Pages

Oct 20, 2011

yang bernama manusia

salam satu agama.

yang bernama manusia itu, ada tanggungjawabnya.
yang bernama manusia itu, sering lupa.
yang bernama manusia itu perlukan peringatan.

peringatan sering datang kepadaku saat aku di hujung kelekaan. saat itu tuhan hantar manusia-manusia lain atau apa sahaja bentuk peringatan, agar aku tidak terus alpa, tidak lupa, aku ada tanggungjawab.

DAKWAH.

gerun sebenarnya aku diketuk dengan kalimah itu. kerana dakwah itu bukan perkara main-main. kerana dakwah itu satu kewajipan. dan peringatan itu tiba saat aku leka. seperti dipalu dengan kata-kata, bahawa aku lupa akan dakwahku!

jadi menggeletar saat kalimah dakwah digegarkan ke lubang telingaku. kerana aku sedar tanggungjawab yang satu itu terabai. hanyalah kerana aku rasa selesa sebentar, atau terlalu selesa, dakwah aku lupakan.

aku yang dunia tahu bukanlah manusia yang membawa obor dakwah suci itu. usahaku tiadalah bernilai sedikitpun di sisi tuhan kerana kotornya tanganku yang membawa panji dakwah itu.

Allah, terima kasih kerana mengingatkanku lagi dan lagi. agar aku tak lari dari landasanMu ini.

Allah ya Allah, layakkah aku ini, ya Allah?
mereka bertanyakan kepadaku apa tu dakwah, sedangkan yang empunya diri lupa di mana obor dakwahnya dahulu!

Allah ya Allah, aku menganggap itu satu peringatan dariMu. satu peringatan yang cukup memberi kesan.
Allah ya Allah, ampuni hambaMu yang sering leka.
kerana aku yang bernama manusia.

kalau tiada cinta dari Allah...

Oct 15, 2011

penat

salam satu agama.




aku penat. penat dengan ragam manusia.
penat dengan tak tahu malu mereka.
penat dengan tingkah mereka.

penat yang membawa aku kepada meluat.
meluat dengan kerenah manusia.
aku juga manusia.
ya, kadang-kadang aku juga meluat pada diri sendiri.
bukanlah aku membenci diri.

cuma benci pada lakonan. bentuk watak yang aku benci, aku lakonkan sendiri.
tapi itu cuma kadang-kadang. ia terjadi kerana sudah jenuh aku melihat watak itu dengan mata kepala sendiri.

kadang berlagak alim, berlagak berjuang walhal diri sendiri merosakkan saudara.
cuba, cubalah kita buka mata,
renungkan sekalian isi dunia,
apakah yang sedang kita lakonkan ini benar,
atau realiti cuma?

manusia ini pelik sekali gerak tarinya.
biji yang kecil juga bisa dikatakan bata.
walhal kalau kita sekalian umat manusia yang lain ini membuka mata,
biji itu kekal kecil sifatnya.

benar, dunia ini cuma pentas lakonan,
tapi memilih watak itu kuasanya di tangan tuan.
lalu kenapa watak yang kita lakonkan sering-sering itu jijik rupanya, jijik perihalnya?
sedang bukankah watak itu yang kau hina-hina?

duhai, rasa berkuasa, mahu lakukan apa saja.
duhai, cepat sungguh lupa sehingga suara orang lain dipekakkan sahaja.
duhai tuhan, mana balasan mereka!
duhai tuhan, tidak bersalahkah mereka?

sudah terlalu banyak, tuan. banyak tak terkira.
tuhan Yang Maha Agung memberikan kita peluang, bukan sekali cuma.
dan bagaimana pula perihalnya peluang itu kita hargainya?
bagaikan menuang air di daun keladi cuma.

ah, random sekali suaraku kali ini.
sekadar keluhan kecil, di lautan jeritan manusiawi.
duhai kita, menjerit itu, biarlah bersama.
biar jelas mesejnya pada mereka.

dan siapa mereka?
mereka, yang merasakan diri sungguh berkuasa.

Oct 7, 2011

den maseh hidup.

salam satu agama.

yes naqi, alhamdulillah den masih hidup.
dan yes jugak, den eksiden semalam. tapi lepas eksiden tu kitorang tak trauma, tapi gelak pulak.

alkisahnya bermula mungkin dengan niat naqi dan muzak yang salah kerana nak berpoya2 kek City Star. den nak ziarah member je asalnye. hehe.

maka dalam perjalanan kami ke cairo, tetiba drebar tremko tu melelong ke tepi. tidoq ka ngantuk ka pengsan ka mabuk ka, kami pun taktau. den tak tido saat tremko tu mabuk ke tepi, ke tepi lagi, dan tetiba langgar divider tongah jalan! ammu sebelah den pun apo laie, molalak cakap padia tah tapi bising la. hehe. kedebang gedebush, tremko tu melompat-lompat macam roller coaster. alhamdulillah dia tak tergolek ke terbalik ke. selamat beb. masa macam nilah, semua orang menghadapi flashback ape yg dia dah buat seumur hidup dia.

terasa macam terdengarjeritan batin abang payad berkata, "aku tak kawin lagi!" dari belakang. den pun menjawab dari hati gak, haah, aku pun!"

gedebang, gedebang. tremko tu berenti. tayar depan pecah. arab pun dengan nerbes sistem dan cuaknya keluar dari perut tremko. naqi yang tersepit kat belakang sekali teruih lompat ikut tingkap. haih nasib baik naqi. kalau aku yg kat belakang, mau sangkut jugak kat tingkap tu.

oh ya, saat signifikan ini juga, semua penumpang melompat keluar tanpa mempedulikan ada kereta ke tak kat tengah jalan tu. muzak lagi best, sempat lagi dia kutip mandolin yang berterabur tengah jalan.


tiada injuri dilaporkan. seko brader arab kat depan je berdarah hidong. mungkin lepas ni dia buat operation, lubang hidung dia jadik besar. who knows? naqi pun berdarah luka calar-calar sikit kat belakang badan dia. habih kotoq baju henshin baru dia. ececeh. hehe.

dalam 15 minit lepas kejadian, tetiba ambulen sampai. celah mana embulen tu mai pun kami tak tau. kami tengah haiwey kot. rasanya lepas kejadian tu, kami masuk ke cairo, setengah jam jugak. embulen tu rileks je datang kejap.

ada orang tanya, dah tu kitorang ke cairo cemana? tremko tu boleh gerak ka?
muahaha. meh den jawabkan.
kerosakan tremko tu hanya pada bahagian depan ja. belakang sikit saja. oleh kerana tayar depan pecah dan drebar sangat sengal sebab takdak tayar spare, maka ammu2 otai pun carik la tayar. dan, yang paling best sekali, sebelah tempat kitorang eksiden tu, ada tayar!
tayar tu dah la muat untuk tremko tu, baru pulak tu. entah2 tayar tinggal tu lagi elok dari tayar tremko yg tak pecah lagi tu. huhu.

so, alhamdulilah, kitorang selamat. still berpoya2 kat city star, pastinya.


oleh kerana cerita ni sangat cepat tersebar, agak2 cerita ni akan cukup hangat tak nak masuk jadi isu di malaysian in zagazig? itu ibarat hot page 9gag utk zagazig la. hehe.




tu je. wassalam.

Oct 3, 2011

kalau orang tanya saya...

salam satu agama.

pengalaman betul-betul mematangkan kita, kan?
siapa sangka hidup bermasyarakat, kerja dakwah, mahu bersosial, itu tidak seindah mimpi?
realiti yang kita hadapi benar-benar lain.

dan salah satu pengalaman hidup yang paling menarik saya rasa adalah berada di bumi bertuah bernama zagazig ini.
banyak konflik, banyak juga hikmahnya. banyak dugaan banyak pula pengalamannya.

sebenarnya apa yang selalu berlaku di zagazig adalah benda merepek.
kenapa perlu bergaduh di antara sesetengah pihak? perlu ada pertelingkahan?

kalau orang tanya sayalah...

"kenapa perlu ada persatuan-persatuan lain? bukan ke itu taadud jamaah?"
maka akan saya jawab,

siapa kita untuk menafikan orang lain? ada satu pesanan yang masih saya ingat, kita ini ibarat hidup di dalam mimpi. mahu membina rumah di tepi pantai untuk menghadapi hari-hari yang indah setiap petang, bermain pasir di kaki, berlari-lari bermain air, tetapi realitinya, tidaklah seindah itu. ombak besar yang mengunjung.

begitulah juga dengan persatuan-persatuan ini. yang kita mahukan adalah percambahan program, tapi hasilnya akan ada pergaduhan.

like a wise man once said, "bukan kita terlalu banyak perpecahan, tetapi kurang perpaduan." (patutlah orang ni mumtaz)

yang menimbulkan masalah ini adalah diri kita sendiri.
siapa kita untuk menafikan orang lain?
banyak kes yang terjadi adalah dari kalangan mereka yang kononnya memperjuangkan Islam.

kes yang berulang-ulang.

menafikan orang lain

Di UM dahulu, ketika zaman demonstrasi kampus, ada dua pihak yang giat memperjuangkan Islam. satu PAS, satu lagi JIM. sayangnya, mereka tidak serasi bekerja bersama. PAS seringkali cuba menafikan hak JIM dan usaha mereka memperkenalkan Islam pada kampus waktu itu. sedang usaha JIM tidak boleh dinafikan kerana sangat jelas sekali.
malah, dikatakan silibus tarbiyyah PAS sekarang pun berdasarkan apa yang diterapkan di dalam JIM. bezanya, dan masalahnya, PAS adalah parti politik yang sedang berharap dapat memegang tampuk kepimpinan negara. dan JIM, hanyalah satu organisasi NGO.
sayang apabila usaha JIM yang lebih hebat impaknya waktu itu tidak diraikan oleh PAS. walhal JIM ketika itu tiada niat lain selain mentarbiyyah orang-orang Islam di UM.

sama jugalah apa yang berlaku di tempat lain, seperti pakistan dan mesir. pihak itu mengaku paling berhak mendapat kuasa sedang orang yang paling patut kita junjung (di mesir) adalah kedutaan.
kedutaan UMNO?
ibaratkan kedutaan seperti ayah kita sendiri. biar sejahat mana pun dia, dia tetap ayah kita, kan?
hormat tetap perlu hormat. bukan mencari jalan untuk memalukan orang kita sendiri, pemimpin kita sendiri.

bagaimana situasi di Mesir? seringkali terdengar ada pihak yang menafikan pihak lain, kononnya tidak boleh ada banyak jemaah, kelak nanti kita berpecah.

kalau orang tanya saya, maka akan saya kata, pendapat itu salah sama sekali! ibaratnya setiap persatuan ini adalah individu. berbeza cara hadf dan matlamat, tetapi serupa tujuan., seperti menjaga kebajikan dan menyediakan ruang tarbiyyah. matlamatnya mungkin berbeza seperti menyatukan pihak-pihak tertentu seperti semua pelajar sains kesihatan, atau menyatukan mereka yang datang dengan ejen yang sama.
siapa kita untuk menghalang mereka melakukan kerja mereka-kerja yang baik?

mereka yang tidak melihat sejarah adalah orang yang bodoh. lihat sejarah, mahukan kita pertengkaran tidak bermakna seperti di UM berlaku lagi dan lagi?

kalau orang tanya saya, maka akan saya nasihat,
jangan rasakan diri kita yang terbaik.
hormati orang lain.
bekerjasama, dan raikan orang lain.
cari jalan supaya tidak bertengkar.

kita kan sesama Islam. mengapa perlu bergaduh macam anak-anak kecil?

~kubu salahuddin~

zaman berganti zaman. mereka-mereka yang berjuang sudah meningkat dewasa. lihat saja penyesalan mereka yang dulu bergaduh, kini bersatu. kita bila? harapnya tidak terlalu lambatlah.


pernahkah kita terfikir, dalam kita memburukkan orang lain, kita mungkin akan menghadapi situasi yang sukar  sama seperti apa yang mereka rasakan sekarang?

wallahua'lam.

itu kalau orang tanya saya.

itupun kalau orang tanyalah...

Oct 1, 2011

dinding kita

salam satu agama.

dinding sifatnya keras. ditolak tidak bergerak, dicium tidak bernafsu, dijilat tidak geli, dimaki tidak mengerti. dibaling bola melantun. dijerit tengking bergema pula.

sia-sia bermain dengan si dinding.

seringkali orang melihat mereka yang memaki mencarut pada dinding itu orang yang bodoh.
tapi kan, bukan ke dinding itu lagi bodoh?






bukankah lagi bijak kalau kita tahu cerita di sebalik cerita itu.
kenapa dia memaki sang dinding?
pernahkah kita ambil cakna? hanya kerana dinding itu adalah dinding rumah kita, tak bermakna orang itu bersalah. mungkin dinding itu menghalang dia mendapat cahaya matahari? mungkin dinding itu menghalang laluannya?

"ah! peduli apa! dinding itu dinding aku! siapa kau mahu memakinya?"
lah. bodoh juga orang ini. membela dinding yang tiada respon itu.

ah.. dunia huru hara. dinding menjadi perhatian.
ada yang menengking, ada yang membela pula. kelakarnya, siapa dinding ini? dahulunya dia hanya dinding biasa-biasa saja.
ah, aku sendiri sering menahan kakiku di dinding, sampai berkilat hitamnya.
adik aku sendiri gemar menconteng dinding rumah ketika kecilnya.
siapa hirau nasib si dinding?
kecuali mereka. ya, mereka.
benar, kelakar dan malangnya, mereka benar.
memang perbuatan yang bodoh untuk memaki suatu dinding (kerana pasti dinding itu jugakan bodoh.)
tapi bukankah lebih elok kita siasat dahulu kenapa terjadinya hal sebegitu.
apa implikasi negatif dinding itu? pernah ambil tahu?

baik segera dicari kelemahan dan dibaiki, dipermolek. kalau tidak, kelak tindakan bodoh memaki hamun sang dinding akan terjadi lagi.

saat itu janganlah mengatakan mereka bodoh, sebelum meletakkan diri sendiri kehinaan itu, lantaran tiada mengambil kisah nasihat dan tindakan serta pengajaran daripada sejarah.
mungkin saya sendiri yang akan memaki dinding itu.
siapa tahu?

sssshhh... ini rahsia kita, ya?

wallahua'lam.

kisah ini tiada kaitan dengan mana2 dinding. tiada dinding yang mati semasa proses entri ini ditaip.