salam.
memang susah nak jadi baik ni.
siapa aku? budak hira? sambbst? sepintar? uia? student mesir?
aku manusia biasa. sesetengah orang yang kenal aku mungkin kata aku ni budak baik, sesetengah mungkin kata aku ni bangang.
ok aku bukan nak bercerita pasal diri sendiri sangat sebenarnya.
tapi aku nak bercerita berdasarkan secebis pengalaman yang aku ada.
aku ni bukanlah orang yang senang nak berkawan. sebab bukan senang orang nak senang dengan aku.
saat ramai yang suka aku, ramai lagi yang menyampah dengan aku.
maka, pengajaran pertama hari ini, seribu yang suka kamu, mungkin sejuta yang membenci kamu.
banyak yang menyampah dengan aku kerana mungkin ingat aku ni pura2 alim atau poyo2 buat baik. tak. aku, atau sesiapa sahaja yang macam ni, cuba sehabis daya untuk menjadi baik, mengikut skema Allah. memang aku jahat. x baik. aku pelik kenapa lagi ramai suka aku yang dark side dari aku yang beriman sikit. kenapa ya?
ramai juga yang tak suka aku sebab aku ni mulut jahat. maaf, tu memang aku. my bad.
itulah realiti dunia sekarang. aku nak kongsi pengalaman tadi tu, untuk yang bawah ni..
kenapa dunia lebih suka pada yang kurang molek? yang bukan baik? yang bukan berpahala?
apa yang baik itu tak indah? tak cantik?
dunia macam memandang sepi semua yang baik.
contoh paling simpel, berapa ramai yang bukak iluvislam compared to youtube, utk tgk hiburan?
jujur cakap, aku pun jarang bukak laman2 web yg baik2 tu.
kenapa dengan kita? benda baik dipandang sebelah mata, benda buruk dipuja2.
aduhai kita. cinta sangat hiburan. aduhai kita.
aku tak tahulah kenapa aku menulis macam ni malam ni. mungkin lepas ni seperti entri2 aku yang serius yang lainnya, hanya akan dipandang sebelah mata, lalu ditutup cepat2.
tapi aku harap sebelah mata tu sempat melihat pesan ini,
TUHAN TAK LUPA KITA YANG LUPA TUHAN NI, MAKA SEDARLAH DUHAI DIRI...
bukan senang nak jadi baik. kerana tuhan tak bagi kita mengaku beriman jika belum diuji.
wassalam.
(nak senang jadi baik, duduklah di atmosfera yang baik. carilah kawan2 yang baik, insyaAllah kita akan jadi cermin mereka yang baik2...)
1 comment:
jom jadi baik. fitrahnya manusia sbnrnya sukakan kebaikan. bukti? bila sudah penat buat kejahatan, pasti dia rindukan kebaikan.
tgk la megamind. mungkin ada kaitan kot ;)
Post a Comment