Pages

May 10, 2011

cerpen: hari ini hari ibu

 bismillah.
salam satu agama.
satu lagi cerpen, tapi dah keluar dalam 2-3 lepas jugak.
sekarang ni aku join satu blog. bloy yang mengumpulkan banyak penulis2 muda. tapi aku ni antara yang paling mudalah. hehe.
boleh ke sini (fikrahislam.com) untuk lebih lanjut.
 cerpen ni SANGAT sempoi, sampai aku rasa, tak best mana pun. macam cerpen yg kurang intinya, kurang lemaknya, kurang garamnya. buat pun onthe spot. balik2 gam;ah, taknak tidur petang, aku taiplah sampai siap.... huhu..


Maimunah baru pulang dari kerja. Emosinya kurang stabil. Moodnya mati dari tempat kerjanya lagi. Si Zaitun rajin benar mencari nahas dengannya. Mujur saja dia bersabar tadi.
“Assalamualaikum,” salamnya tidak berjawab. Dia memberi salam sekali lagi. Sepi. Dia masuk membawa beg plastik dari pasaraya. Cadangnya dia mahu masak asam pedas malam nanti. Dilihatnya ruang tamu. Khairi sedang tidur di sofa, manakala Safwan leka bermain komputer dengan earphone kemas di telinga. Patutlah salamnya tidak berbalas.
Ruang tamu macam tongkang pecah. Bersepah sana sini. Dengan baju sekolah yang dibiarkan berserakan di atas sofa, dan beg sekolah yang terbiar di atas lantai, dia geleng kepala. Kalau ikutkan perasaan, mahu saja dia menjerit memarahi mereka,tetapi mengenangkan penyakit darah tingginya yang kian melarat akhir-akhir ini, dia bersabar. Dia terus bergegas ke dapur. Makin lama di situ, makin sakit kepala dibuatnya.
Anak perempuannya, Asrar masih tiada di rumah. “Belum pulang lagilah tu,” bisiknya sendirian. Dia membuka tudung dan meletakkannya di atas kerusi di dapur. Beg tangannya diletakkan di tempat biasa. Fail-failnya disimpan kemas di bilik belakang. Lalu dia ke singki membawa barang-barang yang dibeli di pasaraya tadi.  Tanpa berlengah dia terus menyiapkan makan malam.
Menjelang maghrib, Khairi yang baru bangun tidur segera bersiap untuk ke surau. Safwan pula masih leka di depan komputer. Maimunah menghampiri dan menyuruhnya ke surau. “Sikit saja lagi,” kata Safwan. Maimunah yang hilang sabar mula menutup suis komputer. Serta-merta komputer terpadam. Safwan terkejut dan memandang Maimunah yang sedang membuat muka bengisnya. Safwan tidak jadi mahu mengeluh dan berlalu dengan wajah masam.
Maimunah menunaikan solat maghrib sendirian. Usai solat, dia berteleku sebentar. Mengenangkan apa yang terjadi satu hari ini. Dengan hal pejabatnya. Dengan rumah yang bersepahnya. Geram betul dia dengan Zaitun tadi. Boleh pula dia mahu menolak kerjanya kepada Maimunah di hujung-hujung waktu begini, sedang majlis makan malam syarikatnya sudah kian hampir. Tidak semena-mena, dia pula yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal makanan. Masakan tidak serabut kepalanya.
Dia ke dapur untuk menghidang makan malam di atas meja. Sambil-sambil itu, dia terdengar Khairi baru pulang dari surau. Dia meletakkan pinggan berisi ayam goreng dan memanggil Khairi. “Kau tolong kemas baju-baju yang bersepah di depan tu. Letak dalam mesin basuh. Beg-beg tu semua, kalau tak mahu kemas, biar mak buang,” ugutnya.
“Ha, yelah. Kejap lagi Khairi buat,” balasnya sambil bergegas ke tingkat atas. Maimunah menggeleng sahaja. Kalau tak bertangguh kerja memang tak sah.
Safwan pula pulang. Disuruhnya Safwan pula. Jawapan yang sama sahaja yang keluar. “Nantilah,” kata Safwan. Dia terus ke tingkat atas.
Maimunah mendengus. Susah betul. Tak boleh diharap. Akhirnya dia juga yang mengemaskannya.
Asrar dan suaminya pula pulang. Maimunah gembira. Penat dia memasak makanan kegemaran suaminya hari ini. Mereka masuk dan Asrar mencium tangan ibunya. Dia segera ke atas untuk mandi dan menyalin baju. Basyir, suami Maimunah pula duduk di ruang tamu, kelelahan. Dia melonggarkan tali leher dan memejamkan mata.
Maimunah mampir. “Abang, Mun dah masak asam pedas tu. Jomlah makan sama-sama. Mun pun dah lapar, lama tunggu abang tadi,” pujuk Maimunah sambil mengurut-urut suaminya itu.
“Ha, asam pedas? Allah, ruginya. Abang baru saja makan dengan Azman di luar tadi. Kebetulan ada benda nak bincang dengan dia. Nanti kalau abang lapar, abang makan, ya,” ujar Basyir bernada kesal.
“Tak apalah, abang pergilah mandi dan rehat dulu. Mun pergi makan dulu, ya,” Maimunah berlalu dengan hati sebak. Sia-sia sahaja dia bersungguh-sungguh memasak petang tadi. Dia menceduk nasi dan duduk di meja makan. Perlahan-lahan dia menyuap nasi.
Tidak semena-mena, air matanya mengalir. Penatnya menjadi seorang wanita. Sudahlah anak-anak tidak mendengar kata, suami pula seperti tidak menghargainya. Perlahan-lahan dia tersedu-sedu. Sudahlah banyak masalah di pejabat, pulang ke rumah, bertambah masalah. Sendirian dia makan. Seolah-olah dia tidak dihargai. Seolah-olah dia tidak diendahkan dalam rumah itu.
Asrar masuk ke dapur. Dia terkedu melihat mamanya menangis. Dia segera berlalu sebelum sempat ditegah Maimunah. Maimunah segera mengesat air matanya. Dia tidak mahu sesiapa menyedari kesedihannya.
Sesudah makan, dia membasuh pinggan. Dia agak khuatir untuk keluar ke ruang tamu. Takut-takut kalau Asrar memberitahu suaminya. Ah! Pedulikan. Dengan muka selamba, dia keluar. Dilihatnya Basyir dan Asrar sedang menonton televisyen. Basyir yang menyedari kehadiran Maimunah menyuruhnya duduk menyertai mereka berdua. Maimunah akur. Dia berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku tadi. Asrar pun diam saja.
“Safwan,” panggil Basyir, tiba-tiba.  Terdengar bunyi derapan kaki menuruni tangga. Maimunah tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Dia masih berasa hati dengan anak-anaknya itu.
“Ha, Mun, tengoklah ni. Penat kami buat ni, tahu,” ujar Basyir dengan nada gembira. Maimunah menoleh. Dia pelik. Kek? Untuk apa?
“Apa ni? Hari lahir siapa?” dia tertanya-tanya. Tiada apa-apa tulisan di atas kek. Dia cuba mengingat-ingat tarikh hari itu. Hari lahir siapa?
“Hai, mak ni. Hari ni  memanglah bukan hari jadi siapa-siapa. Tapi, semalam kan hari lahir mak. Hari ni pula Hari Ibu. Itu yang kami plan nak sambut hari ni saja,” Kata Safwan sambil tergelak. Yang lain turut tertawa.
Maimunah terkedu. Lama. Khairi garu kepala. “Mak, kenapa ni? Tak suka kek ke?” Tiba-tiba Maimunah menitiskan air mata.
“La, ni kenapa menangis pulak ni?” tanya Basyir. Muka Safwan pucat. Dia salah cakapkah?
Maimunah kesat air mata. Dia menarik nafas dalam-dalam. Dalam sendu dia berkata, “ingat saya ni orang dah tak peduli. Disuruh tak dengar, diajak tak mahu. Sedih saya. Iyalah, saya ni kan kuat membebel, garang,” sendunya menjadi-jadi.
Safwan yang tadi berdiri kini mula melutut. “Mak jangan cakap macam tu. Kami saja buat macam tu tadi. Lain kali tak buat dah,” pujuk Safwan.
Asrar menyambung,”entah, mak. Takkanlah kami nak buat macam tu. Mak kan pandai masak, rajin, suka tolong kami, jaga kami masa sakit.”
Khairi menyampuk,” ‘ceramah’ sampai cair tahi telinga kami. Kalau tak cair, kami tak pandai dengar nasihat, mak,” pujukan mereka berhasil. Maimunah mula senyum.
Suaminya pula menambah, “yang paling best sekali, pandai buat asam pedas. Memang terbaiklah. Abang saja je sakat kamu tadi. Sebenarnya abang belum makan lagi. So, jom makan semua! Mun kena makan lagi sekali. Makan kek sahaja pun jadilah.” Maimunah peluk semua. Tangisnya pecah kembali.
“Mak sayang semua. Mak sayang sampai bila-bila.”
Mereka sekeluarga menuju ke dapur bersama-sama. Keluarga bahagia.

Kasih ibu membawa ke syurga. Sayang ibu berkekalan selamanya.
Selamat hari Ibu.
Hargai dia yang membanting tulang untuk anak-anaknya.
Hargai dia yang berkorban segala-galanya untuk membahagiakan kita.
Hargai dia yang membentuk kita menjadi MANUSIA.

6 comments:

ira said...

salam'alaik..cerita ni best. :)

fikrahuddin said...

syukran...=)

Penjenayah Bahasa said...

perggh..ayat lu memang x leh blah doww...mcm ko pnh jd ibu lak..hehehe

fikrahuddin said...

mendalami perasaan seorang ibu... hehe

peyus said...

ceh rajin gila kau buat cerpen! sedap ah cite ni.mule2 cm sedih.wuuuu sian oh mak die

fikrahuddin said...

ko penah buat mak ko camtu ke? hehe