Pages

May 31, 2011

huruf A dan Alif

salam satu agama.

hai. huhu.
tadi alhamdulillah dah habis satu subjek. anatomy. lepas ni bolehlah buang SIMPAN buku2 anatomy, dan berdoa agar lulus dengan cemerlang, insyaAllah.

persiapan nak exam.
bila kita nak exam, kita buat macam2. kalau sebelum ni kaki game, masuk study week terus cemas. dari buku ke laptop. haha.
study dulu2 3-4 jam (amat tak optimum untuk student medik), tapi masuk study week, sampai takut nak tidur malam!

kenapa jadik macam ni?
sebab kurang persiapan awal.
bukanlah aku nak kata persiapan  aku perfek. tak.
tapi atleast bila kita bersedia awal, kita taklah gopoh sangat nanti.

macam aku sendiri, seminggu aku sediakan untuk anatomy. ingatkan cukup. rupanya tak! banyak gila nak kena cover tapi alhamdulillah sempat jugak khatam subjek ni dua kali.

lepas ni taknak dah. perit woi study last minit ni.
semalam punya pasal (semalam written. mencabar minda jugaklah) aku rasa nak pecah kepala woi. rasa nak demam. ambik sebijik panadol, rest. baca pun ala kadar je untuk oral.

alhamdulillah lagi sekali,
tuhan kurniakan aku soalan yang mudah2. orang dengar pun macam,
"siyes? budak tadika boleh jawab."
and some of us taklah begitu bertuah.
ada susah ada senang.


tapi hari ni saya dengan ini mahu mengucapkan terima kasih kepada mak ayah saya yang telah memberi nama yang best, iaitu Abrar. mulanya dengan A atau Alif dan diiringi dengan B atau ba'. maknanya nama aku kompemlah first kan.
bila first lecturer tengah segar tengah hepi.
maka dapatlah soalan yang baik2 sikit. hehe.
alhamdulillah kepada Yang mengurniakan ilham itu.

yang kedua, terima kasih jugak sebab suruh saya bagi coklat kat lecturer2 saya. bukan rasuah, tapi hadiah. hehe.
sebenarnya taknak bagi pun. malas. tapi amanah kan, bagi jelah.
apa resultnya?
lecturer2 kenal. duduk je,
lecturer aku yang duduk kat session lain, terus datang peluk aku bagitau lecturer yang nak tanya2 aku tu, kata, "this is very good student. siries wei,"
good impression. penting woo. macam nasyidlah. intro tu kena mantap. lagu tak mantap mana takpa. hahaha.

alhamdulillah juga sebab lecturer baik gila.
"i give you 14/15 okay?" tanya Dr. Ibrahim.
aku angguk laju2. korang mesti pelik kan. kenapa tak mintak full mark je?
lah. bersyukur sudah. dahlah aku bagi jawapan secoet, pastu nak mintak lagi? dia potong terus kang. huhu.


Dr Yousef. aku taktau eja nama dia cemana tapi kalau eja camni lagi stail. haha.  dia ni baik gila. tanya aku banyak tapi semua senang2. siap tolong lagi. kalah who wants to be a millionnaire.
"you know what is the branch of ascending aorta?"
aku blur macam meiji. dayyum! ada branch ke?
"No."
"No?" dia terperanjat giddan giddan! lepak ah lecturer, tengok aku dah gelabah.
"i'll try," aku balas. cuak.
No...... you know. not try!"
yes. aku mati.
"okay okay. what is the nerve supply of the heart?"
"coro..."
"yes!!" lecturer aku memang semangat. sila bayang dia menjerit depan aku. like, seriously.
"form where? tanya dia lagi.
aku fikir dan tunduk. sengal ubi betullah aku ni. itulah branches of ascending aorta!
saya sayang Dr Yousef!!


Dr. Iman Ramadhan pula, dalam sibuk2 mengatur pelajar ke sana ke sini, dia jenguk aku. tengok aku boleh jawab ke tak. dia memang aku anggap macam mak. baik gila woo. manada lecturer medik boleh main gelak2 dalam kelas sekali kan. dia je. memang terbaik.
mujur aku boleh jawab. dia angguk2 je bila tengok aku jawab. tetiba Dr. Yousef tanya aku, "you know what is median artery?"
shoot. mana aku tau!
eh, ada ke? asal tak pernah dengar? kan best kalau boleh google taim tu. huhu.
aku dengan sedihnya (sebab mak aku Dr Iman yang comel tu tengah tengok. anak sulung dia menggelupur takleh jawab. malu siut.) tunduk. pandang kat arm. kejadahkah median artery?
lalu aku tanya balik," kat mana? arm ke?"
tetiba dedua doktor tu gelak. hampes. dia main2kan aku taim oral exam! ada ke patut! cuaks gilaks tau tak!
T____T


dukturah iman yg comel.
thanks a lot, dukturah!
(anak dia mesti comel gilaaa.....)

dan lain2 lagi. memang kenangang (versi kaklong. haha)

itulah dia cerita aku yang bosan. mesti korang rasa macam, 'buang karan je baca' kan?
well,

ok lah. tambahlah sikit nasihat.

saya tak berani nak kata saya cemerlang. cuma alhamdulillah segala usaha tu berbaloi. boleh jawab. tapi rezeki tu milik Allah. bukan saya. berusaha cemana pun, kalau Allah kata tak lulus, maka tak lulus jugalah.

last sekali, pinjam status murt,

Islam tersepit di antara penganut yang jahil dan ulama' yang lemah : Abdul Kadir Audah.
 
sekarang tugas kita untuk baiki benda ni. sebab itu lah Allah lebih menyukai mukmin yang kuat dari yang lemah. jadi penganut yang alim, dengan memiliki ulama yang hebat.  
barulah gempak.huhu
 
 
tu je. wassalam.

May 29, 2011

masih 3.48 pagi.

salam satu agama.
jika anda pelik kenapa pagi exam saya masih boleh update blog,
jangan pelik.
dari saya tidur balik lepas subuh, baik saya update blog, kan?

harini exam. exam written anatomy. gulp.
belajar dah setahun. seminggu ni, dah belajar tunggang-langgang.
actually, i'm kinda regret myself.
jarak masak nak ke anatomy adalah dua minggu, tapi guna seminggu je.
seminggu yang awal saya guna untuk stadi subjek lain yang tak kurang pentingnya.
tapi atleast bukanlah tinggalkan anatomy hanya seminggu!
tapi alhamdulillah, habis jugak.
tapi perit sikitlah.
dan dah dua kali khatam.
gaya2, macam boleh.
MACAM boleh.
tapi yang memberi 'boleh', yang memberi 'reti' dan 'mudah' itu yang berhak menentukan.
tuhan yang punya kerja.
usaha dah usaha dah.
kalau nak kata cukup ke tak,
ofkoslah tak cukup. tapi alhamdulillah saya sempat study dan saya rasa memadai.
azygous system, oesophagus, radial nerve, ulnar nerve and so on.
dah susun kemas2. janganlah kau blur pulak nanti ye.
rasa macam student master pun ada kadang2. detail gila dia nak. huhu.
dah la. rajin ye korang baca sampai sini? haha.
kalau korang mampu baca sampai sini,
nak mintak tolong lagilah. boleh?

dua saja,
doakan semuanya dipermudahkan untuk hari ini,
dan doakan saya tenang.

mesyi?


gambar bawah ni takda kaitan. saja suka2. huhu.

 edit pakai picasa dengan photoscape.
picasa utk temperature, photoscape for the rest.


photoscape. awesome effect. love it.
bertapa bagai nak gila untuk anatomy lah kononnya. haha.

ok dah pukul 4.20! nak menyelak buku sat na.
oh ya, tahu tak apa hobi baru saya di masa lapang?
delete friend kat FB, kalau tak kenal. haha.
and the best part is, kita sedar yang kita tak kenal dia masa besday dia. hadiah besday paling bermakna, i guess? hurm..
'THAT'   FBnote cost me macam2... -__-

wassalam. =)

May 24, 2011

takdepekdahtakyahlabacabuangmasakorangje.

salam satu agama.
alhamdulillah dalam gila2 stadi pun, aku sedar aku masih lagi ada agama.
penat.
stadi medik memang gila.
menjadikan aku bukan diri aku.
yelah, tak penah2 aku buat nota banyak gini.
tak penah2 aku stadi sampai subuh.
gila wei.
tula, sape suruh malas dulu. haha.
doakan kami berjaya ye, meski (skema) usaha kami tak setara mana.


baiklah! tensen2 ni,
dengan sukacitanya saya suka promote diri, tapi memandangkan saya bukan solo, so takdalah promote diri sangat kan.

unknown.


doa rabithah.
moga2 masa exam ni takda la sesapa yg putus cinta kawan.



dah promote dulu. memang suke promote lagi. hehe


gamba ni patutnya bergerak. kuajja betul sebab tak gerak.
klik utk tgk gerak2. hehe



untuk bagi korang tak rasa rugi baca blog ni, meh saya kongsi sikit ilmu.

anal canal. continuation from rectum and end at anal orifice.
punggung punya cerita.
ya, saya tensen malam ni kerana punggung.
ohhh...


sikit renunganlah untuk direnung di depan cermin.
bersedia ke kita menjadi daie? andai kata ada orang mengajukan soalan seperti 'mana tuhan' atau 'mana malaikat' pada kita, bersedia ke kita menjawabnya?
kerana kalau kita tidak tahu jawapannya, adakah kita benar2 seorang muslim?
adakah kita hanya si buta yang mengikut atau si celik yang memipin?

wallahua'lam.
wassalam.





May 19, 2011

ekzeng.

salam satu agama.

exam.
kiranya penat belajar setahun (kenapalah bukan sem. -_-"), then burst out semua dalam tempoh sebulan ni. tapi lepas habis tu, takleh buang simpan dah. sebab kalau takda rezeki lulus, kena exam mula.
sekarang tengah stduy week kot, dua minggu. then, anatomy. yeah yeah. tapi rumah aku haram tak stadi anat. suma stadi benda lain. haha.

nak tengok cemana kitorang stadi? wuuhuuu....



main kucing lepas exam. geram aku. isn't she cute? haha



syahirul stadi sampai tidoq. nampak tak betapa strugglenya kami. er, mereka.


bawak semangat uia utk exam histo. alhamdulillah.


 nasai comel. ni masa tengah stadi.



ni masa biochem la ni. sume bajet risau. tapi tak baca pape. haha


bugis datang kelas, sehari sebelum exam. memberi nasihat pada kami. hehe


test histo sebelum exam, esoknya. -__-


aisyah meninggi. waaa...hhaha
suasana test.


yaa walad!



fuh. exam exam. lepas tu, member ajak jamming. hehe. senanye aku yg ajak.


demi cinta suci.


senanye kenapa korang baca? aku pun tak jumpe pekdah korang baca. haha.

wassalam.

May 16, 2011

berkat cikgu

salam satu agama.
hai. huhu.

hari ni hari guru, kan?
semua orang pun wish la selamat hari guru.
yeh. baguslah.
saja nak cerita.
betapa bekatnya guru ni. betapa hebatnya influence diorang pada kita. kita membentuk masyarakat. dan masyarakat membentuk dunia.
atau konklusinya, mereka melakar dunia.
ada sekali tu, masa sekolah rendah, aku bising. lalu teacher aku sound, "heish kamu ni. bising betul. patutlah mulut berkudis."
actually, bukan kudis pun, tapi clotted blood hasil daripada thrombin, fibrinogen, dan.. ahhh...
darah beku la senang cerita.
tapi dia kata kudis...T__T sedih tau, sedih.
and sekarang, aku boooleh laa cakap english. boleh la. tak la lancar macam omputih. tak la lancar macam bebudak exempted kat UIA.
bolehlah. and minat tu datang. berkat kutukan seorang cikgu. huhu.

masa form five, aku adalah kena marah. tapi aku suka nak guna perkataan 'maki'.
haha. yup, betul. kena maki. bukan kat dalam kelas, tapi dalam makmal yang ada kelas lain sekali. terbaiklah. free2 je kena.
sedih bhai.
tapi takpe. lepas kena maki, aku kena mark. aku aje kena tanya.
and hasilnya?
alhamdulillah.
kimia A+.
terima kasih cikgu malina. terima kasih muallimah maizan.
dan terima kasih kepada semua cikgu cikgu ustaz ustazah semua.
saya jatuh kalian tidak pernah putus asa.
macam cikgu azlina, trial physic aku dapat E pun dia rileks. alhamdulillah, SPM dapat A-. gilalah. macam tak percaya. mereka lebih tahu.
cikgu fatimah, marah2 seorang ibu. garang2 dia pun, A- jugak addmath aku. padahal kerja sekolah memang belambak tak siap. bila ditanya, sengih je. hehe.
kerana mereka aku belajar,
bahawa berkat seorang guru itu lebih penting dari jadi genius.


ini sajak yang aku pos kat blog lain. kat sini.
jujur, aku tak rasa sajak ni cantik. sajak ni puitis. tapi kalau kalian sudi baca, alhamdulillah...

bismillah. it goes like this..





Duhai cikgu,

masih ku pegang mutiara gurumu itu,

secebis ilmu aku pasak di dada,

biar teguh pendirian,

tidak berganjak walau ditentang badai.



Masih jelas di kotak mindaku,

saat kau mengajarku sebidang ilmu,

kelak menjadi pedoman,

saat aku keluar mengenal dunia nanti.



Dan kini, aku di sini,

mengecam dunia, menghadam realiti,

dunia tidak seindah yang disangka,

onak dan duri mencengkam rasa,

kadang duka mencalar hiba,

tapi aku teguh, aku teguh,

kerana mutiaramu aku simpan kukuh.



Kata kau, guruku,

hai anakku,

berbaktilah pada ummah dengan ilmumu,

sesungguhnya kau harapan kita,

sesungguhnya kau adalah Hamka,

kau juga bernama bijaksana,

kelak nanti kau akan sedar,

bahawa dunia ini tidaklah lama,

dan kau kira-kirakan,

berapa banyak bakti kau untuk ummah telah terlaksana,

atau hanya sekadar mimpi semata,

yang kau lakar di kertas, seperti senarai yang takkan selesai?



Ya, aku pegang kata-katamu itu sedari dulu.

Hari ini mungkin aku bukan siapa-siapa.

Tapi besok lusa akan aku pastikan kau berbangga,

akan kau sorak “hei dunia, itu, itu anak muridku di sana,

berdiri megah menjunjung syariah,

menyemai bumi dengan kebenaran tuhan.”



Kalau mereka bertanya apa rahsiaku,

akanku katakan ia adalah mutiara guruku,

saat dia membekalkan aku dengan secebis ilmu,

cebisan itu lebih berharga berbanding emas yg bisa cair dengan api dunia,

tetapi ilmu ini tidak akan mati sampai akhir dunia.



Duhai guru,

kau yang mencorak dunia,

hingga  bergegar dunia kerana Hitler,

hingga nyaman dunia kerana Qardhawi,

hingga damai dunia kerana Mahatma Gandhi.



Hai guru,

aku tidaklah pandai mencorak kata,

bak A Samad Said yang mencari ilham di kedai kopi,

atau bijak menyusun kata seperti Faisal Tehrani,

tidaklah hebat melukis kayak Leonardo da Vinci,

atau hebat menyanyi seperti Al-Farabi,

aku hanya picisan di atas bumi yang luas,

berbekalkan mutiaramu akanku menjadi besar,

dan akanku buktikan bahawa ummah ini akan terbela,

bukan kerana aku!

tetapi berkat mutiara guru.

sajak zaid, lagi best klik kat sini.


oh ye. kak faz@nenek doremon, ramai ah datang blog saya, sebab carik blog akak. 
pelik2 je keyword diorang guna. hadui. medik susah?



itu je. wassalam.

rindu

salam satu agama.

rindu.
hijjaz kata, orang beriman itu sikapnya sering merindu.
rindu pada kedamaian, rindu pada ketenangan.
rindukan kesejahteraan, dan rindu kebahagiaan.
rindu anak2 yg soleh, isteri2 yg solehah.

oh, ye tak ye. aku takda isteri2 solehah dan anak2 soleh lagi. tak boleh lah rindu diorang. kalau ada kang, risau pulak mak aku. pegi mesir nak carik ilmu ke carik jodoh??

tapi kot2 kalau ada yang nak, nanti mintak borang dengan aku yeh? hehe.

tah ler. orang kata bila exam, jiwa kacau. tetiba ada banyak pasangan 'merpati dua sejoli' pulak aku tgk. pandai dah ye hangpa.. besar dah. pegila kawin dari duk berkepit tapi takdak keizinan syarak.

aku.. lain. lepas solaat jumaat hari tu, aku rasa rindu..
rindu pisang kat masjid lepas solat jumaat.
rindu paham khutbah.
rindu air bandung kat masjid ukm.
rindu family.
rindu nasi lemak.
rindu sate kajang kat belakang rumah...
arghh!!!
taklah rasa nak balik Malaysia sangat.
tapi kalau boleh bawak semua tu ke sini, aku ok je. hehe.

balik tak aku nanti?
banyak jugak orang tanya.
aku jawab, tak kot.
kesian la kat parent aku. cukup2 la tu depa kuar duit banyak dah untuk aku tahun ni.
 kot2 kalau mak aku baca ni, dia syahdu tak?

mak, kalau nak bagi abang balik, baik pegi mekah mak. lagi best! hehe...



apepun, rindu.
memberi kekuatan jiwa, bagi aku.
dengan rasa rindu, timbul rasa semangat, rasa tanggungjawab, untuk aku terus berjuang. bukan senang2 ak nak tinggalkan semua yang aku rindu tadi, semata2 nak kejar sesuatu di sini.
mungkin aku mula perjuangan terlalu lambat. entahlah, sapa tahu, kan?
tapi setakat ni, exam aku alhamdulillah. the rest, aku tawakal pada Allah sajalah.
sebab banyak je budak kat mesir ni. jawab yakin, tapi bila Allah kata belum ada rezeki nak lulus, tetap tak lulus. lulus bukan pada tangan penanda. tapi pada 'tangan' pencipta kita.



untuk exam physio hari tu, ada la beberapa orang yang datang rumah aku, konon nak stadi grup. baguslah. tapi, kenapa rumah aku? aku rasa macam tak layak je. konon datang nak aku ajar. tapi aku rasa, diorang yang banyak ajar aku...-__-"

thanks guys. sesi stadi grup kita banyak la ajar aku. walaupun lecturer tu eager gila tanya aku bertubi2, atleast aku boleh laa jawab jugak.. huhu..

ha, lagi satu.
nampak dak iklan nuffnang kat tepi belah kanan ni? just nak bagitau, iklan tu, kalau korang share, orang lain klik, korang pun akan dapat duit gak. tak banyaklah. satu klik dapatlah dalam satu sen kot. tapi e bayang, kalau ramai yang klik? all you have to do is share that ads. pastu duduk diam. pegilah berak ke stadi ke. semudah alipbata beb.

tapi, aku tau aku cakap dgn sapa. satu bangsa yang nak senang cepat, tapi cepat putus asa.
so, the choice is in your hand. nak duit free, rajin2lah sikit. tu je.

mekasih la baca. aku mengarut je banyak. hehe.

ha... lagi satu!!!

datang la fikrahislam.com ye.. hehe.

wassalam.

May 10, 2011

cerpen: hari ini hari ibu

 bismillah.
salam satu agama.
satu lagi cerpen, tapi dah keluar dalam 2-3 lepas jugak.
sekarang ni aku join satu blog. bloy yang mengumpulkan banyak penulis2 muda. tapi aku ni antara yang paling mudalah. hehe.
boleh ke sini (fikrahislam.com) untuk lebih lanjut.
 cerpen ni SANGAT sempoi, sampai aku rasa, tak best mana pun. macam cerpen yg kurang intinya, kurang lemaknya, kurang garamnya. buat pun onthe spot. balik2 gam;ah, taknak tidur petang, aku taiplah sampai siap.... huhu..


Maimunah baru pulang dari kerja. Emosinya kurang stabil. Moodnya mati dari tempat kerjanya lagi. Si Zaitun rajin benar mencari nahas dengannya. Mujur saja dia bersabar tadi.
“Assalamualaikum,” salamnya tidak berjawab. Dia memberi salam sekali lagi. Sepi. Dia masuk membawa beg plastik dari pasaraya. Cadangnya dia mahu masak asam pedas malam nanti. Dilihatnya ruang tamu. Khairi sedang tidur di sofa, manakala Safwan leka bermain komputer dengan earphone kemas di telinga. Patutlah salamnya tidak berbalas.
Ruang tamu macam tongkang pecah. Bersepah sana sini. Dengan baju sekolah yang dibiarkan berserakan di atas sofa, dan beg sekolah yang terbiar di atas lantai, dia geleng kepala. Kalau ikutkan perasaan, mahu saja dia menjerit memarahi mereka,tetapi mengenangkan penyakit darah tingginya yang kian melarat akhir-akhir ini, dia bersabar. Dia terus bergegas ke dapur. Makin lama di situ, makin sakit kepala dibuatnya.
Anak perempuannya, Asrar masih tiada di rumah. “Belum pulang lagilah tu,” bisiknya sendirian. Dia membuka tudung dan meletakkannya di atas kerusi di dapur. Beg tangannya diletakkan di tempat biasa. Fail-failnya disimpan kemas di bilik belakang. Lalu dia ke singki membawa barang-barang yang dibeli di pasaraya tadi.  Tanpa berlengah dia terus menyiapkan makan malam.
Menjelang maghrib, Khairi yang baru bangun tidur segera bersiap untuk ke surau. Safwan pula masih leka di depan komputer. Maimunah menghampiri dan menyuruhnya ke surau. “Sikit saja lagi,” kata Safwan. Maimunah yang hilang sabar mula menutup suis komputer. Serta-merta komputer terpadam. Safwan terkejut dan memandang Maimunah yang sedang membuat muka bengisnya. Safwan tidak jadi mahu mengeluh dan berlalu dengan wajah masam.
Maimunah menunaikan solat maghrib sendirian. Usai solat, dia berteleku sebentar. Mengenangkan apa yang terjadi satu hari ini. Dengan hal pejabatnya. Dengan rumah yang bersepahnya. Geram betul dia dengan Zaitun tadi. Boleh pula dia mahu menolak kerjanya kepada Maimunah di hujung-hujung waktu begini, sedang majlis makan malam syarikatnya sudah kian hampir. Tidak semena-mena, dia pula yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal makanan. Masakan tidak serabut kepalanya.
Dia ke dapur untuk menghidang makan malam di atas meja. Sambil-sambil itu, dia terdengar Khairi baru pulang dari surau. Dia meletakkan pinggan berisi ayam goreng dan memanggil Khairi. “Kau tolong kemas baju-baju yang bersepah di depan tu. Letak dalam mesin basuh. Beg-beg tu semua, kalau tak mahu kemas, biar mak buang,” ugutnya.
“Ha, yelah. Kejap lagi Khairi buat,” balasnya sambil bergegas ke tingkat atas. Maimunah menggeleng sahaja. Kalau tak bertangguh kerja memang tak sah.
Safwan pula pulang. Disuruhnya Safwan pula. Jawapan yang sama sahaja yang keluar. “Nantilah,” kata Safwan. Dia terus ke tingkat atas.
Maimunah mendengus. Susah betul. Tak boleh diharap. Akhirnya dia juga yang mengemaskannya.
Asrar dan suaminya pula pulang. Maimunah gembira. Penat dia memasak makanan kegemaran suaminya hari ini. Mereka masuk dan Asrar mencium tangan ibunya. Dia segera ke atas untuk mandi dan menyalin baju. Basyir, suami Maimunah pula duduk di ruang tamu, kelelahan. Dia melonggarkan tali leher dan memejamkan mata.
Maimunah mampir. “Abang, Mun dah masak asam pedas tu. Jomlah makan sama-sama. Mun pun dah lapar, lama tunggu abang tadi,” pujuk Maimunah sambil mengurut-urut suaminya itu.
“Ha, asam pedas? Allah, ruginya. Abang baru saja makan dengan Azman di luar tadi. Kebetulan ada benda nak bincang dengan dia. Nanti kalau abang lapar, abang makan, ya,” ujar Basyir bernada kesal.
“Tak apalah, abang pergilah mandi dan rehat dulu. Mun pergi makan dulu, ya,” Maimunah berlalu dengan hati sebak. Sia-sia sahaja dia bersungguh-sungguh memasak petang tadi. Dia menceduk nasi dan duduk di meja makan. Perlahan-lahan dia menyuap nasi.
Tidak semena-mena, air matanya mengalir. Penatnya menjadi seorang wanita. Sudahlah anak-anak tidak mendengar kata, suami pula seperti tidak menghargainya. Perlahan-lahan dia tersedu-sedu. Sudahlah banyak masalah di pejabat, pulang ke rumah, bertambah masalah. Sendirian dia makan. Seolah-olah dia tidak dihargai. Seolah-olah dia tidak diendahkan dalam rumah itu.
Asrar masuk ke dapur. Dia terkedu melihat mamanya menangis. Dia segera berlalu sebelum sempat ditegah Maimunah. Maimunah segera mengesat air matanya. Dia tidak mahu sesiapa menyedari kesedihannya.
Sesudah makan, dia membasuh pinggan. Dia agak khuatir untuk keluar ke ruang tamu. Takut-takut kalau Asrar memberitahu suaminya. Ah! Pedulikan. Dengan muka selamba, dia keluar. Dilihatnya Basyir dan Asrar sedang menonton televisyen. Basyir yang menyedari kehadiran Maimunah menyuruhnya duduk menyertai mereka berdua. Maimunah akur. Dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku tadi. Asrar pun diam saja.
“Safwan,” panggil Basyir, tiba-tiba.  Terdengar bunyi derapan kaki menuruni tangga. Maimunah tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Dia masih berasa hati dengan anak-anaknya itu.
“Ha, Mun, tengoklah ni. Penat kami buat ni, tahu,” ujar Basyir dengan nada gembira. Maimunah menoleh. Dia pelik. Kek? Untuk apa?
“Apa ni? Hari lahir siapa?” dia tertanya-tanya. Tiada apa-apa tulisan di atas kek. Dia cuba mengingat-ingat tarikh hari itu. Hari lahir siapa?
“Hai, mak ni. Hari ni  memanglah bukan hari jadi siapa-siapa. Tapi, semalam kan hari lahir mak. Hari ni pula Hari Ibu. Itu yang kami plan nak sambut hari ni saja,” Kata Safwan sambil tergelak. Yang lain turut tertawa.
Maimunah terkedu. Lama. Khairi garu kepala. “Mak, kenapa ni? Tak suka kek ke?” Tiba-tiba Maimunah menitiskan air mata.
“La, ni kenapa menangis pulak ni?” tanya Basyir. Muka Safwan pucat. Dia salah cakapkah?
Maimunah kesat air mata. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dalam sendu dia berkata, “ingat saya ni orang dah tak peduli. Disuruh tak dengar, diajak tak mahu. Sedih saya. Iyalah, saya ni kan kuat membebel, garang,” sendunya menjadi-jadi.
Safwan yang tadi berdiri kini mula melutut. “Mak jangan cakap macam tu. Kami saja buat macam tu tadi. Lain kali tak buat dah,” pujuk Safwan.
Asrar menyambung,”entah, mak. Takkanlah kami nak buat macam tu. Mak kan pandai masak, rajin, suka tolong kami, jaga kami masa sakit.”
Khairi menyampuk,” ‘ceramah’ sampai cair tahi telinga kami. Kalau tak cair, kami tak pandai dengar nasihat, mak,” pujukan mereka berhasil. Maimunah mula senyum.
Suaminya pula menambah, “yang paling best sekali, pandai buat asam pedas. Memang terbaiklah. Abang saja je sakat kamu tadi. Sebenarnya abang belum makan lagi. So, jom makan semua! Mun kena makan lagi sekali. Makan kek sahaja pun jadilah.” Maimunah peluk semua. Tangisnya pecah kembali.
“Mak sayang semua. Mak sayang sampai bila-bila.”
Mereka sekeluarga menuju ke dapur bersama-sama. Keluarga bahagia.

Kasih ibu membawa ke syurga. Sayang ibu berkekalan selamanya.
Selamat hari Ibu.
Hargai dia yang membanting tulang untuk anak-anaknya.
Hargai dia yang berkorban segala-galanya untuk membahagiakan kita.
Hargai dia yang membentuk kita menjadi MANUSIA.

May 8, 2011

kalau mak baca...

bismillah.
aku dah tulis sampai menangis2 dah, tetiba mozilla buat gila, habis hilang.
geramnya.
tak larat dah nak nangis untuk kali kedua.

jadi,

buat mak
yang selalu temani abang,
selalu pujuk abang,
mengimamkan abang masa kecik2,
yang nak rotan tapi abang lawan pakai pedang plastik, masa kecik2,
yang merajuk nak lari kalau abang ikut ayah, tinggalkan mak sorang2 kat rumah masa kecik2,
yang marah kat abang sampai abang terlompat2 minta maaf takut ditelan bumi,
yang jaga abang masa abang masuk hospital, siap bagi henset sekali,
yang DORONG abang nak ambil medik kat sini.
fuhh.. terima kasih. kalau tak, abang tak rasa abang berani ambil medik kat sini.

banyaklah. kalau nak cerita, cerita perngorbanan mak lainlah dari mak orang lain. mak LAIN DARI YANG LAIN.. haaa.. spesel.

selamat hari emak.
kalau hari2 hari mak, tak dapatlah nak wish macam ni. dah hilang istimewanya, kan?

doakan abang berjaya,
kelak takdalah nak susahkan mak ayah lagi,
cukup malu dah menyusahkan mak ayah.

selamat hari ibu,
juga kepada ustazah2 yang mengajarku,
membentuk aku menjadi lurus dalam mehnah dunia,
selamat hari ibu.

May 6, 2011

kasih pada nabi

bismillah.
cerpen 'kasih pada nabi', diedit dari cerpen 'menyemai cinta nabi'.
johan pertandingan 'work of art' anjuran unit pembangunan insan, perubatan cawangan zagazig.
(penyertaan cuma satu...-_-")





                Makmal itu agak gamat. Biasalah, kalau kelas Dr. Khairunnisa, pasti ada sahaja perkara lucu yang akan terjadi. Tapi Dr. Khairunnisa pandai mengawal situasi. Kerana itu, kelasnya menjadi kelas yang paling diminati pelajar-pelajarnya.
                “Kali ini kita akan memerlukan darah sebanyak 5ml. siapa yang nak menyumbang ni?” tanya Khairunnisa pada pelajarnya. Kumpulan yang diajarnya semua lelaki. Maka darah bukan satu masalah besar.
                Bukhari bangun sambil menarik nafas dalam-dalam. Penuh keyakinan lagaknya, biarpun tubuhnya kecil saja. Khairunnisa mendorong Khairul untuk mengambil darah Bukhari. “Pastikan kamu cucuk dengan cara yang betul. Ingat,kan?” soalnya pada Khairul.
                Khairul mengangguk. “Cucuk jarum pada vein dengan cara begini,” jawab Khairul sambil mengarahkan jarum pada posisi tertentu. Kharunnisa senyum. Dia yakin kini bahawa pelajarnya itu bersedia.
                Dengan bismillah, perlahan-lahan darah Bukhari disedut keluar. Sedikit demi sedikit, hinggalah mencecah 5ml. tanpa berlengah, Khairunnisa menghulurkan secebis kapas beralkohol untuk memastikan luka itu berhenti berdarah. Selesai sudah.
                “Baiklah, terima kasih, Bukhari, Khairul. Eksperimen kita pada hari ini dinamakan Erythrocyte sedimentation rate (ESR),” ujar Khairunnisa. Pelajar-pelajarnya sibuk meneliti buku. Ramai juga yang lebih selesa memberikan tumpuan mereka pada Khairunnisa. Tangan cekatan menulis nota.
                “Guys, like the other experiment, we must know what solution being used in the experiment. This is important for our practical exam. Also, please take note about the procedure, because this experiment is very common in the exam,” mukadimahnya beralih bahasa.  Dilihatnya Bukhari duduk gelisah.
                Dia menyambung lagi, “in this experiment, we’ll use 3.8% Na citrate solution, as anticoagulant. The percentage is taken for maintaining the isotonic state of the blood as we don’t want the red blood cell to be ruptured.” Dijelingnya pada Bukhari yang kian memucat. Tiba-tiba dia tumbang! Sebelum jatuh, Fakhruddin sempat menyambut kepalanya dan menjadikan bahunya sebagai tempat bersandar.
                “Eh, Bukhari, awak okay tak ni? Bukhari?” kelas cemas seketika. Khairunnisa risau. Bukhari buka mata perlahan-lahan. Wajahnya yang pucat merisaukan semua orang. Fakhruddin membantu Bukhari duduk tegak. Perlahan-lahan Bukhari menggeleng kepalanya. Pening yang dirasanya masih belum hilang. Fakhruddin mengurut-urut bahunya.
                “Eh, kamu okay tak ni, Bukhari?” tanya Khairunnisa lagi. Bukhari tersenyum, kelat. Dia mengangkat ibu jari tanda masih lemah untuk bersuara.
                Semua lega. “Hai, kamu ni, baru ambil 5ml darah, dah pengsan? Apalah kamu ni. Kalau perempuan, iyalah, saya faham juga. Saya pun pengsan juga masa tahun pertama dulu macam kamu,” usik Khairunnisa. Kelas yang tadi cemas kembali ceria dengan gelak ketawa. Bukhari hanya sengih tanpa kata. Digaru-garunya belakang kepala yang tiada gatal.
                Khairunnisa senyum suka. Macam-macam kerenah kelasnya yang satu ini. Yang lebih menarik, peristiwa itu mengingatkan pengalamannya ketika menjadi pelajar perubatan di Mesir dahulu.
                Dan sesi pembelajaran disambung semula.


***


                Selesai mengajar, dia pulang. Seperti biasa, anak-anaknya, Bilal dan Karimah sudah pulang. Suaminya saja yang masih belum pulang. Biasanya si suami akan pulang menjelang hujung asar, mendekati waktu maghrib. Suaminya sibuk di klinik.
                “Assalamualaikum,” salam diberi untuk memberitahu kepulangannya. Bilal yang sedang baring menjawab sedikit lesu. Keletihan pastinya. Anaknya yang satu ini memang sering sibuk di sekolah. Manakala Karimah yang berada di dapur menjawab sedikit menjerit. Dia ke hadapan untuk bersalaman dengan mamanya sambil membawa sepinggan cucur jagung kegemaran mereka semua.
                Bilal yang sedang baring, bangkit apabila cucur sampai. Dengan tenang dia mencapai seulas cucur itu dan makan. Khairunnisa pula duduk di sebelahnya dan menyertai Bilal untuk makan.
                “Hah, apa yang letih sangat hari ni? Ada program apa di sekolah?” tanya Khairunnisa. Tugasnya sebagai pensyarah tidaklah sesibuk suaminya yang bekerja di klinik sendiri, tapi tidak bermakna dia punya masa yang banyak untuk bersama anak-anaknya. Justeru, masa yang ada digunakan sebaiknya.
                “Tiada apalah, mama. Biasalah penat begini. Cuma tadi ada mesyuarat tentang program esok. Masalahnya ada sebahagian daripada pelajar dan wakil guru yang tidak bersetuju dengan program yang bakal kami laksanakan esok. Nasib baiklah pengetua tetap berkeras mahu melakukannya,” ujar Bilal.
                “Program apa tu? Kenapa ada bantahan?” tanya Khairunnisa lagi.
                “Program sambutan Maulidurrasul, mama. Mereka bantah, katanya sambutan ini bid’ah dan tidak pernah dilakukan pun oleh sahabat-sahabat,” keluh Bilal.
                Khairunnisa diam. Dia memandang Bilal lalu tersenyum. Biarlah senyum itu menjadi pengubat seketika permata hatinya yang satu ini. “nanti malam, usai solat maghrib, kita minta ayah cerita pasal Maulidurrasul, mahu?” cadang Khairunnisa sambil menepuk paha Bilal. Lantas dia bangkit menuju ke biliknya meninggalkan Bilal bersendirian di ruang tamu, menjamah cucur jagung.


***


                “Amin,” ucap Syed Ibrahim menyudahkan bacaan doanya. Mereka sekeluarga saling bersalaman usai solat maghrib. Ibrahim duduk menghadap anak-anak dan isterinya. Janjinya, mahu memberi sedikit pengisian tentang Maulidurrasul.
                Ruangan tamu itu tidaklah besar mana. Di sebelah baratnya terletak sofa manakala satu kerusi malas kayu jati diletakkan di bucu rumah. Warna coklat kayu dan sofa itu berpadanan dengan warna permaidani berwarna merah darah itu. Khairunnisa bersalaman dengan Syed Ibrahim, dan diikuti oleh Bilal dan Karimah. Seterusnya, mereka mencium tangan mama mereka pula. Setelah itu semua duduk bertentangan dengan Syed Ibrahim, mula bersedia untuk mendengar.
                “Bismillah. Alhamdulillah, esok kita akan menyambut Maulidurrasul. Tarikh ini bukan semata tarikh lahirnya nabi, tetapi juga tarikh yang sama wafatnya nabi. Tarikh ini mengingatkan kita pada hari lahirnya nabi dan perginya baginda yang tercinta. Tetapi yang lebih penting dari itu, adalah kita kenang kembali perjuangan nabi antara tempoh masa keduanya itu berlaku, yakni selepas lahirnya baginda hinggalah hari kewafatannya. Apa ibrah yang kita ambil dari tarikh ini sebenarnya yang penting,” terang sang ayah panjang lebar.
                Khairunnisa mencelah, “namun, berkenaan tarikh wafat nabi itu, masih menjadi perbahasan. Mungkin betul mungkin tidak. Sama seperti tarikh yang ditetapkan sebagai Isra’ Mikraj. Para ulama bercanggah pendapat tentang tarikh yang paling tepat. Akhirnya jumhur ulama meletakkan tarikh 27 Rejab sebagai tarikh memperingati peristiwa bersejarah itu.”
                Semua mengangguk. “Tarikhnya penting, tetapi lebih penting pengajaran di sebalik tarikh itu. Bukanlah satu masalah kalau tarikh itu bukan tarikh kewafatan nabi. Tarikh itu tetap penting kerana itu tarikh lahirnya nabi kita yang tercinta,” tambah Ibrahim.
                Bilal pula mencelah, “tapi ayah, ada orang kata, sambutan maulidurrasul ini bid’ah.” Bilal menyuarakan persoalan yang bermain di benaknya sejak petang tadi.
                Ibrahim tersenyum lantas menyambung, “kenapa pula bid’ah? Bid’ah ini adalah benda yang nabi tidak buat, dan tidak bertepatan dengan syariat. Selagi apa yang kita buat itu baik, itu tidaklah dikira bid’ah, jika kena dengan caranya. Yang pertama, pastikan kita tahu apa yang kita buat, dan biar jelas matlamat kita. Contohnya dalam kes ini, kita mendalami rasa cinta kita pada nabi. Dalam masa yang sama, kita mahu menghayati perjuangan nabi semasa hidupnya. Orang kalau ada kekasih sibuk nak sambut hari lahir,kan? Macam tu jugalah nabi, kita kenang hari lahirnya kerana kita cinta pada baginda. Kalau belum rasa cinta, kita nak lahirkan rasa itu. Tapi, pastikan kita tahu apa yang kita buat itu. Kalau kita menghukum sambutan Maulidurrasul itu ibadah yang wajib, maka itu juga salah, sama seperti mengharamkan sambutan Maulidurrasul itu juga.”
                Seisi rumah khali sebentar. Dipandangnya anak-anak dan isterinya satu persatu. Semua pandangan jatuh pada mukanya, dengan penuh perhatian
                Dia menyambung lagi,” siapa kata sambut hari lahir nabi itu haram? Tahu tak, ada riwayat yang mengatakan bahawa ‘nur muhammad’ itu telah diciptakan sejak sebelum segala seuatu diciptakan lagi. Saat dia ditanya siapakah dia, dengan tawadhuknya, dia menjawab, aku adalah ciptaanMu ya tuhan, tidak angkuh seperti nafsu. Lalu Allah ciptakan bumi. Lalu lahir nabi Adam. Lalu terbinanya kaabah. Itu semua berlaku kerana Allah mahu melahirkan baginda yang mulia di tanah suci Makkah. Allah dan nabi-nabinya pun menyambut kelahiran nabi kita. Tetapi kita pula tidak mahu menyambut hari lahirnya.”
                “Ayah, berkenaan ‘nur muhammad’ tadi, itu bukan israiliyyat ke?” tanya Karimah. Dia kurang arif tentang perkara sebegini.
                Ibrahim mengangguk. “Ya, benar tu. Maknanya, ia sebuah kisah yang tiadalah kita tahu kesahihannya. Mungkin betul, mungkin hanya rekaan. Kalau sekadar rekaan, tidak menjadi masalah, tapi kalau betul, maka rugilah kita andai tidak kita garap pengajaran yang tersirat di dalamnya. Ayah tidaklah mahu menghidangkan pada anak-anak ayah kisah yang kurang pasti kesahihannya, tetapi ayah kira tidak salah kita mendengarnya,” penuh sabar sang ayah menerangkan.
                Bilal lega apabila mengetahui apa yang diperjuangkannya itu tidak salah, malah sangat bermakna. Mujur sahaja esok akan ada slot ucapan oleh Ketua Umum. Dia akan berkongsi tazkirah ini dengan seisi sekolah nanti.
                Tazkirah Ibrahim tidak berakhir di situ. Dia menyambung lagi, “namun kalau kita mahu menyambut maulid nabi, perkara lain juga tidak boleh diremehkan. Kita beriya-iya menyambut Maulidurrasul, sedang tuntutan baginda tidak pun kita tunaikan. Sunnahnya tidak pun mejadi ikutan. Hak-hak baginda tidak tertunaikan. Itu lebih penting dari kita menyambut maulidurrasul sekadar adat saja. Sepatutnya, kita letakkan Maulidurrasul itu sebagai titik taujih. Kita perbaharui semangat kita. Perbaharui cinta kita pada nabi.” Sungguh, pengisiannya mendalam sekali.
                “Apa hak-hak kita pada nabi, ayah?” soal Karimah, mahu tahu.
                Ibrahim menarik nafas. “Ada lapan semuanya. Yang pertama, beriman kepada nabi. Yang kedua,               contohi nabi. Yang ketiga, sayang nabi, tolong nabi, sebarkan dakwah nabi, kita muliakan nabi, kita selawat pada nabi dan kita bantu penolong-penolong nabi. Lain kalilah ayah hurai yang ini, ya,” jawab Ibrahim. Semua mengangguk. Malam itu mereka puas. Sirna segala keraguan. Mereka bingkas untuk makan malam.
               

                Esoknya, usai solat Subuh, Bilal bersiap-siap. Karimah juga sibuk merapikan diri. Biarpun hari itu 12 Rabi’ul Awwal, sekolah mereka tidak cuti kerana akan ada sambutan Maulidurrasul. Bilal siap menyusun kata sejak pagi, untuk sesi ucapannya nanti. Karimah pula menolong mamanya menyediakan sarapan ringkas, sementara mamanya menolong ayah bersiap di atas.
                Khairunnisa yang baru sahaja siap menggosok baju suaminya, ditegur Ibrahim. “Awak, saya dijemput ke sambutan Maulidurrasul di Masjid Negeri nanti. Awak nak ikut?” soal suaminya.
                Dia menggeleng. “Tak apalah, bang. Biar saya tengok-tengokkan klinik abang. Mujur universiti cuti hari ini. Biarlah saya bekerja, sempena mengenang perjuangan baginda yang tiada kenal lelah itu,” senyum Khairunnisa. Ibrahim mengangguk tanda memahami. Isterinya memang seorang yang kuat semangat perjuangannya. Memang sudah tuahnya dapat memiliki isteri solehah begitu.
                Abang, mama, ayah, sarapan dah siap ni,” Karimah di bawah sudah mula memanggil yang lain untuk turun bersarapan.  Mereka turun setelah selesai bersiap. Khairunnisa membawa beg bimbit suaminya bersama. Ibrahim juga akan ke klinik setelah majlis di Masjid Negeri selesai.
                Semua duduk di meja makan. Selesai berdoa, masing-masing menyuap makanan ke mulut. Khairunnisa memulakan perbualan, “mama bangga ada suami dan anak-anak dari keturunan Rasulullah. Moga-moga semua anak mama mewarisi semangat perjuangan nabi sekali.”
                “Jangan begitu, mama. Iman tidak dapat mewarisi. Dan bukankah Allah juga ada berfirman, bahawa mereka yang mulia di sisiNya adalah mereka yang bertaqwa. Islam tidak memandang pada keturunan,” tegur Ibrahim. Walaupun dia memegang gelaran Syed, tetapi dia tidak gemar kalau dia dimuliakan kerana keturunan semata, sedang Allah melaknat mereka yang berbangga dengan keturunan.
                “Ya, sayu tahulah, bang. Tapi, nabi juga yang suruh kita muliakan ahli baitnya, kan? Lagipun, saya bukanlah memuja, Cuma sekadar rasa bersyukur diberi peluang hidup dikelilingi keturunan nabi. Bukankah cinta pada keturunannya juga cinta pada Rasulullah?” Khairunnisa membalas dengan senyuman. Dia tahu suaminya lebih memandang iman dari nama.
                Khairunnisa menyambung lagi, “tapi bang, saya cintakan nenek moyang abang tu, lebih dari abang. Tapi abang jangan nak mengada-ngada sayang orang lain lebih dari saya,” seisi rumah ketawa mendengar jenakanya. Ibrahim hampir saja tersedak dek kelakar itu.
                “Iyalah, abang rela. Kalau yang mama sayang itu nabi, takkanlah pula abang nak marah, kan?” bicara Ibrahim masih bersisa ketawa.
                Suburlah rumah itu dengan mahabbah. Suburlah rumah itu dengan cinta pada Rasulullah.

6.27 pagi
28 April 2011.     

hadiah. dan sejumlah wang.
syukran kepada pihak penganjur.


sila komen untuk penambahbaikan dan pembetulan fakta.
wallahua'lam.

May 4, 2011

kita generasi apa?

salam satu agama.
lama sikit tak update. saya rasa lemah melihat entri sebelum ni. rasa berat tak terlaksana. maka saya putuskan mahu berhenti menaip sebentar, dan perbaiki diri, sementara exam yang kian mendekat ni.

tiba2 teringat satu janji, bila orang tanya pada saya, apa itu generasi alquran pada pandangan saya?
so saya putuskan nak tunaikanlah janji itu.

sebelum tu, saya bukanlah orang paling layak untuk berkata tentang ini. ilmu belum cukup, fikrah masih mentah, tapi rasa tak salah kalau sekadar mahu berkongsi pendapat.

...and it goes like this..

bismillah.


kalau terlupa nerve, buka buku anatomy. kalau terlupa peribahasa, buka buku bahasa melayu. kalau nak cari kata2 hikmah, buka tumblr. huhu.
samalah juga alquran. nama pun panduan hidup. maka semua perkara haruslah kita rujuk kepada alquran.

alhamdulillah, baru2 ini saya menghadiri satu program berkenaan al-Fateh. serasa bagai semangat al-fateh bagai dicungkil dari dalam lubuk diri kami. semangat yang sepatutnya wujud dalam diri setiap pemuda islam.

berbalik kepada alquran, kita katakan alquran sebagai pedoman hidup. rasulullah diutuskan untuk menyampaikan alquran kepada kita.
hebatnya alquran pada beberapa faktor.

pertama, bahasa. bahasanya tidak mampu dikalahkan oleh sasterawan2 zaman jahiliyyah, yang amat terkenal sebagai bangsa yang suka bermain bahasa. sastera jiwa mereka.

kedua, isi kandungannya. di dalamnya terkandung segala punca ilmu yang kita pelajari hari ini. baik sejarah, medik, kepimpinan, ibadah, mahupun memasak!

kenapa alquran? kenapa bukan generasi 1malaysia? generasi melayuraya?
kerana alquran itu sebaik2 panduan.

hari ini, kita baca alquran. kita peluk alquran. tapi dalam masa yang sama, adakah kita faham apa yang kita baca itu, atau sekadar baca? orang arab pelik bagaimana kita boleh membaca alquran dengan baik, sedangkan kita masih belum boleh berbicara dalam bahasa arab dengan baik. nampak sangat kita hanya hebat pada 'baca' bukan faham.

ok lah. straight to the point.mengarut je panjang.
generasi alquran, bagi saya adalah satu generasi yang menjadikan alquran sebagai panduan dalam kehidupan dari segala sudut aspek.
mereka tidak tinggalkan ibadah, baik fardhu kifayah lebih2 lagi fardhu ain.
mereka tahu mereka ummah terbaik, melakukan amar ma'ruf nahi munkar. beza mereka dengan kafir ialah mereka itu beriman.
mereka tidak melakukan larangan Allah. kalau ada pun, taubatnya mengiringi setiap kali mahu tidur.
mereka rajin berselawat kepada nabi, kerana Allah sendiri menyuruh kita berselawat kepada kekasihnya.
mereka itu pembantu agama Allah, kerana mereka tahu mereka perlu memberi sumbangan kepada agama mereka.
mereka itu daie yang paling sempurna!

dan bagaimana yang kita katakan sebagai sempurna?

sepertimana yang terdapat dalam hadis yang mafhumnya seperti berikut,
"qostantiniyyah akan jatuh ke tangan tentera islam, di mana rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."

dan apa yang menjadikan mereka sebaik-baik tentera?

pertama, persiapan mereka dari segi rohani. ketika al-fateh bertanya kepada tentera2nya, adakah antara mereka yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh, mereka semua berdiri tanda tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang pernah meninggalkan amalan asas itu.
bagaimana pula dengan kita? adakah kita menitik beratkan ibadah kita, dan yang lebih penting, ibadah fardhu kita?

kedua, persiapan fizikal mereka. antara persiapan mereka adalah membuat meriam yang sangat besar untuk menghancurkan kubu2 konstantinopel itu.
bermakna, persiapan fizikal mereka juga mantap.
bagaimana pula dengan kita? adakah kita telah cukup bersedia, dalam bentuk pelajaran, khususnya, untuk menjadi khalifah Allah yang sebetulnya?

ketiga, terbuka pemikirannya.
kalaulah saat kita dilanda masalah, apa tindakan kita? adakah kita akan terus merungut dan meratap, sambil cuba menafikan masalah kita?
kerana al-fateh tidak begitu. dia seorang raja yang kreatif. kita boleh lihat seperti yang terkandung di dalam sejarah, bagaimana dia memindahkan kapal2nya melalui jalan darat!

keempat, teliti.
al-fateh sangat teliti. kerana itu tenteranya telah mengkaji semua, SEMUA persiapan, semua pertahanan pihak musuh. maka strateginya berjalan lancar kerana semua rahsia telah diketahui.
kita? suka buat kerja sambil lewa. even nak exam pun boleh on9 lagi. -_-"


itu mereka, sebaik2 tentera, sebaik2 raja. kalau nak jadi sebaik2 daie, maka itulah contoh kita. tinggal kita, samada mahu ikut ataupun tidak.


agak2 kalau ada yang boring dah baca, maka saya konklusikan di sini.
generasi alquran itu
terjaga sunnahnya,
jelas perjuangannya,
sempurna ibadahnya,
mantap akidahnya,
subur imannya,
tidak terbazir masanya.
cantik akhlaknya.

bersediakah kita menjadi generasi alquran?
buat checklist, lihat mana yang sudah terlaksana.




andai kata kalian masih scrolling down the mouse, maka, saya sambung lagi sedikit.

bagaimana mahu membentuk generasi alquran?

pertama, mulakan dengan diri kita. kita ni kan rantai perjuangan, maka kita harus menjadi rnatai yang cantik agar rantai seterusnya juga kekal cantik rupanya.
kita kena jaga ibadah kita. ya, kita tidak mulakan umur baligh kita dengan baik. tidak sempurna solat fardhunya, celup2 sahaja solat tahajudnya, seciput saja dermanya. ya, tapi kita ubah mulai sekarang. moga kelak bila kita berkeluarga, kita akan menjadi contoh yang baik untuk keluarga kita.
sayang kalau kita mahu ubah diri kita terlalu lambat. moga2 generasi seterusnya nanti akan membiasakan diri dengan ibadah, kerana mencontohi kita yang beribadah.

kedua, fahami alquran secara total.
hari ini kita bagai pilih kasih. berperangai yahudi. menolak sebahagian hukumNya, dan melaksanakan yang lain. kita suka melakukan amar ma'ruf, tapi sukar melaksanakan nahi munkar.
ataupun, kita senang menerima ajakan kebaikan, tetapi apabila dtegur kesalahan, kita melenting marah. kita katakan bahawa cara si pendakwah itu tidak betullah terlalu kasarlah, walhal itu masalah dia. masalah kita, adakah kita menerima kesalahan, ataupun meletakkan kesalahan pendakwah sebagai alasan untuk menidakkan kesalahan kita?


last but not least,
istiqamah. kalau kita semangat dua tiga hari je, baik tak payah. sentiasa ingatkan diri kita, siapa kita, kenapa kita diciptakan, kenapa kita berada di sini.

seorang muslim itu, haruslah,
1. memahami, berpegang pada fikrah islam yang sahih.
2. melakukan segala amalan dan kerjanya kerana Allah.
3. berdakwah.
4. berjemaah.

hadis nabi yang mafhumnya,
"barangsiapa mengucapkan kalimah lailahaillallah, maka dia adalah daie."

maka anda, saya, kita, mereka, adalah daie. bersediakah kita? nak taknak, kita adalah daie!

ps: beruzlah sebentar. nasihat yang ada ni pun tak terlaksana lagi. sama2 kita perbaiki diri.

sekadar perkongsian ringkas dari saudara kalian yang hina ini.
wallahua'lam.