Pages

Feb 2, 2011

lombong kebangkitan.

salam satu agama.

ingat tak pesan Al-Banna?

kami (ikhwan) takkan bangkit dengan cara rusuhan. tapi percayalah, kalau ini berterusan, satu hari nanti lihat sahajalah, rakyat mesir akan bangkit sendiri.

hari ini aku dalam sejarah. aku menyaksikan kata2 ulamak itu.
aku di sini.
menyaksikan sejarah.
saat keluarga risau di tanahair,
aku bersyukur diberi tuhan peluang untuk jejakkan kaki di sini.
untuk aku saksikan sendiri perjuangan dan mendalamai erti,
dan melihat kekuatan pemuda pemudi.
biar pemimpin mereka goyah, cuak,
melihat bangkitnya rakyat yang muak dengan korupsi sang dia.
oh tak siapa melainkan Dia tahu bahawa aku sangat berbangga.
kerana saat bersejarah itu, aku di sini!
sipi-sipi aku di dalam lipatan sejarah itu.
akan aku cerita pada anak cucuku apa itu perjuangan dan ilmu.
akan aku cerita manis dalam pedih gas pemedih mata itu.
oh ya, aku sudah rasa.
ahh.. rasa itu indah.
memang bukan aku yang berjuang.
aku iri melihat mereka mereguk manisnya berjuang.
aku di sini dihantar tuhan
untuk melihat apa itu berjuang.
terima kasih tuhan.
hari ini aku di lombong kebangkitan.
di tanah kesedaran,
aku menyaksikan rusuhan dalam menahan pedih mata.
oh, indahnya perjuangan menegakkan keadilan.
biarlah mati menjengah, biarlah sakit mencicah.
tunggu.
masa kita akan tiba, sahabat.

wassalam.

2 comments:

Saya said...

ye...
masa itu akan tiba!!

Allahu ghayatuna
Arrasul Qudwatuna
Al-Qur'an dusturna
Aljihadu sabiluna
Almautu fi sabilillah
Asma amanina...

Verdict said...

aku rasa kau rasa kita rasa sama sama