Pages

Oct 11, 2010

knowledge.

salam.

"knowledge is first line defense"
aku suke giler dengan ayat ni. aku baca statusbig boss aku, tuan faiz ikmal. tak taulah die cilok mane, tapi memang best lah ayat tu.

belajar mengajar terajar diperajarkan. mempengajar mahupun kurang ajar. tak kisahlah apa pun ia, janji kalau ade kaitan dengan ilmu, insyaAllah baiklah ia. tapi kurang ajar dengan guru, mintak kasut kat mulutlah jawabnye.

kenapa kena belajar? kadang2 kite pelik wat la kite kena belajar. macam aku mase f4 dulu,
"kenapelah aku nak kena belajar add math? macam la aku nak keje nanti gune addmath? macam la aku makan gune addmath? tido ade kaitan ke dengan inertia? makan ade kaitan ke dengan integration? bejalan ade kaitan ke dengan neutralisation?"

oh..memang..apabila kita cube mengaitkan sesuatu dengan yang xde kaitan, memang la xdee kaitan!!!
tapi bila kite kaitkan dengan kehidupan, ilmu apa pun membawa manfaat.

sekurang2nya menambah bilangan A dalam result dan membuka peluang sambung belajar yang lebih cerah. untuk sape sume ni? untuk umat. ha, kan dah berpekdah dah addmath tu rupenye???

samalah macam yang lain.. kenapa kita kena belajar? pokok pangkal paling basis adalah kerana ummah. belajarlah apa pun, kerana ummah.

dan kalau ilmu tu tak penting, Allah takkan meng signifikan kan kepentingan ilmu tu dalam quran, dengan menurunkan ayat pertama tentang ilmu. yelah, kalau takda ilmu, nak baca quran pun masalah, kan??

maka bermulalah perkembangan ilmu.

apa jadik bila perkembangan ilmu berhenti? tamadun pun mati.
tak percaya tengoklah tamadun uthmaniyah yang terkubur.
pernah tak dengar nama2 ulamak dari zaman uthmaniyah? jaraaanngg...

..dan menuntut ilmu tu kan boleh mengangkat darjat kite. biarlah sape pun diri kite.
pemandu tremco?
pemandu ketapi ayam?
kakitangan sekolah?
jiran makcik leha?
anak buah pakcik munawir?

tu sume tak penting............. yang penting betapa geliganya kepala hotak anda..



ada satu cerita. tapi masalahnye aku tak tau camne nak cerita.
maka aku pun menyerahkan tanggungjawab ini kepada tanganku untuk menaip sesuka hati beliau.

semalam ada la aku jumpa sekumpulan manusia yang sibuk bergaduh tentang maslah agama. macam biasalah, agama Islam mesti kena punya.
agama Islam kolotlah. diskriminasilah. nabi muhammad gay lah.


apa reaksi anda sebagai seorang muslim? mesti marah,kan? lalu korang kite pon akan memaki hamun mereka2 itu kan???

...dan sedarkah kita itu tindakan yang paling kurang bijak???
bila kita menunjukkan ketidak matangan kita menghadapi mereka, kita seperti memalukan islam tu sendiri.

ops jap, ha ni yang aku nak relate ni, 

maka,
kita kenalah guna first line defense kite.
nak berhujah, kena guna ilmu.
nak berbalah kena tahu.

bila mereka menfitnah nabi kita gay, atau mengatakan agama Islam kolot dan diskrimansi, maka apa jawapan anda?

ini antara jawapan yang menarik.
"ko bukan Islam? patutla..ko agama babi..babi.."

ya Allah lagi la mamat tu panas dengan Islam.. lagi la jauh die dari hidayah.. nak jawab biarlah berhikmah.


kalau ada sesuatu yang meragukan dengan sirah,
kalau ada sesuatu yang disalahtafsirkan di mana2 surah,
dan penyelewengan dalam hadith rasulullah,

 maka hanya ilmu la yang boleh menolong kita mencari jawapannya.

 maka Allah memerintahkan kita sebagai manusia, merenung dan berfikir. juga mengkaji.
biar semuanya jelas. bukan untuk kita, tapi untuk agama.

dan biarlah mereka yang buta terus mencaci.. mereka tak tahu...

wassalam.

6 comments:

HH said...

angguk angguk. sy setuju yg berhormat. mantoppp :D

kalau org bkn islam tanya, "mana Allah?", apa kt nak jawab?

fikrahuddin said...

kalau dia nak main2, blah je.

kalau dia nak tau betul2, haaaa... eksplenesyen die panjang. mungkin kalo nak lagi hebat an sedap jawapannya, kena mintak kat orang lain. saye bukan hebat sgt..

tuhan tak perlu dilihat kerana kita tak mampu melihat kerana kita bukan maha melihat..

islam is about faith. percaya dah, tak percaya sudah.

sebab kalau nak harapkan pancaindera kita yang terbatas ni, apalah sangat,kan.

tengok pokok. samapi satu masa, dia berhenti membesar. itulah batas pokok tu. tengok manusia. sampai masa, dia mati. kerana kita ada limit kehidupan kita. tengok mata. pakai spek. kalau tak pakai penglihatan kita terhad je.

tapi walaupun kita dah pakai spek, adekah kite boleh nampak bnda yg disebalik dinsing? tak boleh! penglihatan kita ada batasnya.

sama juga dengan akal kita. mata kita. telinga kita. hidung kita.

akal ak mampu berfikir kehebatan tuhan.
mata tak mampu menatap keagungan tuhan.
telinga tak mampu menangkap kecantikan tuhan.

hidung tak mampu merasa keindahan tuhan.

jadi cukuplah dengan percaya.
dan Allah tak bodoh untuk suruh kita percaya tanpa bukti.

kalau kita percaya adanya angin dengan merasakannya, kenapa kita tak boleh percaya adanya Allah yang mencipta diri kita? boleh bayang kalau tiada yang membentuk kita, macam mana rupa kita???

boleh kita letak besi, kumpul2 jadi kereta? mustahil. biarlah berzaman pun, xkan ada evolusi kereta. ya, evolusi memang ada, tapi bukan dari satu makhluk kepada makhluk yang lain. kita berevolusi menjadi lebih kecil dari segi saiz. berevolusi lebih sesuai dengan persekitaran kita.

maka setiap perkara ada penciptanya. mahu percaya atau tidak,terserah. tapi tidak cukupkah dengan bukti yang Allah bentangkan di depan mata kita?

macam2. tinggal nak percaya atau tidak je.
takkan nak tunggu mimpi neraka baru nak percaya.


seian.

HH said...

Allahu maujud bila makan :)

"Allah itu wujud tiada bertempat"

Max's bubble said...

salam

aku penah baca satu buku ini
adab2 berdialog karya dr. aidh abdullah al-qarni
beliau mengatakan
lebih kurang lah ayat dye
jika org yg kite hndak berdebat itu ternyata ingin mencari kesalahan, bukan kebenaran,
ternyata sia2 shj perdebatan itu krn walauapapun die tak akan menerima
sdgkn kebenaran itu ibarat cahaya
dikhuatiri akan menjatuhkan air muka kita berdebat dgn mereka.

wallahua'lam

p/s: kau tak hbes2 ng babi 2 kan haaha. btw, nice job :)

fikrahuddin said...

aku geram kot ngan mangkuk tuh.haha

Aisyah Sophia. said...

congrats abrar.teruskan mengupdate :)