salam satu agama.
masa lapang tadi memang hangatlah. hangat dengan perbincangan bebudak lelaki kelas aku yang melepak tunggu lecturer yang mungkin sedang minum syai di bilik mereka.
semua menceritakan asbab sampai ke sini. tak kalah dengan cerita2 kisah hitam diorang. yelah, datang dengan ejen, selalunya yang terdesak je datang dengan ejen ni. bila sampai sini, semua macam telan liur. medik sini bukan pilihan terbaik.
ada yang terkandas di matrik.
di asasi.
di spm.
takda pilihan lain selain mesir.
nak ke swasta mahal pulak.
umur terlajak.
maka mesir je peluang tu. dan selalunya universiti zaqaziq jelah ramai yang terlajak ni. takda masalah umur kat sini. yang esok lusa nak kawin pun ada kot. huhu.
aku macam tersentak tadi. semua datang sini memang takda keinginan langsung ke nak datang sini? takda ke yang macam aku? aku ni situasi janggal ke?
orang lain, samada nak sgt amik medic kat mesir, taknak tempat lain, keinginan sendiri, ataupun terpaksa sebab kat mesia dah xde tempat untuk dia (kalau nak amik sains).
aku? tak pernah terfikir, terlintas pun nak ambik medic. malah, kat mesir! jauhnya! tapi itulah cadangan parent aku. kenapa aku ikut? terpaksa? tak. aku boleh je pilih nak masuk DQ yang tawaran dah jelas2 ada kat rumah, teruskan kat uia yang jelas2 aku boleh masuk uia, tapi tak. instead of semua tu, aku berhenti dan ke mesir. sebab aku percaya vision parent aku bukan cikai. mereka super. pandangan jauh melangit. malah menerobos angkasa.
jadi aku bukan terpaksa. tapi kerana percaya. dan kalau betullah selemah itu medic kat sini (compare dgn mesia. mesia sgt gempak ye tuan2. tolongla sedar. gua serius.) maka aku taknak kosong macam tu. nanti kalau orang tanya aku, apa yang aku dapat kat mesir, aku nak jawab aku dapat agama. aku dapat kehidupan. aku taknak semata2 medic. sebab medic sini bukan bagus mana pun. aku sedar benda tu.
jadi nasihat aku kepada sahabat seangkatan,
jangan rasa lemah.
tuhan tak hantar kita ke sini untuk mengeluh. mengeluh penatnya hidup, susahnya menghafal teori, sukarnya hidup sebagai HO nanti. tapi tuhan hantar ke sini untuk belajar.
belajar apa sahaja di sekeliling kita. samada benda baik untuk diikut atau benda buruk untuk dinilai dan dijadikan pengajaran.
kalau anda setekad itu untuk ambik medic, maka kenapa tidak anda setekad itu jugak untuk tabah di sini? biar medic sini tak cemerlang gemilang mana, tapi mesir bukan sekadar ilmu perubatan semata, kan?
belajar erti syukur.
aku terkejut sekejap bila bob tanya kenapa aku datang sini. serasa menyesal menyusup dalam diri bila semua komplen pasal mesir.
lantas aku cepat2 carik punca. kenapa aku datang sini.
aku harapan ummah.
aku nak pengalaman belajar di tempat orang. tua2 nanti takda tenaga dah nak rasa.
aku nak mencari agama, bukan medic semata.
aku percaya makayah aku.
kalau aku jawab semua ni, aku berbunyi sungguh poyo. walaupun aku berperangai macam tak ikut je sebab2 tu, tapi itulah hakikatnya.
maka aku senyum je. apa aku nak jawab, SPM 9A, dari asasi uia, tengah ok, aku berhenti untuk mecari ilmu di celah2 debu?
nak kata kerana makayah yang aku percaya?
mereka takkan faham.
kerana mereka terpaksa. walhal aku tak pernah rasa macam tu.
apa kau rasa kalau kau buat sesuatu yang dipaksa? benci menyampah kan? aku taknak rasa macam tu. maka aku redha semua ketentuanNya.
aku syukur berada di sini.
jom koreksi diri kita semula.
dan, jom stadi.
wassalam.
5 comments:
semart!
abrar, kita sama :) aku pun percaya vision parent aku , lagi2 umi aku :)
medic sini terbaik, cuma kurangnya clinical , anda boleh compensate dengan elective
get mumtaz, then we know it is not easy as we thought it would be
Semalam talk on medical carrier by several malaysian doctors who came here..
"Once you graduate succesfully in Medic, there's no differences between local and overseas student."
So,itu dari segi carrier. Dr segi ilmu agama? Kat malaysia xde ke.. Kat UK bukan kuat ke gerakan ISLAM?
Kat sini PURE! Kat UK,gerakan dipandu oleh syeikh2 Mesir yg kena buang negara.. Origin dieorg? Mesir!
Ayuh,tajDid niat.. andai kite terpaksa, jgn risau kerana ini antara paksaan yg kamu turuti akan membuahkan hasil andai kamu blajar menjadi ikhlas...
murt terbaik. saya tak terpaksa. malah makin teruja. buku2 general embryology aku byk ayat quran. nak jumpa kat mesia? tak dapat derrr...
dr faizal, it's such an honour senior like you would like to comment my blog. blog Dr bes gila. insyaAllah saya akan pegang pesanan tu baik2..
muja, parent lebih tahu selalunya...=)
rela dalam paksa. maknanya kita tahu dan mengerti apa pengorbanan kita. apa ranjau kita. maka laluinya dan senyum tabah jela. hehe
Post a Comment