri kot?
ayah den orang PAS. mak pun sama. tapi mereka asalnya menerima tarbiyyah JIM. masih layak untuk menjadi pimpinan PAS.
adakah sekarang kita nak membanding-bandingkan jemaah di Malaysia? mudah. jom.
--tarbiyyah yang ada dalam PAS sekarang dicedok dari mana, tahu tak? ABIM dan JIM. sedang pemimpin hebat PAS, ust Fadhil Noor sendiri asalnya orang ABIM.
--jadi persoalan saya, tarbiyyah mana lagi hebat?

saya hormat PAS. ayah saya orang PAS. mak saya juga. balik mesia pun saya selalu join program PAS, bukan NGO lain. tapi orang PAS perlu lebih bersikap rendah diri sepertimana pemimpin mereka. kerana bagi saya setiap jemaah memainkan peranan masing-masing.

4. ohye? jujur saya tak tahu. tahniah la kepada PAS.

tapi, saya nak bertanyalah, siapa IM untuk menjemput PAS 'menghadap' mereka?
mungkin ayat yang lebih sesuai adalah PAS dijemput untuk turut sama meraikan kemenangan mereka.

saya kurang besetuju sekiranya kita meletakkan seseorang atau suatu jemaah superior dari jemaah yang lain. in this case, mungkin macam IM, compared to PAS. atau PAS compared to IKRAM.
well, i'm just not a fan of that particular idea.

kasar sangat ke? kalau kasar,sorry. eksaited nak jawab je sebenarnya. hehe

Anonymous said...

andai punya satu sahaje jemaah kat malaysia ni, mmpu kan jemaah tersebut nk mnyentuh hati2 jahiliyah yg lain??.
bergerak gune jalan lain2, tp matlamat nye ttp same bukan?.
terlalu byk kata-mngata di alam maya ini, hati2 berkata2, hati2 menaip apa2..kdg2 mmpu mengguris,andai kata terguris mmpukah kite mncari mereka yg terguris di akhirat kelak?..smoga Allah tetapkn hati di jalan tarbiyah..