Pages

Jun 24, 2011

nama saya bahu

salam satu agama.

hari-hari kelmarin, kami melalui ujian yang benar-benar kami panggil ujian, menjawab soalan physiology yang sangat susah.

susahnya, sampai ramai yang hampir putus asa, separuh jalan perjalanan. tak, belum masuk medan perjuangan lagi!
hari masih ada kira-kira 5, 4 hari. tapi ramai yang sudah rasa kecundang.
maka ada sesetengah dari rakan-rakan yang mengadu padaku.
ya, aku bukan tuhan, tempat mengadu.
aku cuma tempat berkongsi rasa susah dan senang.
rasa susah mereka juga membebankan aku. dalam masa yang sama,
beban itu juga menggembirakan aku.
aku tempat mereka bercerita. berkongsi rasa.
serasa tak layak aku duduk di kerusi itu.

aku, aku sendiri tika itu rasa susah. rasa lemah. rasa putus asaku mampir lebih awal dari mereka-mereka.
kalau mereka rasa lemah pada hari ke 4, 5, aku tujuh hari sebelum itu lagi!

tapi aku tahu, itulah kawan.
jejak-jejak kami tidak sama, ada yang cepat sampai tujuan ada yang diuji pula.
ah, tak mengapa.

namaku bahu.
hulurkan kepalamu, bertenggeklah padaku, dan alirkan air mata susahmu padaku.

aku rela.


percayalah,
dalam setiap kegelapan, pasti ada sisi terangnya.





3 comments:

Shasha Ira said...

bsyukurnya Allah bg kwn mcm kamu.. ^^

JK Promosi said...

Nama saya deltoid muscle.. :P

Ma'an najah sahabat,
kerana ALLAH itu maha Adil maka mengapa perlu kau risau..

Bukankah jelas dalam surah ar-Rahman,
"tiada balasan selain kebaikan bg mereka yang berbuat baik". Cuma balik kpd kita... siapa kata mumtaz itulah tafsiran balasan kebaikan dlm surah ar-rahman itu...?

mamariz said...

teruskan menulis..!!akak suka baca