Pages

Dec 5, 2010

gembira campur gelisah.

salam satu agama.

macamana bila hati rasa gembira campur gelisah?


macam orang bercinta? tak, aku bukan tengah angau. bukan bukan bukan....


oleh kerana td aku dah pos satu entri yg mengarut, maka, aku wajar menaip entri yang memberi faedah pula pada orang lain. sebab itu kan salah satu sifat peribadi muslim, memberi manfaat kepada orang lain.


hari ini kita dibuai dengan indahnya dunia yang kita pijak sekarang. merasa dunia cukup sempurna. bukan tak tahu bahawa kita dijajah pemikiran dan ideologi. bukan tak tahu. tapi terus kita tenggelam dengan teori sendiri. mencanang2 di fesbuk, blog, twitter, dansebagainya kononnya kita pendokong Islam. (senyum). tapi hanya sekadar teori. ah, blog ini pun apa kurangnya!

islam itu percaya. kalau aku nak hurai, panjang pulak. lain kalilah. hari ini apa yang nak aku kongsi adalah rasa percaya kita. rasa faham kita. pegangan kita. adakah kita benar2 yakin mereka yang mendokong islam di bahu akan membawa kejayaan? kemenangan? ganjaran? anda yakin?

kalau betul anda yakin, kenapa anda buka aurat? apa lupa garis panduan aurat yang disuruh syariat?

kalau betul faham, kenapa tak buat? apa kita kira tuhan terlepas pandang kita?

kalau benar tahu, kenapa tak mencegah maksiat?  apa lupa bagaimana nama Islam itu tercalit di dahi kita? bagaimana perjuangan nabi menyampaikan Islam, terus disambung  oleh rantai2 yang tak putus2 hingga sampai ke datuk nenek kita. jangan lupa, kerana rantai yang tak putus itu kita bergelar Islam.


maka terciptalah ungkapan 'kitalah penyambung rantai perjuangan'.
apa kita rasa memberi itu sudah dikira rantai? hanya sekadar memberi nasihat retorik di fesbuk, kononnya sudah cukup baik.

tidak, bahkan lebih dari itu.

rnatai itu sifatnya memberi dan menerima. rantai itu sifatnya kuat. begitu juga daie. daie perlu memberi dan menerima. menerima nasihat dan teguran. memberi nasihat berbentuk ajakan dan TEGAHAN. dan juga haruslah kuat. agar rantai tak putus dengan mudah.

ah, susahnya nak bercakap tentang perjuangan!

sebab itu maka ramai yang mengelakkan diri daripada mahu berjuang.

sampai terlupa itu suruhan tuhan!

"kamu adalah kaum terbaik, yang mengajak pada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan beriman..."

maka susah sebenarnya tanggungjawab kita. tapi susah yang berbaloi.

berapa ramai yang sibuk berdiri mengajak kebaikan, berbanding yang mampu berdiri untuk mencegah kemungkaran?

apa kita rabun mungkar? atau lebih takutkan manusia daripada tuhan? atau lupa tanggungjawb kita?


kalaulah hari ini kita digembar gemburkan bahawa  siapa yang masuk Islam, siapa yang berjuang atas tiket Islam, maka dia akan diberikan kereta mewah sebiji. siapa yang tak mahu?


itu bukan Allah. bahkan, Allah menjanjikan yang paling hebat! tinggal kita nak percaya atau tak je.




hari ini aku digegarkan dengan frasa keramat, 'fikrah islamiyyah'. apa gunanya ilmu tinggi kalau tiada fikrah islamiyyah.

lain kali pulaklah nak cerita pasal fikrah ni.

hari ini tuding jari pada diri sendiri. anda adalah daie, sejak anda bergelar Islam lagi!


wassalam.