Pages

Dec 29, 2010

rumah contoh.

salam satu agama.


duhai dunia yang meronta-ronta,
pinta mahu bebas dari pekung kesabaran,
pinta mahu keluar dari kepompong kebaikan,
dengarkan bisikan akalku,
duhai dunia, sabarlah dikau.
nurani berbisik pula,
"duhai dunia, sikit saja lagi.
biar, biarkan tubuh ini mencari akhirat.
biarkan kami menjahit perca-perca iman.
jangan risau!
tubuh ini tidak merasa miskin andai kau tiada.
lagipun, kau bukan kekal lama, kan dunia?
maka duduklah dengan nafsu diam-diam.
jangan kau dengar sangat pujuk rayu nafsu.
bahkan nati kau yang terjerat di pundaknya.
maka sabarlah dunia, sabar.
kerana setahu aku, siapa yang mengejar akhirat,
dunia pasti mengekorinya.
masa itu kau punya tempat di tubuh ini.
tapi lebih baik!
kerana bukan nafsu yang merajai,"
bisik nurani.



hai. huhu.

teringat dulu2. masa form five. ada seorang cikgu matematik tambahan, tapi orang panggil ustaz. ustaz sangat comel. siyes. sangat terer pulak tu. tak pernah kami tengok ustaz marah, kecuali satu masa hari tu. biarla, tak mahu dikenang dah. ustaz tolhah~

siapa di sekolah tu yang tak hormat ustaz? buta hatilah tu. sangat2 penyayang. sangat2 terbaik. manusia paling baik pernah aku tengok kt sekolah tu, kot. hehe.

apa yang hebat ustaz ni? yelah, selain dia ni bercerita tentang akhirat, lebih banyak dari nombor dan unknown, beliau jugak ada cara mendidik pelajar yang menarik.



sekolah kami, sekolah tanpa tong sampah. jangan salah sangka! sekolah kami bersih. siries. sampah2 ni selalunya akan kami simpan dalam beg atau sorok dalam kotak yang disorok habis2an sebab kalau kantoi nanti kena tolak markah kelas. huhu. maka asrama pulak yang bersepah sebab banyak sampah...-__-

nak dijadikan cerita, ustaz ni suka kutip sampah. yang besnye, dia kutip tiba2. depan murid2. Allah, manusia mulia macam tu tiba2 kutip sampah, kalau korang jadik anak murid dia, apa korang buat? mesti terasa malu lalu kutip sampah jugak tak semena2 kan?

itulah dia. dia bukan perli, tapi dia buat dengan ikhlas. kami memang sayang gila kat dia. tapi, kami tak cemerlang mana pun add maths. hehe.


d point is, contoh teladan. nabi diturunkan utk menyempurnakan akhlak. kan? akhlak. nabi lebih banyak berdakwah dengan akhlak, instead of seru dengan lisan. nabi buat baik,, jujur, maka semua terpikat.
nampak tak betapa dakwah dengan akhlak lebih berkesan?

sememangnya akhlak atau perangai seseorang itu boleh memikat kita untuk mencontohi dia. mempengaruhi kita. macam rumah contohlah. kalau lawa rumah contoh, mesti orang nak beli, kan? haaaa ibaratnya macam tu lah.

kalau kita nak kawan kita jadi baik, maka kita tunjuk contoh baik. kalau kita nak kawan kita pandai, kita tunjuk contoh rajin stadi. kalau kita nak kawan kita tutup aurat, kita kenalah tutup aurat dulu. simpel je kan?
simpel di mulut je. tapi kita kena usahalah. tak rugi pun. malah tuhan sayang gitu. hehe.

saya anak mohd shafie dan che maryam.

mohd shafie dalam hidup saya adalah seorang yang religious dan sangat berbakat dalam memimpin. tak perlu hurailah kenapa, kang orang kata puji ayah sendiri pulak. bias. hehe. dan pengurusan jugak. hebat ohhh.

che maryam pulak juga dari segi kepimpinan, pengurusan dan kemahiran. sedar tak sedar, masa duduk mesir ni, kalaulah tak ikut cakap mak dulu, satu habuk pun tak reti nak berdikari. teringat mak buat semua ni dulu. padahal dulu kalau kena lecture, bingit je telinga ni rasa. hehe. mencabar jugak jadi anak lecturer ni. hihi.

apapun dua manusia besar dalam hidup saya ni banyak mempengaruhi saya. yang buruk dalam peribadi saya tu, tak lain tak bukan pengaruh yang tak elok datang dari sekeliling. bukan mereka berdua.
saya tak salahkan persekitaran. yelah, ape kaitan dengan taik himar yang bersepah di persekitaran dengan akhlak kan? saya tak berak merata pun... huhu...

semua kan pilihan kita jugak. tak kisahlah suasana sekitar kita baik atau tidak. tapi kalau nak selamat, carilah suasana yang baik untuk kesuburan iman. jangan cari tempat yang terlalu 'panas' nanti iman boleh denatured macam enzyme. huhu. pilih baik atau buruk tu kita yang buat. ingat tuh.

apapun, contoh terbaik kita ialah dia. dia yang bersusah untuk kita. dia yang menangis kerana kita. dia yang ada di sini dulu, yang buat kita rasa nikmat sekarang. dialah muhammad kita. =)

ingat nak taruk gambar, tapi tenet slow. huhu.

wassalam.

10 comments:

MUJA said...

setuju :D

alamak, nape aku st niiiiiiiiiiiiiiiiiii

fikrahuddin said...

st tu hape? ape ko merepek ni mak ngah woi......!!!

Thaaqhib Mohammed said...

anak syafie dan che maryam

Anonymous said...

ustaz tolhah marah time tu ak tahan nak nages do...bersalah tahap punya..insan mulia tu... pagi tu ak dok masjid nampak org solat duha lalu mberdoa dgn muke yg sayu..ak skodeng dri tingkap bileh imam~ ustaz addmath momo...

fikrahuddin said...

ya.. x syak lagi saya anak mereka.. haha..

ustaz momo suke bikin kami tacing.... sedihnye...

Norashikin Abdullah said...

srnoknya ade ustaz ckgu add math mcm tuh..
abrar rndu mak ayh ni..haha comei..kene bebl..kan dh kene berdikari skrng

fikrahuddin said...

tak salah kan rindu kuarge? haha.. ibu mana yang tak penah membebel? hihi...

one day, when you'd become a mom, u'll know laaaa...

peyus said...

uiyoooooo ade org ckp abrar comell!!!!shemat gile haha

aah btul.kalau org yang brperangi baik,akhlak baik dan semuanya baik,msti kite yg krg baik ni rase malu dn nak ikut mcm dye;)

fikrahuddin said...

sebab tu aku suke ikut peyuz yg baik...=D

pasu said...

wow...best kowt cte nie~