Pages

Feb 22, 2011

ada modal dan takda modal.

salam satu agama.


buat sesuatu mesti ada sebab, kan?
ada orang hisap rokok nak tenang. ada yang hisap sebab sangap.
ada yang mengaji sebab nak pahala. ada yang kena piat telinga dengan mak. ada yang nak tekel anak pak imam.

macam2.

memang kita kena bersangka baik dengan orang. tapi dengan diri kita?

apa niat kita?

pnah dgr lagu ni,

"are my intention allright, am i doin' it for Allah? when i look it deep, deep, down inside, do i have a right niah.."

do we have?

entahlah. siapa tahu, kan?

kalau kita buat kerja, kita ada dua pilihan.

kita nak nampak di mata manusia atau di mata tuhan.

kalau manusia nampak, mungkin kita akan dapat nama, kekayaan dan juga kehormatan. tak lupa juga kritikan! semua salah di mata manusia. huhu.
tapi ada satu masalah besar, yang lain. tuhan tak nampak.


lain pulak kalau tuhan yang nampak.

kaya boleh, dihormati boleh, dipandang manusia mungkin, tapi yang lagi bes ialah, dapat pahala!

so, tak rugi kan kalau kita carik redha Allah, instead of redha manusia?

jadik doktor, misalannya, kalau nak duit dan pangkat, senang je. tapi kalau nak keredhaan Allah, yang lain2 tu mungkin akan datang mengiringi. janji apa yang kita buat tu kerana Allahlah.

sebenarnya tajuk topik ni aku nak hurai dari sini. yang kat atas ni intro je lebih.




cerita hantu kak limah balik rumah. betul ke tajuk dia ni? cerita ni bes gila! takde motif langsung.  setakat lawak je lebih.
kalau kita mencari glemer, kita mungkin akan buat sesuatu macam hantu kak limah ni. buat cerita lawak, pastu buat dialog2 kelaka biar orang tiru. jadi budaya. sampaikan sapa yang tak tau dianggap macam loser la. dasat, dasat...
"cecita, cecita!!"
"kite bako je!!!"
"sembelit ke??"
"plawok plawok plawok..."

yelah, mmg klako pun. aku pun tergune gak kekadang. huhu. tapi masalahnya, mereka2 yang buat tu, apa yg korang dapat? dapat nama?

"woi, diorang guna dialog dalam filem kite siot!!!!"

wui bangga sangatla tu. tgk kat akhirat nanti korang bangge tare mane.


lain pulak kalau orang yang buat kerja bermotif. contoh, Faisal Tehrani, buku cerpen 3 Kali seminggu. cerpen pertama mengisahkan seorang wanita yang hidupnya hanya untuk memperjuangkan bahasa. biasalah, cerpen itu pasti mengandungi banyak sejarah2 pasal bahasa kita, jatuh bangun perjuangan, dsb.

tak kisahlah. janji, sedikit sebanyak orang yang baca tu akan rasa macam,
"weh aku nak jagalah bahasa aku! penting woooo!!!"

jadi, perjuangan dua yang di atas ni, mana lagi berbaloi???

fikir2 sendirilah. penat2 je korang baca intro kalau korang tak paham. korang penat ada aku kisah? aku penat menaip ni korang tak fikir!


nak carik gambar, kang aku letak gmbar merepek lagi. so, tak payahlah banyak2. hehe

Feb 19, 2011

wajjahtu, wajjahna. wajhia. wajah. wajik. dan sebagainya.

salam.

  gila la malas nak update sekarang. maklumlah, otak tak sekentang ustaz2. huhu.
saya juga tidaklah serajin nenek doremon dalam menghapdet belog beliau. syabas syabas!!!

wajah. satu benda yang signifikan untuk seorang manusia. sekurang2nya untuk bangsa melayu dan arab.

aku cari gambar muka. sekali kuar gambar ni. cam menarik. haha.
korang pun try laa google 'muka'. nanti mesta ada gambo pakcik nih.. hehe

betapa signifikannya wajah kita, hingga digunakan dalam beberapa situasi. contoh ye,

"Mah, kau nampak ke si Meon tu datang tak majlis anak kite ni?"
"alah abang ni, mesti la die datang. menantu die kan?"
"Abang tak nampak pun muka dia?"

ha, nampak tak betapa muka memainkan perana penting dalam mewujudkan kita di sesuatu tempat??

"Muka sapa yang beriman sangat tu? rasa macam nak buat menantuuu je"
"tu anak shafie, abrar nama dia.."

nampak tak? muka tu menunjukkan kita mulia ke tak. hina ke tak.

"Ape hensem ngak anakmu ni, senah? baka baik ni..."

dan mungkin menjelaskan keturunan kite..huhu..

kalau orang arab lak, aku takde contoh. huhu.

wajah kita. kenapa dalam solat kita baca, "aku menghadapkan wajahku.." kenapa kenapa???

ok. tu masa kita solat. cuba kita patah balik beberapa jam sebelum solat. apa kita tengah buat? mungkin kita baru lepas minum air sirap kawan tanpa izin beliau. mungkin jugak baru lepas mengumpat, menipu dan yang sewaktu dengannya.

kita baru lepas ubat dosa. then, lepas tu, kita gi jumpa tuhan.
"wahai tuhan, aku hadapkan wajahku..."

oh, hinanya kita saat itu. menghadapkan wajah yang tercalar dengan malu dan dosa. menghadapakan muka kita setelah melakukan kesalahan.

macamana nak minta maaf kalau buat salah? mengaku la kan?

sebab tu lah wajib untuk kita solat. kita akui semua kesalahan kita, mintak ampun, janji taknak buat dah. sebab kita ni kan hamba yang hina, suka buat salah. maka, nak taknak, kita kenalah minta ampun selalu, banyak2..

biar nanti masa kat syurga, muka kita berseri2 dan orang pun cakap,

"Amboi muka dia.. signifikan sangat.. mesti dia baca blog abrar lalu dia bertaubat dan lalu dia solat dengan baik, dan menjaga hatinya."
"abrar mana?"
"masuk neraka, sebab angkuh ngat."
astaghfirullah... huhu..

tu je. bosan? lantak hangpa la..
http://www.emocutez.com

wassalam..=)

Feb 12, 2011

my bad, I guess?

salam satu agama.

pernah tak korang baca note kat facebook, atau mana2 blog, tulis pasal 'terima kasih malaysia'? apparently, aku yang tulis benda tu dan ramai yang salah sangka nampaknya. salah tafsir.

ada orang kata aku sarkastik. memang aku sarkastik, tapi tak la terlalu sarkastik. aku memang maksudkan kawasan aku hijau, bukan dengan unsur sindiran tapi betul2 aku maksudkan hijau.

ada yang kutuk aku sebab kata aku ni melampau sebab tulis sesuatu ikut perasaan dan tuduh orang tak tentu hala, sedangkan orang yang aku tuduh tu berusaha sehabis daya. maaf, kalau ada yang terasa. kalau embassy terasa, aku dah minta maaf kat note kedua. kalau orang atas lagi dari embassy? err....


ada jugak yang perli2 aku. dan ramainya yang no komen, terutamanya yang kenal aku lah. nak kutuk, kesian pulak kat member macam aku ni, kan? ada jugak yang baru kenal. " oh, inila Abrar tu!" dan terus takda komen. nampak sgt pandangan dia terhadap notre tu buruk dan terpaksa disorok di depan penulisnya demi menjaga hati. mungkinlah. tapi taklah bermakna korang buat sesuatu yang salah. semua pihak ada pendapat masing2.

ada jugak yang jumpa terus, "Well job Abrar. kau beranilah," katanya. lain yang aku tunjuk lain yang orang faham rupanya.

ah, sedih betul. ramai jugak yang tegur kesalah aku, yang mereka nampak. terima kasih banyak2. dan atas sebab tu aku dah padam note tu. atas beberapa sebab.
pertama, aku malu orang nampak salah aku. siapa yang tak?
kedua, apa yang aku tulis ni tak mewakili fikiran semua student yang kat mesir ni. ada yang rasa mesir masih selamat diduduki, masih boleh studi, maka aku tak patut publish begitu sekali, mungkin.
ketiga, ada unsur2 perselisihan faham berlaku. aku taknak kerana note tu, aku buat orang berpecah belah.

banyak yang aku belajar daripada note tu. siapa tahu, kan? kalau aku tak tulis aku pun takkan tahu kebaikan2 ni.

yang pertama, being famous is just ridiculous. kenapa? yelah, bila tgk orang yang baca note ni, dan bersetuju, semua pakat nak add. untuk apa? ada yang ajak couple. main2 je kot. tapi yang jelasnya, kita nampak bahawa tak semua orang sama macam kita. semua orang fikir lain2. dan juga menjdi terkenal bukan bermaksud menjadi orang yang disukai. kan?

yang kedua, facebook memang mantap. memang medium untuk meluahkan perasaan dengan efisien. haha. tak tak. medium yang berkesan untu share sesuatu. mungkin facebok jugak boleh mengubah sesuatu negara. kita tegnoklah apa hasil kerja keras kerajaan dalam evakuasi nanti apabila membawa produk2 pembangkang pulang ke tanahair dengan efisiennya. pasti PRU ni akan jadi menarik.

yang ketiga. bahasa memang untuk kita. kenapa nabi muhammad mempunyai Al-Quran sebagai mukjizat? kerana bahasa. kerana umatnya senang terpengaruh dengan bahasa. kerana kadang2 pena itu lebih tajam dari pedang.

banyak lagi sebenarnya. sebenarnya kan aku nak buat cerpen pasal rusuhan ni. tapi mood aku takda. sebab apa? sebab aku duduk di Jeddah ni lama sangat sampai Mood aku habis mati semua. bosan!!! ah, siapa tahu, kan? perlu ke ambil peduli? janji semua selamat keluar dari mesir, alhamdulillah.

now, mubarak dah turun. esok pagi, parent aku akan ke beijing. yes, dan aku tak balik lagi. cuti pun dengar2nya ada la dalam dua minggu. berbaloi2... bukan apa, lagi pendek cuti tu, lagi kita faham apa makna cuti yang berharga, kan? haha. harap2nya banyaklah benda berharga yang boleh dibuat...=)

lastly, satu persoalan yang aku nak ajak fikir2 bersama.

kerajaan. apa yang kita maksudkan dengan kerajaan? UMNO? tak. kerajaan adalah kerajaan. tak kiralah umno atau pas. kalau itu tanggungjawab kerajaan, maka kerajaanlah harus menanggungnya. bukan mana2 parti. bila orang2 melalak bising suruh kerajaan selamatkan student2 mesir yang 'sibuk belajar agama hingga lupa hal dunia', adalah pihak2 yang bising semula, kalau PAS bagus sangat, kenapa tak selamatkan je mereka?
boleh saya tolong jawabkan? sebab mereka bukan kerajaan PUSAT!

lagi, kita mendapat ihsan dari beberapa negara dalam proses evakuasi itu. adakah kerajaan kita layak benar untuk mendapat ehsan tu? benar ke mereka berusaha terlalu bagus untuk mendapat pertolongan?

not sure. ku bukan nak menuduh. i'm just curios. bukan apa, ada ura2 dengar katanya bini orang penting negara melancong baru2 ni sakan. habis duit banyaklah jugak. tapi apabila diungkit tentang hal ini, kos tu sangat ditimbang berat. no offense, oka. aku taknak tuduh sesiapa. rumours. tapi macam yang aku kata, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? entahlah. aku bukan di pihak sesiapa. aku cuma memerhati.dan pemerhati tidak tahu sebanyak yang pelaksana tahu. kalau ada sesiapa yang rasa aku salah dan kasar mahupun biadab, aku minta maaf. hanya nak berkongsi pendapat.

oh ya, correct me if i'm wrong, okay?

esok mungkin flight aku. kalau bertuah. salam.

Feb 2, 2011

lombong kebangkitan.

salam satu agama.

ingat tak pesan Al-Banna?

kami (ikhwan) takkan bangkit dengan cara rusuhan. tapi percayalah, kalau ini berterusan, satu hari nanti lihat sahajalah, rakyat mesir akan bangkit sendiri.

hari ini aku dalam sejarah. aku menyaksikan kata2 ulamak itu.
aku di sini.
menyaksikan sejarah.
saat keluarga risau di tanahair,
aku bersyukur diberi tuhan peluang untuk jejakkan kaki di sini.
untuk aku saksikan sendiri perjuangan dan mendalamai erti,
dan melihat kekuatan pemuda pemudi.
biar pemimpin mereka goyah, cuak,
melihat bangkitnya rakyat yang muak dengan korupsi sang dia.
oh tak siapa melainkan Dia tahu bahawa aku sangat berbangga.
kerana saat bersejarah itu, aku di sini!
sipi-sipi aku di dalam lipatan sejarah itu.
akan aku cerita pada anak cucuku apa itu perjuangan dan ilmu.
akan aku cerita manis dalam pedih gas pemedih mata itu.
oh ya, aku sudah rasa.
ahh.. rasa itu indah.
memang bukan aku yang berjuang.
aku iri melihat mereka mereguk manisnya berjuang.
aku di sini dihantar tuhan
untuk melihat apa itu berjuang.
terima kasih tuhan.
hari ini aku di lombong kebangkitan.
di tanah kesedaran,
aku menyaksikan rusuhan dalam menahan pedih mata.
oh, indahnya perjuangan menegakkan keadilan.
biarlah mati menjengah, biarlah sakit mencicah.
tunggu.
masa kita akan tiba, sahabat.

wassalam.