Pages

Mar 3, 2011

part 2.


Hidup adalah cinta!
Cinta adalah jiwa,
Jiwa adalah nyawa,
Nyawa adalah manusia,
Dan manusia adalah cinta.
Kita lahir ke dunia kerana cinta ibu dan bapa kita!
Tanpa cinta, kita tiada.
Kita wujud di dunia kerana cinta tuhan,
Tanpa cinta tuhan, kita tiada makna.
Tanpa makna, tiadalah cinta di dunia.
Tanpa cinta, tiadalah kita.
Tanpa kita, tiadalah cinta.

                Bibit sajak dari buku Karipap-Karipap Cinta bergema dalam benakku. Aku senyum lagi. Novel romantik komedi itu  kukira sebagai pencuci mulut. Santai dan bersahaja. Enak untuk dibaca saja-saja.penerbangan sekitar 5 jam itu cukup untuk aku habiskan novel senipis itu. (aku tak boleh lupa tajuk novel yang diletakkan di dalam novel ni. tajuknya, syawarma-syawarma cinta. takleh bla.hahaha)


kelako wei. percayalah.

                Pagi sudah datang. Tanpa perlu menyebut Subuh kami terlewat (ops), aku mengajak Zakhir keluar mencari sarapan. Lapar nian rasanya. Kami bersiap-siap memakai baju yang kami rasa perlu untuk melawan sengatan angin syita’, sambil mencari makanan di luar nanti.
                Hayyu asyir tenang macam dulu. Iyalah, mana ada rusuhan di sini. Hayyu Asyir yang terletak di pinggir kota Kaherah ini tidak segah kawasan-kawasan lain di Kaherah. Mungkin maju sedikit sahaja daripada kawasan Salaam di Zaqaziq sana. Aku dan Zakhir melangkahkan kaki ke kedai roti yang sering dibawa oleh Muaz dulu. Sambil berbual kosong, kepalaku kadang-kadang menerawang menuju hari-hari yang kelmarin. Betapa semua perjalanan itu hampir berakhir. Semua ada sebabnya. Kalau dahulu Tunisia aman, Mesir juga pasti kekal seperti biasa.
Ah, semuanya takdir tuhan belaka.
                Kami sampai di kedai roti. Ammu itu kelihatan gembira melihat orang luar. Mungkin sudah lama tidak melihat kami. ‘Excited’ semacam. Sambil menuding jari pada roti fino, aku berbual-bual dengan mereka.
                “Kamu semua ke mana, sebelum ini?”
                “Kami pulang ke Malaysia,” jawabku. “Berikan roti ini sebanyak 4 genih,”aku menghulurkan duit ke kaunter. Ammu memberikan duit pulang sebanyak segenih.
                “Kenapa kamu semua pulang? Takutkah?” tanyanya lagi. Ada senyum nipis di bibir. Entah menyindir atau suka.
                “Kami pulang kerana kerajaan suruh pulang. Keadaan di sini pun tidak berapa selamat untuk pelajar asing seperti kami,” ujar kami. Kami meminta izin untuk pulang sebelum keluar sambil memberi salam.
                Aku termenung sendiri. Kenapa aku nak sangat balik tempoh hari? Adakah aku terlalu penakut? Bagai terlupa bagaimana paniknya hari-hari rusuhan dulu. Biarlah. Yang penting kini Mesir sudah aman.
Sambil berjalan pulang, kami melihat suasana damai di sekitar Hayyu Asyir. Pagi-pagi begini memang tidak ramai orang. Tambahan pula, dengan cuaca sejuk-sejuk begini. Tiba-tiba kami terlihat semacam satu mural di dinding. Menarik sekali. “We control Egypt,” katanya. Inilah yang terjadi apabila rakyat bangkit. Aku tertanya-tanya, bagaimana agaknya kalau ini terjadi di Malaysia.
Zakhir suka jadi model

Pagi itu kami bergotong-royong. Rewang, kata orang banting. Syahir dan gengnya sibuk memasak mi segera yang dikirim kepada aku semasa aku keluar tadi. Zakhir sibuk membuat air teh susu. Yang lain sibuk bersiap. Ada juga yang baru bangkit daripada tidur.
Makan bersama-sama waktu begini memang menyelerakan. Sambil-sambil bergelak ketawa. Adly dan Hafiz tidak habis-habis meniru dialog-dialog cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kami terkekek-kekek ketawa.
Setelah selesai makan, masing-masing dengan hal sendiri. Syahir dan gengnya rancak berbual di dalam bilik. Entah apa yang dibualkan. Tak habis-habis. Ada yang kembali tidur. Masa kosong diisi sendiri. Aku yang berbaring sambil memeluk teddy bear (aku tak tahu itu milik siapa) dan mendengar pemain mp3, termenung sendiri. Teringat soalan-soalan yang aku baca dalam buku Faisal Tehrani yang terbaru; 3 Kali Seminggu.
Cerpennya yang bertajuk Cinta Medeni itu mengagumkan aku. Sama seperti cerpen-cerpen lain.
Kubur apa yang berjalan bersama penghuninya?
Ikan yang menelan Nabi Yunus.
Fayyad melintas. Kami mengusik Adly yang sedang berbaring.
Makhluk apa yang dapat mengingatkn bangsanya, tetapi bukan jin dan manusia?
Semut dalam kisah nabi Sulaiman.
Aku tukar posisi baringanku. Saratoga ku rapikan semula.
Lima makhluk yang berjalan di muka bumi ini, tetapi bukan lahir dari perut ibunya.
“Eh, aku nak keluar. Siapa nak ikut aku?” bosan yang menggigit sedari tadi menyebukan otak. Tiada yang menyahut kecuali Hafiz.
“Kau nak kemana?” tanya Hafiz. “City Star? Semalam dah pergi la,” sambungnya.
“Aku nak carik kedai telefon dan komputer. Dekat Saraag Mall. Siapa nak ikut?” sekali lagi aku mengajukan soalan. Zakhir berminat kerana semalam dia dan aku belum lagi sempat berjalan-jalan di sekitar Kaherah. Kami bersiap dan keluar.
Lima makhluk tersebut ialah; Nabi Adam, isterinya Siti Hawa, unta Nabi Saleh, kambing dalam kisah sembelihan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dan..
Aku tutup pintu. “Assalamualaikum.”
Ular yang menjelma dari tongkat Nabi Musa.

bersambung...

6 comments:

MUJA said...

satu. aku balik sebab kerajaan suruh balik DAN diikuti kerinduan yg amat pada family dan merekamereka di Malaysia. apa peribahasa yg sorong sorong tu? eh? HHAAHAH sukahati aku je .

2nd, cerita hidup kau pong kau dah buat macam cerpen :D nak buat novel ke apa? :D

fikrahuddin said...

err,, haha.. ada orang suruh aku buat cerpen pasal rusuhan tu. tu la aku tulis nih.

nak buat novel, tapi takut takda yang beli. hehe.

asal ko tanye gitu? tak bes ke..T.T

MUJA said...

kalau takbest, aku takbaca sampai habis kot. HAHA .

ps. aku jarang baca post orang panjang2. so, tahniah :)

Norashikin Abdullah said...

wuishh curi karipap2 cinta abrar kat zgzig..misi 1

Hafiz Hafizol said...

HH pun da bace karipap cinta uh.. lawak la ....

fikrahuddin said...

mekasih, mujaa. haha.

curik laa kalau berani...rawr~

novel cikloit bes of d year, kan?