Pages

Mar 2, 2011

part 1? (yang bosan, pastinya.)

                “Terima kasih, ucapnya pelat-pelat. Pramugara itu menjulurkan tangan kea rah pintu, tanda mempersilakan aku keluar dengan hormatnya. Aku angguk dan senyum seadanya, tanda menghargai. Sungguh, servis Oman Air cukup menyelesakan, jika hendak dibandingkan dengan Kuwait Air.
                Aku melangkahkan kaki turun dari pesawat itu. Sejurus sahaja tubuhku keluar dari perut pesawat, mukaku disapa angin syita’ yang menyapa mesra. Mesra dalam dinginnya. Mesra dalam hembusannya. Ah, aku rindu benar dengan sapaan ini. Sangkaan kami bahawa syita’ telah berlalu meleset. Atau, mungkinkah musim bunga sesejuk ini? Tak mungkin.
                Jaket nipisku dirapi kemas. Aku tak mahu pula demam , walhal aku baru sahaja menjejakkan kaki di bumi anbiya’ ini semula. Zakhir dan Fayyad telah lebih dahulu di hadapan. Kami memasuki pintu bas dan duduk di sudut paling kanan.  Zakhir sibuk meminta telefon bimbitku. Mahu melihat gambar-gambar, katanya. Aku menghulurkan telefon bimbitku itu kepada Zakhir. Biarkan saja dia melihat gambar-gambarnya. Aku senyum sendiri.
                Kami tiba di dalam bangunan lapangan terbang internasional kaherah. Aku menyedari sesuatu yang aneh. Seperti bukan di Mesir lagaknya. Suasana persekitaran agak moden. “Mesir ke ni?” tanya Zakhir. Jujur, aku pun rasa sangsi. Kami beratur panjang untuk mendapatkan cop di passport. Ya, macam yang dijangka, barisannya panjang seperti kebiasaannya barisan-barisan di Mesir. Cuma mungkin ini antara barisan yang paling teratur di sini.  Tapi aneh sedikit, barisan itu beransur-ansur pendek dalam masa yang agak singkat.
                Aneh sekali.
cina pun dah balik

                Atau mungkin semua itu hanyalah perasaan sahaja.
                Urusan passport dan urusan pengambilan barang-barang kargo selesai dengan mudah. Semuanya berjalan lancar. Kami bertemu dengan Nabil dan sepupunya, seorang pegawai JPA di Mesir, yang sedang menanti kami.  Kami bersalam-salaman dan berbual ringkas sebelum bergerak ke arah bas.
                Ini cerita tipikal. Latar cerita yang bosan, kan? Jadi kenapa perlu aku ceritakan?
                Sabar. Ini bukan permulaan. Ini suatu akhir cerita. Suasana yang kamu kira bosan itu berlainan dengan suasana Mesir sebelum butir ‘domino’ timur tengah yang kedua ini jatuh, bergolak.tidak perlu bersesak-sesak di lapangan terbang. Tidak usah tergesa-gesa memikul beg yang dihadkan beratnya. Semuanay sudah pulih. Atau lebih tepat, sudah berubah.
                Perjalanan kami ke Hayyu Asyir damai. Tiada lagi sekatan-sekatan tentera seperti dahulu. Wajah-wajah rakyat Mesir tampak jernih, tenang. Mereka kelihatan gembira menyambut kepulangan rakyat luar. Lambaian-lambaian mereka kami sambut dari dalam bas. “Seronok bukan main diorang sambut kita, ye?” kata Zakhir. Sengihnya melebar.
mewarnai dinding2 kaherah dengan gambar2 revolusi


                Aku renung lagi air muka rakyat Mesir. Tak. Mereka bukan gembira menyambut kami semata. Jauh di dasar hati mereka, jauh di dalam retina mata,  terpancar sinar takjub pada kuasa ilahi, jelas tergambar di wajah mereka betapa mereka bersyukur atas sesuatu. Bersyukur atas kemenangan. Lelah  jerih mereka berhasil nampaknya. Perjuangan mereka berbaloi. Kini, yang kami lihat di wajah mereka, bukan kegembiraan semata. Tetapi juga ketenangan. Kedamaian. Kerana jerih letih mereka selama ini terbayar jua.
                Kami tiba di markas AQ pada lewat petang. Cepat-cepat kami mengambil bagasi di bawah bas dan segera pula bergegas ke markas untuk solat. Mujur sahaja ruang masa itu dipanjangkan tuhan. Bukankah masa itu juga ciptaanNya? Maka Dia juga pasti punya kuasa untuk menggerakkan masa sesuka hatiNya.
                Petang berlalu perlahan-lahan. Bagai member kami peluang untuk solat dengan tenang. Dan usai semua menyudahkan solat, Maghrib pun kunjung tiba. Seruan tuhan bergema perlahan dari segenap jihat. Kami memutuskan untuk solat Maghrib segera supaya urusan lain boleh dilakukan. Perut yang mula menyanyi mengingatkan bahawa musim syita’ adalah musim lapar. Musim menggemukkan diri. Lantas kami segera solat supaya dapat lekas makan.  
                “”Jom pergi City Star,” ujar Hafiz, setelah solat. Yang lain masih duduk dan baring sambil memikirkan perkara lain yang mungkin boleh dibuat. Tetapi akhirnya semua bersetuju, mereka bosan. Aku dan Zakhir memilih untuk bereha sahaja di situ kerana badan yang agak lelah. Tinggallah kami berdua, bermain laptop sementara nasi HadraMaut, nasi mandiy, tiba.




Zakhir dengan sengihnya dan aku yang botak. kenape, tak pecaye ke??



markas AQ. Adly masih tidor di siang hari dan kamu boleh melihat teman tidurku di sana, seorang tedi ber. haha


Bersambung.

15 comments:

fiqvertigo said...

botakkkkkkkkkkkkkk! aku rindu zagzig :(

MUJA said...

aku lg seniior kat zagzig drp kau :p HAHAHA

fikrahuddin said...

memang patut kau rindu. haha


senior beberapa hari. kecoh gila. huhu

Asyrav... said...

tidak sempat kita ketemu,rindu benar rasa hatiku..huhuhu

edoraemon said...

apa pasai smngt smcm jr jr aku nie. haha

Shasha Ira said...

buat sy rindu ngn Mesir..
wah~~ajaib Mesir boleh bwt sy angau gni,haha..
like diz post,rasa dekaaaat jak ngn mesir bila bca,huhu

Norashikin Abdullah said...

rindua kat mesir brtambah2 baca cter abrar

fikrahuddin said...

nenek ketinggalan zaman. huhaha. kitorang memang semangat waja.

tengs. ada jugak yang baca ye. haha. tak sangka betul.

Mohd Ikhwan WaoNe said...

kim salam zakzik! :)

alief_kaizer said...

haha... ko beruntung abrar! trus menanti smbungan

peyus said...

assalamualaikum abrar ;).

syita' tu ape wey? tak tau la..

walaupun sy tak pernah pegi mesir, jelas tergambar ketenangan dan keamanan mesir slpas peristiwa tu.

fikrahuddin said...

waalaikumussalam, peyuz.. huhu.

syita' tu winter, bak kata radzi.

tah bile la aku nak sambung ni. hehe

Saya said...

ko...


gemuk~

fikrahuddin said...

aku.. dah lama gemuk.. haha

ana said...

suke2=D