Pages

Aug 8, 2012

Zalim pada Ramadhan

salam satu agama.






perjalanan berbuka hari ni pelik. dugaan yang unexpected. tidak. taklah sampai putus kaki ke ape. taklah kena bom tiba-tiba macam saudara kita di Palestin seberang sana.
kononnya nak makan di restoran, tapi masing-masing gerak lambat. memang confirmlah penuh kan. lalu ikhtiar mati. nak carik restoran celah mana pulak yg tak penuh lagi kat area mahattah tu? nak pergi maidah rahman pun confirm penuh.

maka pasrah. satu usrah duduk tepi jalan, layan air tembikai, air jagung. sorang satu plastik. kembung tak kembung perut, bayang.

pelan makan berjemaah tak mati di situ. usai maghrib, kami terus ke pizza iskandariah. sesak. masih banyak meja yang belum mendapat order. kami putuskan untuk tukar lagi.
ke Max Food pulak, nama baru bagi restoran Zinger.
kat sini masalah lagi. ekon tutup pulak. halah dugaan nak makannya. maka kami pasrah dan order.

kami habis makan waktu azan isyak usai dikumandangkan. aku ke masjid Fattah, yang lain bergegas pulang ke Salam.


sebelum solat mak SMS, "jangan tinggal solat terawih, banyakkan baca quran, solat sunat bertaubat dan munajat kepada Allah"

kelakar, pesan yang biasa-biasa ini sebenarnya agak susah untuk dipenuhi. sedang ini dalam bulan ramadhan. bulan yang katanya tiada setan.

***

Solat terawih sebenarnya solat yang santai. walaupun waktu isyak dan tarawih di Mesir menyaksikan masih ada lagi kemeriahan di jalan-jalan, aku bersangka baik bahawa mereka tetap tidak akan tinggal solat tarawih.
mungkin solat tarawih mereka bukan berjemaah. ya, benar solat berjemaah lebih baik dari dilakukan berseorangan.
persoalan yang ingin aku timbulkan sekarang adalah solat atau tidak.

berbeza dengan di Malaysia. aku belum cukup yakin untuk bersangka baik anak-anak muda, juga mereka-mereka yang tua di pasar, di bazar Ramadhan, bahawa mereka melaksanakan solat tarawih. lagi teruk kalau ada yang terlepas solat isyak!

terlalu sibuk (mementingkan) perkara-perkara lain, terlalu mencari rezeki yang datangnya juga dari Allah (ironi sungguh), sehingga terlupa peluang besar di bulan Ramadhan itu sendiri, ialah peluang untuk solat tarawih.

kalau di Mesir, aku yakin bahawa mereka jelas bahawa solat ini adalah solat yang santai. mereka ada satu malam untuk melaksanakan kesemua 8 rakaat (atau 20.) maka mereka rileks, malah ramai yang keluar dari masjid untuk menyelesaikan kerja mereka yang lain, kerana biar di masjid atau tidak, solat tarawih itu pasti akan dilaksanakan.

 berbeza dengan kita. kalau boleh biar habis 8 rakaat, dah, baki-baki malam ini bolehlah ktia layan movie!
dan andai kata terlepas solat tarawih di masjid, maka tiadalah solat tarawih pada hari itu. terlalu liat untuk solat di rumah.


Peluang

persoalan peluang ini aku rasa, rakyat mesir yang kurang bertamadun ini lebih berjaya dari kita.
mereka ketinggalan dalam dunia, dari berbagai aspek- kebersihan, pemikiran, budaya, kerajinan dn sebagainya.
tetapi peluang yang mereka gapai dalam bulan ramadhan sangat menakjubkan.
kemana saja dengan al-quran, atau setidak-tidaknya mereka mendengar bacaan al-quran dikumandangkan.
tasbih sentiasa di tangan.
rajin pula bersedekah, dengan memberi makanan kepada yang belajar, juga untuk orang susah.
di kala kita sering merengek dengan bekalan api yang sering terputus, dan cuaca yang maha panas, mereka fokus pada perkara yang sepatutnya.
adakah kita zalim kepada ramadhan?
for sure mereka tidak.

kita bagaimana? sering terlepas pandang bahawa ramadhan ini satu peluang. peluang untuk kita baiki diri, peluang untuk kita menambah amalan, juga ramadhan sebenarnya adalah batu loncatan untuk menjadi muslim yang lebih baik setelah kita 'graduan' nanti. seringkali kita terlepas pandang yang ini.
maka, saya mengingatkan di kala saya tidak terlupa. nanti kelak saya terlupa, sila ingat-ingatkan semula.




dalam rakaat terakhir tarawih tadi, imam menamatkan malam ini dengan halaman terakhir juzu' lima, dari surah An-Nisa'.

aku tersentak di saat ayat ini dibacakan, yang mafhumnya begini,


"Sesungguhnya orang munafiq itu hendak menipu Allah, sebaliknya Allah yang memperdaya mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas, hanya sekadar supaya manusia melihat mereka. dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit."


seriously rasa macam munafiq gila bila dengar ayat ni.
sungguh hati sering rasa malas untuk bangun solat.
tapi kalau tak bangun, orang kata apa pula.
sungguh, tidaklah kita khusyuk di dalam solat. ingatkah kita pada Tuhan yang kita sembah itu? mungkin, tetapi sedikit cuma!

di mana posisi kita di sisi tuhan sekarang?
Allahu rabbi.

maka, jadikan ramadhan yang masih tersisa ini berharga!


bertatih di bulan ramadhan

1 comment:

fAraH_K said...

salam alaik. nice reminder. jzkk.