Pages

Jan 26, 2011

diorang dengar lagu bunkface kot.

salam satu agama.


patutnya pagi ni, lepas solat, aku kena stadi. yelah, japgi test anat. macam la dapat jawab elok2. tapi aku terpanggil nak baca blog2  yang menarik perhatian aku. blog apis bean ngan fiq  sememangnya membuatkan aku pun nak menaip jugaklah.

revolusi. mesir kecoh sekarang. kecoh sana sini. kalu nasai dia kata kucha lana lah. haha.

mereka mahukan perubahan. mereka mahu menjatuhkan yang zalim. mahu mendabik keadilan tinggi2. mahu tumbangkan apa yang orang panggil korupsi. hah, masa mereka sudah tibakah?

aku rasa perkara begini jarang sekali terjadi,kan? rakyat mesir sebelum ini takut2 mahu bangun kerana diugut macam2. oh, ugutan itu tinggal kosong saat mereka mendengar khabar saudara mereka yang bangun di Tunisia.

macam itulah di Malaysia, dulu. DULU? ha, dulu. sekarang jarang nak ada pemuda yang bangun untuk sakit, asalkan apa yang mereka perjuangkan itu berbaloi untuk sakit. jarang nak ada pemuda sekarang mahu fikir masa hadapan. mahu rasa bertanggungjawab sebagai pemimpin satu hari nanti.

jarang nak ada. tapi tetap ada.

angin revolusi sedang panas sekarang. entah sampai bila, tapi aku harap sekurang2nya dunia tahu, mereka tidaklah berdiam kot. mesir makin lama makin teruk. matawang jatuh, rakyat miskin, jalan kotor. ah, takda yang baik di Mesir, selain ilmunya.  mungkin jugak mereka dengar lagu Situasi, Bunkface. siapa tahu? diskriminasi menjatuhkan mereka, kan? haha.
mungkin kerana malukan itu, rakyat mereka bangkit. aku hanyalah orang luar. tak mungkin aku join sekaki,kan? tanggungjawab aku kat sini lagi berat. menuntut ilmu.
maka aku doakan mereka selamat. aku doakan usaha mereka dinilai tuhan sebagai usaha yang berharga.

pesan peribadi, kita tak usah masuk campur hal mereka. perjuangan mereka. kita ada perjuangan kita nanti. mungkin lebih sukar. siapa tahu? untuk itu kita kena kumpulkan semua bekalan. ilmu, mental, fikrah, dan strategi.

kengkawan, tahu kenapa mukjizat nabi kita adalah Al-Quran?


nabi Musa mukjizatnya sihir. kerana pada zaman baginda, orang2 yang tahu sihir dipandang hebat. boleh kata sihir pada zaman itu adalah keagungan. maka tuhan kurniakan Musa kepakaran bermain sihir. lihat saja, ada tak sihir yang lagi hebat dari Musa? tongkat menjadi ular. laut terbelah!!! nyata sihir Musa lagi hebak dari yang lain. sebab 'sihir'nya bukan sembarangan. sihir dengan izin tuhan yang Maha Kuasa.

 begitu juga dengan Nabi Muhammad. zaman nabi dibangkitkan, adalah zaman bahasa. kaumnya suka bermain bahasa. dan bahasa itu sesuatu yang hebat. pemuisi yang hebat disanjung. terkenal. dipandang hebat.
jadi mungkin itu adalah jalan terbaik untuk menyedarkan mereka, siapa yang hebat. Tuhan, pastinya.
tiap2 perkataan  yang disusun di dalam Al-Quran sangat cantik. bahkan ahli bahasa juga terpana. jadi, itu karya siapa? karya tuhan, pastinya. mana mungkin seorang yang tidak bisa membaca dan menulis mampu menghasilkan karya sebegini hebat.

ok. berhenti kat situ sekejap.

ilmu, bahasa, dan ekonomi.
aku nampak nabi ajar kita guna tiga benda ni.
ya, nabi yang kita rasa lapuk itu. boleh ke guna taktik ni? boleh! mukjizat nabi itu diturunkan sesuai dengan kaumnya. dan kaum nabi Muhammad sehingga ke akhir zaman, tak gitu?

kehebatan nabi dalam berniaga patut dicontohi.
ilmu yang ditekankan di awal wahyu patut diteladani.
bahasa yang agung di dalam Quran patut kita dalami.

dengan semua tu, dan sifat2 mahmudah yang nabi ajarkan, insyaAllah dunia ini milik kita.

kita selalu dengar bahawa banyak gelodak2 revolusi zaman merdeka kerana adanya tulisan2 yang membangkitkan jiwa. oh ya, terlupa pulak. bahasa kan mukjizat Nabi.....=)

wassalam.

ps: kalau rajin, sila baca cerpen aku, cerita perjuangan, di sini.

kalau suka karya yang enak2 untuk dibaca, bacay nag kawan aku punya. di sini.

Jan 23, 2011

amenda yang hebatnya?

salam satu agama.

alhamdulillah aku dah siapkan lagi satu cerpen. 'nama saya Adam', kalau pernah baca, sebuah kisah yang aku garap tentang sirah dan cerita budak-budak sekolah.

alhamdulillah sambutan menggalakkan.

belakangan ini, aku terasa semacam bosan sebab cerpen2 aku agak 'ringan'. sebab aku nak bagi pembaca-pembaca yang tak suka ayat sastera dapat mesejnya.

tapi saya terfikir.

orang yang hebat ialah orang yang membaca buku yang hebat, kan?

jadi kalau nak jadi penulis yang hebat, kita takkan nak tulis yang simple2 jer?

samalah macam apa kita buat dalam bende2 lain. buat sesuatu biar hingga ke akhir daya. biar cecah hujung kudrat kita. sebab peluang bukan nak datang selalu. andai kata tuhan hanya beri satu lagi peluang untuk kita beramal, kan kita rugi? kalau kita tahu, takpe jugak. masalahnya kita ni tahu ke bila? kang terbang2 macam pemain bola tuh. eee. cuak aku. huhu.

so, nak buat apa pun, biar jadi yang hebat. kalau nak membaca, baca yang hebat2. nak tulis, tulis yang hebat2. nak kerja, kerja yang hebat2. sungguh2. sebab orang mukmin semua hebak2. huhu.

last sikit.

dekat zaqaziq, ada sekali tu kawan aku bawak budak2 perempuan gi beli barang. kiranya dia jadik musyriflah ni. then budak2 pompuan tu nak makan krib. diorang pun pi la singgah krib. tiba2 ada ustaz2 DPM mai and sound die. bukan sound, tegur je kot. diorang tanya,
"watpa kat sini? sepatutnya takleh bawak budak pompuan ni gi makan. ni bukan uzur syarie. kalau nak bawak pun, orang2 yang dilantik je boleh."

hmm.

siapa orang yang dilantik tuh?

ada sesi ujibakat ke? macamana nak jadi musyrif yang eksklusif tuh? lari 100 meter dalam  3 saat?
boleh cakap arab macam orang arab?
muka hensem?

wadehel.

apa beza orang yang dilantik tu dengan kawan aku? bukan dua2 Islam ke? hensen pun hensem. dah tu apa bezanya? yang ni boleh bawak yang ni tak boleh bawak?

aku harap, bukan sistem DPM tu yang macam tu. aku harap orang yang menerangkan tu yg salah. sebab aku tahu, pelajar2 agama macam tu takkan buat sesuatu yang nonsense. sebab mereka lahir dengan akal yang bernas, dan dipilih tuhan pulak nak ambil agama. aku jeles sebenarnya. sebab aku lagi minat bidang agama.

senanye takde masalah pun, cuma itulah. kalau betul apa yang orang tu cakap, aku rasa tak patutlah nak buat gitu. membeza2kan kita dgn org lain. kalau betul dia buat tu salah, tegur takpa. mungkin betul dia melanggar syarat2 takleh gi makan tu. tapi tiba2 orang2 tertentu boleh pulak bawak. besnye kalau macam tuh.

budak2 tu nak carik barang. then nak singgah makan sat. takkan nak singgah makan pun salah. apa kata kalau betul diorang salah, just suruh diorang bungkus je. makan kat rumah. so, takda pihak yang rugi di situ.

nabi kata berdakwah perlu berhikmah. kadang perlu lembut, kadang keras pun perlu ya kawan2.

aku bukan menentang DPM sebab aku dtg dgn AQ, tapi sebab aku orang yang mencari rasional di sebalik sesuatu yang terjadi.
tegur saya kalau salah.

wassalam.

Jan 18, 2011

pokok


Sekali ini aku diizin
Bertinta tentang kritikalnya pokok
Pokok yang mabuk dalam sendirian
Seketika risau seketika sebak

~0~

Pokok dukacita dalam romantis dunia
Terumbang-ambing dalam risau
Dunia evolusi tapi pokok setia
Memasrah dalam amarah

~0~

Sekali lagi aku diizin
Sayu dan cemasnya pokok, aku ceritakan
Merisaukan dunia yang tepu
Padat dengan gelap-gelita
Keliru denagn revolusi yang keliru

~0~

pokok ini sukacita?
Rimas tapi sanggup menerima
Namun bimbang ketika dunia tenang
Mungkin kapan bahagia datang
Tiada kenal pokok erti gembira

~0~

Kasihan pokok yang kalut
Lemas dalam gersang dunia
Awang-awangan dalam ombakan dunia
Sempit melihat ketegangan.cuma
Dunia yang tegang meilhat luasnya pokok

~0~

Saya intiha dalam tegas
Terus menulis walau pokok kecewa
berkelana cinta pokok dan dunia
Tinta ini tinta cinta
cinta?
Sekali lagi pokok runsing mendengar cinta


 salam satu agama.
 puisi ini dikarang oleh rakan saya nawfal fathel. sengaja saya kongsi di sini bila melihat keindahan susun atur ayatnya. ahh, cemburu saya tidak mampu menghasilkan puisi2 sebegini. puisi bukan kepakaran saya. bukan tempat bermain saya. bukan keistimewaan saya. maka apa yang saya mampu adalah berkongsi serba sedikit apa yanhg kawan2 saya ada. 

untuk mengenali penulis lebih lanjut, bolehlah ke sini.

bertambah seorang lagi sasterawan di Malaysia....=)

wassalam.

Jan 17, 2011

saqafah dan fikrah.

salam satu agama.

unsur bosan. jaga2 sebelum baca.

bak kata naqib aku, seseorang itu perlukan fikrah yang akan mewarnai cantik2 saqafahnya.

saqafah? kalau tak silap, maksudnya ilmu pengetahuan la lebih kurang.

fikrah? pemikiran. idea.

saqafah islamiyyah. semua orang beriman ada insyaAllah. macamana nak solat. mana buruk baik. semua orang ada tu. kan? so kadang2 kalau kita bertelagah tentang perkara2 asas ni, kerana perbezaan pendapat, macam kelakarlah. itu baru masalah furu'. lepaklah.

saqafah itu ada. tapi apa yang kurang lagi dalam diri umat manusia sekelian ramai sekarag ni?

apa yang akan menukarkan kita daripada buih2 di lautan yang takda harga menjadi butir2 permata agama?



hah.

mudah. fikrah islamiyyah.

berapa ramai orang yang rabun dakwah sekarang?

rabun dakwah? sebelum sambung, nak cerita sikit apa yang dimaksudkan dengan rabun dakwah. kalau zaman nabi, salafussoleh, tabi'in, dan zaman2 kegemilangan Islam, rata2 orang tiada penyakit rabun warna. setiap pandangan itu bermakna. kalau nampak yang lemah, segera dibantu. nampak yang buat jahat, segera ditegur. hebat gila la kalau macam tu. kejahatan atau kelemahan sesama kita, dapat ditampung sama2. semat en? huhu.

tapi, kita sekarang ni tak lagi. kita macam rabun dakwah. kita tak jelas apa yang perlu didakwahkan. dakwah bukan sekadar keluar macam tabligh ataupun nasyid je.

tapi meluas. kalau nampak orang buang sampah, apa kata hati?

"eh, bangang ke hapa? buta ke tong sampah besar gedabak depan mata tuh?"

atau


"alalala sian mamat tuh. die rabun kot. tak nampak tong sampah. kesian die kurang kesedaran. takpe2, biar gua kutip sampah die."

mulia sgt ke pemikiran kedua tu? haha. mulia sgt ye dak? macam malaikat la pulak.


sahabat, teman, itulah pemikiran orang beriman yang sebenar. itu bukan pemikiran malaikat. kalau kita berjaya fikir begitu, alhamdulillah, anda tak rabun warna. anda takkan dikandaskan oleh pakcik JPJ malaikat nanti. huhu.

andai kata, kita rabun, ya, rabun dakwah, maka jangan duduk diam je. kat qomiah tu bersepah kedai spek. tak, tak cukup bang. rabun dakwah ni kena banyak muhasabah diri sebenarnya,

apa yang kita dah buat untuk umat.
untuk keluarga.
Islam.

ha, kalau kita sedar bahawa kita pernah cakap,

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup matiku, hanya kerana Allah,

maka kita akan sedar bahawa kita ni taklah banyak amal lagi.



kenapa perlu ada fikrah ni?

woi pemuda. nak tanya sikit. kalau bukan anda, siapa? siapa nak tegakkan agama? aku sorang? aku dah tua.. aku kan dah 20 tahun ni.. huhu.. taknak ke nanti kat akhirat dapat pingat kehormat, pengganti nabi? best kot!

maka fikrah kena dibina segera. lain kalilah pulak kalau nak cerita macamana. dah ngantuk ni. huhu.

ingatla, kita buat semua ni, dapat kat kita gak. senang akhirat dunia.


tu je. ngantuk gila. wassalam.



ps: aku ada 81 follower. jadik, aku harap korang yang 81 tu sudi baca cerpen aku yang tak seberapa ni, buat yang belum baca, dan kalau ada manfaatnya, tolong sebar2kan link itu. kalau taknak undi pun takpalah, baca je.


cerpen aku di sini.


dan, cerpen  kawan aku ni. kalau sapa yang kenal fynn jamal, rugi la kalau korang tak baca. fynn jamal baca tau cerpen dia! di sini.

Jan 15, 2011

pekena petang2 dengan teh panas memang bes!!!

salam satu agama.

trimas la utk yg baca dan undi cerpen aku. aku dah siap lagi satu cerpen. alhamdulillah.

hari ni aku nak promote lagi.

kenapa orang buat cerpen? agak2nya kenapa? kenapa perlukan idea? datang dari mana?

aku tak tahulah. tapi kalau aku la kan, aku buat kerana beberepa sebab:

nak sampaikan pengajaran, melalui cerita.
nak meluahkan perasaan melalui cerita.
nak bongkar isi hati, pemikiran, melalui cerita.


ha itulah sebab aku buat cerpen.

aku tau entri aku yang ni mesti bosan dan tak ramai yang baca. tapi kalau taknak baca, apa kata korang baca link2 yang aku bagi kat bawah ni.

untuk cerpen aku, kot2 korang nak baca, sila ke sini

mungkin korang rasa bosan, abrar ni asyik2 promote cerpen dia. macamlah orang lain punye tak bes.

hah!! tepat sekali di situ! banyak lagi cerpen bes sebenarnya!! untuk baca cerpen2 yang terlibat dengan pertandingan ni,  boleh baca 10 petikan cerpen2 and pilihlah mana korang nak baca... klik sini.


tapi, andai kata korang nak carik cerita yang bagi aku terrbik setakat ni, korang cuba klik cerpen kawan aku.
jangan main2! sasterawati yang jauh belajar medic di mesir.
major dalam bahasa dan seni, minor dalam Medic, dia ni bukan calang2 orangnya. Fiq Vertigo tu aku tgk dah macam Fynn Jamal versi pakai tudung. haha. kan bagus kalau Fynn pakai tudung.

untuk baca cerpen yang gempak itu, sila ke sini.

kalau korang agak2 taknak baca cerpen2 tu, baca yang fiq punya tu pun aku rasa dah berbaloi.
kalau korang suka baca bahasa yang lembut dan menghanyutkan, dia ada.
agama pun, dia ada.
cinta? jelas2 ada, sebab dia ni jiwang.. ngahaha..

so, itu jelah. promosi ini diadakan sebab dia kata nak belanja kalau menang dengan ikhlas sebab cerpen die bes.

tapi kan kan, apa yang paling penting sekali???

selain kerjasama??

hah.

orang mukmin itu hebat gila.

setiap yang dia lakukan bawak manfaat tahu.
jadi, biarlah kau ini penulis cerpen ataupun sekadar pembaca,
yang penting pastikan apa yang kau lakukan berpahala.
bacalah cerpen, bacalah banyak mana kau suka,
tapi yang penting, intinya kau tak buang setelah kau jamah rotinya.

selamat menjamu selera. cerpen manis dengan teh panas..=)

wassalam.

Jan 11, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Abrar Shafie" : Si kecil Imran

             






                 Pak Cik Khalid menerpa ke arahku. Ayah lalu menangis. Setiap titisan yang jatuh menggusarkan hatiku. Ayah lalu memelukku. Erat amat. Aku yang tika itu masih mentah melelapkan mata. Tiada pernah aku peduli hal yang terjadi di sekitarku.
                Ayah membawaku ke Kedah. Ada pertempuran sengit di sana. Ayah beritahu ramai mujahid di sana terkorban dijemput Allah. Aku hanya mengangguk. Ayah cerita lagi. Sejak kedatangan tentera Amerika Syarikat tanpa silu menapakkan kaki dengan biadap ke tanah berdaulat ini untuk menjajah kita, Malaysia terkejut. Pemimpin kita terkontang-kanting tiada bersedia. Itulah, pemimpin sama pemimpin sering bertelagah, lama-lama rakyat yang parah. Itu ayah yang kata. Kalaulah aku mengerti butir bicaranya.
                Ayah beritahu, kronologi bermula apabila Parti islami berjaya menguasai parlimen dan politik negara. Kerajaan beralih tangan. Tetapi alangkah dukanya, kemenangan yang barusan disyukuri seminggu bertukar tragedi. AS hadir campur tangan kononnya terjadi kekecohan di negara kita. Kononnya merekalah pengaman dunia.
                Keluh ayah menjadi koma cerita. Ayah cerita lagi, semua ini sudah dijangkakan. Mujur sebahagian golongan seperti ayah cepat bertindak. Mujur satu pertubuhan sempat direncana. Organisasi tergolong daripada golongan profesional muslim. Dana organisasi sahaja mencecah jutaan ringgit. Beroperasi sekitar lima tahun, ayah antara peneraju utama. Rangkaian mereka melangkaui batasan sempadan negara.
                Asar sudah menjelang. Kami kini di Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang yang terkenal itu sirna dari pandangan mata. Semuanya hanya tinggal sejarah. Runtuh punah ditimpa bom Amerika.
                Mataku mula mengantuk. Perjalanan yang jauh ini melelahkan tubuh kecilku. Kata ayah, umat Islam memang sudah mula membuka mata. Ramai yang sudah menyertai kami. Nama Islamic Community mula menggegarkan tentera Amerika. Segenap pelusuk negara mula menyertai kami.
                Seusai tiba, taklimat ringkas segera diberi kepada ayah. Aku yang tidak mampu menahan kantuk terus melangkahkan kaki mencari Kak Fatimah. Kata ayah dia ada di sini. Sebelum pergi, sempat kutatap wajah ayah. Bersih, tapi sirna sudah rasa bahagia. Aku hanya melihat cakaran-cakaran runsing mencorak muka. Ayah senyum membalas pandanganku. Bening matanya memancarkan ketenangan dan harapan. Lesung pipit di pipi kiri dan janggut membuatkan ayah nampak tampan meski banyak parut mencalar wajah ayah.
                Di Yan dulu, ayah kata, pemandangan sungguh menakjubkan. Sawah di kiri dan kanan jalan. Seluas mata memandang. Dedaun hijau yang  meliuk mengikut irama angin membawa bauan harum mewangi. Ah, alangkah seronoknya jika mataku bisa melihat semua itu. Betapa aku cuba membayangkan semua itu. Tapi sayang, itu dahulu. Berbeza dengan apa yang diceritakan, yang menjadi sajian mata sekarang hanyalah kemusnahan semata-mata. Tiada lagi kicauan burung yang ceria menjadi halwa telinga. Bauan harum juga sudah tiada menerpa. Yang tinggal cuma bunyi letupan bom yang memusnahkan keindahan alam. Segala-galanya. Termasuk arwah ummi.
                Kata Kak Fatimah, ayah akan keluar bersama Pak Cik Khalid. Mereka mula mengorak langkah. Senjata dicapai. Aku disuruh ayah tinggal di situ bersama Kak Fatimah. Aku mengiyakan saja apabila Kak Fatimah memberitahu aku ayah mahu keluar berjihad. Apa itu berjihad juga tiada aku tahu. Melancong? Bekerja? Pedulikan. Kucium kura tangan ayah.
                Sepeninggalan ayah, hati aku tidak tenteram. Masakan tidak, penjahat Amerika menanti di luar. Bagai berlari menuju kematian gamaknya. Pandanganku menemani pemergian ayah menuju medan jihad. Kak Fatimah lalu mampir ke arahku, lalu duduk di sisiku. Jangkaanku bahawa dia akan membawa kepadaku  semangkuk  ais krim meleset. Kak Fatimah membawa suatu kitab bersamanya. Kitab Al-Quran. Aku tahu itu Qur’an. Ayah sering membacanya bersama arwah ummi. Aku terkenang saat itu. Ummi sering membacakan kepadaku Al-Qur’an supaya lekas pandai, katanya. Bacaan ummi yang mendayu-dayu memikat hati sesiapa sahaja yang mendengar. Malah, pokok-pokok bagai berbuai mendengar alunan syahdunya. Awan meliuk-liuk mengikut segala burdahnya.
                “Ayuh Imran sayang. Mari baca Qur’an. Kali terakhir Im baca bersama akak ialah Surah Yusuf, ingat tak? Juzuk 13,” tegur Kak Fatimah mengganggu lamunanku. Aku senyum. Aku beritahu, telah aku sambung  bacaanku bersama ayah hingga tamat surah Yusuf.
                Kak Fatimah senyum. “Kalau macam tu, mari kita sambung ke surah seterusnya,” kata Kak Fatimah sambil mula menyelak Al-Qur’an putih itu.
                Bacaanku bagai bertatih sahaja. Sepatah-sepatah. Kak Fatimah tekun mengajarku dengan penuh kesabaran. 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.”
                Kak Fatimah diam. Dia menerangkan maksud ayat tersebut padaku. Keluhannya memanjang. “Siapa sangka Malaysia akan diserang. Tidak sangka khabar angin yang mengatakan Malaysia on the list yang bakal diserang Amerika itu benar belaka. Benar firman Allah, kitalah yang mesti mengubah diri kita,” sambung Kak Fatimah.
                Aku mulai terimbas semula kata-kata ayah dahulu. Kalau kita tidak berubah, Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik. Ketika itu, usah disesali segala perbuatan lalu.
                Sekarang, realiti terhampar di depan mata. Siapa sangka Malaysia akan dijajah sekali lagi. Segala harapan dan impian Wawasan 2020 yang dicanang-canangkan mantan perdana menteri kita hilang punah ditelan kezaliman Amerika. Segalanya tinggal angan-angan. Keamanan hanyalah mimpi. 






salam satu agama. 

rasa tak perlu letak semua kot. 

ini adalah sebahagian dari jalan cerita cerpen saya untuk pertandingan 99 Hari Kisah Klasik Kita


cerita ini berkisar tentang seorang anak kecil bernama Imran yang sedang menempuh sesuatu yang di luar jangkaan kita-perang di Malaysia semula.

apa agaknya rasa kalaulah kita berada di sana? 

so, kalau rasa cerpen ni menarik, bolehlah undi cerpen tersebut, dengan menggunakan ayat2 ini sebagai komen:


♥ "Saya suka cerpen ini, saya undi"
♥ "I vote this cerpen"
♥ "I vote this"

dan sila tinggalkan komen anda di (bukan kat sini!) 







ha, in case korang rasa taknak undi kan, takpe. yang penting korang baca and amik pengajaran...=)


pertandingan ni dianjurkan oleh, jeng jeng jeng...


special thanks untk blog kisah klasik kita.

thanks kepada yang mengundi. 
wassalam.


hari ni besday Fathi.

salam satu agama.

weh. hari ni adelah hari ulang tahun ke 19 lahirnya seko manusia kecil bernama Fathi. sape Fathi ni? die adelah seorang yan'g mempunyai suara yang sangat sedap, baik, hensem, dan pendek.

bro, gua bertuah jadik member lu. walaupun tak sempat nak jamming sesama, tak dapat nak masuk BON kat uia sesama, tapi takpe, yg penting kita sehati sejiwa. haha. kan bes kalau dapat baling tepung basah kat kau hari ni.. hai, takpe fathi, takpe. satu hari nanti akan ku laksanakan jua hasrat murniku untuk memutihkan dirimu. hehe.

ha, ini yang aku dapat kat CFS IIUM dulu. mungkin ada sesetengah orang pertikai masa aku masuk uia dulu. yelah, jap gi indon, jap gi uia, japgi mesir. macam ayah aku kate, menuntut ilmu tak pernah membazir okay?

aku senanya heran dan dirundung kemusykilan agama dibuatnya apabila melihat semua bekas2 budak2 cfs ni suka sgt cfs. padahal yg duk kat dalam cfs tu rasa macam dalam neraka jek!

tgk laa mujaa, asyik2 angau ngan kuew tiaw uia. takut aku.
adiy lak, suke gila pakai baju cfs. walaupun warna macam tukang sapu sampah, tapi tetap cantik di hatinya.
aku? nak tau ape aku rindu kat uia?

aku rindu peraturan. bebas sgt bahaya kot.
aku rindu rumate yg pelik2. hasan alim, ajiq sebaliknya, haha, nazri bising, irsyad sebaliknya, haha, aku baik dan pidot sebaliknya??? hm... yeke? huhu

ingat lagi setadi sesama sampai larut malam. stadi di cfs ni lain sikit. sambil borak sambil buat esaimen. BI semata2. mdm2 bagi byk gila, sebab nak kami sentiasa ingat diorang kot. aku sanggup ingat diorang selalu, sorang cantik, sorang comel. hihi.

sebelum kelas, gi kafe (walaupun dah lambat 5 minit, tapi fathi dan acap sentiasa di sisi. akulah ketua kelas yang paling tak punctual. haha).
lepas kelas, kafe.
petang, kafe.
malam, kafe (ceken cop. rasa tanak makan dua hari. tapi esok paginya lambat ke kelas sebab makan lagi. haha)

makan makan dan makan. yelah, batak kot. kat sekolah lagi mahal. gila en? mana nak dapat ceken cop RM4.50??? \

kelas. kelas english best gila la wei!! aku suka gila berdebat forum dsb, walaupun english aku tak hensem cam haziq dan naqib.
kelas arab pun bes gak. terpaksa la kata bes. sebab hari2 ada arab. yang besnye kan, kalau hari jumaat. ustaz zuki hensem akan belanja kitorang. kadang2 la. sayang gila ustaz.
bro kazzman pun bes gak ape. walaupun sekali terkantoi tak gi kelas sebab hujan. aaa malu siut!!! kelas ni je aku rasa lega sebab tak penat nak bercakap sebab boleh cakap bahasa melayu. lega!
kelas ITL no komen. sebab mdm mazbah tak kasi sesapa dah blah. yelah, dah due org kot sblm aku cau. hehe.

pasar malam! kalau tak oblong, hilmi akan ajak aku beli eskem goreng. kalau tak, entahlah, macam2 menu. senanya takdak la dasat sgt. dasat la sikit dari pasar malam umah aku. cumanya yang ni gi lepas kelas, memang bantai sakan la. lek ah. duit elaun kan ada. muahahaha.

lepas zaid pergi menuju cita2nya jauh di intec, aku singer ajaq dan hilmi dah jarang jumpe. pisang lagila hagham..dah ada geng buah lain kot. haha. sume dah bizi. ajaq xyah cerita la. kadang2 tak tido malam siapkan esaimen. dia tipu ke tak, aku tak tau. huhu.

aku suka merepek pasal uia lagi dan lagi kan? biarlah... yang indah kan untuk dikenang...=)

aku suka uia sebab ada usrah. tempat lain kalau ada pun, mungkin tak wajib.
english mantap.
tgk lah kawan2 yang aku dapat. terrbaek selepas phalanx.

kalau orang tanya menyesal ke kuar uia? aku jawab tak. kalau aku balik pun semua dah lain. lercturer lain yg ajar, cafe dah pindah randah, kawan dah tak sama kelas. kegempakan kelas kitorang tu mungkin dah tak segempak dulu. kalau fatin yang cun dan fatihah yang kebabum takde, haziq ponteng, naqib kelas lain, kelas tu hilang separuh nyawa kot. lagi la kalau anuar takda. nak bahan sapa nanti?? hahaha...





wahai zaid singer dan ajaq. korang ingat tak epul uia? best en bahan dia? kat sekolah dia lagi teruk kena bahan. dgn kita dia dapat layanan baik doh. haha.


tu jelah. uia da best.


 kaki kitorang. teka kaki aku yg ne.


lecturer yang comel. mdm aimi. dan naqib dan azhar. dan nadia. haha

wassalam.

Jan 10, 2011

ke semat an kawan2 saya.

salam satu agama.

FT kalah tadi! haha dulik hapa aku. janji die perform best tadi. tacing daku dibuatnye.

hah. kengkawan aku hebat2 sume. tak caye??


aku ada kawan yang dah publish dua novel dan agak byk cerpen ye. hebat kan kawan2?

aku ade kawan yang boleh menyanyi macam faizal tahir. pendek pun sama jugak. haha

aku ade kawan yang lagi pandai dari adiputra. sebab adiputra terer math je. kecoh. huhu.

aku ade kawan yang hensem2.

aku ade kawan yang baik macam faiz ikmal murt muadz dan yang sewaktu dengannya. hebat woo.

aku ade kawan yang rajin gila. aku nak rajin jugakla lepas ni sebab nasihat die hari tu kat aku sangat jujur dan ikhlas. tengs.

aku ada kawan yang hebat2.
termasuk yang tengah baca.

d point is, bukan aku hebat, kawan dengan orang hebat. tak. aku nak kata semua orang ada kehebatan, kemahiran masing2. semua hebat. walaupun gemuk. macam aku. hehe.

jangan kata diri tak pandai, diri lemah. nanti dengarlah sekalian cell2 dalam badan kita lalu kalau diorang merajuk, kan naya dah. sapa lagi nak kerja dalam badan kita??
(semat doh meiji)
percayalah. aku bukan nak poyo tak pasal. cuma aku teringat nyanyi ngan kamal lagu syarifah aini.
 hahaha. sweet memories are to be remembered kan?

lastly.

KAMI. Kau Aku Mereka ISLAM.
(faisal)

wassalam.

Jan 8, 2011

prinsip

salam satu agama.

pernah ke aku story pasal prinsip sebelum ni?

setiap orang ada prinsip dia. ada yang nak tido lewat, takpe, asalkan dapat stadi, dapat result exam cemerlang. bagus.

ada yang sanggup bersengkang mata, malam2 buta, setiap malam, sebab ibadah qiammullail tu wajib bag dia. lagi bagus.

terpulang. manusia punya pilihan tersendiri. prinsip tersendiri.

apa prinsip hidup kita? pernah tak muhasabah balik? orang kan suka buat azam baru masa awal tahun, so, ada tak kita check apa prinsip hidup kita? jarang, kan?

prinsip menentukan sikap kita tau. kalau prinsip kita ialah xnak lapa waktu kelas supaya belajar fokus, asal ade mase free je carik krib kat tepi gam'ah tuh.

kalau prinsip die tak nak kawin sampai habiis blaja. maka awek cun mana pun, saja lalu lalang depan die sebab nak ngorat, dapat penat jela, sebab die ade prinsip.

macam tulah kot.

dan menjadi orang islam perlu serius berpegang pada prinsip,yang menepati tuntutan syarak.

dan kan indah kalau prinsip hidup kita ialah,

taknak menyusahkan orang lain, malah kalau boleh bagi manfaatlah.
buat semua kerana agama, sebab saya kan pewaris perjuangan nabi.
taat setia pada tuhan mengalahkan pemimpin yang lain. melebihi raja dan lain2.
saling sayang menyayang kerana Allah.


indah je kan? jenjalan jumpa kat kubri sume pakat2 beli sayur same2, jumpe kat kedai kusyari sume pakat nak belanja, jumpa kat abu khalifah tak berebut dengan makcik2 yg besar itu di kaunter... ah.. indahnya mesir kalau gitu. tak tak, indahnya dunia!

mcm satu lagu kata,

if it ain't rough it ain't fun.

so dunia ni macam2 kaler ada. kalaulah manusia sume same pattern (macam muka arab2 kat sini) kan bosan hidup? asyik2 engkau. bosan betul. maka, dengan kehebatan Allah, yang tak perlukan kuasa bulan utk menghukum sesapa (paham ke?) Dia menciptakan makhluknya berbeda2 sih. ada yang lain kulit. ada yang lain pemikiran. ada yang lain pendapat dan prinsip. biarlah. prinsip masing2 itu adalah keistimewaan masing2.

cuma pastikan! prinsip anda itu bagus untuk islam.
nak jadi doktor, doktor yang memberi nasihat agama.
nak jadik penulis, menulis sesuatu yang bermanfaat kpd org lain.
nak jadik cikgu kimia, jadilah cikgu kimia yang beriman.

fuh, cakap senang la kan? ni ha, yang menaip ni lagi susah. ape2hal pun, jom la kita sama2 memartabatkan islam.

ada sesetengah orang fikir islam tu time skola je memang dia produk berjaya yahudi. kesian dia. islam itu menyeluruh. bukan hanya di sekolah, malah di setiap masa dan setiap tempat.

ingatlaaa makcik pakcik sekalian, kalau islam itu hanya di depan ustaz je, kalau ustaz tu blah, Allah ikut dia ke? ke Allah nampak semua?? ha? ha?


fikir2kan.

dan sesungguhnya akulah yang paling kena fikir sekali. sebab Allah tanya nanti,

"wahai orang beriman, kenapa kamu bercakap ttg sesuatu yang kamu tak buat?"

tu je. ngantuk gila. wassalam.

Jan 1, 2011

sedia ke?

salam satu agama.

tahun baru menjengah. sambutan tahun baru hanyalah dengan kerunsingan memikirkan apa yang bakal terjadi esok. 

entahlah. apa beza hari ini dengan semalam? 
hari ini adalah hari ini, dan semalam adalah semalam. 
hari ini adalah minggu baru, semalam minggu lepas.
hari ini bulan baru semalam bulan lepas.
hari ini tahun baru semalam tahun lepas!

apa beza mereka? semuanya hanya jurang yang manusia letakkan. kita pun tak tahu apa bezanya. hari2nya sama saja. hanya satu ukuran. 

susun ukuran kita betul2. susun target kita cantik2. kalau tak, hiraukan nama 2011. tahun baru hanya tinggal istilah kosong. 

Allah menyusun hambaNya bermula pagi hinggalah malam. biar ada hujung mulanya. supaya kita dapat ukur semula pada hujung hari itu. duhai tuhan, apa yang telah aku lakukan hari ini? sudah banyakkah aku berbuat dosa? sudah banyakkah aku berlaku mulia?

tempoh itu dicipta supaya kita bisa menilai. setakat mana pencapaian kita. kalau semuanya sama, maka hidup kita tak lain hanyalah satu lagi hari yang terbazir. 

ingat, seorang yang beriman, jika hari ini sama dengan semalamnya, maka rugilah dia. 
jika lebih teruk dari semalam, celakalah dia.
jika lebih baik dari semalam, untunglah dia.

see? improvement. dan biar improvement itu berjalan sedikit2, biar ia bertatih. lama2 pandailah berjalan. kan?

cantiknya susunan hari ke hari. biar ada matlamat jangka pendek dan panjang. walaupun dalam perjalanan dunia yang tanpa henti itu ada yang lahir, ada yang mati. sedang dunia terus berpusing.

jadi apa beza hari dan tahun? tahun adalah gugusan waktu yang lebih lama berbanding hari! maka visinya harus jauh, menjangkau sesuatu yang tak terbayang lagi! mampu ke kita? kasyaf gila kalau boleh. haha.


orang mukmin itu kaki merancang. biar tersusun diri dan amalnya. biar sempurna di mata manusia. agar jadi teladan yang gempak.

jadi tahun baru menjengah lagi. bawalah visi baru, atau capai visi yang lebih hebat dari yang pernah kita capai!

jadi, soalan terakhir sebelum anda memaki saya kerana membuatkan anda baca entri ni sampai habis tapi baru anda sedar rupanya entri ini sangat bosan adalah,

sedia ke nak sambut tahun baru, dengan tanggungjawab yang lebih berat, dengan akal yang lebih matang, dengan mati yang kian mendekat. 

sedia ke?

wassalam.