Pages

Dec 31, 2010

mati lagi.

salam satu agama.


hidup ni orang kata macam roda kan?

setiap hari ada yang mati, dan ada yang lahir.

ada yang sedih, ada yang gembira.

semua menepati firman Allah yang bermaksud,

"di sebalik setiap kesusahan itu ada kesenangan"

correct me if i'm wrong.

jadi aku pun mengulang2 lagi cerita mati tu.


dah lama dah aku jejak kaki kat bumi firaun nih. selama duduk sini, aku jarang dengar pasal mati.
mati? apa yang orang definisikan mati?

satu jasad yang pergi dari keluarganya menuju alam lain. tapi, bukan untuk orang yang syahid. sebab orang yang syahid tak pernah mati, di sisi tuhan. malah hidup dan berbahagia.


setelah tiga empat bulan aku kat sini, semalam bagi aku sungguh bersejarah. bila aku turun je nak ke gam'ah, ada satu khemah besar sedang dipasang. ade orang kawin ke? tapi kalau kawin, selalunya buat kat dewan, malam2, then tepuk2 tangan, menari2.. ntah la.

tapi ni lain. rupanya ada orang mati kat imarah aku ni. terasa suana kelam tu. semua orang berkabung. makcik2 yg mulut becok sume senyap. muke insap. ape kes? seme baju hitam.

masa naik tangga, satu imarah tu rasa lain. dengan bau wangi kapur barus dsb, aku tau, mesti ade sesape yang dah takde ni.

lama tak rasa. rasa dekat dengan mati. dan semalam rasa mati tu sangat dekat, dengan kemah besar2, macam majlis kawin gamaknya. ramai2 datang. buat aku terfikir, seusatu yang pernah kita fikir dulu, mungkin.

apa yang ada kalau ada? memori, kenangan. sapa tahu kawan sebelah kita akan pergi lepas ni? atau kita yang tiba2 sakit jantung? sapa tahu? pernah ke kita bersedia? sedia amalan, dan sedia untuk hilang seseorang yang sebahagian dalam hidup kita? sedia ke kita untuk mengenal erti menerima takdir? tuhan....

tuhan...
terasa mati itu dihujung kerongkong gamaknya.
terasa nyawa dekat di hujung kepala,
terasa mati bakal menjenguk tiba,
siapa tahu?
aku kan hanya hamba yang tuli selalu,
tak tahu di mana baik buruk,
dosa pahala,aku juga tuli,
apa ke neraka atau ke syurga nanti?
oh tuhan... serasa tubuh terketar,
teringat musuh dunia,
mati yang pasti tiba.
apa cukup amalanku untuk menghadapMu?
Allah... cuaknya!
andai kata, andai kata tiada mencukupi,
apa neraka bakal aku hadapi?
Allah... cuaknya!
sedang api di dapur dan pemanas pun mengeringkan mataku,
apatah lagi api neraka yang menggila itu!
Allah.. ampunkan aku. tak betah aku menerima hakikat itu.
memang aku ni pengumpul dosa,
tapi Kau kan tahu aku ini insan yang tiada berdaya,
yang tuli sentiasa,
maka aku pohon ya tuhan,
dengan rasa takut yang menggoncang tubuh,
dengan rasa insaf yang menggegar jiwa,
oh cuaknya rasa menggigit imah yang tersisa!
oh tuhan,
aku mohon lagi dan lagi,
kerana Kau ciptakan aku lemah.
maka ya tuhan, aku pohon,
hantarlah aku kemana sahaja,
asal bersama itu aku bawa sekali redhaMu,
biarpun ke dalam neraka,
biarpun bukan syurga.
kerana tiada yang lebih indah selain itu.
apalah syurga itu kalau tiada redhaMu,
apalah panasnya neraka kalau ada redhaMu,
bisa terpadam segala yang panas dan berpupuk sejuk pula,
maka tuhan, sekali lagi aku pohon,
Kau ampunkanlah aku.



wassalam.

5 comments:

Anonymous said...

:|

-Harishah

JK Promosi said...

ALLAH ilhamkan kepada kite fujur, dan takwa..

PILIH lah...

Beruntunglah bg mereka yg menyucikan dirinye..!

Norashikin Abdullah said...

maka bersama2 la kte ingt akan kematian dan bersedia utk hari kmtian..itu salah satu cara yg amat berkesan utk kite jd seorg hmba Allah yg baik kat bumi ..kan2..

fikrahuddin said...

murt, tak paham....T.T

HH said...

adakah murt maksudkan, Allah ilhamkan sumber kefasikan dan ketaqwaan? so spe yg pilih taqwa, dia la yg beruntung. surah as-shams.

maaf kalau silap. ilmu x cukup. ngeh3.