Pages

Jan 17, 2011

saqafah dan fikrah.

salam satu agama.

unsur bosan. jaga2 sebelum baca.

bak kata naqib aku, seseorang itu perlukan fikrah yang akan mewarnai cantik2 saqafahnya.

saqafah? kalau tak silap, maksudnya ilmu pengetahuan la lebih kurang.

fikrah? pemikiran. idea.

saqafah islamiyyah. semua orang beriman ada insyaAllah. macamana nak solat. mana buruk baik. semua orang ada tu. kan? so kadang2 kalau kita bertelagah tentang perkara2 asas ni, kerana perbezaan pendapat, macam kelakarlah. itu baru masalah furu'. lepaklah.

saqafah itu ada. tapi apa yang kurang lagi dalam diri umat manusia sekelian ramai sekarag ni?

apa yang akan menukarkan kita daripada buih2 di lautan yang takda harga menjadi butir2 permata agama?



hah.

mudah. fikrah islamiyyah.

berapa ramai orang yang rabun dakwah sekarang?

rabun dakwah? sebelum sambung, nak cerita sikit apa yang dimaksudkan dengan rabun dakwah. kalau zaman nabi, salafussoleh, tabi'in, dan zaman2 kegemilangan Islam, rata2 orang tiada penyakit rabun warna. setiap pandangan itu bermakna. kalau nampak yang lemah, segera dibantu. nampak yang buat jahat, segera ditegur. hebat gila la kalau macam tu. kejahatan atau kelemahan sesama kita, dapat ditampung sama2. semat en? huhu.

tapi, kita sekarang ni tak lagi. kita macam rabun dakwah. kita tak jelas apa yang perlu didakwahkan. dakwah bukan sekadar keluar macam tabligh ataupun nasyid je.

tapi meluas. kalau nampak orang buang sampah, apa kata hati?

"eh, bangang ke hapa? buta ke tong sampah besar gedabak depan mata tuh?"

atau


"alalala sian mamat tuh. die rabun kot. tak nampak tong sampah. kesian die kurang kesedaran. takpe2, biar gua kutip sampah die."

mulia sgt ke pemikiran kedua tu? haha. mulia sgt ye dak? macam malaikat la pulak.


sahabat, teman, itulah pemikiran orang beriman yang sebenar. itu bukan pemikiran malaikat. kalau kita berjaya fikir begitu, alhamdulillah, anda tak rabun warna. anda takkan dikandaskan oleh pakcik JPJ malaikat nanti. huhu.

andai kata, kita rabun, ya, rabun dakwah, maka jangan duduk diam je. kat qomiah tu bersepah kedai spek. tak, tak cukup bang. rabun dakwah ni kena banyak muhasabah diri sebenarnya,

apa yang kita dah buat untuk umat.
untuk keluarga.
Islam.

ha, kalau kita sedar bahawa kita pernah cakap,

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup matiku, hanya kerana Allah,

maka kita akan sedar bahawa kita ni taklah banyak amal lagi.



kenapa perlu ada fikrah ni?

woi pemuda. nak tanya sikit. kalau bukan anda, siapa? siapa nak tegakkan agama? aku sorang? aku dah tua.. aku kan dah 20 tahun ni.. huhu.. taknak ke nanti kat akhirat dapat pingat kehormat, pengganti nabi? best kot!

maka fikrah kena dibina segera. lain kalilah pulak kalau nak cerita macamana. dah ngantuk ni. huhu.

ingatla, kita buat semua ni, dapat kat kita gak. senang akhirat dunia.


tu je. ngantuk gila. wassalam.



ps: aku ada 81 follower. jadik, aku harap korang yang 81 tu sudi baca cerpen aku yang tak seberapa ni, buat yang belum baca, dan kalau ada manfaatnya, tolong sebar2kan link itu. kalau taknak undi pun takpalah, baca je.


cerpen aku di sini.


dan, cerpen  kawan aku ni. kalau sapa yang kenal fynn jamal, rugi la kalau korang tak baca. fynn jamal baca tau cerpen dia! di sini.