Pages

Dec 2, 2011

dinding, paku dan tukul

salam satu agama.


ya. siapa yang tidak tahu? dinding itu keras sifatnya. dinding memang itu sifatnya. iyalah. tidak bolehlah salahkan dinding. memang begitu sifatnya. ada baik buruknya sendiri. kalau lembut lemah gemalai, bagaimana mahu lindung kita dari hujan panas ribut petir kan?

dan sampailah satu masa dinding itu jatuh cinta. jatuh cintanya pada cat yang mewarnai dirinya. cantik yang amat. ada putih, kuning, biru muda, bambi (pink kalau tak silap), dan macam-macam lagi. dindng kini tampak bahagia dan tidaklah kosong sahaja macam dahulu.


dinding itu memang lawa. tetapi sampailah satu hari, tuan ini sedar bahawa rumah itu tidak cuku serinya kalau sekadar dinding dan cat. perhiasana perlu ada. wajib! maka untuk mencantikkan lagi, dinding itu mahu disangkutkan gambar atau ayat-ayat kursi begitu. nah, bukankah indah nanti?

tapi iyalah. sudahlah dinding itu baru dicat sebulan dua. siapa yang tak sayang, kan? kalau boleh calar pun tiada. dinding dia juga.

jadi dia cubalah cara lain untuk menggantungkan bingkai tadi. bermacam-macam cara dicuba, dan tuan itu terpaksa bersusah payah menggantungnya tanpa merosakkan dinding dan cat itu. malangnya semua keluarganya sering bertempiak, "pakailah paku. iayalah, memang berlubang. kalau tak berlubang macam mana mahu melekat bingkainya? jangan terlalu dungu begitu."

ah, sedihlah si tuan dinding ini. sudahlah tiada membantu, lagi mahu menolak semua tanggungjawab ke atas diri dia seorang saja. mahu tidak mahu, akhirnya dia mengalah.


dan dia pun pakulah dinding itu, perlahan-lahan. kalau paku kuat, nanti bising pula rumah tu. jenh sudah paku perlahan, paku tidak mahu masuk, maka tukulnya diketuk kuat-kuat saja biar masuk cepat. habis satu rumah bising. ah, lantak! aku dah menyampah dan lelah ni!

akhirnya tergantunglah bingkai itu. alhamdulillah.

orang yang lalu lalang akan kagum dengan kecantikan bingkai itu di dinding tersebut.
tapi orang tidak tahu usaha orang menukul. tak tahu usaha orang menggantung.
dan orang tak tahu sifat dinding itu sekarang.
yang orang nampak hanyalah cantik.
ya, dalam hati si tuan ini ada sedikit kesal, dindingnya sudah rosak.

tapi, takkanlah kerana menjaga dinding, bingkai dibuang? tak masuk akal benar.

maka si dinding pun diamlah dalam kecil hatinya. khali benar.
dan si tuan rumah pun begitulah dengan kesal di hatinya yang tidak berkesudahan. puas dipujuk hatinya bahawa alhamdulillah selamatlah sudah bingkai itu di dinding. cantik dan indah. tidaklah kosong macam dulu.

dan tidak ramai yang tahu kisah begini. kalau tahu pun, peduli apa? bukan dinding mereka, bukan bingkai mereka.


antara dinding, paku dan tukul.

begitulah antara mad'u, dakwah dan cara kita menyampaikannya.
kita mengambil risiko atas teguran kita. dan 'lubang di dinding' akan kekal berlubang. maaflah. kalau tidak berpaku, bagaimana mungkin bingkai tergantung?



orang kata minta maaf itu indah.
minta maaf bukan kerana rasa bersalah.
hanya kerana menghargai persahabatan.
and for that I really am sorry.

4 comments:

peyus said...

kesian dinding.sebab gamba,dia rasa sakit.aha comelnyee abrar!

Aisyah Sophia. said...

menarik. dinding pun boleh buat cerita .

alief_kaizer said...

betul tu, kalau bukan kerana usaha untuk menyampaikan, x mungkin mesej itu dapat dismpaikan though sampai ke hati atau tidak itu isu ke-2.

cabaran abrar, rasa bersalah, berenggang , tidak tegur sapa. consequence yang memang perit rasanya. aku doakan itu seketika.

(betul ke ni, mcm syok sendiri je, sorry)

rindu sahabat

fikrahuddin said...

betul la apa ko cakap tu alip.
rindu jugak korang. =)