Pages

Oct 15, 2011

penat

salam satu agama.




aku penat. penat dengan ragam manusia.
penat dengan tak tahu malu mereka.
penat dengan tingkah mereka.

penat yang membawa aku kepada meluat.
meluat dengan kerenah manusia.
aku juga manusia.
ya, kadang-kadang aku juga meluat pada diri sendiri.
bukanlah aku membenci diri.

cuma benci pada lakonan. bentuk watak yang aku benci, aku lakonkan sendiri.
tapi itu cuma kadang-kadang. ia terjadi kerana sudah jenuh aku melihat watak itu dengan mata kepala sendiri.

kadang berlagak alim, berlagak berjuang walhal diri sendiri merosakkan saudara.
cuba, cubalah kita buka mata,
renungkan sekalian isi dunia,
apakah yang sedang kita lakonkan ini benar,
atau realiti cuma?

manusia ini pelik sekali gerak tarinya.
biji yang kecil juga bisa dikatakan bata.
walhal kalau kita sekalian umat manusia yang lain ini membuka mata,
biji itu kekal kecil sifatnya.

benar, dunia ini cuma pentas lakonan,
tapi memilih watak itu kuasanya di tangan tuan.
lalu kenapa watak yang kita lakonkan sering-sering itu jijik rupanya, jijik perihalnya?
sedang bukankah watak itu yang kau hina-hina?

duhai, rasa berkuasa, mahu lakukan apa saja.
duhai, cepat sungguh lupa sehingga suara orang lain dipekakkan sahaja.
duhai tuhan, mana balasan mereka!
duhai tuhan, tidak bersalahkah mereka?

sudah terlalu banyak, tuan. banyak tak terkira.
tuhan Yang Maha Agung memberikan kita peluang, bukan sekali cuma.
dan bagaimana pula perihalnya peluang itu kita hargainya?
bagaikan menuang air di daun keladi cuma.

ah, random sekali suaraku kali ini.
sekadar keluhan kecil, di lautan jeritan manusiawi.
duhai kita, menjerit itu, biarlah bersama.
biar jelas mesejnya pada mereka.

dan siapa mereka?
mereka, yang merasakan diri sungguh berkuasa.

2 comments:

alief_kaizer said...

penyampaian yg ckup menusuk, terasa sebab pernah mengalami pengalaman yang sama, terima kasih abrar :)

fikrahuddin said...

er,.. you're welcome? huhu