Pages

Dec 9, 2013

Selagi belum mati

*Assalamualaikum.


Setiap kali mula sesi baru, antara benda yang pening nak fikir adalah bagaimana dengan pucuk pimpinan Siswa AQ Zagazig. Dan sejujurnya, ramai yang menolak untuk terus bertugas atas berbagai pula alasan dan sebab.
Termasuk, aku. heh.

Bagi aku, cukuplah. Penatnya nak menjawab soalan student yang sangat subjektif dan membina kemahiran berKBKK ini. Dan antara soalan yang agak masyhur untuk sesi ini adalah berkenaan fail pelajar, di mana boleh dikatakan dari pihak Siswa AQ memang tak boleh buat apa-apa. Yang kami mampu lakukan, dengan kudrat yang terbatas adalah sekadar memberi makluman terbaharu dari pegawai. Itu sahaja.

Tetapi dalam melayan kerenah, dalam menjawab persoalan demi persoalan dan kadang-kadang tidak terjawab pun, yang paling terasa bebannya adalah menjadi penghubung AQM dan pelajar. 

Beban. Dan beban ini antara yang membuatkan aku memutuskan untuk tidak lagi mahu menggalas jawatan dalam Siswa AQ (usai sesi lalu). 
Setahun aku akan kumpul sebab musabab mengapa aku tidak mahu lagi meneruskan, tapi dengan hanya satu malam terkena 'jampi' pujukan Ust Luqman, aku, Aiman, Haikal (Syaufiq cool je), akhirnya memutuskan untuk sambung sahajalah. Itu pun setelah menghantar surat menolak jawatan kepada pihak AQM. Haha. Kelakar gila. Teringat en. Shiraj reply Whatsapp, "..ini musim tolak menolak ke?"

Haha. Dan ditakdirkan Allah kami meneruskan lagi tanggungjawab untuk satu sesi.

Tanggungjawab.



Tahu tidak apa yang aku rasa kelakar?
Hari ini, di mana secara tidak rasminya aku tidak lagi menggalas apa-apa jawatan, baru aku sedar bahawa betapa tersesatnya sasaran kami. atau setidak-tidaknya, aku.

Betapa ketika menceritakan objektif berpersatuan, aku akan menekankan bahawa ini adalah satu latihan untuk belajar berorganisasi, dan bermasyarakat kelak.

Tapi kebanyakan dari kami (again, aku je kot) tidak habis-habis dengan beban, beban, beban. Dan tanggungjawab. Padahal timbalan je pun. Satu jawatan di mana "tak tahu nak letak apa dah untuk hang ni, so, ambik jelah timbalan". Huhu. Tanggungjawablah sangat.

Betapa selalunya aku mengeluh dengan 'bebanan' yang aku rasa ni.
"Haih, bila nak turun ni?"
"Lepas ni, aku tak nak join pape dah. Tahun 4 aku nak rehat. nak tulis novel lak (bajet)."

Betapa bodohnya diri ini, kerana tidak belajar mensyukuri nikmat Allah. Allah beri peluang dua tahun untuk bersama Siswa AQ - memimpin, mengurus ahli Siswa AQ, dalam masa yang sama belajar mematuhi arahan dari pihak atasan.
Bodohnya rasa kerana setelah Allah beri peluang BELAJAR selama dua tahun, aku decide untuk berhenti dari segala benda ni dan buat hal sendiri. Eh bodoh sungguh.

Astaghfirullah. Setelah ditarbiyah, nak berehat. Paling tak bersyukur. Nak kena pelempang agaknya aku ni. Orang lain, tak dapat latihan 'eksklusif' macam aku pun berkhidmat bertahun-tahun. 


Tidak. Tak boleh berehat tahun ini. Tahun ini adalah tahun berkhidmat setelah dua tahun 'belajar' dari Siswa AQ. Tahun ni kena betul-betul rasa 'beban'. dulu tu pseudo-beban je pun. Kecoh betei.


So, sedikit nasihatlah.

Mereka yang belum 'belajar' lagi begini, belajarlah. Ambillah peluang, jangan asyik menolak. Sudah-sudahlah hidup menerima, mungkin tiba masanya kita berbakti pula.

Mereka yang sudah 'berlatih' pula, tiada rehat untuk kita. Apalah guna latihan kita itu kalau sudahnya kita tidak lagi mahu berbakti untuk masyarakat? Jadi sampah cerdik semata-mata. Biar sahaja ilmu itu bertakung di pekung sendiri, dan berbau. Begitu?

Untuk Haikal, sumpah gua tabik spring. Sudden realisation ni datang bila aku borak dengan Naqia'. Dia cerita dia nak buat kelas Photoshop, dan mungkin waktu sebelum turun.
Dan pesan kau, lebih kurang macam ni lah,
"Nice tu. Tapi tak semestinya buat sebelum turun. Kalau dah turun pun, buat jelah."

Nasihat yang simple haram ni telah melempang Naqi dan bila dia cerita kat aku, aku pun kena lempang dengan ko, figuratively (takkan literally lak kan. Ko kat Bollywood. Ahaha.).

Betapa nasihat simple macam tu mengingatkan semula bahawa jawatan ini hanya latihan supaya kita sentiasa mahu berkhidmat kepada masyarakat, dan belajar menguruskan sesuatu program, biarpun tiada jawatan.

Manly tears. Wuwuu.

Kepada pimpinan lama (er, sekarang?), zengkiu. Zengkiu sebab menemani kala suka dan durja. Zengkiu sebab berkongsi pengalaman ini sama-sama. Tacing ah gini. Sobs.

Pimpinan baru kelak, hargai latihan ini sebaik-baiknya. Akan sampai satu ketika nanti apabila kalian pula perlu memberikan obor ini kepada orang baru pula untuk belajar. Jadi, sementara kalian masih punya peluang, belajarlah menghargainya bersungguh-sungguh.Tapi dalam masa yang sama, tunaikan tanggungjawab dengan saksama. Ia mungkin pseudo-beban, tetapi ia adalah amanah yang sebenar. Belajar pun jaga ye. Kekalkan prestasi akademik tahun ni - tiada gagal dalam pimpinan, insyaAllah!

Yang kononnya tiada ruang untuk 'berlatih', ha, jom join ABIM. Tak nak join ABIM, banyak lagi ada. Kelab Membaca, IKRAM, PMRAM, PERUBATAN, dan belambak NGO lagi. 
What's your excuse this time?

muka wak paling epik.
great memories.


Oh ya. Jom ke AGM Kelab Membaca Zagazig!



Ni satu lagi. Medium yang neutral habis dah. So, again, what's your excuse?


Belum lagi waktunya untuk berehat.
Belum lagi.
Selagi belum mati.

Dec 2, 2013

Kalian, tidak usahlah berusrah!

Aneh.

Banyak dari kalian yang berdakwah ini, bergaduh sesama sendiri.
Yang sana memburukkan, yang sini menafikan.
Sampai bila agaknya kita mahu begini?

Pelik aku.

Banyak dari kalian yang berusrah itu, semakin berusrah semakin bodoh.
Kalian ber'keluarga' dan meninggalkan sahabat kalian yang lain.
Sering dengan sikap Sirr kalian.
Bermula dari tahun pertama. masuk rumah tidak mengira jemaah dan jenama.
akhirnya memilih jalan yang berbeza. tidak mengapa!
Yang anehnya, tiba waktu usrah mengikut jenama masing-masing, kalian perlu keluar berusrah secara sembunyi.
apa Ahli Bait kalian itu para musyrikin mekah?

akhirnya kalian diwajibkan oleh orang atasan supaya berpindah. kalian harus duduk dibawah satu bendera. satu rumah, satu panjinya. tidak boleh di dalam satu rumah ada berbilang jenama.
maka kalian pun pindahlah. secara Sirr juga!



Kebodohan apakah ini?
kalian berusrah, berkeluarga, tetapi kalian buang keluarga yang pernah kalian ada.
kalian bermusyawarah, bertukar rahasia, tetapi dengan keluarga pertama kalian sembunyi-sembunyi pula.

Kalian, hentilah berusrah. kalian eksklusifkan usrah hanya untuk kalian yang sefikrah. seolah-olah mereka yang di luar jemaah kalian tidak perlukan dakwah. kalian 'menyentuh' mereka yang di luar jemaah cukup secara tahunan, dan kemudian kembali dalam kepompong jemaah kalian.

Kenapa kalian berusrah? Kalian membawa fitnah kepada usrah.
Aneh sekali, semakin kalian berusrah, semakin bertambah bodoh.

Kalian berusrah, mereka di sana juga berusrah.
Jika aku menyertai, aku dengar bait-bait bicara kalian berkisarkan Al-Banna, Qutb, juga Fathi Yakan.
Telingaku basah mendengar ayat demi ayat dari kitab 'Mengapa aku memeluk Islam'.
Lalu aku ke usrah yang satu lagi. Hurm. Kitab yang sama. Bait yang sama.

Tetapi apabila kalian semeja, kalian bertumbuk pula!

Aneh.

Kisah pergustian kalian tidak berakhir di situ.
Masing-masing cuba mendominasi orang lain.
Masing-masing juga menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah.
"Dia yang menafi aku!"
"Dia yang menghalau aku!"
"Mereka yang memecah belahkan umat!"
"Mereka yang mencipta taadud!"

setiap tuduhan yang anda baling kepada orang lain, terpalit juga di baju sendiri.
Kalian yang mencipta perbalahan.
Kalian yang mencipta perbezaan.

Bodoh sungguh kita yang berusrah.

Cuba lihat di rak bukumu,
berapa banyak buku yang telah kalian habiskan,
berapa banyak pemikiran yang telah kalian hadamkan,
atau kalian hanya dengan "maza ya3ni" kalian?

Kalian sibuk bergaduh di Facebook, kalian sibuk mengumpat di Twitter, kalian lupa untuk mentadabbur quran, kalian lupa untuk membaca buku.

Bodoh sungguh umat yang berusrah ini.

Tidak lupa juga mereka yang tarik menarik;
nah, ini cerita yang bagiku sangat menarik.

mereka ini tiba seperti tibanya Ramadhan,
awalnya rahmah.
mereka datang bertamu di rumah adik-adik yang baru tiba.
"ayuh kita masak dan berusrah bersama!"
dan kalian bentangkan fikrah kalian.
kalian momokkan 'kebenaran' definisi kalian.

seminggu berlalu. mereka tidak berminat untuk menyertai usrah kalian. tidak berminat untuk menghadam fikrah yang berlainan. tidak selera dengan perjalanan yang kalian bentangkan.

lantas mereka kalian tinggalkan.
kemana ukhuwah yang digembar-gemburkan dahulu?
adakah ukhuwah kalian hanyalah pada seminggu itu?
kerana mereka tidak mahu menyertai usrah kalian, maka mereka itu buang masa kamu?

apalah bodohnya kalian yang hanya berukhuwah di dalam usrah.
mahu dikatakan introvert, tidak, kalian lantang berhujah.
mahu dikatakan pemalu, tidak, kalian tidak malu menunjukkan amarah.
mahu dikatakan sibuk, lah, kalian berfutsal pula sesama ahli jemaah.

pelik tapi benar.

ukhuwah kalian hanya dalam kalangan usrah.

Bodoh.

Lalu akhirnya, dalam banyak-banyak usrah, dalam banyak-banyak jemaah, semua angkat tangan tinggi-tinggi dan mengaku bahawa merekalah 'wakil' Ikhwanul Muslimin. Kalianlah aprentis Al-Banna.

aku berani kerat jari, kalau Al-Banna melihat kalian,
menangis beliau melihat usrah yang beliau bangkitkan,
kalian busuk-busukkan dengan daki kalian.

Jul 13, 2013

Muslimophobia

Salam.

sejujurnya aku tak tahu wujud ke tidak perkataan tu. haha. muslimophobia.

mungkin perkataan ini lebih sesuai bagi menggantikan islamophobia.
islam itu indah. yang bermasalah ada penganutnya. yang bertelingkah kerana berbeda mazhab. yang bertekak kerana berbeza pendapat.

Muslimophobia adalah lebih tepat bagi aku. rasa fobia kepada seorang muslim.
dan aku tak rasa itu perkara yang pelik. terlalu banyak asbab untuk mereka menjadi Muslimophobia.



#1 Minority Syndrome.

yes untuk kali kedua aku main reka-reka suka suki aku. heh.
apa yang aku nak maksudkan dengan 'minority syndrome' sering merasakan bahawa mereka harus memperjuangkan hak mereka. tak salah! tapi kadang-kadang sampai terlupa hak orang lain.

mengaku sajalah, kadang kita juga pernah menjadi racist, malah pernah merasa benci atau tak suka hanya kerana seseorang itu adalah non-muslim.

persoalannya, siapa kita nak judge diorang? adakah hidayah tu milik kita? tak kan?
bila melihat non-muslim atau muslim yang perangainya 'merepek' sangat, kita tend to expect the worse.
cuba, sekali, dan selepas-selepas itu kita buang sikap pesimis (which is my middle name, haha) dan cuba bersangka baik, juga berdoa supaya orang tu diberikan hidayah.

ok macam dah lari dari point asal yang aku nak cakap.
erm. kita melihat umat Islam ditindas di serata dunia, tapi kadang-kadang kita tak sedar apabila kita sendiri, di negara orang Islam sendiri menindas yang namanya golongan 'Harbiy'. mereka ini membayar cukai pada negara dan mereka bukanlah kafir yang menentang Islam. tapi oleh kerana mereka bukan Islam maka hak mereka sering saja dinafikan.

contoh? er, taknak. nak play safe je kali ni. banyak lagi nak kondem nih. huhu.

ok, my point is, stop feeling sorry. kat diri sendiri. bila ditindas, kita melenting. bila lukis gambar nabi, marah. betul, haruslah sangat kita marah. tapi sedar atau tidak berapa ramai non-muslim di luar sana rasa Islam sangat inconsiderate dalam perbincangan inter-religion? ga percaya ya? google bro. i've seen it.

dari perspektif negara Islam, non-muslim adalah minoriti. sepertimana kita mahu suara Muslim didengari di negara barat, sama juga seperti mereka. mereka juga mahu hak mereka dilunasi. eceh skema ayat. tapi betullah.

huh. panjang beno. not sure sampai ke tak poinnya. haha.

#2 Freaking Ego.



"Islam is the best religion"

kalau saya tanya anda, anda akan angguk, assuming you're a muslim. even a non-muslim lecturer here pun (asal aku rojak ni?) pernah cakap, "Islam is the most logical religion in the world" tapi kenapa dia belum masuk Islam lagi, wallahua'lam.
aku taktahu la grammar dalam ayat tu betul ke tak. tapi macam tu la dia cakap. haha.

eh, ape aku merepek panjang ni.

ah ye.
begini. kita patut percaya bahawa Islam adalah agama yang terbaik. kalau tak percaya, aih, bahaya iman tu. hehe.
tapi bagi aku, tak perlulah kita menjaja ayat tu ke orang yang berbeza agama dengan kita. boleh bawa, asal bukan untuk timbulkan provokasi.

Rasulullah berdakwah dengan perkataan. tapi betapa hebatnya akhlak Rasulullah sehingga ramai yang memeluk Islam kerana akhlak, bukan perkataannya.

ironinya, kita ni akhlak buruk bebeno! macam, haih, macam elok lagi si monyet nu. haha. entah-entah terbalik teori darwin tu. kita ni yang evolusi menjadi monyet!

untuk berdakwah, tak perlu kata islam sebagai agama terbaik. tak perlu sampaikan apa yang ada dalam Quran, tapi better kalau kita laksanakan apa yang ada dalam quran.

haaa. makan dalam gituw.

ironi lagi satu, kita diajar untuk humble. tapi kita belagak gila dengan agama kita.
kita terlupa, Umar pernah berkata,
"aku hanya seorang Umar. Kemuliaan yang ada padaku pada hari ini adalah kerana Islam."
ok aku gebang-gebang sikit. bagi sedap bai.

tapi itulah. mulianya kita ini kerana Islam. bagaimana kita nak bangga, kalau kita tak tunjukkan ciri-ciri keislaman kita? sedang kita sesama Islam pun saling bergaduh bertumbuk sesama sendiri.

#3 The Blind Side

Umat Islam sekarang ni ada blind side. tak, aku bukan tengah cakap pasal movie ye kawan-kawan.

hurm.

kita, muslim, selalu terlupa untuk berlaku adil dalam menilai suatu perkara. sering mencari salah orang, sampai terlupa betapa besarnya salah sendiri. terlalu ego mempamerkan salah orang, salah sendiri terlupa.
kuman seberang... ah. you get the point.

ha yang ini aku nak bagi contoh.

Oh Mesirku terchenta.

apabila ada pihak cuba menjatuhkan Presiden Dr Mursi tempohari, semua pakat menyokong beliau. tidak dinafikan beliau adalah sosok yang hebat. tak perlu kot aku nak letak kat sini biodata beliau dan buktikan keoseman beliau.

sehinggalah beliau digulingkan secara drastik. dan semua pakat-pakat tukar gambar DP kat FB dengan gambar beliau tanda memberi sokongan padu.

dan keluar kata-kata seperti "ini adalah pertembungan hak dan batil, pertembungan Islam dan bukan Islam."

Sejujurnya, kalau tanya aku, aku akan kata:

1. orang mesir ni boleh tahan 'kurang cerdiknya'. menaikkan presiden secara demokrasi, dan tahun selepasnya, jatuhkan pula. SAMPAI BILA? sampai bila korang nak takde presiden?

tak sabar sungguh mereka. baru satu tahun dah tuntut macam-macam. at least, tunggu la lagi setahun. bagi la can sikit. bukan senang-senang korang nak undi dulu. apada.

tapi tak dinafikan, situasi Mesir agak teruk selepas Mursi naik. but to be accurate, mesir makin teruk seusai saja mereka tiada presiden. cuma zaman Mursi (bagi aku) makin teruk.
takpe, jangan marah lagi. we'll get to that later.

2. askar sangat tak rasional. mubarak diberi tempoh sampai seminggu, baru dia turun. Mursi dia bagi tempoh 48 jam je?
betul, sebelum tu askar dah bagi amaran kat beliau (ekceli yang ni aku baru sangat tau. korang tau tak?), tapi tempoh yang terlalu singkat yang diberikan sehingga memaksa beliau turun tergesa-gesa. agak-agak der. sepatutnya korang cuba la tolong dia dulu ke apa. ni tak, terus bagi kata putus macam tu.

3. menghancurkan sistem demokrasi begini adalah tidak patut. apparently diorang dah lama sangat merasa dictatorship sampai takleh dah terima demokrasi. haha.

kudeta (coup de tat, eh wait, betul ke?) tetap salah. penggulingan presiden tetap salah, bagi aku.

HOWEVER,

let's not ignore the fact that pihak Ikhwan juga mungkin ada silapnya.

1. agak terburu-buru. baru setahun memegang jawatan presiden sudah terburu-buru menunjukkan betapa islamiknya ikhwan.
hoho macam kasar je ayat aku.
tak, macam ni.
tindakan tu tak salah dari sudut moral ke apa.
tapi dari sudut politik, itu bagi aku satu kesilapan.

ramai orang terlupa (dan ikhwan sendiri) bahawa Mursi menang tipis. sekitar 0.1% je lebih dari pesaing dia.
dan majoriti daripada mereka yang undi Mursi bukan sukakan Ikhwan, tapi mereka mahukan perubahan. mahu pimpinan yang adil. saksama. tersusun. berjiwa rakyat. demokrasi.

mungkin dari semua pengundi tu, hanya 20% yang benar2 mahukan ikhwan naik kerana Islam.
rata-rata anak muda yang aku jumpa dan aku tanya, mereka tak nak pun ikhwan naik (diorang ni bebudak lagha la) sebab kalau ikhwan naik, katanya akan jadik ekstrim sangat. mereka ni bagi aku kategori yang belum betul-betul kenal Islam.

dan sebenarnya ramai yang turun ke medan tahrir dahulu begitu. mereka adalah golongan open-minded (yang kalau kat mesir banyak dari geng sekular kebiasaannya) yang hanya mahukan kerajaan yang bersih, bukan kerajaan yang islamik.

tapi apabila mursi naik, apa yang dipertontonkan kepada rakyat mesir dan dunia adalah betapa beliau adalah pemimpin islam yang berani. membuka pintu untuk Palestin, membantah peperangan di Syria dan banyak lagi.

secara moralnya, ini tidak salah malah dipuji oleh banyak pihak. malah majalah TIME (kalau tak silap) meletakkan muka beliau di kaver mereka dengan frasa "the most important man in the middle east."

tetapi dari kaca mata rakyat mesir, mereka tidak merasakan apa-apa keuntungan. harga minyak makin naik. elektrik tidak stabil. mata wang mereka juga tidak stabil. bekalan minyak makin kurang.

satu demi satu masalah yang timbul-yang didakwa adalah kerana agenda pihak pembangkang yang ingin mencemarkan imej Mursi-berjaya menimbulkan rasa gelisah pada hari rakyat mesir. cukup kuat hingga mereka sanggup menggulingkan lambang demokrasi pertama di mesir.

kalau kita senaraikan sumbangan mursi pada mesir dalam setahun ini sahaja, sumpah banyak. tetapi secara politiknya, tidak banyak sumbangan yang dapat memenangi hati rakyatnya.  semuanya long term yang mana rakyat mesir terlalu mentah dan bodoh untuk memahami sumbangan tersebut.



jangan senang-senang menggelarkan peristiwa ini sebagai pertembungan hak dan batil, islam dan bukan islam.
 tahukah korang, ramai je ahli akademik, ahli profesional, bahkan ulamak yang juga tidak menyokong mursi.
bukanlah diorang nak mursi jatuh. tapi nak katanya diorang pun tak senang dengan Mursi. mereka tidak kelihatan di jalanan membantah mursi (sebab yang berhimpun tu banyak budak yang selenge je. yang suka buat kecoh), tapi mereka tetap tak sokong mursi.

dalam pada itu, orang mesia di sini kuat sangat menunjukkan sokongan terhadap mursi pada waktu getir macam ni.
sampai ada orang mesia di beberapa kawasan diganggu.

ok ok.

bukan aku nak kata ikhwan salah. tapi ya, ikhwan juga ada salah. kita lebih prefer untuk menuding jari kepada barat, pihak-pihak yang menimbulkan provokasi dan melakukan sabotaj.

kita terlupa nak lihat, atau buta untuk melihat bahawa mungkin, mungkin di pihak kita juga ada salah.
mungkin ini adalah pengajaran atas kesilapan kita untuk maslahat yang lebih besar.
mungkin ini masanya untuk berundur seketika untuk merangka pelan yang lebih terancang.
stop blaming the others and start planning. itu sepatutnya yang umat islam lakukan.

mungkin pendapat aku tentang mesir salah. dan ramai je yang akan tak puas hati dengan pendapat aku. tak kisahlah. cuma aku nak diambil pengajaran yang aku cuba sampaikan.
kadang-kadang orang islam juga salah. muslim tak perfek. islam is. jadi waktu kita kalah PRU ke, kalah di mesir ke, muhasabah semula apa yang kita dah buat sampai kita kalah.
apa dosa kita. apa khilaf kita.
instead of keep blaming someone else.

#1 Minority Syndrome
#2 Freaking Ego
#3 The Blind Side

mungkin sekolah Ramadhan ini boleh mendidik kita bukan saja untuk menahan nafsu, tapi juga membantu kita untuk membuang tiga sikap ni dari dalam diri umat Islam.

tiada lagi muslimophobia. insyaAllah.

saya juga buat silap. anda juga pernah. kita tegur cara hikmah.
wallahua'lam.

*kepada sis Fany dari Indonesia, terima kasih kerana membaca blog saya dan berminat untuk mendapatkan buku saya. enti daebak!
ha amekkau campur bahasa. haha.

Jul 3, 2013

Apa lagi korang nak?

orang Malaysia semua sokong Mursi.

Sejujurnya, aku ni bukanlah penyokong Mursi. bagi aku, beliau adalah seorang yang mempunyai peribadi yang sangat hebat, tetapi kurang bijak dalam berpolitik.

tetapi masalah bumi Mesir ini bukan seremeh itu. masalah bumi Mesir ini lebih rumit. Semua ini sebenarnya bermula dengan Arab Spring yang dicanang-canangkan sebagai 'revolusi'.

Entahlah. bila melihat keadaan Mesir hari ini, betul ke ini revolusi?

aku ingat lagi. kebetulan Zagazig ini antara daerah yang sentiasa 'panas', maka hampir setiap hari apabila menuju ke gamaah, aku boleh melihat perhimpunan kecil-kecilan yang menuntut itu dan ini. apa yang aku lihat, mereka bukannya mahu pemimpin yang baru. sepertinya mereka mahu pemimpin yang baru naik supaya menjadi boneka mereka pula. pemimpin mereka yang sebenar adalah 'Muzaharat' itu sendiri. itu pemimpin mereka. itu firaun mereka.

dulu ketika terjadinya muzaharat besar-besaran di Mesir, kawan aku pernah berkata,
"Hassan Al-Banna pernah mengatakan hal sebegini. di mana Ikhwan tidak akan sesekali menjadikan muzaharat sebagai jalan untuk menjatuhkan kerajaan. tetapi seandainya kerajaan ini berterusan menindas rakyatnya, maka rakyat sendiri akan bangkit dan keluar berdemonstrasi di jalanan."

mungkin ayat tu aku gebang-gebangkan sikitlah. heheh. baru sedap.

point aku di sini, kenapa Imam As-Syahid Hassan tidak membenarkan ikhwan mengadakan perhimpunan? kerana itu bukan solusi sebenar. akhirnya, Mesir ini hanya bangga pada nama kerana mereka berjaya menumbangkan kerajaan, seterusnya terpinga-pinga, "er, what should we do now?"

Demokrasi dan Diktator

mungkin setelah 30 tahun pemerintahan secara diktator oleh Mubarak telah memualkan rakyat Mesir. malah, kalau diikutkan, mereka ini telah ditindas sejak berzaman lagi. jadi, setelah melihat betapa hebatnya kempen demokrasi oleh negara-negara yang lain, mereka pun mahukan juga demokrasi. iyalah, mungkin dengan demokrasi mereka dapat pemimpin seperti Mahathir (walhal kalau nak diikutkan, dia tu diktator jugak.ISA bagai), mana tahu boleh dapat bangunan hebat-hebat seperti KLCC, dan sebagainya.

tetapi hakikatnya, rakyat mereka terlalu bodoh untuk menerima demokrasi. serius.
cuba stop dengar lagu yang boleh pecahkan gegendang telinga, then, aku tak panggil korang bodoh dah.

mungkin, rakyat Mesir masih lagi memerlukan pemimpin yang mengamalkan diktator. masih perlu ditunjuk begitu begini, sehinggalah akal mereka 'matang' dan betul-betul boleh menerima demokrasi.

pada pendapat peribadi aku, Mursi sangat layak menjadi pemimpin bertaraf dunia. letaklah beliau sebagai pemimpin di mana-mana negara yang sedang membangun mahupun negara maju, pastinya rakyat akan menyanjung beliau.

tetapi tidak di Mesir. kenapa? kerana rakyat Mesir terlalu bodoh untuk menerima pemimpin yang sebegitu hebat. baru setahun, korang nak perubahan yang macamana lagi? nak negara bebas sampah? Mursi dah jalankan tanggungjawab beliau. kalian? masih lagi membuang sampah merata-rata. lalu kalian menyalahkan Mursi.

sebenarnya, jujurlah, apa lagi yang kalian mahukan?

ni kat depan rumah kitorang. parti ke muzaharat bro?


ramai orang menilai Mursi dari satu sisi saja. sisi baik. aku neutral. aku selalu sangat ternampak sisi buruknya(buruk macam kasar lak, sisi lemahlah), sehingga aku cuba mencari di mana sisi baiknya. dan aku dapati, ada banyak. tetapi aku masih juga berpendapat beliau adalah pemimpin yang mempunyai peribadi yang hebat, tetapi tidak bijak dalam berpolitik. biarlah aku tamatkan di situ saja.

Ya lustah!

Ya lustah, atau yastah bermaksud hai pakcik pemandu. hehe. begitulah secara lembutnya. aku ini antara orang yang kerap menaiki teksi sekitar zagazig. kadang ada banyak urusan dan aku perlu cepat sampai ke destinasi, maka aku memilih teksi berbanding tremko.

setiap kali aku menaiki teksi, aku akan berbasa-basi mengenai cuaca, baik buruk Mesir, dan Mursi.

"enta ma3a Morsy walla dhend?"
"kau bersama Mursi atau menentang beliau?"

pemandu teksi selalunya akan memandang aku.

dan rata-rata mereka akan menjawab mereka tidak menyokong Mursi. mulanya, garu kepala jugalah aku. dulu suka sekarang benci. tak komited langsung.

dalam banyak-banyak teksi yang aku naik, hanya ada dua sahaja yang tidak membantah Mursi.

satu, dia kata, dia hamba Allah sahaja. mana yang baik kita sokong. kalau dia buat jahat kita bantah.
aku rasa dia ni geng salafi kot. hehe.

kedua, aku tanya dan dia kata, "aku tak kisah. aku kerja. aku bekerja di waktu cuaca panas membahang, dan aku kerja ketika waktu malam."

aku angguk dan angguk.

dia sambung lagi, "orang mesir ni pemalas. bukan pejabat dua jam sehari, sampai orang ramai kena beratur panjang. siang tanak kerja, asyik tidur je. dah macamana negara nak maju? macamana nak jadi seperti Malaysia?"

heh. aku tersengih luas dan mengiyakan semua yang dikatakan beliau. punyalah kami bersetuju, tapi last-last dia nak 5 genih juga. ceit.

itu masalah rakyat mesir yang kedua. sudahlah mereka tidak bersedia menerima demokrasi, tetapi mereka juga sangat pemalas. mereka lebih selesa berkumpul membuang masa berdemonstrasi sehingga berhari-hari daripada berkerja dengan produktif. mereka sangat tidak menjaga masa, tidak menjaga kebersihan, tidak bekerja dengan sepenuh hati.
tetapi apabila Presiden mereka tidak memenuhi apa yang mereka inginkan, mereka melenting. pergi bilik air, tengok cermin dulu bro!


kesimpulannya, aku sendiri tak tahu siapa pemimpin paling baik untuk Mesir. mungkin betul Mursi, mungkin tidak. baru saja tadi aku baca artikel yang mengatakan Mursi tidak akan turun walau apa pun terjadi. aku sokong seratus dua belas peratus. kalau rakyat perlukan dictatorship, maka lebih baik mereka menerima diktator yang berakhlak dan beragama, yang tidak sesekali akan makan rasuah dan harta negara, berbanding diktator yang kuku besi.

dengan keadaan Mesir sekarang, aku sering tertanya-tanya, apakah definisi pemimpin yang ideal bagi kita?

adakah kita lebih menerima pemimpin yang berakhlak tetapi tidak pandai berpolitik, atau politikus yang hebat tetapi berakhlak sampah?

hurm.

Jun 30, 2013

Tiga Puluh Jun

Salam. hai uols. sehat?

esok 30 Jun. konon-kononnya akan kecohlah besok sebab akan ada perhimpunan menentang Presiden Mursi.

kalau nak ikutkan, di Zagazig ni, dah dua tiga hari dah, malam-malam orang berkumpul berarak. kebetulan harit balik dari kaherah, peh, memang ramai la kat area muhafazah tu. boleh kata, kalau keluar malam-malam, agak bahaya la. ambulans dah berkumpul, polis berkumpul. budak-budak muda yang kononnya tak puas hati dengan Mursi pun berkumpul.

kelmarin kalau tak silap, kebetulan letrik takde. aku pun dengan mata mengantuk, terus tido kat ruang tamu depan beranda. redha je dengan nyamuk-nyamuk tu. lantak la. yang penting aku sejuk. dalam sejam lepas tu, letrik ada balik. tapi aku tido jelah. yang besnya masa tu orang berarak sampai ke depan rumah aku. huh. tempat tinggal kitorang ni memang hangat. tiap tahun makan tear gas. tapi tahun ni memang malang gila la. tengah tido pun kena tear gas. ei, menyakitkan hati benar.

aku yang hari-hari mengadap rusuhan kat depan rumah ni, ekspek esok boleh jadi teruk. tapi apakah akan berlarutan, jadik macam dulu, aku taktau. adakah boleh balik free lagi? haha. kalau boleh tak payahlah. tak sanggup nak bersardin atas Charlie dalam cuaca yang macam ni. nanti bukan mati kena peluru sesat, tapi mati sebab bau peluh orang sebelah. nais.

jadi, oleh kerana esok ni mungkin teruk, sukalah kiranya abang nak kongsikan sikit pengalaman dan tips abang untuk hadek-hadek tahun 1 dengan 2. korang takyah bajet hero sangatlah. korang datang mesir dah bergolak. korang hanya merasa 'rantai pergolakan'. kami ni ha, merasai permulaannya. cewah, macam perjuangan pulak main rantai-rantai ni.

okeh adik-adik abang, abang nasihatkan korang supaya,

1. tak payahlah mengada nak keluar rumah kalau takde pape nak buat. cas powerbank, cas phone, main la laptop tu. kalau taknak main, tido. kalau taknak tido, baca quran. lagi bagus. kalau baca quran dah, penat, tapi bosan lagi, baca buku lak. kalau takde buku, pinjam kat kelab membaca zagazig. ape susah. ke, ko termasuk golongan yang tak mengiktiraf? haha. kidding.

2. jangan bajet hero la nak keluar rumah untuk menengok aksi-aksi para demonstran. buang karan je. yang berdemo tu, bukan semuanya bijak pandai. yang diorang tau, diorang nak buat rusuhan. dalam ramai-ramai tu pun ada jugak kategori yang mencopet dan sebagainya. haritu je dah dengar kes markas IM dibakar, dan ada yang sampai mati. so, lepak jelah rumah. main la PES, DOTA. tak pun baca la quran. seminggu je lagi bai nak ramadhan.

aksi-aksi ni jangan ditiru. ni pun sebab kebetulan nak balik rumah terpaksa rempuh diorang. hehe


3. korang dah beli supply rumah banyak-banyak? bagus. dulu masa riot, rumah aku beli sampai 4 ekor ayam. bajet je nak makan. last-last membazir macam tu je. senanye takyah nak beli banyak sangat. kalau aku, atleast beli benda yang boleh bagi kita hidup paling lama, dua minggu. beli telur, beras, sudah. waktu riot nak makan spagetti carbonara bagai melampaulah kan.

walaupun sekarang takde catuan, dan harga barang masih sama, topup masih ada, ha, jangan terkejutlah kalau nanti tetiba riot ni melarat dan harga barang melonjak naik kaw-kaw. dulu pun macam tu jugak. bila dah melarat, kelam kabut pakat beli barang rumah. kelam kabut pergi supermarket bagai. dengan perintah berkurungnya. peh, agak scary la masa tu. kalau korang dah beli siap-siap, korang takyah kisah perintah berkurung tu. korang memang dah kurung diri korang pun.

4. always travel waktu pagi. and I mean, pagi buta. lepas subuh paling bagus. sebabnya rakyat Mesir ni suka tidur lepas subuh. sejujurnyalah, negara yang konon Islamik ni, majoriti mereka tak solat pun subuh. kalau solat pun, gajah. pukul 6 baru nak bangun solat. gile ape. pukul 6 tu orang dah amik wuduk nak solat dhuha.

ye, aku pun penah gak bangun lambat, terlajak. tapi diorang ni bukan terlajak. aku rasa golongan yang macam ni, kalau bangun awal, tu terbangun. pastu tido balik. haha.

so, my point is, travel waktu pagi memang selamat. macam zombieland pulak. travel siang selamat. cewah. masuk ke petang, malam, stay jela dalam rumah. diorang sekarang riot malam je. sebab siang panas sangat. haha. ingat kental sangatla jiwa diorang ni.

eh, cilake. bising betul. malam-malam gini apekejadah pasang lagu kuat-kuat. annoying betul.

ok sambung balik. memang nasib aku la duduk dalam bilik sebelah luar. memang cilake bisingnya. diam la anjing!

5. duit dah keluarkan belum? sekarang ni kalau ikutkan belum kritikal lagi. bank masih ada duit. jangan tunggu sampai melarat. sampai bank dah takde duit. korang nak travel bagai nanti camne? ihsan orang? lemak betul kau ni.

6. last but not least, berdoalah untuk kesejahteraan bumi anbiya' ni. sejujurnya, ada sebab kenapa mereka ni marah pada pemimpin mereka. jangan ingat semua yang tak suka Mursi adalah bodoh, terpedaya dengan propaganda. kita mata luar yang melihat, memangla kata macam tu. cuba tanya mereka sendiri, dari dua-dua belah pihak. berapa ramai yang dulunya menyokong Mursi kini tak bersetuju dengan Mursi.
and I'm not saying he's a bad person. He's really not. ah, whatever la. kalau aku kata aku tak suka Mursi, aku jadik sekular pulak. dapat pulak cop UMNO. so, baik aku stop.
ape pun, setuju dengan Mursi atau tidak, kita doakan jelah mereka ni selamat. kita pun. sebab semuanya muslim, buat apa nak gaduh-gaduh. asal tak lepak kedai syai macam dulu dah? kemon.

Ramadhan lagi seminggu. dah prepare ke?

pelik. esok riot. malam ni ko boleh je pasang lagu kuat-kuat sampai aku takleh tido. siap ada yang kawin lagi. unbelivibel.

sukati korangla masriy.

Jun 21, 2013

Tawakkal, Pasghah, Menyeghah.

Salam uols.


hekceli exam tak abih lagi. ada la lagi seketul oral exam microb, lusa. ironinya, time orang nak abih exam cepat la, ada selang-selang hari pulek. taim susah macam pharma, takde pulak selang? hampeh.

well, 3ala kulli 7al (cewah student mesir) exam bolehlah kata dah abih. oral tu basically (untuk aku) markah bonus ja. kalau terer, banyak la markah. kalau tak terer, tak terer la jugak. menyengih jela depan dokter nanti. eheh.


siapa sangka banyak jugak aku belajar tahun tiga ni. setiap subjek tu ada pasangan dia. haha.
waktu belajar patho, aku belajar definisi bodoh.
waktu belajar parasite, aku belajar definisi bersyukur.
waktu belajar pharma, aku belajar definisi menyerah.
waktu habis exam microb tadi, aku belajar, susahnya nak redha dan tawakkal!

haha. kena tidur dulu baru lega baru dapat terima kenyataan bahawa exam tadi dah pun berlalu. apa yang dah jawab, sudah pun terjawab. yang takleh jawab, haaa. redha la. nak buat apa lagi? meraung?

seriusly, terima kasih kat semua yang mendoakan aku dan kawan-kawan sepanjang exam ni. andai kata kena reseat paper (nauzubillah) maka aku harap kita tabah. bak kata senior, berdoa pun ada seni.

dari kita minta supaya tak diberi ujian yang hebat, baik kita minta Allah bagi kekuatan untuk hadapi ujian tu. (tapi seriyes tak sanggup wei dur. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa)

T______T

makanya, harini aku belajar, susah tu memang susah, tapi hati kena teguh jugak tawakkal. diri kena teguh jugak bersabar.

doa tetap doa! eh.

Ramadhan pun dah dekat kan. lagi beberapa hari je lagi nak ramadhan ni, cuti pun dah mula, ayuh ler kita banyakkan amal untuk ready untuk ramadhan. bukan bila masuk ramadhan ready nak raya. well, kalau hangpa duk mesir senang ja sebab nak celebrate menda waktu raya. raya sini bosan gila. lepas solat raya balik tido. takde der ketupat-keputat ni.

sambil-sambil tambah amal tu, doa-doa la sekali untuk saudara kita di Palestin, Syria (bukan doa untuk wanita je ye. hehe), dan merata-rata tempat lagi yang ditindas.
and alang-alang tengah tadah tangan tu, doa la supaya dapat result yang molek-molek sikit. hehe.

ok renung-renungkan, dan selamat beramal!

psst: tadi tu bukan typo.
pssst: sedang merangka satu lagi cerpen. ya i know kerja majalah tak siap lagi. haha.
pssst: p/s dgn psst kan dekat2. stailo gak kalau ganti.

Jun 3, 2013

Pengemis kecil

Assalamualaikum.


suatu hari tu, aku dengan beberapa orang kawan keluar dari kedai makan. dan seperti biasalah di mesir, ada beberapa budak-budak dengan profesion sebagai pengemis mampir, menghulurkan tangan, mengharapkan segenih dua.

sudah 3 tahun aku jumpa budak ni. kadang-kadang hati ni naik meluat la jugak, sebabnya kalau tak bagi, nanti diikutnya kita, kalau boleh, sampailah kita bagi. "7agah lellah, 7agah lellah!"

bayangkan kalau 3 tahun macam tu, memang annoyinglah jugak kan. kebetulan pulak akhir-akhir ni aku tak berada dalam situasi kewangan yang cukup selesa (tapi alhamdulillah boleh pegi kedai makan lagi. haha), jadi, agak berat sebenarnya nak bersedekah. apabila budak tersebut tidak mendapat sebarang 'hasil' daripada kami semua, kawan aku yang agak bersimpati menghulurkan air mineral yang sudah dibuka. akhirnya dia dan kawan-kawan meninggalkan kami. salah seorang meneguk air tersebut, tapi tidak habis, lantas membuang baki air yang ada ke jalan!

hei, orang dah bagi air, dia membazir pulak. geram betul hati masa tu.



tapi dalam kebencian yang kian membuak tu, tiba-tiba dari jauh ada seorang pemuda arab, gayanya seperti student universiti, memanggil anak tersebut.

"eh pahal tu. dia nak marah ke?" desus hati aku. biasanya arab ni kalau dia tak suka, memang dia maki je pengemis-pengemis macam ni.

bila budak tu sampai, dia memasukkan tangan ke dalam kocek dan menghulurkan duit kepadanya (rasanya macam dalam 5 genih jugak kot) kemudian mencium kepala budak tersebut. huih. dia cium! budak yang rata-rata budak malaysia sini rasa jijik dengan kotornya, dengan selekehnya, dengan baunya, itu baru saja dicium! tanda kasih kepada seorang pengemis.

hambikkau. masa tu aku malu. lupa agama kita mengajar supaya menjadi penyayang kepada golongan susah seperti mereka. lupa agama kita memupuk kasih sayang. lupa juga untuk bersangka baik dan tak menyampah dengan budak-budak tadi.

makan dalam.

memang sejak belakangan ni, Allah bagi peringatan berbentuk sebegini, banyak kali kat aku. kebetulan jumaat yang lepas aku ke Tanta lagi untuk menziarahi masjid Sayyidi Ahmad Badawi, dan macam kebiasaan jumaat yang lain, ramai manusia. sesak. untuk aku, waktu sesak macam ni membuatkan aku sedikit rimas sebenarnya. tapi nak taknak, aku kagum dengan berbondong manusia yang datang untuk beribadah di situ. dengan macam-macam ragam keluarga yang datang menziarahi makam, dan kamera-kamera telefon bimbit yang diangkat untuk merakam apa saja-baik dari gambar kesan telapak kaki rasulullah, sehinggalah merakam memori berada di hadapan makam Sayyidi Ahmad Badawi, Wali Allah.

hasan tengah tengok janggut nabi

dan dalam ramai-ramai itu, seperti sudah menjadi budaya mereka, untuk menjadikan ruang tersebut peluang untuk berbakti. usai solat jumaat, sepeti biasa, di kawasan belakang, terdapat dalam 2,3 halaqah tarikat membacakan zikir-zikir serta selawat-selawat mereka tanpa menghiraukan mata-mata yang melihat dari tepi (biasanya baru pertama kali lihat kot).

dari celah-celah ramai manusia itu, ada pula golongan yang akan menghulurkan makanan saja. orang datang, dia hulurkan 3eisy, dan kacang. kami yang Maliziy mestilah menolak dengan baik apabila dihulurkan, sebab memang kami takkan makan pun makanan tersebut.

bila aku bangun dan mula menziarahi satu persatu makam di situ, sehinggalah sampai ke bekas tapak kaki nabi, ada makcik tua memegang botol air dan cawan berdiri di samping kawasan tersebut. aku tanpa menghiraukan sangat keadaan sekeliling, pergi ke bekas tapak kaki nabi, berselawat, berdoa dan mencium cermin yang menutupnya (kalau dia tak tutup, aku cium bekas tapak kaki nabi tu).

dan ketika aku beredar, baru aku perasan rupa-rupanya makcik tua itu berdiri di situ kalau-kalau ada antara mereka yang menziarahi itu terasa dahaga.dituangnya air ke dalam cawan yang dipegangnya, dan dihulurkan kepada sesiapa yang datang kepadanya.

Subhanallah. makcik itu sudah tua, dan mampu berperanan walaupun mungkin sesetengah daripada kita rasa peranan beliau kecil cuma.

mungkin aku yang baru perasan betapa muslim di Mesir ini masih ramai yang mengamalkan "fastabiqul khairat" ataupun mungkin kerana Ramadhan yang kian hampir menjelma.
terpulanglah. tapi sepatutnya kita juga mencontohi sikap mereka dalam berlumba-lumba mencari kebaikan.
dari mencium pengemis sehinggalah menghulurkan air kepada orang asing di masjid, sedikit sebanyak hati aku dilembutkan semula. Allah. tak sangka. selama ni mesir cuma mengeraskan hati aku aja. lebih-lebih lagi dengan dugaan black out sejam setiap hari pada waktu suhu mencecah 43 darjah celcius. hai, memang azab!

mujur saja aku ni Allah keluarkan dari Malaysia yang selesa infrastrukturnya, tetapi kucar kacir suasana islamnya, dan letakkan aku di sini yang punya situasi islamik yang tersendiri, di 'hiasi' pula dengan berbagai dugaan untuk menjadikan kita tabah di sini.
 

ekceli, dengan panas membahang macam ni, dengan keadaan ekonomi mesir yang sangat teruk, dengan bil elektrik yang mahal maut (400 genih setiap bulan apedehal), buat aku homesick lah sikit dengan Malaysia. tapi gaya-gayanya tahun ni macam raya di perantauan lagi je. huhu. takpelah. boleh buat video raya. haha.

"Adat wira harus tahan uji"


***

dulu ada orang kata, kagum dengan orang yang belajar di luar negara. katanya, jauh perjalanan luas pemandangan.

senyum.

tu baru yang belajar di mesir. cuba macam yang belajar di amerika macam Zaid, Waie, tak ke lagi hebat? menjadi minoriti dalam sebuah masyarakat non muslim. pasti dugaannya lagi hebat!

wallahua'lam.

May 18, 2013

pathos...logos?

salam.

hew. salam satu agama terlalu panjang pulak nampaknya. so mulai sekarang nak taip salam jela. huhu.
kepada mereka yang pempuan, saya bukan ajak anda berjabat tangan, tapi memberi salam.

ok lawak busuk.


aku ni memang macam ni. dah berbulan-bulan tak update blawg (sekarang aku eja belog macam ni sebab lagi kewl), pagi nak examlah ada masa nak update. mengada-ngada sungguh.

anyway, taktau betul ke tak tajuk tu.
Biology= bios+logos.
Oncology= oncos+logos.
so Pathology=pathos logos la kot.

bahaha. terlalu malas nak gugel.


Ikat Tali Kasut

ish gilalah dah tahun tiga. when everything starting to get serious. subjek patho, pharmaco, microb, parasite, semuanya susah. and kenapalah kena belajar parasite. kat mesia diorang takyah belajar parasite pun. power gak jadik dokter nanti. hailaaa.

kejap lagi exam patho. killer subject. baca lah setahun pun, nak masuk exam mesti takkan yakin. haish. nebes. mengalahkan orang nak nikah!

dan sedikit sebanyak patho ni antara penentu la jugak samada tahun depan jadik pelajar tahun 4 ataupun tahun 3 lagi. huish nauzubillah. tolonglaaa lepas. tak sanggup nak mengadap patho dua tahun wei!

kepada semua yang exam jugak, tak kisahlah subjek apa, patahkan kaki semua! secara teknikalnya (berbahasa melayu), agak tak beretika jugaklah kalau dokter mematahkan kaki kan. huhu. erm, so, kalau untuk dokter, kita tukar kot.
"rawat kaki...mereka?" bolehlah..

cukuplah kot merepek. baik pegi baca patho kan. huhu.

ibaratnya kita ni nak pegi joging. mula-mula tukar baju, seluar. pastu amik kasut. pastu ikat tali kasut.
ha, kita ni baru di fasa ikat tali kasut. takkan belum apa-apa dah rasa nak mengaku kalah kan. takkan belum joging dan mengah.

so, ikat tali kasut dulu, pegi joging. takkanlah sebab susah nak ikat tali kasut, kita tension, stress, simpan balik kasut, putus asa taknak joging?
huhu.


ok aku merepek lagi. salam.

Mar 11, 2013

Ironi jalan berliku ini

salam alaik.

ah sekali sekala tukar trend. salam satu agama macam dah bosan pakai. huhu.


selalu kita dengar orang yang dalam tarbiyyah, menggunakan ayat-ayat macam ni,

"perjuangan memang berliku.biasalah kalau diuji"

"ana kadang-kadang tak faham macamana mereka tak masih tak faham. kita doa jelah supaya mereka dapat hidayah."

"hoi! kau ni apesal degil sangat! dah kali ke tiga belas aku tegur kan, kaki tu aurat! pakai la stokin! sorry la aku terpaksa marah, kalau cakap elok 12 kali korang tanak dengar. sabar ada batasnya."


ekceli agak kelakar bila aku fikir-fikir balik bermacam jenis ayat yang KITA (ya, aku, kau, diorang semua) pernah guna sepanjang kita 'berdakwah' ni.

ayat tu macam mengaku bahawa kita ni hamba Allah yang lemah, tapi kalau kita perhati betul-betul, secara subtlenya kita dah buat dakwah tu semuanya tentang diri kita.

bukan ke dakwah tu kita lakukan kerana itu tanggungjawab kita pada tuhan?

cuba fikirkan.

1. perjuangan memang berliku. biasalah kalau diuji.

pernah tak terfikir, sebenarnya perjuangan kita berliku - mungkin kita tegur orang, orang tak terima. mungkin kita nak tegur, tapi asyik ada je yang menghalang. mungkin kita cuba sedaya upaya nak bina biah solehah, tapi ada je orang yang tak senang dengan usaha kita, ataupun kita rasa buat benda betul dah, tapi ada je yang mengganggu - feel free nak pilih yang mana satu, kita meletakkan semuanya pada ORANG.

orang tu menghalang, orang tu taknak dengar kita tegur, orang tu tegur kasar sangat, orang tu taknak terima pandangan kita.

tetapi kita lupa ini adalah komunikasi dua pihak. ya, ORANG itu dan, anda sendiri!

buruk fi'ilnya kita dalam berdakwah, kita meletakkan segala kegagalan adalah kerana orang lain. pernah tak kita terfikir yang mungkin, masalah-masalah yang kita hadapi ni berpunca dari diri kita?
contoh mudah, selepas kita tegur seseorang, ada tak kita solat taubat supaya dosa kita diampuni, dan solat hajat supaya orang tu dapat hidayah?
contoh lagi satu, kita pungpang pasal ukhuwah, bersatu, tapi bila kita berselisih pendapat, sampai bertembung pun tak jawab salam dah!

sungguh ironi. dan aku dah rasa dua-dua contoh ni.

perjuangan berliku? Pfft. oh, please. usaha kita tara mana nak banding dengan nabi. orang tak dengar pendapat je pun, dah berliku. seriously.
entah-entah liku dalam perjuangan kita tu sebenarnya bukan dugaan dari Allah, tapi dari dosa dan khilaf kita sendiri. jadi, kita bukan perlu bersabar sebenarnya, lebih tepat lagi, kita harus menyesal dan bertaubat.

begitu jugak dengan amalan-amalan harian yang kadang kita tampak remeh, sedang hakikatnya, itulah asbab hidayat yang paling hampir. who knows?


2. we tend to share our opinion with someone we believe that they're gonna agree with us all the time.

eh betul kan grammar tu. huhu,

ini satu lagi perangai. aku pun sama jugak. kita pelik kenapa orang tu terlalu 'sekular', ataupun kenapa orang tu terlalu jumud berbanding kita dan geng kita. masakan tidak, cara pemikiran mereka dan geng kita berbeza benar.
yang kelakarnya, dua-dua pihak takut nak duduk dalam satu halaqah dan mencari persamaan atau sekurang-kurangnya jalan tengah yang sesuai untuk semua pihak.
bila mahu berkongsi idea, cepat-cepat lari cari kawan sendiri dan utarakan. kenapa? sebab kita tahu dia akan terima pandangan kita, dan tak rejek. dan sama-sama berfikir, kita nilah yang paling betul!

Astaghfirullah.  mudah sungguh kita prejudis dengan saudara seagama kita hanya kerana kita berbeza fikrah dan pandangan. tak pernah pulak kita cuba dan mendengar pandangan mereka. luls. pathetic kita ni. daie yang pathetic.

3. marah bila menegur.



marah bila ditegur, itu salah, namun biasa terjadi. tapi yang jarang orang muhasabah adalah marah apabila menegur.


kita semua sedar, menegur perlu secara berhikmah. tetapi berhikmah tu terlalu subjektif. ada yang kata tegur kena elok-elok, perlahan, kalau boleh bisik. ada yang kata kalau dah tegur tiga kali, lemak la nak tegur elok-elok. ada yang kata tegur pakai tangan, makan penampor orang tu. ada yang kata dengan kuasa kita boleh tegakkan syariah.

tapi, lembut macamana pun kita tegur, berhikmah mana sekalipun, suatu hari pasti kita hilang sabar dan mulala rasa nak marah. dan rasa marah tu paling susah nak ditahan bila kita tahu, kita betul.
rasa macam jerit sampai terkeluar anak tekak kat muka orang tu, KAU SALAH!
kamon, dude.

sejak bila dakwah is about us? bukan ke kita dakwah kerana Allah? dah tu kenapa kita perlu marah kalau mereka tak dengar? bukan ke tu bermakna kita ada peluang untuk tegur lagi, lagi dan lagi. setiap kali kita tegur, bukan ke kita dapat pahala?

mungkin ada yang kata, kita marah sebab kita sayang dia (yang ditegur) kerana Allah. kita nak dia terima supaya dia tak dimurkai.
well, cuba fikir. kalau selama ni kita cakap baik-baik pun dia taknak dengar, how's that possible that dia akan dengar kita kalau kita tengking? ini sungguh menggeletek tulang marrow aku, seriusly.

nabi membawa dakwah dengan kasih sayang. nabi membawa akhlak yang baik dengan menjadi contoh.
jadi jom muhasabah macamana selama ni kita jadi daie, dan kita cuba sedaya upaya contohi nabi.
sekarang demam cinta nabi tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
dan sunnah paling gempak dan stailo sekali adalah bila kita mewarisi perjuangan nabi, dengan mencontohi akhlak nabi.

wallahua'lam.

Feb 12, 2013

The Dhuha

salam satu agama.

hai anak-anak.
kenapa, kenapalah di ambang test makin dekat, barulah rasa nak hapdet blog bagai. kenapaaaa.

oh ya. ada wajah baru pada belog. dan ayat yang poyo. don't give up, bro. heheh.
ekceli ayat tu lebih merujuk kepada tuan empunya belog sebab seringkali je belakangan ni, rasa down, rasa putus asa bagai.

kalau dirujuk-rujuk balik, tu semua masalah hati. mana tak, dah lama tak lepak lama-lama dengan syeikh. pastu kerja membahan orang tak sudah. haih.

haritu masa kat sinai, cantik je Haziq Aiman bagi tazkirah pasal surah Ad-Dhuha.
Haziq pula memetik daripada tazkirah ringkas oleh... (lupa sebab masa tu mengantuk dan nerbes)

Surah Ad-Dhuha

dikatakan surah ad-dhuha diturunkan setelah satu tempoh yang agak lama, tiada wahyu dari Allah kepada junjungan besar nabi muhammad. dan ini membuatkan Rasulullah gundah gulana, tak senang duduk.

eh,eh. terasanya saya. tu ha quran depan mata. punyalah pemalas nak baca. nabi tak terima wahyu, rasa macam tak tak aman hidup.

Allah benci ke?
Allah dah lupakan ke?
Allah tak mahu dia jadi rasul lagi ke?

akhirnya turunlah surah ad-dhuha, melegakan hati yang resah gelisah itu.

"(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik)."

dan ingat, al-quran bukannya turun kepada rasul semata.
waktu kita rasa lonely, waktu kita rasa kesunyian, eh samalah tu, waktu kita rasa nak putus asa, taktau nak harap kat sapa, kita lupa.
Allah ada.

bila kita terjatuh, bukan bermaksud Allah dah lupakan kita. bila kita rasa lemah, bermakna Allah mahu kita berusaha lagi. berdoa lagi. tawakal sungguh-sungguh kali ni.

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. 

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? 

Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? 

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

ya, kita terlupa. bukan ke satu masa dulu, kita pernah rasa susah? dan apa pengakhirannya?
Hikmah.

macam tu jugak sekarang. setiap yang susah, diiringi yang senang. itu janji Allah.

  Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. 

Alhamdulillah harini masih bernafas.
Alhamdulillah harini masih Islam.
Alhamdulillah harini masih ada internet, masih ada makanan, masih ada masa untuk belajar.

ada satu kisah, seorang pemuda berjalan dengan kepala berbalut. dia berjumpa sorang alim, dan ditempelak,
"celaka kau wahai pemuda! setiap hari kau diberi nikmat, tak pernah kau zahirkan, tapi hari ini kau diuji dengan sedikit sakit di kepala, kau tayangkan pada mata masyarakat."

ekceli kisahnya bukanlah betul-betul macam tu. tapi poinnya lebih kuranglah.
pernah ke kita ajak member bersyukur sebab harini kita dapat ke kuliah, belajar?
hurmm ragu-ragu di situ. selalunya (aku, terutamanya),
"malasnyaaa pergi kuliah. why, why??!!"
ceit tak reti bersyukur punya manusia!


manusia mudah lupa. itu betul. maka manusia perlukan peringatan. jangan risau, Allah selalu beri kita peringatan.
tapi manusia yang bijak akan ambil peringatan itu dan ingat sampai mati.
manusia yang kurang bijak, dah terhantuk tiga belas kali baru nak terngadah.
manusia paling sengal adalah yang dah terhantuk banyak kali, tak sedar-sedar jugak. nauzubillah.

persoalannya, kita kategori mana?


awesome, kan?

 felamakk salji!

 
 muka sungguh serabai. dan, er, chubby.


"memang semua orang jatuh, yang membezakan kita adalah kita bangun atau tidak lepas jatuh"
aku bajet wise. hahaha.


Dhuha. waktu tu matahari mulai meninggi. petanda jelas bahawa hari baru sudah tiba.
petanda jelas bahawa peluang baru menjelma tiba.

wassalam.

wait.


hahaha~

Jan 20, 2013

makan dalam

salam satu agama.


"We've been living our life all wrong.

We perform salat because we need to, not because we want to. We read the Quran when we have the time, instead of making times to read one. We rarely do dzikir. And we seek knowledge for the underlying advantage of having the knowledge, instead of lillahi taala.

Our faith ain't that strong, yet we got unsatisfied whenever our prayers aren't answered. We gave too little yet asked too much. That's wrong. It supposedly be the other way around.

Simply ask yourself; in the relationship between oneself and Allah, WHO, is the God?"


 oh ya ni meme 'right in the childhood'
tak. aku nak guna untuk makan dalam.


semua tu aku kopi-pes dari fesbuk matltuhf.. er,naqi. ekceli penah dah baca kat blog beliau. dan nampaknya masih lagi sentap walaupun dibaca berulang-ulang kali.
mengapakah?

sebab ayat tu basically menceritakan sikap seorang muslim jaman sekarang!
termasuklah.. termasuklah aku jugak. T______T

SOLAT 

kenapa kita solat? adakah sebab kita nak solat? sebab solat tu wajib? agak-agak kalau solat tu tak wajib, kita buat ke? nah, tu soalan yang mudah untuk dicari jawapannya.
1. jaga tak kita solat jemaah? kalau diajak baru nak solat jemaah, maknanya kita ni suka solat sekadar nak lepas tanggungjawab. ibaratnya, bila dijemput jumpa raja, kita takda rasa seronok, takda rasa berdebar, tapi pergi tu sebab "alah raja panggillah, takkan tanak pi pulak." takdak logika.
tapi tu kalau raja. ni raja segala raja. Yang Maha Menguasai. and yet kita nak 'jumpa' pun ala kadar je. bermalas-malasan.


2. bersemangat tak kita kalau nak solat?
 

إِنَّ المُنٰفِقينَ يُخٰدِعونَ اللَّهَ وَهُوَ خٰدِعُهُم وَإِذا قاموا إِلَى الصَّلوٰةِ قاموا كُسالىٰ يُراءونَ النّاسَ وَلا يَذكُرونَ اللَّهَ إِلّا قَليلًا  

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).  "




ha nah makan dalam lagi. persoalannya, malas tak kita bila nak berdiri untuk solat? ingat ke tuhan? sure,ingat, tetapi sedikit!

3. itu kalau solat wajib. kita tengok pulak, kalau solat sunat, macam solat qabliyah, ba'diyah, rajin tak kita solat? rela hati tak kita buat?
kalau terjaga malam-malam, kita pilih untuk online dulu ke, tidur balik ke, study ke, solat tahajjud?
ha, jawab sendiri.

nabi sampai bengkak-bengkak kaki solat, sebagai tanda syukur pada Allah. bukan sebab tanggungjawab, bukan sebab baginda nabi, bukan sebab rasa terbeban. Allahu Allah.
kita, mengaku je umat nabi, tapi haram tak ikut pun perangai nabi.


BACA QURAN

aku sebagai student medik ni sangatlah terasa. kononnya sibuk sangat, banyak sangat nak kena belajar, banyak kerja persatuan bagai, maka kadang-kadang tak sempat nak baca quran. tak pun cuba curik-curik masa baca quran.
itu masalahnya. kita baca quran kalau ada masa. eh, tu ayat Allah ke, ayat kita?
bukan patutnya kita ke yang carik masa khusus untuk baca quran, macam benda-benda lain yang kita anggap penting dalam kehidupan kita?
ni tak, antara masa nak basuh baju, masak, tunggu air mendidih, eh boleh baca quran kejap, maka bacalah dua page. halah. masa untuk basuh baju ada, masak ada, study ada (tu kira ok lagi la), main game pun ada! untuk baca quran, kita main selit-selit gitu je. apa kes?
astaghfirullah. astaghfirullah.

ZIKIR

ha, yang ni sedap nak cerita pakai gambar.

(struggle buat chart) ha ok siap!


ni contoh chart banyak mana kita zikir dan selawat minggu ni. ahha, sungguh seronok pakai chart ni sebab sekarang musim exam.

pada hari jumaat, kita selawat, zikir, tapi ya, bolehlah jugak. masih boleh diperbaiki, orang kata.
tapi tengok pada 19/1, 21/1, 23/1,dengan 24/1. ni semua tarikh-tarikh exam. 
get it? bila dah dalam dewan exam, zikirnya panjang, selawatnya banyak. hari yang takda exam macam lupa pulak tuhan tu sentiasa ada, bukan kat mekah je, bukan kat dalam dewan exam je.


BELAJAR

belajar lagi la obvious. kalau kata belajar kerana ilmu tu takpe lagi, masalahnya kita ni jelas-jelas belajar sebab nak exam. hadui. paling tak pun, belajar sebab nak dapat biasiswa, sebab nak dapat kerja, sebab nampak cool (ni tipu), sebab takde apa nak buat, sebab exam dah dekat.
wait, mana sebab lillahi ta'ala?
ups.

and yet we manage to be ungrateful. eh jap, betul ke grammar aku ni? ah, dapat la poin dia kan.
bila berdoa, kalau tak makbul tu, amboih merajuk dengan tuhan kononnya. terus putus asa. cuba kalau tuhan putus asa, malas layan kita. agak-agak bernafas lagi ke kita ni?

cuba belajar menjadi hamba yang bersyukur. belajar jadi hamba yang ikhlas dalam beribadat. yang meluangkan masa untuk rohani, bukan sekadar untuk duniawi. instead of sebelum tidur cek fesbuk, bukan ke lagi bagus baca quran, baca doa, muhasabah dosa-dosa kita hari ni?

huih, aku ni cakap lebat sungguh. bukan, peringatan ni untuk aku jugak. mujurlah ada kawan-kawan yang selalu tegur, selalu bagi peringatan kat fesbuk. tu la gunanya kawan. bukan waktu gelak je sama-sama gelak. waktu bangang, sama-sama bangang. banyak lagi peranan kawan. bila nak masuk gaung kejahilan, kita ingatkan, kita papah bawa ke lembah cahaya. eh. menda tah aku merepek ni.

selamat menjadi hamba dari golongan yang sedikit!


...Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.(Saba', ayat 13)


salam maulidurrasul. nah ambik ni.

wallahua'lam.

Jan 6, 2013

one should not.

one should not be alone.
one should not feel like he's alone.
one should no be 'one'.

everybody needs help.
even superman. even batman needs catwoman.

one should have sense of responsibilities.
one should not leave their friends bearing all responsibilities all by him/herselves.

one should care about their friends.
if not, then there's nobody gonna care about you.

stop being so selfish,
stop being a jerk.
stop blaming people,
and start doing your work.

one should not be alone.
one should not feel lonely.
and one should not be 'one'.


salam satu agama.
and, pardon my english.

Jan 1, 2013

Yang Paling Lama

Salam satu agama.


tidur paling lama adalah malam ni.
berak yang paling lama adalah berak sejam lepas ni.

...

orang-orang yang selalu baca blog ni pastinya paham aku ni jenis suka tulis tajuk yang tak catchy langsung, pastu pelik dan sungguh takda irama yang menyebabkan orang rasa nak keliks dan baca.

entahlah. dah trend kan. tradisi kan kena dipelihara. ekeke.

Tahun 2012

Tahun ini saya belajar sungguh banyak benda. dan bukan ke belajar tu benda yang paling bes sebenarnya?
tahun ni jugak macam biasa, diri sendiri akan di 'push' sampai exhausted. Ha dan nak senaraikan jugaklah apa hasil-hasilnya kan. hehe.

1. Kopi-Ah.

 aku tak pasti bilalah agaknya aku akan dapat royalti. haha.

Seriously, sampai sekarang aku masih tak faham macamana Lejen Press sanggup terima manuskrip aku, yang sungguh berbeza genrenya berbanding dengan buku-buku mereka yang lain.
aku sendiri baca pun malu. even mak aku baca pun tak komen pape. mak aku ni pembaca novel yang tegar, jadi komen beliau biasanya bernas dan tepat. tapi dia tak komen langung pasal buku aku. baguslah, aku takut jugak sebenarnya, almaklumlah, amatur. hehe.

dan masuk tahun 2013 nanti, insyaAllah akan ada cetakan kedua, dengan wajah baru katanya. mungkin la.

tak sangka, ada jugak orang beli rupanya. huhu.

so den nak ucap ribuan terima kasih buat yang sudi membeli juga membaca, menghargai malah memberi sokongan atas karya picisan ni. siries terharu.


2. Ukhuwah Tak Hangus.



Bosan ah. tak habis-habis dibanggakan pasal UTH tu.
tak. aku bukan berniat nak bangga. video tu bukan bes mana pun. gambar pun biasa-biasa je. takdela fokus bagai kan. nak lawan Tomato, contohnya, memang langit dengan bumi. kitorang umpama taik hidung je. huh.
tapi ini adalah pertama kali sebenarnya aku buat super short movie macam tu. kalau sebelum-sebelum ni, kat sekolah, adalah jugak, tapi itu pun untuk batch aku je. tak universal mesejnya.
pengalaman ni buat aku rasa nak buat lagi dan lagi. and I'm looking for my perfect team, yang ada taste yang sama, pandangan yang sama, dan komitmen yang sama. Zaujah? eh, bukan.

untuk 2013, nantikan sambungan kedua ye. hehe. bajet. harap-harapnya siaplah~



3. Siswa AQ

ini adalah satu pengalaman yang banyak membuka minda aku sebenarnya. pertama, memegang satu amanah yang sebenarnya pundak aku tak mampu nak bawak, tapi dibantu oleh kengkawan yang lain supaya aku dapat pikul hingga ke akhir.
aku rasa akulah exco dakwah yang paling tak sikoh, paling merepek, dan paling bangsa. erk.
aku tak tahulah berapa ramai yang dah pandang slek kat aku. haha. tapi aku tak kisah!

bekerja dalam satu-satu organisasi, mesra bagai keluarga, di luar alam persekolahan, pengalamannya lain. perit pedih tanggung sama-sama. suka duka sama-sama kongsi. serius macam keluarga. bila ada masa free, qiam sama-sama. erm, mungkin kadang-kadang jadik 'subuh perdana' sama-sama. hehe.

dan under siswa aq ni jugak kami ke Sinai. walaupun tak semua dapat join, tapi majoriti daripada kami sama-sama enjoy pergi sana. penat, ya, penat. tapi pengalaman tu, pergh cakap kau.
balik tu masing-masing trauma masuk dapur seminggu. literally.

dan dalam masa ni jugak aku belajar banyak benda dalam kepimpinan. jadik ajk tu, ajk ni, pastu memang haram laa tak belajar. tapi kelas aku jagalah. haha. entah macamana boleh lepas exam haritu, aku pun taktau.

4. Krisis Exam

bila bajet bizi dengan persatuan sampai belajar pun terabai, ha maka kesannya, dur thanilah.
walaupun hampir semua paper aku menangis, terutama biochemistry dengan physiology yang haram susahnya, tapi yang kantoi psychology. tu siap pegi tusyen tu! halaaaah.
tapi nak buat macamana. rezeki kan. redha jelah. kawan-kawan lain lagi kesian.
maka aku pun pasrahlah beli tiket bertarikh LEPAS dur thani. dah la tu paper last. siot sungguh.
benarlah penantian itu satu penyeksaan. tambah pulak penantian taim seif. sauna dah bilik aku tu. cuma yang pelik, tak jugak kurus-kurus. humph.
sekali tetiba HOD recheck semua orang punya paper! huk aloh. lulus. siap naikkan markah total jadik JJ lagi. what? what is dis? lucid dream?

alhamdulillah. walaupun panas sebab tiket dah terbeli kelaut jauhnya, tapi alhamdulillah. ada la pengalaman raya sini, which was sangat bosan. ada pengalaman buat sate. ha, walaupun tak power sangat, tapi bolehlaa. hehe.
dan yang paling kena bersyukur, aku tak payah dur thani. alhamdulillah.

pastu bengkel penulisan, nasyid, ma'rad, blablabla. banyak bebeno.

dah laa. malas la nak sambung. entri ni bosan sangat dah ni. oke, kita tukar topik pulak.

nak melangkah ke 2013, sikit lagi ni.
molek sungguh kita muhasabah balik setahun kebangangan kita, eh kasar sungguh bunyinya. tukar, tukar.
kita muhasabah semula segala kekhilafan kita, kita satu persatu, dan istighfar untuk setiap satu.
setiap dari kita tidak akan terlepas dari satu kesalahan. jangan akhiri tahun ini tanpa satu penutup yang baik. tutup dengan istighfar, cantik jugak bunyinya tu.

nak berenang ke 2013, ni, gerun. kita ni dah perbaiki diri sampai mana? ke, selama 2012 ni, kita makin jahanam je? tengok kawan-kawan ramai yang dah mula matang, berfikir jauh, perbualan-perbualan dibincang seputar isu semasa, ilmu, jemaah, ummah, dan kahwin. ya, kawin. masing-masing dah mula memikirkan pasal kawin, dan ada jugak yang dah mencarik-carik.
wui, gerun weh. lek luuu.
tapi betul, membezakan perbualan kami waktu pasca spm, dengan sekarang, jauh yang amat. dulu bincang benda yang sungguh tak membawa manfaat. eee geli aku. sekarang alhamdulillah, tutur kata sentiasa dijaga (diorangla, aku macam ni jugak), dan berfikir soal yang serius.
mantap! moga thabat beginilah.

so, apa azam tahun baru kita ni?
den dah ada. ehem. ehem. baca ye.

-cuba merealisasikan sifar mencarut pada tahun 2014. kiranya 2013 bina base dulu. hehe.
-selesaikan semuaa kerja yang tertangguh. banyak weh. tanak cakap. malu.
-baca buku sekurang-kurangnya 20. tolonglah. 20 je. tolonglaaa cukup.
-tulis manuskrip lengkap sekurang-kurangnya 2. InsyaAllah. dengan UTH, ofkosss.
-lebih kerap mengingati Allah, juga rasul-Nya. tidak lupa ibu bapa di sanaaaaa (mesia).
-arab mantap macam faiz azlan. eh.

tahun depan jugak dah makin jauh dengan nombor 20. demmit. tuanya diri ini.
but wait. fayyad 26. sheet of paper. tua gila. tapi muka macam baru spm.

dahla. lupa sebenarnya tujuan asal aku bukak blogger harini. tetiba terkarang pasal 2012. ahah.
hoke hoke.
kita tinggalkan 2012 dengan senyuman rindu, kerana dia berlalu tiada kan kembali lagi. 2013 nantikan datang membawa sejuta peluang yang baru. hargai semuanya, bagai setiap hari adalah hari terakhir kita di dunia.

wallahua'lam.


poster sudah ohsem. jadi kami sungguh legit. program pasti juga osem, insyaAllah.
pakat mai siniii. Zaagazig menantiii~