Pages

May 4, 2011

kita generasi apa?

salam satu agama.
lama sikit tak update. saya rasa lemah melihat entri sebelum ni. rasa berat tak terlaksana. maka saya putuskan mahu berhenti menaip sebentar, dan perbaiki diri, sementara exam yang kian mendekat ni.

tiba2 teringat satu janji, bila orang tanya pada saya, apa itu generasi alquran pada pandangan saya?
so saya putuskan nak tunaikanlah janji itu.

sebelum tu, saya bukanlah orang paling layak untuk berkata tentang ini. ilmu belum cukup, fikrah masih mentah, tapi rasa tak salah kalau sekadar mahu berkongsi pendapat.

...and it goes like this..

bismillah.


kalau terlupa nerve, buka buku anatomy. kalau terlupa peribahasa, buka buku bahasa melayu. kalau nak cari kata2 hikmah, buka tumblr. huhu.
samalah juga alquran. nama pun panduan hidup. maka semua perkara haruslah kita rujuk kepada alquran.

alhamdulillah, baru2 ini saya menghadiri satu program berkenaan al-Fateh. serasa bagai semangat al-fateh bagai dicungkil dari dalam lubuk diri kami. semangat yang sepatutnya wujud dalam diri setiap pemuda islam.

berbalik kepada alquran, kita katakan alquran sebagai pedoman hidup. rasulullah diutuskan untuk menyampaikan alquran kepada kita.
hebatnya alquran pada beberapa faktor.

pertama, bahasa. bahasanya tidak mampu dikalahkan oleh sasterawan2 zaman jahiliyyah, yang amat terkenal sebagai bangsa yang suka bermain bahasa. sastera jiwa mereka.

kedua, isi kandungannya. di dalamnya terkandung segala punca ilmu yang kita pelajari hari ini. baik sejarah, medik, kepimpinan, ibadah, mahupun memasak!

kenapa alquran? kenapa bukan generasi 1malaysia? generasi melayuraya?
kerana alquran itu sebaik2 panduan.

hari ini, kita baca alquran. kita peluk alquran. tapi dalam masa yang sama, adakah kita faham apa yang kita baca itu, atau sekadar baca? orang arab pelik bagaimana kita boleh membaca alquran dengan baik, sedangkan kita masih belum boleh berbicara dalam bahasa arab dengan baik. nampak sangat kita hanya hebat pada 'baca' bukan faham.

ok lah. straight to the point.mengarut je panjang.
generasi alquran, bagi saya adalah satu generasi yang menjadikan alquran sebagai panduan dalam kehidupan dari segala sudut aspek.
mereka tidak tinggalkan ibadah, baik fardhu kifayah lebih2 lagi fardhu ain.
mereka tahu mereka ummah terbaik, melakukan amar ma'ruf nahi munkar. beza mereka dengan kafir ialah mereka itu beriman.
mereka tidak melakukan larangan Allah. kalau ada pun, taubatnya mengiringi setiap kali mahu tidur.
mereka rajin berselawat kepada nabi, kerana Allah sendiri menyuruh kita berselawat kepada kekasihnya.
mereka itu pembantu agama Allah, kerana mereka tahu mereka perlu memberi sumbangan kepada agama mereka.
mereka itu daie yang paling sempurna!

dan bagaimana yang kita katakan sebagai sempurna?

sepertimana yang terdapat dalam hadis yang mafhumnya seperti berikut,
"qostantiniyyah akan jatuh ke tangan tentera islam, di mana rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."

dan apa yang menjadikan mereka sebaik-baik tentera?

pertama, persiapan mereka dari segi rohani. ketika al-fateh bertanya kepada tentera2nya, adakah antara mereka yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu sejak baligh, mereka semua berdiri tanda tidak ada seorang pun dari kalangan mereka yang pernah meninggalkan amalan asas itu.
bagaimana pula dengan kita? adakah kita menitik beratkan ibadah kita, dan yang lebih penting, ibadah fardhu kita?

kedua, persiapan fizikal mereka. antara persiapan mereka adalah membuat meriam yang sangat besar untuk menghancurkan kubu2 konstantinopel itu.
bermakna, persiapan fizikal mereka juga mantap.
bagaimana pula dengan kita? adakah kita telah cukup bersedia, dalam bentuk pelajaran, khususnya, untuk menjadi khalifah Allah yang sebetulnya?

ketiga, terbuka pemikirannya.
kalaulah saat kita dilanda masalah, apa tindakan kita? adakah kita akan terus merungut dan meratap, sambil cuba menafikan masalah kita?
kerana al-fateh tidak begitu. dia seorang raja yang kreatif. kita boleh lihat seperti yang terkandung di dalam sejarah, bagaimana dia memindahkan kapal2nya melalui jalan darat!

keempat, teliti.
al-fateh sangat teliti. kerana itu tenteranya telah mengkaji semua, SEMUA persiapan, semua pertahanan pihak musuh. maka strateginya berjalan lancar kerana semua rahsia telah diketahui.
kita? suka buat kerja sambil lewa. even nak exam pun boleh on9 lagi. -_-"


itu mereka, sebaik2 tentera, sebaik2 raja. kalau nak jadi sebaik2 daie, maka itulah contoh kita. tinggal kita, samada mahu ikut ataupun tidak.


agak2 kalau ada yang boring dah baca, maka saya konklusikan di sini.
generasi alquran itu
terjaga sunnahnya,
jelas perjuangannya,
sempurna ibadahnya,
mantap akidahnya,
subur imannya,
tidak terbazir masanya.
cantik akhlaknya.

bersediakah kita menjadi generasi alquran?
buat checklist, lihat mana yang sudah terlaksana.




andai kata kalian masih scrolling down the mouse, maka, saya sambung lagi sedikit.

bagaimana mahu membentuk generasi alquran?

pertama, mulakan dengan diri kita. kita ni kan rantai perjuangan, maka kita harus menjadi rnatai yang cantik agar rantai seterusnya juga kekal cantik rupanya.
kita kena jaga ibadah kita. ya, kita tidak mulakan umur baligh kita dengan baik. tidak sempurna solat fardhunya, celup2 sahaja solat tahajudnya, seciput saja dermanya. ya, tapi kita ubah mulai sekarang. moga kelak bila kita berkeluarga, kita akan menjadi contoh yang baik untuk keluarga kita.
sayang kalau kita mahu ubah diri kita terlalu lambat. moga2 generasi seterusnya nanti akan membiasakan diri dengan ibadah, kerana mencontohi kita yang beribadah.

kedua, fahami alquran secara total.
hari ini kita bagai pilih kasih. berperangai yahudi. menolak sebahagian hukumNya, dan melaksanakan yang lain. kita suka melakukan amar ma'ruf, tapi sukar melaksanakan nahi munkar.
ataupun, kita senang menerima ajakan kebaikan, tetapi apabila dtegur kesalahan, kita melenting marah. kita katakan bahawa cara si pendakwah itu tidak betullah terlalu kasarlah, walhal itu masalah dia. masalah kita, adakah kita menerima kesalahan, ataupun meletakkan kesalahan pendakwah sebagai alasan untuk menidakkan kesalahan kita?


last but not least,
istiqamah. kalau kita semangat dua tiga hari je, baik tak payah. sentiasa ingatkan diri kita, siapa kita, kenapa kita diciptakan, kenapa kita berada di sini.

seorang muslim itu, haruslah,
1. memahami, berpegang pada fikrah islam yang sahih.
2. melakukan segala amalan dan kerjanya kerana Allah.
3. berdakwah.
4. berjemaah.

hadis nabi yang mafhumnya,
"barangsiapa mengucapkan kalimah lailahaillallah, maka dia adalah daie."

maka anda, saya, kita, mereka, adalah daie. bersediakah kita? nak taknak, kita adalah daie!

ps: beruzlah sebentar. nasihat yang ada ni pun tak terlaksana lagi. sama2 kita perbaiki diri.

sekadar perkongsian ringkas dari saudara kalian yang hina ini.
wallahua'lam.

2 comments:

hilmi said...

semoga terlaksana dan berjaya.

the cerebro said...

thank you abrar, kupasan yang sangat memuaskan.
terasa masih jauh lagi perjalanan aku dalam islam