Pages

Jan 23, 2012

korang penting gila

salam satu agama.

huh. lama gila tak hapdet.
konon2 bizilah sebab exam. padahal online hari2 tak bizi pulak kan?
kita biarkan persoalan mati di situ.

gemuk tapi hensem

yes. semalam aku exam biochemistry. it's ironic bila subek yg orang bajet senang, tapi bila keluar dewan exam, poker face je. haha! tau pun susah. selama ni aku sorang je kata susah kan. sekarang baru la kita berdiri sama tinggi, kentut sama busuk.

ok aku dah gila.
let's be serious kejap ye.

pada permulaan hari aku nak exam, yakni hari exam physiology, aku rasa macam putus asa kejap. lelah, penat, semua ada! Allah banyaknya nak kena cover untuk exam! pastu aku bukak facebook. dan, dan ketika itu jugak, ada status kawan aku yg kata, "kalau waktu susah, waktu letih, ambil kekuatan dgn baca al-quran."
lebih kuranglah. ya tak ya. baca buku physio banyak sangat. baca quran sekali yok. aku bukak quran. dua page terakhir al-baqarah aku habiskan.
ketika tu rasa macam, Allah nak bagitahu,
"Abrar, Aku tak pernah bebankan kau dengan apa yang kau tak mampu. stay steady."

huh. tutup quran. sambung baca. alhamdulillah, dah dapat sikit kekuatan.


apa yang aku nak sampaikan adalah, kita ni lupa, kekuatan kita adalah Al-Quran, atau lebih tepat, kekuatan kita adalah Dia. kita jarang-jarang minta nasihat dari Dia, macam mana nak tahan hidup kat dunia ni? tell me bro, how?
jadi, rajin-rajinkan baca al-Quran (pesanan untuk den jugak). masa tu lah Allah bagi kita kekuatan, bagi kita nasihat, peringatan untuk hamba yang lemah macam kita ni.enta fahim? mesyi? khallas?
lamma.

ada satu lagi.

itulah pentingnya jugak kawan.
cuba bayang kalau kawan-kawan den semua jahat, ada ke nak nampak nasihat yang sempoi, tak ditujukan pada sapa-sapa tapi dalam masa yang sama memberi manfaat kat orang yang memerlukan?ni asyik-asyik share pasal 9gag (aku le tu) yang tak membina masyarakat. huhu.

jadi, korang memang penting gila. jadilah kawan yang baik. at least status kat facebook tu cuba post benda yang bermanfaat selalu. sekurang-kurangnya kalau orang tengok, baca dan lihat, korang dapat pahala, insyaAllah. kan kan?
dan korang memang penting gila bagi aku. selalu la share benda-benda nasihat. jangan nak share sangat pasa flash mob, nanti den raso nak balik mesia.

lagi satu, selalu-selalulah bagi nasihat. at least kat facebooklah kan. kita tak tahu siapa yang perlukan nasihat tu, tapi Allah pasti akan jadikan sesuatu itu bermanfaat untuk hamba-hambaNya.

wallahua'lam.

eee gemuk!

doakan exam den.

Jan 17, 2012

bagai di hujung tanduk

salam satu agama.

memandangkan pembaca blog ni juga ada yang tak baca blog fikrahislam (padahal blog tu gila femes. ada masalah kot otak korang. kidding) maka den mengambil inisiatif utk meletakkan pos yang sama kat sini.


bagai di hujung tanduk. part 1.

kak faz. macam biasa ye.
(masjid sayyidi ahmad badawi, Tanta)



                Peluh memercik. Oh, lupa nak beritahu. Kipas di kepala sedang berpusing laju! Entah kenapa intik-rintik peluh mula tampak di dahi. Serasa bagai meremang pula. Lutut pun gemalai. Kalau tengah berdiri, mahu jatuh juga. Mujur duduk.
                Air sejuk dihadapan dihirup lagi. Bukan haus. Bukan kerana cuaca. Tapi cuak yang menelan rasa sedar hingga rasa ingin minum lagi dan lagi. Sedang perut sudah kembung. Peluh yang kering selepas bermain bola tadi mula memercik lagi.
                Brader-brader yang belanja kami ni bukan main hebat segaknya. Bukan main mantap lagaknya. Sut lengkap dengan briefcase. Aku ingat direct seller tadi. Tapi celah mana direct seller belanja orang makan?
                “Musalman, nak order lagi ke air?” sapa ‘brader’ yang duduk di sebelahnya tiba-tiba. “Mamak, air lagi satu,” tanpa diminta, tanpa jawapan satu lagi air dipesan.
                “Jadi dik, kenapa tidak beri Jesus satu peluang?” ah sudah. Dia dah main nama Jesus ni. Aku makin duduk tak betul. Punggung rasa panas. Satu-satu wajah kawan-kawanku ditenung. Juga wajah aku. Wajah ‘brader-brader’ ni sumpah tenang. Dengan sedikit senyum. Ya, jujur kata, entah kenapa hati aku bagai terbuka sedikit ruang untuk mendengar dahulu kata-katanya. “Kenapa tidak,” monolog hatiku.
                “Tapi bang, mana boleh. Jesus itu bukan tuhan kan. Trinity kan mengarut. Macam mana tuhan boleh ada tiga pulak,” celah kawan aku yang satu ini. Mujurlah ilmunya lebih sedikit dari kami. Aku ni haram tak tahu apa-apa. Mentelah yang lain. Menganga je dari tadi.
                Seorang ‘brader’ tadi senyum. Bukan macam itulah dik.  Konsep trinity tu bukan tuhan tu ada tiga. Cuma ada tiga jelmaan. Ada dalam bentuk tuhan, ada dalam bentuk manusia. Bila Dia jadi bentuk manusia, dia akan lebih faham keperluan manusia. Betul tak?” panjang lebar dia menerangkan. Kami diam. Di luar sedar aku sendiri angguk perlahan. Eh, aku setuju ke?
                Dan ketika itu, seorang lagi ‘brader’ mampir. Mungkin kebetulan dia mendengar dari belakang. Entah bila dia ada di situ, aku tak tahu. Focus aku betul-betul tertumpu pada perbincangan kami.
                “Assalamualaikum. Boleh join tak?” sapaannya menarik. ‘Sempoi’. Salah seorang ‘brader’ yang sibuk promote Jesus ni, bangun dan mempersilakan dia duduk, sementara dia pula cari kerusi lain untuk dia sendiri duduk. Punya baik! Orang Islam pun aku tak pernah nampak baik macam tu.
                Dia mengambil sedikit masa untuk memulakan bicara. Ah, ‘sempoi’ is his middle name kot. Kain pelikat, baju jersi, lepak baca suratkhabar di kedai mamak, dating join. Siapa pulak lah ‘brader’ ni.
                “Macam ni. Saya dari tadi dengar perbualan kalian dengan adik-adik ni. Saya kesian pulak tengok muka masing-masing dah pucat. Boleh kan saya mencelah ni?” dia meminta izin dahulu. Satu permulaan perbincangan yang sangat diplomatik. Paderi-paderi melayu itu pun mengangguk. Mereka izinkan.
                “Bismillah. Adik-adik jangan risau. Apa yang mereka bahaskan tadi semuanya hanya bermain pada bahasa. Tidak terkait langsung dengan akidah adik-adik. Jadi tidak timbul persoalan adakah adik ini masih Islam. InsyaAllah, adik masih Islam. Betul tak?” soalan diajukan kepada para paderi bersut lengkap itu. Dan mereka mengangguk tanda mengiyakan. Eh? Kenapa mereka pun mengiyakan?
                Brader sempoi pun menyambung lagi, “Macam mana cerita dan persoalannya tadi? Boleh ulang balik. Abang lupa pulak.” Kami saling memandang. Keputusannya adalah, aku si tukang pencerita.

***

Petang itu biasa. Cerah redup. Usai bermain bola, ketika mahu pulang, ada beberapa ‘brader’ bersut lengkap menghampiri kami. Mereka mahu belanja minum. Siapa tak mahu kan?
Tapi itu hanya permulaan. Sesudah air dipesan, mereka memulakan hasutan. Nampak lebih kepada ‘perbincangan’.
“Abang ni suka betul Islam. Cantik, semua perkara ada susunannya, semua perkara ada aturannya.” Kebetulan sebahagian daripada kami memang dari sekolah agama. Termasuk aku. Kami jadi sukalah. Islam kan indah. Kebetulan sebelum mula tadi, dia ada bertanya siapa dari kalangan kam yang sekolah agama. Salah seorangnya, akulah. jadi, ini mungkin nak bincang pasal Islam kot.
Mereka menyambung lagi,” adik setuju tak, kalau solat tak sempurna rukun, tak sah solat tu?” kami angguk.
 Dia bertanya lagi, “betul tak raihan pernah cakap, iman tak dapat diwarisi. Adik pernah dengar kan nasyid tu?” kami pun mengangguk mengiyakan.
Dia senyum dan bertanya lagi, “adik-adik ni masuk Islam bila?” kami menjawab dengan agak yakin, “sejak dilahirkanlah bang. Kami ni Islam keturunan.” Semua menyengih. Paderi yang tidak kami sedari itu senyum simpul. Terlalu mudah.
“Tapi dik, iman tak dapat diwarisi.” Kami terdiam. Sengih tadi menghilang. Ada yang tunduk. Ada yang muka berkerut. Aku sendiri tertanya. Ada betul jugak kan?
Lalu Aiman menjawab, “ah, mudah bang. Kami kan solat dah banyak kali. Dalam solat ka nada mengucap syahadah. So masa solat kali pertama tu, kami dah masuk Islam!” puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh diri sendiri. Dia bersandar lagaknya seperti menang.
Paderi itu bertanya lagi, “tadi kita setuju, kalau solat tak sempurna rukun, tak sah solat. Sekarang abang nak tanya, kamu tahu ke rukun syahadah?” Muka Aiman yang tadi riang kembali pucat. Timbul persoalan di benak fikiran. Sudah 15 tahun mengaku Islam, rukun syahadah pun tidak tahu.
“Jadi kalau rukun syahadah tak lengkap, bila adik-adik masuk Islam?” Khali. Ketika itu kaki pun bagai tidak menjejak tanah. Sirna semua pancaindera. Peluh mula memercik. Hati tidak keruan. Bila kita Islam? Aku ni Islam ke?
“Dah tu, kami bukan Islam ke?” terpacul soalan tersebut dari mulut kawan aku yang seorang lagi. Mahu tidak mahu, hati aku sedikit bersetuju. Sedang sebahagian lagi hati merasakan terkejut. Seperti betul pula.
Paderi itu senyum. Perangkap sudah mengena.


Jan 12, 2012

spesel utk exam.

salam satu agama.


exam minggu depan wei. aku selamba je layan 9gag lagi. takda rasa bersalah. actually cuak. cuak sampai tak boleh nak stadi. haha.

sebenarnya dah lama aku nak pos pasal nih. tapi malas sangat.so now bila ada masa untuk stadi, barulah aku rajin update blog. aku memang macam tuh. stadi? Allah.. beratnya!

ok teruih kat poin.

kita dalam menuntut ilmu ini ada adab-adab dia.
tak molek la kalau kita mengapal dalam jamban, ye dak?
tak pun, mengaji masa istinjak. uiks. buruk benor.

takdelah. para ulamak salafussoleh dulu dah ajar dan bagi kita contoh, macam mana nak belajar betul-betul. secara beradab. secara tertib.

tapi yang aku perhati la, kita ni makin lama makin kurang asam. lagi-lagi yang duduk obersi macam aku nih. mentang-mentang la lecturer tak paham habuk kalau korang cakap melayu (kecuali prof baha : "Kamu faham?"), korang kutuk depan-depan je kan.

yes, aku tau, bes kutuk arab ni depan-depan. diorang bukan paham pun. tak payah pendam-pendam, kutuk je kat situ terus kan. haha. sampai terbawak-bawak bila balik mesia. hadoi buat malu je perangai yang macam ni.

tapi tapi, itu kalau ammu tepi jalan, takpe lagi. ini guru kita sendiri ye anak-anak. GURU. martabat guru tu lain tahu.

manakan sama martabat orang yang jahil dengan yang berilmu, kan? lagi pula kalau orang yang menyampaikan ilmu. agak-agak mana level diorang? tu ha. (tunjuk atas) langit tau tak.

kita pagi-pagi bangun tak sempat mandi, solat pun lambat, gosok gigi kalau sempat, sikat-sikat rambut sikit, pastu naik tremko pepagi buta konon-kononnya nak menuntut ilmu. lagi-lagi la taim-taim sejuk macam ni. beku bulu idung doh. tapi datang gamaah, kutuk lecturer (depan-depan lak tu) pastu ilmu tak berkat. pastu, sia-sia jelah ilmu kita tu!

Allah...

ye, bergurau, bergurau jugak. kutuk, kutuk jugak. aku paham kadang-kadang lecturer pun bertindak tak rasional. tapi, agak melampau la kalau kita perli dia ke hapa, pastu gelak reramai, tapi dia sorang je tak paham. tak ke rasa macam kita tengah kutuk dia?
apa perasaan dia, sebagai guru kita? kita yang nak terima ilmu ni tak hormat dia. pastu buat muka mengantuk tak malu kononnya nak cemerlang periksa. kamon. agak-agak la.


cer muhasabah balik. berapa banyak kali kita buat camtu kat lecturer kita? mungkin sebelum cecah exam, kita ada masa untuk mintak maap lagi kat diorang. kang tak sempat, menangis la sampai berhingus ke, markah die gitu jugak.


pastu mintakla diorang doakan kita nih. biar berkat ilmu tu. biar halal semuanya. baru masuk exam lapang dada. betui tak?

aku osem. memang pun.

dah la aku malas tulis panjang-panjang. asyik kena bahan dengan golongan-golongan tertentu. 'Adik Haziq' pun dah kutuk aku haritu. tacing ah aku camni. huha.

nasihat atas ni untuk aku sekali ye. aku ni bukan baik sangat.
sekian.


wassalam.

Jan 9, 2012

generasi istidraj

salam satu agama.

hari-hari yang kelmarin, saya dan kengkawan menziarahi masjid sayyidi ahmad badawi.
ok first, ni bukan autobiografi.
ini cerita dari pengalaman dan rasa.

masjid yang kami ziarahi ni dipenuhi dengan makam-makam.
banyaklah.
masjid yang besar gila (macam lagi besar dari husin je) ni menempatkan makam-makam kekasih Allah yang telah pergi.
boleh nampaklah ada orang yang sibuk mengaji di tepi-tepi makam, ada yang sibuk berselawat, ada yang duduk berzikir, dan ada juga yang agak ekstrim. biarlah.


mereka yang dimakamkan ini bukan biasa-biasa. cerita kehebatan mereka, menjadi buah mulut orang, sehingga ke hari ini. sayyidi ahmad hijab, contohnya, diberi gelaran sebegitu kerana beliau sering membuka dan menutup hijab-hijabnya (which kita tak boleh buatlah, ofkos).

sebenarnya bila dikenangkan, sejarah islam ini lagi menarik. kita ada sejarah dari segi teknologi, dan dalam zaman yang sama, konsep tasauf juga mula tersebar luas.
kalau kita baca buku fairytale, ada gajah boleh terbanglah bagai, tapi kita, ada wali boleh terbang contohnya, dan masyaAllah, cerita itu benar!

bukan nak ajak kita takjub dengan cerita-cerita kehebatan wali-wali ini.
tapi nak kita tahu bahawa Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak.
kenapa hari ni kita tak nampak dah ulamak yang terbang-terbang macam dalam cerita?

pertama, generasi hari ini tak yakin bahawa Allah itu Maha Berkuasa.
kalau adalah orang yang terbang, mesti semua kelam kabut, siap ada dokumentari lagi bagai, ada orang terbanglah, sihirlah, magiklah, teknologilah, so what's the point? baik tak payah buat.
hari ini orang mungkin kagum dengan permainan ekonomi. teknologi. atau paling-paling nampak 'nature' pun, baby ada tulisan "Lailahaillallah". dan orang bertukar jadik pari. takpun sejadah sembahyang bagai.

malangnya, kegilaan kita pada cerita pelik macam ni tak membawa kita lebih percaya dan yakin dengan tuhan. bila banyak benda pelik, buat pulak program seekers. apahal?
lupa ke kita kisah pemuda-pemuda yang tidur di dalam gua beratus-ratus tahun tidak mati jua?
lupa ke kita kisah batu yang terapung di bandar al-quds?
lupa ke kita kisah perjalanan nabi ke langit?
lupa ke kita kisah salafussoleh yang hafal berjuta-juta hadis, LITERALLY?
ya, bahkan itu semua adalah satu keajaiban. and yet, kita tak terasa kagum.


hari ini kita lihat sendiri kemajuan menggila. sana sini bangunan mencakar langit, betui dak?
tapi kita ini makin jauh dengan tuhan.
ya, malangnya kita ini generasi yang jauh.
nauzubillah, kita ini adalah generasi istidraj. dimanja-manjakan dengan kemajuan. hanya untuk kemungkaran.
Allahu Allah.

yup. kredit to kak faz.


***

saat hati ini melihat janggut itu, hitam perang warnanya, hati mana yang tidak gentar. ini, ini janggut nabi! mungkin itulah yang paling hampir pada aku masa itu. dan apa aku rasa? entah.
sedang orang di sekeliling mula menangis merintih. oh nabi, duhai nabi, ampuni kami umatmu! lagha dan lalai setiap waktu!
tapi aku. entah. biasa.
hati aku ini keras bagai batu disaluti emas dan besi waja.
bagai sinar hidayah tiba dan terpantul semula.

Allahu Allah.
kurniakanlah hidayahMu kepadaku.
i want it so bad...


wallahua'lam.