salam satu agama.
memandangkan pembaca blog ni juga ada yang tak baca blog fikrahislam (padahal blog tu gila femes. ada masalah kot otak korang. kidding) maka den mengambil inisiatif utk meletakkan pos yang sama kat sini.
bagai di hujung tanduk. part 1.
memandangkan pembaca blog ni juga ada yang tak baca blog fikrahislam (padahal blog tu gila femes. ada masalah kot otak korang. kidding) maka den mengambil inisiatif utk meletakkan pos yang sama kat sini.
bagai di hujung tanduk. part 1.
kak faz. macam biasa ye.
(masjid sayyidi ahmad badawi, Tanta)
Peluh memercik. Oh, lupa nak
beritahu. Kipas di kepala sedang berpusing laju! Entah kenapa intik-rintik
peluh mula tampak di dahi. Serasa bagai meremang pula. Lutut pun gemalai. Kalau
tengah berdiri, mahu jatuh juga. Mujur duduk.
Air sejuk dihadapan dihirup
lagi. Bukan haus. Bukan kerana cuaca. Tapi cuak yang menelan rasa sedar hingga
rasa ingin minum lagi dan lagi. Sedang perut sudah kembung. Peluh yang kering
selepas bermain bola tadi mula memercik lagi.
Brader-brader yang
belanja kami ni bukan main hebat segaknya. Bukan main mantap lagaknya. Sut
lengkap dengan briefcase. Aku ingat direct seller tadi. Tapi
celah mana direct seller belanja orang makan?
“Musalman, nak order lagi ke
air?” sapa ‘brader’ yang duduk di sebelahnya tiba-tiba. “Mamak, air lagi satu,”
tanpa diminta, tanpa jawapan satu lagi air dipesan.
“Jadi dik, kenapa tidak beri
Jesus satu peluang?” ah sudah. Dia dah main nama Jesus ni. Aku makin duduk tak
betul. Punggung rasa panas. Satu-satu wajah kawan-kawanku ditenung. Juga wajah
aku. Wajah ‘brader-brader’ ni sumpah tenang. Dengan sedikit senyum. Ya, jujur
kata, entah kenapa hati aku bagai terbuka sedikit ruang untuk mendengar dahulu
kata-katanya. “Kenapa tidak,” monolog hatiku.
“Tapi bang, mana boleh. Jesus
itu bukan tuhan kan. Trinity kan mengarut. Macam mana tuhan boleh ada tiga
pulak,” celah kawan aku yang satu ini. Mujurlah ilmunya lebih sedikit dari
kami. Aku ni haram tak tahu apa-apa. Mentelah yang lain. Menganga je dari tadi.
Seorang ‘brader’ tadi senyum.
Bukan macam itulah dik. Konsep trinity
tu bukan tuhan tu ada tiga. Cuma ada tiga jelmaan. Ada dalam bentuk tuhan, ada
dalam bentuk manusia. Bila Dia jadi bentuk manusia, dia akan lebih faham
keperluan manusia. Betul tak?” panjang lebar dia menerangkan. Kami diam. Di
luar sedar aku sendiri angguk perlahan. Eh, aku setuju ke?
Dan ketika itu, seorang lagi
‘brader’ mampir. Mungkin kebetulan dia mendengar dari belakang. Entah bila dia
ada di situ, aku tak tahu. Focus aku betul-betul tertumpu pada perbincangan
kami.
“Assalamualaikum. Boleh join
tak?” sapaannya menarik. ‘Sempoi’. Salah seorang ‘brader’ yang sibuk promote
Jesus ni, bangun dan mempersilakan dia duduk, sementara dia pula cari kerusi
lain untuk dia sendiri duduk. Punya baik! Orang Islam pun aku tak pernah nampak
baik macam tu.
Dia mengambil sedikit masa untuk
memulakan bicara. Ah, ‘sempoi’ is his middle name kot. Kain pelikat,
baju jersi, lepak baca suratkhabar di kedai mamak, dating join. Siapa pulak lah
‘brader’ ni.
“Macam ni. Saya dari tadi dengar
perbualan kalian dengan adik-adik ni. Saya kesian pulak tengok muka
masing-masing dah pucat. Boleh kan saya mencelah ni?” dia meminta izin dahulu.
Satu permulaan perbincangan yang sangat diplomatik. Paderi-paderi melayu itu
pun mengangguk. Mereka izinkan.
“Bismillah. Adik-adik jangan
risau. Apa yang mereka bahaskan tadi semuanya hanya bermain pada bahasa. Tidak
terkait langsung dengan akidah adik-adik. Jadi tidak timbul persoalan adakah
adik ini masih Islam. InsyaAllah, adik masih Islam. Betul tak?” soalan diajukan
kepada para paderi bersut lengkap itu. Dan mereka mengangguk tanda mengiyakan.
Eh? Kenapa mereka pun mengiyakan?
Brader sempoi pun menyambung
lagi, “Macam mana cerita dan persoalannya tadi? Boleh ulang balik. Abang lupa
pulak.” Kami saling memandang. Keputusannya adalah, aku si tukang pencerita.
***
Petang itu biasa. Cerah redup. Usai bermain
bola, ketika mahu pulang, ada beberapa ‘brader’ bersut lengkap menghampiri
kami. Mereka mahu belanja minum. Siapa tak mahu kan?
Tapi itu hanya permulaan. Sesudah air dipesan,
mereka memulakan hasutan. Nampak lebih kepada ‘perbincangan’.
“Abang ni suka betul Islam. Cantik, semua
perkara ada susunannya, semua perkara ada aturannya.” Kebetulan sebahagian
daripada kami memang dari sekolah agama. Termasuk aku. Kami jadi sukalah. Islam
kan indah. Kebetulan sebelum mula tadi, dia ada bertanya siapa dari kalangan
kam yang sekolah agama. Salah seorangnya, akulah. jadi, ini mungkin nak bincang
pasal Islam kot.
Mereka menyambung lagi,” adik setuju tak, kalau
solat tak sempurna rukun, tak sah solat tu?” kami angguk.
Dia
bertanya lagi, “betul tak raihan pernah cakap, iman tak dapat diwarisi. Adik
pernah dengar kan nasyid tu?” kami pun mengangguk mengiyakan.
Dia senyum dan bertanya lagi, “adik-adik ni
masuk Islam bila?” kami menjawab dengan agak yakin, “sejak dilahirkanlah bang.
Kami ni Islam keturunan.” Semua menyengih. Paderi yang tidak kami sedari itu
senyum simpul. Terlalu mudah.
“Tapi dik, iman tak dapat diwarisi.” Kami
terdiam. Sengih tadi menghilang. Ada yang tunduk. Ada yang muka berkerut. Aku
sendiri tertanya. Ada betul jugak kan?
Lalu Aiman menjawab, “ah, mudah bang. Kami kan
solat dah banyak kali. Dalam solat ka nada mengucap syahadah. So masa
solat kali pertama tu, kami dah masuk Islam!” puas hati dengan jawapan yang
diberikan oleh diri sendiri. Dia bersandar lagaknya seperti menang.
Paderi itu bertanya lagi, “tadi kita setuju,
kalau solat tak sempurna rukun, tak sah solat. Sekarang abang nak tanya, kamu
tahu ke rukun syahadah?” Muka Aiman yang tadi riang kembali pucat. Timbul persoalan
di benak fikiran. Sudah 15 tahun mengaku Islam, rukun syahadah pun tidak tahu.
“Jadi kalau rukun syahadah tak lengkap, bila
adik-adik masuk Islam?” Khali. Ketika itu kaki pun bagai tidak menjejak tanah.
Sirna semua pancaindera. Peluh mula memercik. Hati tidak keruan. Bila kita
Islam? Aku ni Islam ke?
“Dah tu, kami bukan Islam ke?” terpacul soalan
tersebut dari mulut kawan aku yang seorang lagi. Mahu tidak mahu, hati aku
sedikit bersetuju. Sedang sebahagian lagi hati merasakan terkejut. Seperti
betul pula.
Paderi itu senyum. Perangkap sudah mengena.
No comments:
Post a Comment