*Assalamualaikum.
Tahu tidak apa yang aku rasa kelakar?
Setiap kali mula sesi baru, antara benda yang pening nak fikir adalah bagaimana dengan pucuk pimpinan Siswa AQ Zagazig. Dan sejujurnya, ramai yang menolak untuk terus bertugas atas berbagai pula alasan dan sebab.
Termasuk, aku. heh.
Bagi aku, cukuplah. Penatnya nak menjawab soalan student yang sangat subjektif dan membina kemahiran berKBKK ini. Dan antara soalan yang agak masyhur untuk sesi ini adalah berkenaan fail pelajar, di mana boleh dikatakan dari pihak Siswa AQ memang tak boleh buat apa-apa. Yang kami mampu lakukan, dengan kudrat yang terbatas adalah sekadar memberi makluman terbaharu dari pegawai. Itu sahaja.
Tetapi dalam melayan kerenah, dalam menjawab persoalan demi persoalan dan kadang-kadang tidak terjawab pun, yang paling terasa bebannya adalah menjadi penghubung AQM dan pelajar.
Beban. Dan beban ini antara yang membuatkan aku memutuskan untuk tidak lagi mahu menggalas jawatan dalam Siswa AQ (usai sesi lalu).
Setahun aku akan kumpul sebab musabab mengapa aku tidak mahu lagi meneruskan, tapi dengan hanya satu malam terkena 'jampi' pujukan Ust Luqman, aku, Aiman, Haikal (Syaufiq cool je), akhirnya memutuskan untuk sambung sahajalah. Itu pun setelah menghantar surat menolak jawatan kepada pihak AQM. Haha. Kelakar gila. Teringat en. Shiraj reply Whatsapp, "..ini musim tolak menolak ke?"
Haha. Dan ditakdirkan Allah kami meneruskan lagi tanggungjawab untuk satu sesi.
Tanggungjawab.
Hari ini, di mana secara tidak rasminya aku tidak lagi menggalas apa-apa jawatan, baru aku sedar bahawa betapa tersesatnya sasaran kami. atau setidak-tidaknya, aku.
Betapa ketika menceritakan objektif berpersatuan, aku akan menekankan bahawa ini adalah satu latihan untuk belajar berorganisasi, dan bermasyarakat kelak.
Tapi kebanyakan dari kami (again, aku je kot) tidak habis-habis dengan beban, beban, beban. Dan tanggungjawab. Padahal timbalan je pun. Satu jawatan di mana "tak tahu nak letak apa dah untuk hang ni, so, ambik jelah timbalan". Huhu. Tanggungjawablah sangat.
Betapa selalunya aku mengeluh dengan 'bebanan' yang aku rasa ni.
"Haih, bila nak turun ni?"
"Lepas ni, aku tak nak join pape dah. Tahun 4 aku nak rehat. nak tulis novel lak (bajet)."
Betapa bodohnya diri ini, kerana tidak belajar mensyukuri nikmat Allah. Allah beri peluang dua tahun untuk bersama Siswa AQ - memimpin, mengurus ahli Siswa AQ, dalam masa yang sama belajar mematuhi arahan dari pihak atasan.
Bodohnya rasa kerana setelah Allah beri peluang BELAJAR selama dua tahun, aku decide untuk berhenti dari segala benda ni dan buat hal sendiri. Eh bodoh sungguh.
Astaghfirullah. Setelah ditarbiyah, nak berehat. Paling tak bersyukur. Nak kena pelempang agaknya aku ni. Orang lain, tak dapat latihan 'eksklusif' macam aku pun berkhidmat bertahun-tahun.
Tidak. Tak boleh berehat tahun ini. Tahun ini adalah tahun berkhidmat setelah dua tahun 'belajar' dari Siswa AQ. Tahun ni kena betul-betul rasa 'beban'. dulu tu pseudo-beban je pun. Kecoh betei.
So, sedikit nasihatlah.
Mereka yang belum 'belajar' lagi begini, belajarlah. Ambillah peluang, jangan asyik menolak. Sudah-sudahlah hidup menerima, mungkin tiba masanya kita berbakti pula.
Mereka yang sudah 'berlatih' pula, tiada rehat untuk kita. Apalah guna latihan kita itu kalau sudahnya kita tidak lagi mahu berbakti untuk masyarakat? Jadi sampah cerdik semata-mata. Biar sahaja ilmu itu bertakung di pekung sendiri, dan berbau. Begitu?
Untuk Haikal, sumpah gua tabik spring. Sudden realisation ni datang bila aku borak dengan Naqia'. Dia cerita dia nak buat kelas Photoshop, dan mungkin waktu sebelum turun.
Dan pesan kau, lebih kurang macam ni lah,
"Nice tu. Tapi tak semestinya buat sebelum turun. Kalau dah turun pun, buat jelah."
Nasihat yang simple haram ni telah melempang Naqi dan bila dia cerita kat aku, aku pun kena lempang dengan ko, figuratively (takkan literally lak kan. Ko kat Bollywood. Ahaha.).
Betapa nasihat simple macam tu mengingatkan semula bahawa jawatan ini hanya latihan supaya kita sentiasa mahu berkhidmat kepada masyarakat, dan belajar menguruskan sesuatu program, biarpun tiada jawatan.
Manly tears. Wuwuu.
Kepada pimpinan lama (er, sekarang?), zengkiu. Zengkiu sebab menemani kala suka dan durja. Zengkiu sebab berkongsi pengalaman ini sama-sama. Tacing ah gini. Sobs.
Pimpinan baru kelak, hargai latihan ini sebaik-baiknya. Akan sampai satu ketika nanti apabila kalian pula perlu memberikan obor ini kepada orang baru pula untuk belajar. Jadi, sementara kalian masih punya peluang, belajarlah menghargainya bersungguh-sungguh.Tapi dalam masa yang sama, tunaikan tanggungjawab dengan saksama. Ia mungkin pseudo-beban, tetapi ia adalah amanah yang sebenar. Belajar pun jaga ye. Kekalkan prestasi akademik tahun ni - tiada gagal dalam pimpinan, insyaAllah!
Yang kononnya tiada ruang untuk 'berlatih', ha, jom join ABIM. Tak nak join ABIM, banyak lagi ada. Kelab Membaca, IKRAM, PMRAM, PERUBATAN, dan belambak NGO lagi.
What's your excuse this time?
muka wak paling epik.
great memories.
Oh ya. Jom ke AGM Kelab Membaca Zagazig!
Ni satu lagi. Medium yang neutral habis dah. So, again, what's your excuse?
Belum lagi waktunya untuk berehat.
Belum lagi.
Selagi belum mati.
No comments:
Post a Comment