Pages

Aug 23, 2012

Rindulah kononnya

salam satu agama.


selamat hari raya aidilfitri semua.
semoga Allah menerima amalan kita semasa di bulan ramadhan. itu yang penting. itu kemenangan yang kita nak raikan pada hari yang kita katakan hari kemenangan ni.

dah raya keempat baru nak hapdet blog, baru nak ucap selamat hari raya. haha. rileks.mesia kan rayanya sebulan.

ha pilih-pilih! calon menantu! yang tengah tu dah berpunya, jangan pilih. huhu

Menang tak kita?

suka nak bawak persoalan ni. nak sambut hari kemenangan katanya. maka kita cuba koreksi diri, menang ke kita ni? adakah amalan dalam bulan ramadhan konsisten dilakukan bila kita 'keluar' dari ramadhan?
haa. haha. pedih kan soalan ni. dengan aku-aku sekali makan dalam.
sebab den pun sama gak.

dulu masa bulan ramadhan kemain baca quran sehari sejuzuk. kalau dah hujung-hujung ramadhan, berkejar-kejaran la nak carik lailatul qadar. berkejaran nak khatamkan quran. tajwid pun entah ke mana.
kawan aku lagi semat. cari lailatul qadar dari awal, bila dah 10 malam terakhir rehat la. dah 20 malam kan carik. haha. sengal tu namanya.

konon-konon masa Ramadhan nak habis, rindunyaa. janganlah pergi. staylah ramadhan. puih! lepas ramadhan takde, teruih jadik member setan. malam raya tu kemain mencarut, kemain bahan orang (aduh terasaa). pastu tuding jari salahkan setan. baguih betul.

anda betul rindu ramadhan? ha, apo laie, mula la puasa enam! mula la baca quran! ingat, kita hamba Allah, bukan hamba ramadhan.
kalau masa bulan ramadhan boleh habiskan quran sebulan, maka di luar ramadhan cuba lakukan perkara yang sama.
kalau dalam bulan ramadhan solat terjaga, kenapa masuk syawal dah tinggal solat?
kalau dalam bulan ramadhan kita kurangkan mencarut dan perkataan-perkataan lagha, maka di luar ramadhan juga kita patut cuba jaga.

beramal dalam bulan ramadhan banyak-banyak bukan hebat, tapi klise.
kalau anda dapat amalkan pula amalan yang sama banyak selepas keluar dari ramadhan, maka anda layak dapat tabik spring!


ok dah. selesai peringatan yang memaku diri sendiri.
nak share jugaklah suasana syawal kat sini kan. hehe.


Solat Raya

subuh pukul 4. kalau boleh, pukul 5 tu la jugak nak solat. gila ape. matahari pun tido lagi. so kitorang tekad nak pegi lambat sikit. sampai la dalam 5.30. ele poyo je. mana solat lagi.

suasana solat diorang sangat kelam kabut. dah la saf simpang siur, bersepah-sepah lak tu yang memekak kat sekeliling. solat kat stadium, dan penuh. bayang la ramai mana kan.
pastu taim-taim macam nilah boleh jumpa arab batak. "dul siniy" (diorang cina). sepet sangat ke mata aku. tak jugak. nak kata mata fayad sepet, erm, mungkin la sikit. haha. tapi muke fayad punyela korea, dia kata cina. buta warna betul.

lepas solat (hati redha gila walaupun solat tak rapat, saf simpang siur), duduk la dengar khutbah kan. arab ni best betei. diorang pun yakin je bangun blah. muahahaha gelak-gelak, bising-bising merata-rata. aku ni punyala baik nak duduk hormat khutbah walaupun haram tak paham, diorang yang paham lak tanak dengar. sumpah cakap, kalau macam ni la perangai depa, tukar la pemimpin dua belas kali pun, Islam takkan menang gak. benda-benda simpel pun taknak jaga.

Suasana Raya


yeay raya!

raya? what raya? ha ibaratnya macam tulah. takda suasana langsung. balik solat, pegi basuh kereta bagai. kedai semua bukak. ha yang tu baguih. senang nak beli barang. hehe.
suasana raya kat mesir (zagazig khususnya) bergantung kepada banyak mana openhaus yang ada. ada banyak, meriah la. sikit, haremla.

raya first sempat pegi rumah gargil, dengan rumah faiz. pueh ati dua-dua terer masak. takyah jadik dokter la. buka restoran lagi korang kaya. siyesss.

 bantai kuih raya dulu!

sate dan bakso.

malam tu bakar sate. oh ye. malam raya kitorang siapkan sate untuk pot luck yang kitorang nak buat raya kedua.

malam nilah sate kami berjaya (walaupun taklah sedap macam samuri tapi bolehlaa) dan nasi himpit sendiri. terima kasih kepada semua cekgu yang mengajar kami.

hasilnya, raya kedua kami, alhamdulillah, meriahlah sikit berbanding semalamnya.
ada macam-macam lauk. nak muntah makan, banyak sangat.
pulut kuning, rendang, sambal tumis, lontong, nasi impit (nama glemer keputat), sate, agar-agar, kuah kacang, puding roti, kek, kuih raya, ahhh penat nak taip semua! tapi banyak la. orang yang datang pun alhamdulillah la ramai. terubat sikit rindu raya mesia. hehe.


 keputat sebelum rebuih

 kuih raya 'telur rebus' farisha yang enak

 sate kitorang dan kuah kacang

keputat dah siap!


tu jela kot nak cerita. den balik lambat lagi. ada la lagi 2 minggu kot. haish risau nak balik gemuk-gemuk ni. kompem kena sound dengan mak ni. haha.

ok. doakan kami balik mesia segera dan selamat ye!
dan doakan jugak untuk kengkawan yang nak exam mulai esok. korang boleh punya.
hehe. tu je.

wassalam.
kullu sanah wentu bikheir.

Aug 8, 2012

Zalim pada Ramadhan

salam satu agama.






perjalanan berbuka hari ni pelik. dugaan yang unexpected. tidak. taklah sampai putus kaki ke ape. taklah kena bom tiba-tiba macam saudara kita di Palestin seberang sana.
kononnya nak makan di restoran, tapi masing-masing gerak lambat. memang confirmlah penuh kan. lalu ikhtiar mati. nak carik restoran celah mana pulak yg tak penuh lagi kat area mahattah tu? nak pergi maidah rahman pun confirm penuh.

maka pasrah. satu usrah duduk tepi jalan, layan air tembikai, air jagung. sorang satu plastik. kembung tak kembung perut, bayang.

pelan makan berjemaah tak mati di situ. usai maghrib, kami terus ke pizza iskandariah. sesak. masih banyak meja yang belum mendapat order. kami putuskan untuk tukar lagi.
ke Max Food pulak, nama baru bagi restoran Zinger.
kat sini masalah lagi. ekon tutup pulak. halah dugaan nak makannya. maka kami pasrah dan order.

kami habis makan waktu azan isyak usai dikumandangkan. aku ke masjid Fattah, yang lain bergegas pulang ke Salam.


sebelum solat mak SMS, "jangan tinggal solat terawih, banyakkan baca quran, solat sunat bertaubat dan munajat kepada Allah"

kelakar, pesan yang biasa-biasa ini sebenarnya agak susah untuk dipenuhi. sedang ini dalam bulan ramadhan. bulan yang katanya tiada setan.

***

Solat terawih sebenarnya solat yang santai. walaupun waktu isyak dan tarawih di Mesir menyaksikan masih ada lagi kemeriahan di jalan-jalan, aku bersangka baik bahawa mereka tetap tidak akan tinggal solat tarawih.
mungkin solat tarawih mereka bukan berjemaah. ya, benar solat berjemaah lebih baik dari dilakukan berseorangan.
persoalan yang ingin aku timbulkan sekarang adalah solat atau tidak.

berbeza dengan di Malaysia. aku belum cukup yakin untuk bersangka baik anak-anak muda, juga mereka-mereka yang tua di pasar, di bazar Ramadhan, bahawa mereka melaksanakan solat tarawih. lagi teruk kalau ada yang terlepas solat isyak!

terlalu sibuk (mementingkan) perkara-perkara lain, terlalu mencari rezeki yang datangnya juga dari Allah (ironi sungguh), sehingga terlupa peluang besar di bulan Ramadhan itu sendiri, ialah peluang untuk solat tarawih.

kalau di Mesir, aku yakin bahawa mereka jelas bahawa solat ini adalah solat yang santai. mereka ada satu malam untuk melaksanakan kesemua 8 rakaat (atau 20.) maka mereka rileks, malah ramai yang keluar dari masjid untuk menyelesaikan kerja mereka yang lain, kerana biar di masjid atau tidak, solat tarawih itu pasti akan dilaksanakan.

 berbeza dengan kita. kalau boleh biar habis 8 rakaat, dah, baki-baki malam ini bolehlah ktia layan movie!
dan andai kata terlepas solat tarawih di masjid, maka tiadalah solat tarawih pada hari itu. terlalu liat untuk solat di rumah.


Peluang

persoalan peluang ini aku rasa, rakyat mesir yang kurang bertamadun ini lebih berjaya dari kita.
mereka ketinggalan dalam dunia, dari berbagai aspek- kebersihan, pemikiran, budaya, kerajinan dn sebagainya.
tetapi peluang yang mereka gapai dalam bulan ramadhan sangat menakjubkan.
kemana saja dengan al-quran, atau setidak-tidaknya mereka mendengar bacaan al-quran dikumandangkan.
tasbih sentiasa di tangan.
rajin pula bersedekah, dengan memberi makanan kepada yang belajar, juga untuk orang susah.
di kala kita sering merengek dengan bekalan api yang sering terputus, dan cuaca yang maha panas, mereka fokus pada perkara yang sepatutnya.
adakah kita zalim kepada ramadhan?
for sure mereka tidak.

kita bagaimana? sering terlepas pandang bahawa ramadhan ini satu peluang. peluang untuk kita baiki diri, peluang untuk kita menambah amalan, juga ramadhan sebenarnya adalah batu loncatan untuk menjadi muslim yang lebih baik setelah kita 'graduan' nanti. seringkali kita terlepas pandang yang ini.
maka, saya mengingatkan di kala saya tidak terlupa. nanti kelak saya terlupa, sila ingat-ingatkan semula.




dalam rakaat terakhir tarawih tadi, imam menamatkan malam ini dengan halaman terakhir juzu' lima, dari surah An-Nisa'.

aku tersentak di saat ayat ini dibacakan, yang mafhumnya begini,


"Sesungguhnya orang munafiq itu hendak menipu Allah, sebaliknya Allah yang memperdaya mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka lakukan dengan malas, hanya sekadar supaya manusia melihat mereka. dan mereka tidak mengingati Allah kecuali sedikit."


seriously rasa macam munafiq gila bila dengar ayat ni.
sungguh hati sering rasa malas untuk bangun solat.
tapi kalau tak bangun, orang kata apa pula.
sungguh, tidaklah kita khusyuk di dalam solat. ingatkah kita pada Tuhan yang kita sembah itu? mungkin, tetapi sedikit cuma!

di mana posisi kita di sisi tuhan sekarang?
Allahu rabbi.

maka, jadikan ramadhan yang masih tersisa ini berharga!


bertatih di bulan ramadhan

Aug 6, 2012

tanggung dan jawab

salam satu agama.


bosan en intro tu? macam dah lapuk lak rasa. huhu. nak tukar, takdak idea laks.

anyway~

hah dah masuk nuzul quran.
tapi den belum beridea nak cakap ape pasal nuzul quran. kalau nak cakap benda-benda tipikal, baik korang google je. belambak.
okeh tapi ada satu persoalan yang sungguh naiss untuk dipesan before kita masuk main topic.

"kita marah orang hina quran, kita ni baca quran tak? berapa kali sangat sehari? faham tak maknanya?"

ouch. sebenarnya soalan ini makan tuan jugak. ouch.


ok habis.
tanggungjawab.
literal gila makna frasa ni. maksudnya sesuatu yang awak tanggung dan awak akan jawab di akhirat kelak.
contohnya tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
awak perlu menanggung beban sebagai seorang pelajar, dan tanggung title pelajar itu sendiri.
kelak di akhirat, awoklah yang kena jawab adakah sempurna tanggungjawab yang dipegang itu?

selepas menengok kembali makna tanggungjawab tu rasa macam, whoa, banyaknya tanggungjawab yang entah boleh jawab ke idak kat akhirat nanti!


macam ranting ni jugak. pakcik yang tanggung dan pakcik 
yang jawab dengan kastam kang.
luls.



jom listkan!

Sebagai hamba Allah
mak aih. takut nak fikir betapa belambaknya. huh.

Sebagai umat nabi
-berdakwah tak kita hari-hari?
macam tak


-ikut dak sunnah dan pesanan nabi?
not everything. in fact, maybe we don't follow almost everything, except the one which will bring pleasure to ourselves!


-ingat tak kat nabi?
tidak setiap masa. Allah~


Sebagai pelajar
saya lagi banyak main dan poyo bizi dari stadi. sekian.

Tanggungjawab kat diri sendiri?
saya malas nak ketip kuku walaupun dah panjang. luls lagi.

Sebagai anak
takut nak cakap. takut mak baca. huhu.


see? belungguk tanggungan kita yang mungkin tak terjawab di akhirat kelak.
dah namanya pun awak tanggung dan awak jawab, maka kita kenalah pandang perkara ni serius. dan setiap yang kita lakukan akan dipersoalkan kelak.

contoh paling simpel:
awak ada fesbuk. awak boleh letak benda-benda baguih, instead awak letak benda-benda yang kurang bermanfaat. (saya sekali. angkat tangan awal-awal.)
persoalannya sekarang, nanti bila ditanya kelak, sanggup ke nak jawab kita update status macam tu sebab kita bosan?

apabila add kawan baru kat fesbuk, maka bertambah sebenarnya tanggungjawab anda terhadap mereka. cubalah hang femes, kawan lima belas ratus, pastu hang update benda-benda takda pekdah, maka, lima belas ratus kenalan anda berjayalah tengok benda takdak pekdah tu.
kalau kita tukar letak benda nasihat sikit ke, makanya, lima belas ratus rakan anda akan baca. nak taknak lima belas terkesan. sekali update status, lima belas orang terkesan. pastu diorang share pulak.
pergh MLM.

ok dah malas taip panjang. kang mampus kena tanya kat akhirat. huhu.
tanggungjawab terhadap nasihat adalah melaksanakannya.
tanggungjawab kepada al-quran adalah membaca dan memahaminya.
tanggungjawab kepada blog adalah isikan dengan benda-benda bermanfaat.



salam ramadhan. salam nuzul quran. salam besday saya yang dah lepas.