Pages

Oct 23, 2014

Ulasan buku Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?

Assalamualaikum.



Serasa lama benar (cewah. serasa-serasa pulak) tak baca karya Faisal Tehrani. buku Perempuan Nan Bercinta dan Ketupat Cinta belum sempat dibaca. Semua bagi pinjam pada orang.

Setelah lama tidak mendengar khabar, akhirnya Faisal Tehrani tampil dengan karya barunya (tapi taklah baru sangat. aku je yang baru baca).

Buku setebal 12 halaman, berjudul Bagaimana Anyss Naik ke Langit ini adalah satu karyanya yang ringkas, straight to the point tetapi dalam masa yang sama kekal dengan gaya penulisannya.

sebab buku ni baru je habis baca tadi masa tunggu nak buat passport, maka ulasan kali ini mungkin agak terperinci. So, siapa yang nak baca dan taknak spoiler, sila jangan baca.

seriously.




Ok jom. Hoyeah!

Ok seperti biasa, saya suka kategorikan ulasan buku kepada tiga perkara utama,
1.Bahasa
2. Jalan cerita
3. Isi/nilai murni



Gaya Bahasa

 1. Ini adalah kali pertama saya membaca karya beliau yang menggunakan bahasa yang cukup 'dewasa' tanpa berlapik dan berselindung. Saya kira ini adalah gaya bahasa yang ingin ditampilkan dalam karyanya yang satu ini, berbaur 'ekstrem'. Penggunaan kata yang dianggap lucah oleh masyarakat kita ini tidaklah digunakan terlalu kerap, tetapi sering digunakan ketika menceritakan tentang bagaimana gadis-gadis Penan itu dirogol. Sungguh terperinci.

Walaubagaimanapun, saya merasakan bahawa gaya bahasa sebegitu sepatutnya tidaklah menimbulkan rasa syahwat ataupun jelek, tetapi lebih kepada perasaan geram, dengan sang pemerkosa. Geram dan terkilan. Rasa kasihan mengacau jiwa seolah-olah mahu membuat kita berhenti membaca, tetapi tidak boleh kerana rasa geram juga meluap-luap.

Mungkin kerana gaya bahasanya yang agak bold sebegini menyebabkan beliau menerbitkan karyanya di DuBook Press. hehe.

2. Seringkali di dalam cerita ini, Anyss (watak utama), terngiang-ngian pesan rakan-rakannya bahawa beliau menjadi sasaran. Pengulangan sebegini juga pernah saya lihat di dalam buku Tuhan Manusia, karyanya yang diterbitkan pada tahun 2009, juga pada buku Hlovate, Contengan Jalanan yang mengingatkan berkali-kali, mereka yang bertangguh untuk berubah, tidak akan sempat untuk berubah (ayat sebenar dalam bahasa inggeris).

Pengulangan sebegini kadang boleh menimbulkan perasaan menyampah pada saya (sebagai pembaca).
"Yeee aku tau ko nak tekankan point ni~" atau
"Tak habis-habis nak ulang. takde point dah ke?"
Ayat-ayat sebegini sering juga datang di dalam benak, terutamanya ketika saya membaca Contengan Jalanan. Annoyed pulak rasa.

Tetapi tidak begitu pada karyanya yang satu ini. Pengulangan demi pengulangan yang dilakukan adalah untuk menekankan bahawa kata-kata itu terngiang-ngiang tidak sudah-sudah di kepala Anyss.
Tetapi bagaimana Faisal Tehrani menyelitkannya di dalam cerita berulang-ulang kali, dengan ayat yang berbeza, dalam situasi yang berbeza adalah sesuatu yang mengagumkan. Artistik. Mungkin antara faktornya adalah kebolehan beliau yang menguasai bahasa Melayu dengan baik.

3. Dalam karya ini juga, Faisal Tehrani kerap menggunakan bahasa pinjaman, contohnya 'interbiu', walhal beliau adalah seorang yang menguasai kosa kata bahasa melayu sastera yang hebat. Lihat sahaja karya-karya beliau yang menggunakan bahasa melayu klasik. Gila kentang. Dalam masa yang sama, penggunaan bahasa melayu beliau juga tidak terabai, dengan adanya penggunaan istilah-istilah sastera yang mencantikkan ayat-ayat di dalam cerita ini. Ini menunjukkan bahawa penulis adalah seorang yang sangat versatil (see what I did there?).

Pada pendapat saya, penggunaan bahasa pinjaman sebegini adalah salah satu cara berbahasa yang mungkin tiada keasliannya, tetapi jika pandai digunakan, boleh saja mengindahkan lagi ayat yang kita gunakan. Saya sendiri sebenarnya kurang gemar menggunakannya, tetapi setelah melihat Faisal Tehrani yang acap kali menggunakannya (seperti 'Advencer si Peniup Ney), maka mungkin selepas ini saya akan cuba membiasakan diri, tanpa mengabaikan kosa kata yang asal.

4. Novel ini tiada bab. Hanya satu cerita yang berterusan, diselitkan dengan monolog dalaman serta buah fiiran Anyss yang menerawang mengenangkan isu yang sedang dia perjuangkan.

Jalan Cerita

1. Faisal Tehrani adalah seorang yang sangat menekankan peranan latar dalam satu-satu cerita. Dengan penceritaan latar, karyanya tampak 'hidup'. Dalam buku yang hanya setebal 112 muka surat ini, apalah sangat yang boleh diceritakan, kan?

Tetapi penulis bukanlah seorang penulis amatur. Latar tempat watak utama yang digunakan hanya satu, iaitu di Beijing. Dan keratan-keratan akhbar (yang menguasai separuh dari buku ini) pula menggunakan latar hutan di Sarawak. Dua latar ini menghiasi cerita dengan secukupnya, tidak kurang dan tidak pula berlebihan.

Lihat saja bagaimana terperincinya penceritaan penulis tentang Beijing. Seolah-olah kita membontoti watak utama ketika Anyss bersiar-siar melancong di sana. Fakta-fakta yang dilontar pula tidaklah terlalu berat untuk dihadam, dan sedap dibaca.

Penggunaan bahasa kaum Penan juga membantu pembaca menggambarkan lagi bagaimana suasana kampung mereka di dalam hutan di Sarawak. Seperti biasa, setiap karya yang ditulis akan sarat dengan perincian sebegini.

Ini adalah salah satu kelebihan Faisal Tehrani yang sukar untuk dikuasai oleh penulis-penulis lain. Ada yang cuba meniru penceritaan sebegini, tetapi sering sahaja fakta-fakta yang diberikan kering dan tidak menggiurkan.

2. Jelas sekali di dalam novel ini, jalan cerita tidak ditekankan. Yang lebih penting adalah isu yang ingin diketengahkan. Bagaimana wanita-wanita Penan dirogol. Bagaimana tenatnya hutan di Sarawak. Bagaimana bangsatnya ahli politik dan pihak berkuasa yang tidak membantu mereka. Bagaimana 'lahanatnya' (ayat penulis) media massa.

Jalan cerita tidak berbelit, malah agak ringkas. Keratan-keratan akhbar yang diselitkan saja sudah memenuhi separuh dari buku ini. Penekanan pada isu yang ingin dibawa sangat serius dan membuatkan pembaca turut risau. 

3. Penulis sepertinya berulang kali cuba membuat situasi yang subtle untuk menunjukkan siapa antagonis cerita ini. Tetapi oleh kerana perbuatan aneh sebegitu disebutkan (seperti jelingan tajam, dan pemandu yang tidak mesra seolah-olah ada yang tidak kena), menampakkan siapa sebenarnya dia. Perkara sebegini sudah selalu saya lihat, terutama dalam buku-buku yang cuba meletakkan unsur thriller, tetapi tidak berjaya. Agaknya memang susah nak buat klu sebegitu dalam bentuk penulisan.

4. Jalan cerita agak tergantung. Mungkin akan ada pembaca yang tidak berpuas hati, tetapi bagi saya itu pengakhiran yang kena pada tempatnya. Pertama, ini kisah Anyss. Mati Anyss, maka tamatlah cerita. Kedua, kematiannya yang mendadak begitu di kala isu ini belum tamat diperjuangkan, menunjukkan bahawa isu ini masih berlaku. Malah, anaknya pula yang akan menyambung perjuangannya. Pembaca juga saya kira turut merasa tanggungjawab yang ingin diletakkan atas pundak kita supaya lebih prihatin atas isu ini



Isi/Nilai Murni

Antara isu yang ingin diketengahkan oleh penulis dalam cerita ini adalah:

1. Pemerkosaan gadis-gadis Penan (saya rasa persoalan ini timbul sekitar tahun 2008). Usai membaca karya ini, saya masih tidak sempat mengkaji adakah isu ini benar-benar terjadi. Tetapi keratan-keratan akhbar yang diselitkan (macam betul je petikan-petikan tu) menguatkan lagi bahawa peristiwa ini berlaku. Yang merunsingkan, pihak-pihak berkuasa menafikan sekeras-kerasnya apa yang berlaku (setakat pembacaan saya). Ini selari dengan tulisan penulis, yang membawa kepada poin kedua:

2. Penglibatan penguasa negeri dan orang penting dengan pembalakan yang berleluasa di hutan sekitar Sarawak. Pembalakan, seperti yang ramai maklum, walaupun membawa keuntungan kepada negara, tetapi tidaklah banyak. Ini kerana, duit-duit hasil pembalakan dimonopoli oleh pembalak-pembalak, dan tidak dipulangkan kepada kaum-kaum asli di Sarawak (seperti yang diceritakan di dalam buku ini).

Bukan itu saja, pembalakan juga memang membawa keburukan yang banyak. Hasil-hasil hutan dieksploitasi sesuka hati, menyebabkan gangguan ekosistem flora dan fauna yang membawa kepada kekurangan sumber pendapatan dan makanan bagi kaum yang menetap di situ. Air-air sungai juga menjadi keruh dan mencemarkan sumber air penduduk tempatan. Semua ini adalah pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk tempatan dek kerana kerasukan seorang dua manusia.

3. Isu-isu hak asasi kritikal sebegini jarang sekali diketengahkan oleh sesiapa, lebih-lebih lagi dalam bentuk penulisan kreatif begini. Tetapi yang menariknya, isu alam sekitar dan orang asli pernah disebut di dalam tulisan Kak Munirah, dalam salah satu cerpennya yang dihimpunkan di dalam Kopi-ah (tak ingat nama cerpennya apa). Juga, Kak Munirah dalam novel sulungnya pernah menceritakan tentang Beijing, juga secara terperinci. Cuma mungkin penggunaan bahasa dan gaya penceritaan membezakan kedua penulis ini.



Kesimpulan

Buku ini walaupun nipis, tetapi ceritanya tidak 'mentah', malah disajikan sempurna untuk pembaca. Saya yang sememangnya menggemari karya Faisal Tehrani, berasa lega kerana berjaya mendapatkan buku ini, serta menghabiskannya dalam tempoh sehari.

Dari sudut cerita, penulis tampak seolah-olah bereksperimen dengan gaya penulisannya yang lain dari kebiasaan. Bahasa yang agresif, gaya penceritaan tanpa bab, juga keratan-keratan akhbar yang amat banyak, tetapi tidak mencacatkan karya ini.

Dari sudut isu yang diketengahkan, penulis memang sering cuba menaikkan isu yang dilihat agak terpencil dalam masyarakat. Tiada unsur-unsur 'syiah', ataupun jalan cerita yang berbelit-belit, seakan-akan menyuruh para pembaca agar turut cakna akan isu yang dibawa.

Siapa yang patut baca buku ini?
-Penggemar karya Faisal Tehrani
-Mereka yang mahu berjinak-jinak dengan karya Faisal Tehrani
-Mereka yang mahu cakna dengan isu alam sekitar
-Mereka yang mahu cakna dan memperjuangkan hak asasi manusia, lebih-lebih lagi hak asasi wanita.

Oh satu lagi. Bak kata penulis, bukan isu Palestina saja yang boleh bawa kita ke syurga.


Fuh sejam menaip.
Cukup la kot.

Kalau korang dah baca dan nak komen, silakan.

Kalau korang nak baca tapi korang dah baca ulasan ni, ha padan muka. aku dah kata jangan baca lagi ulasan ni. Degil. Anak sapa ni?



nah hashtag siket!

#IWantToTouch ABook
#KMZ



*kalau rajin, cuba padankan buku ini dengan satu lagi karya, Bahlut. Juga tulisan Faisal Tehrani.

Oct 12, 2014

Buku Indie & Masyarakat

Assalamualaikum~



Dalam menyentuh topik ni, moleklah kiranya saya kategorikan pembaca kepada tiga bahagian; penggemar buku indie, yang tak tahu buku indie tu apa dan yang benci pada buku indie.

saya pernah berjumpa dengan ketiga-tiga jenis manusia ini.



Kategori Satu

yang pertama, penggemar buku indie, tidaklah susah untuk dicari. lambakan buku indie dan pembacanya boleh dikatakan satu gelombang baru dalam masyarakat majmuk malaysia. mungkin tidak digebangkan seperti isu-isu politik selangor, bajet 2015, tetapi gelombang baru ini sebenarnya agak besar.

ada beberapa persoalan yang timbul. Antaranya, kenapa mereka memilih buku indie? dan bagaimana buku indie sebegini boleh laris?

saya sendiri tidaklah membaca begitu banyak buku indie, kerana saya peminat sastera dan buku-buku indie selalunya tidak begitu menekankan unsur itu.

sebahagian koleksi buku indie aku. tengkiu Lejen Press~


tetapi saya mempunyai koleksi buku indie yang agak banyak, juga saya sendiri pernah menulis dan diterbitkan oleh publisher indie. tapi tidaklah laku mana. Jadi, tulisan saya ini tidaklah bias untuk membela penerbit-penerbit ini atas alasan ada antara mereka yang pernah menerbitkan tulisan saya. Walaupun Lejen Press menerbitkan tulisan saya, sebelum itu, DuBook Press pernah menolak tulisan saya atas alasan tidak kena dengan genre mereka (tapi lepas tu ada La Adri, DIAgnosis bagai. tapi tak kisahlah).

alamak dah melalut.

dalam 5,6 buah buku indie yang telah saya baca, hampir setiap karya mempunyai kelainan (yang layak dipuji) tersendiri. Dan itulah kelebihan buku-buku indie. Akrab dengan masyarakat. Unsur humor. Tidak berat. Dan yang paling penting, lain dari yang lain.

Setakat ini, kita tidak akan jumpa buku-buku novel chenta tipikal yang berlonggok di pasaran, diterbitkan oleh geng indie ini. Eh. Tak juga. Ada, tetapi sangat sedikit.
Anda juga tidak akan menemui buku-buku agama dengan kulit berkilat mewah bercorak islamik yang cantik dihias di atas meja rumah atau di almari kita. Tidak. Tetapi rupa kulit buku-buku indie menarik dengan gaya tersendiri. Lebih sesuai dengan jiwa muda.

Kenapa pembaca memilih buku indie?
Pertama, kulit bukunya saja sudah menarik perhatian. Tidak nampak mewah, tetapi menarik.
Kedua, isinya yang ringan. Sesuai dihidangkan bersama pisang goreng atau dibaca begitu sahaja di dalam kenderaan awam.
Ketiga, jalan ceritanya yang tidak klise. Cerita mengenai penjara, cerita penderitaan, kritikan terhadap sistem pendidikan negara, dan berbagai jenis lagi. Mungkin pembaca sudah muak dengan cerita chenta yang bersepah-sepah di kedai buku. Bak kata kawan aku, "rasa nak bakar je tengok buku-buku ni".



Kategori Dua

Ada diantara kawan-kawan saya yang tidak tahu menahu apa itu buku indie. Contohnya, geng-geng ABIM Mesir. Bukan mereka saja. Banyak lagi. Mereka bukan tidak endah tentang trend dalam belia, tetapi mereka ini selalunya terlalu ghairah membaca buku-buku kritikal. Bacaan ruji mereka adalah berbentuk ideologi, esei, kritikan sosial atau mungkin yang paling ringan sekali adalah biografi figura dan tokoh hebat kontemporari.

Mereka tidak pernah mendengar/membaca buku indie bukan kerana mereka tidak suka, simply because itu bukan bahan bacaan mereka. Kalau mereka baca novel ringan, mereka boleh tertidur. Malah, mungkin membaca separuh jalan, dan berhenti selama-lamanya. Jika ditanya, penulis kegemaran mereka mungkin Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Ust. Siddiq Fadzil, dan mungkin yang paling cikai adalah Faisal Tehrani (bukan sebab beliau cikai, tapi sebab geng ni tak baca sangat buku cerita).

Golongan ini bagi saya adalah golongan advance. Mereka tidak lagi menyentuh komik, mahupun buku yang ringan-ringan.  Sedikit kelemahan yang mungkin patut ditegur adalah mereka juga perlu cuba mengenal jiwa masyarakat kebanyakan dengan membaca karya yang ringan sebegini. Inilah luahan anak muda. Inilah corak pemikiran mereka. Andai ada yang menyimpang, maka anda tahu mereka salahnya di mana.

 koleksi buku di Klasika Media

buku macam ni je diorang sentuh


Walaupun mereka tidak membaca buku indie, mereka tidaklah benci. Samada mereka memang tidak pernah mendengar, mungkin juga mereka merasakan buku indie ini tidak signifikan dalam masyarakat, atau boleh saja mereka beranggapan bahawa buku indie ini punya sumbangan tersendiri dalam masyarakat.



Kategori Tiga

"Buku Indie ni meracun fikiran anak muda. Pemikiran mereka menjadi cetek. Ideologi tidak jelas. Semua benda boleh separuh jalan. Pegangan akidah goyah. Sudahlah tak bermanfaat, merosakkan pula tu".
Mungkin ini agaknya mindset golongan ketiga ini. Mereka cukup anti pada buku indie.


tak mahu komen panjang.



Status buku Indie dalam masyarakat

Buku indie ini boleh dikira agak baru dalam industri buku. Mungkin buku indie ini betul punya kekurangan, tetapi untuk menafikan bahawa mereka juga membaca unsur positif adalah tidak patut.

Kebanyakan orang mula membaca dengan komik. Anak-anak Sidek, Doraemon, Shin Chan, Chibi Maruko Chan dan bermacam-macam lagi. Tak kurang juga yang membaca majalah seperti Ujang dan Gempak. Jika difikirkan, buku seperti ini tidaklah begitu berfaedah kepada masyarakat. Malah, ramai pula pembacanya. Tetapi sedikit demi sedikit, yang membaca Doraemon mula membaca Novel. Yang membaca Ujang mula membaca Solusi. Dan begitulah seterusnya.
Adakah ianya satu kepastian bahawa mereka yang membaca buku indie akan upgrade pembacaan mereka kepada pembacaan yang lebih serius? Tidak, tetapi kita boleh berharap.
Malah, ramai juga mereka yang membaca buku-buku membina, merehatkan minda dengan membaca buku-buku ringan sebegini. Sekali sekala ketawa kan bagus juga.

Mungkin buku-buku indie tidak kaya dengan karya yang berunsur sastera, mahupun kritikal, tetapi mereka juga menyumbang. Ramai anak muda yang sudah hilang minat membaca, kini kembali membaca. Kalau dalam buku yang kita kata merepek ini, penulis meletakkan secebis ilmu, maka pembacanya secara tidak langsung juga telah mengutip secebis ilmu tersebut. Ini lebih baik berbanding generasi yang hanya melekapkan muka mereka pada gajet-gajet canggih sekarang.

Dalam industri buku Malaysia sekarang, sudah ada kategori baru. Dulu kita ada komik, majalah, akhbar, buku cerita (novel mahupun kumpulan cerpen), biografi dan buku kritikal. Sekarang kita ada buku indie. Atas sikit dari komik. Mungkin itu tangga baharu yang perlu ada supaya masyarakat kembali bertatih membaca.

Tambahan pula (macam karangan Bahasa Malaysia pulak), banyak juga buku indie yang bagus. Kita ada Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang, kita juga ada La Adri, juga Pedagogi Bahasa Tertindas dan mungkin banyak lagi.

Penerbit buku mainstream seharusnya tidak memandang enteng penerbit buku indie, malah mengambil iktibar. Kalau kalian sebagai penulis merasakan bahawa buku indie ini tidak banyak manfaatnya, maka silakan tulis karya yang menarik juga bermanfaat dan sila hantar manuskrip anda ke penerbit-penerbit ini. Banyak bunyi, usaha tak ada, tak guna juga.

Kepada para penggemar buku, mungkin buku indie bukanlah kategori kegemaran anda. Tidak mengapa. Bacalah buku mengikut kegemaran masing-masing. Jangan pula dicela buku orang lain.
Mungkin buku yang kita baca lebih ilmiah, tetapi mereka yang membaca buku yang lebih ringan itu lebih mulia. Yelah, baca buku ilmiah sikit dah berlagak hebat. Tak ke riak dan ujub namanya tu?


Akhir sekali, baik baca buku indie, komik, dari tidak membaca langsung.
Majulah industri buku untuk negara.
#KMZ

nah baca x-ray kalau dah malas sangat nak baca buku.

luls.

Sep 28, 2014

Rebiu buku: Negeri Para Bedebah

Assalamualaikum uols.

Huh. dah dua minggu habis baca buku ni, baru nak tulis rebiu penuh. apakan daya, aku tengah buat attachment sekarang. memang bizi gila hari-hari. so, rebiu ni mungkin tak berapa nak lengkap sangatlah. aku pun bukan ingat sangat, sebab lepas habis baca buku tu, aku dah habis baca dua buku lagi. lama sangat dah wei. haha.

Negeri Para Bedebah

Tere Liye. nama seorang novelis yang aku tak biasa dengar. almaklumlah, penulis adalah orang seberang (Indonesia). Sebelum ni, aku pernah baca tulisan-tulisan habiburrahman el-shirazy dan buku bertajuk labirin kematian kalau kat mesia namanya lorong kematian) sahaja.

dan buku ini buat aku jatuh cinta dengan penulisannya.




Sejujurnya, aku tak tahu gaya penulisan beliau boleh dikira berunsur sastera atau tidak. tapi tidaklah terlalu pasar. yang itu aku agak pasti, sebab aku boleh baca dan memahami apa yang ingin disampaikan, walaupun kadang-kadang ada juga beberapa perkataan bahasa indonesia yang aku tak faham.

macam rekayasa. hehe.

Gaya penulisannya yang tidak terlalu berat dan straight to the point, membuatkan pembaca mudah untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. kecuali apabila watak Thomas bermonolog atau bercerita tentang ekonomi, ha, masa tu kena struggle sikit. tak faham bukan sebab indonesia, tapi kerana jargon-jargon ekonomi yang dilontarkan secara selamba, menampakkan bahawa watak utama benar-benar pakar ekonomi.


dari sudut penceritaan pula, Tere Liye layaklah dipuji hingga ke langit. cerita tentang seorang pakar penasihat ekonomi yang cuba memanipulasi orang-orang yang mengawal ekonomi Indonesia demi menyelamatkan keluarganya, sekaligus membalas dendam kesumat yang telah lama beliau pendam. pergerakan cerita yang tampak tergesa-gesa membantu pembaca turut merasakan debaran yang dilalui oleh watak utama. buku yang agak tebal ini sebenarnya hanya menceritakan tentang peristiwa-peristiwa sekitar tiga, empat hari (dan flashback, ofkos). jalan cerita disusun dengan cantik dan menarik. membuatkan aku nak mengumpul semua tulisan beliau. yeahh dah ada penulis kegemaran dari indonesia!

*Oki Setiana Dewi bukan penulis kegemaran aku. dia bini orang. ah, masih sedih.


Kesimpulannya, bagi mereka yang tiada masalah dalam memahami bahasa indonesia (bukan bahasa jawa, harap maklum), maka mungkin anda boleh mula membaca karya-karya Tere Liye.memang lepas ni aku rajin kirim kat alip lah. haha.


Itu jelah. Esok, lusa, tulat, tulip, aku tulis pasal seyogia pulak.

wassalam.

Ok itu jelah.

Aug 18, 2014

Ulasan buku: Denyut Kasih Medik

Salam uols.

Booo. orang dah lama baca, dia baru nak buat rebiu.
Apakan daya, dulu ada buku ni tapi hilang tah mana orang pinjam. So, bila jumpa semula buku ni, niat nak habiskanlah, sebab orang kata best. Ye ke best? Hurm.

Ok, macam aku pernah kata (untuk yang familiar dengan blog aku lah), aku selalu menilai satu-satu karya pada 3 aspek utama ni - bahasa, jalan cerita dan nilai murni. satu-satu novel yang bagus bagi aku adalah apabila dapat memenuhi sekurang-kurangnya dua elemen tadi. tapi novel yang lagi mantop adalah bila ketiga-tiga elemen tersebut kuat.oh, gian nak baca novel macam tu.


okay okay. kena tulis cepat. sejam lebih lagi nak kena pegi airport, balik mesia. yeay. haha.

Denyut Kasih Medik.


1. Gaya Bahasa

 Aku taknak ulas panjang tentang gaya bahasa atau bahasa yang digunakan dalam novel ini. Bahasa yang digunakan tidaklah terlalu sastera, lebih sesuai agaknya dipanggil bahasa 'skema', macam jaman-jaman SPM dulu. Tiada perkataan atau frasa lunak yang digunakan, seperti dalam novel Faisal Tehrani, atau contoh terdekat, Kak Munirah.

Tetapi dari sisi pandang lain, bagus juga. Tidak ramai orang menggemari karya yang terlalu sastera. Sakit kepala, katanya. Tak faham. Bahasa yang mudah sebegini walaupun agak 'skema' sekurang-kurangnya menjaga tatabahasa. Dengan lambakan buku-buku indie sekarang, aku agak risau kiranya tatabahasa tidak lagi dititikberatkan dalam penulisan.

Blog aku ni lainlah.

So, apapun, tahniah buat penulis kerana menjaga bahasa ibunda anda! Isteri pun novelis besar. Kalau tak jaga tatabahasa, dayus! Tibe. Gurau je.



2. Nilai Murni

Mungkin tak ramai yang baca novel kisah pada poin ni. yang penting, baca, best. tapi tak bagi aku. Sebab aku tak reti nak baca buku macam Intelektual Masyarakat Membangun, dan buku-buku intelektual yang lain. Berat sangat. Jadi, banyak maklumat, pengajaran dan fakta, aku dapat daripada novel. Terutama karya-karya Faisal Tehranilah.

Dalam novel ni, satu benda yang sangat aku puji adalah kesungguhan penulis untuk memuatkan unsur-unsur Fiqh Perubatan. Satu usaha yang sangat mengagumkan. Kita kekurangan karya yang menceritakan kehidupan seorang doktor, tapi kita lagilah ketandusan karya yang menceritakan tentang Fiqh Perubatan. Satu nilai tambah yang penting untuk masyarakat.


3. Jalan cerita

Ha. Yang ni kena cerita panjang sikit.

a) Semudah itukah menjadi Daie? Rawat budak merempit, suruh diorang berikrar takkan buat lagi, terus diorang buat. Really? Pernah jumpa mat rempit tak? Pernah tengok diorang angkat tangan nak ikrar? Ridiculous.

Lepas tu semua orang Muslih ni nak sound. Rilekslah. Dunia tak seindah dunia tarbiyyah kita. tak semua orang kenal usrah, kenal tarbiyyah. Nampak member dating, terus nak nasihat. kalau aku jadik kawan dia, aku pun rimas.

Seolah-olah satu point yang sangat kontradik dengan cara berdakwah dalam Tautan Hati karangan isteri beliau. Anak solehah kaw-kaw, mak steady. takde pulak si anak tu tegur sana-sini.

Bukan apa, bagi aku teguran yang paling baik adalah melalui teladan akhlak. Bukan tak boleh menegur, tapi kadang teguran boleh membuatkan mad'u rasa kita ni berlagak, macam lagi bagus dari dia. So, berhati-hatilah dalam menegur.



b) Sangat sikit unsur romantik dalam novel ini. Bagus. Tapi bila ada unsur romantiknya, naik geli aku. Waktu bermanja dengan isteri, aku tahan lagi, tapi bila baca ada part suap-suap bagai, depan tetamu lagi, peh, agak-agak la der. Kalau aku jadik tetamu, dah baling pinggan (ni marah ni. haha)

Ok lah. aku bukan apa. Bagus, sekiranya ramai penulis cuba mengurangkan unsur cinta dalam novel, dan cuba menerapkan bahawa bercinta lepas kahwin lagi bagus. Tapi tone it down a little lah. Aku risau yang tak mampu kahwin pun, bila baca, mengada nak kahwin. Result SPM pun tak dapat lagi.



c) Mana klimaks cerita ni? Tiba-tiba kena pergi Sabak. pastu habis. Mana konfliknya? Mungkin ketika kawan-kawannya mengalami krisis dan Muslih cuba membantu. tapi tu konflik kawan dia, bukan konflik dia.

Then again, susah nak buat konflik kalau wataknya sempurna macam ni.



Kesimpulannya, buku ni bagus. Tetapi tak ramai orang boleh relate. budak-budak so called 'DnT' mungkinlah boleh relate. Tapi bukan semua orang tak pakai seluar jeans. bukan semua orang pergi usrah. Cuba kita dekati masyarakat sebenar. Tidak sempurna macam suasana tarbiyyah kita.

Jalan cerita yang terlalu idealistik macam ni, bukan kegemaran aku. aku realist. Tapi bolehlah kalau kita menjadikan watak Muslih ni sebagai satu kayu ukur muslim yang kita nak jadik.

wallahua'lam.

pasni nak baca buku apa pulak ye?



Jun 3, 2014

Dilema seorang pembaca

Assalamualaikum~



Wui aku hapdet siak. haha. Internet ada, kemain. Hapdet belog lagi.


Selalunya aku bila isi borang, akan sampai ke satu soalan. Hobi. Dan jawapan aku kompem baca buku. Mungkin itu hakikatnya empat, lima tahun yang lalu. Sekarang? Setahun tak sampai sepuluh buku. bayangkan, masa 2011, aku tak baca satu buku pun! Ok, buku medik tak kira la.

Sejak ke Mesir, then dapat laptop sendiri, kemain. tak baca buku dah. Marathon series boleh pulak. Marathon House, Friends, HIMYM, TBBT, Scrub, Royal Pains, Modern Family, Glee pun aku marathon jugak (ni zaman gelap. aku regret jugak la tengok glee. hahaha).
tu belum kira bila beli laptop baru. makin canggih. ASUS N56. Kemain. Lepas satu game, ke game lain. dulu masa laptop cikai, yelah, plant vs zombie jelah aku boleh main. Sekarang? menunggu-nunggu jugaklah nak siap donlod Watchdog. huhu.

Betapa hidup aku ni makin lama makin downgrade.

Mujur jugaklah ada Kelab Membaca Zagazig ni. Walaupun KMZ sekarang banyak halaqah je (tak membaca sangat pun), tapi sekurang-kurangnya KMZ dah berjaya trigger balik aku untuk membaca. aku sedar, membaca sangat penting. kenal pulak kawan-kawan yang kat rak buku masing-masing ada karya-karya Al-Attas, Budaya Ilmu la bagai, aku jadik insaf. bila pulak aku nak sentuh buku-buku falsafah, atau buku-buku ilmiah macam ni? asyik-asyik novel je.

dan kalau dibelek-belek semula buku-buku yang ada di rak aku, paling ilmiah pun aku rasa novel Faisal Tehrani. tu pun novel jugak.

Maka aku pun mulalah cuba untuk sentuh buku ilmiah, bukan buku cerita lagi. Buku pertama aku rasa aku baca adalah Jalan Perhambaan, dicadangkan oleh tuan ostat Hilmi al-Urduni, beli kat Kinokuniya.

WAIT. No.

Buku pertama yang mengetuk minda aku dan mengingatkan semula kepuasan membaca adalah buku Pengalaman bertuhan, juga dicadangkan oleh Hilmi. banyak jugak buku yang dia cadangkan. Alchemy of Happiness, karya Al-Ghazali, dengan elemen sufism pun dia jugak yang cadangkan. Alhamdulillah. Ya Allah, banyakkanlah lagi kawan-kawan yang macam ni untuk aku.

Buku ilmiah dengan novel lain perasaan yang hadir ketika membacanya.
Baca novel, kalau ringan, macam Awek Chuck Taylor, sehari boleh habis. tadehal. kalau berat sikit, karya Faisal Tehrani atau Pak Samad, mau seminggu jugaklah.

Tapi kalau baca buku yang berat, yang berunsur fakta, esei, ilmiah, kritikal, masa membacanya boleh memakan masa sebulan dua walaupun hanya setebal 100 muka surat. aku baca satu bab, berenti. baca semuka dua, berenti. tak larat aku nak absorb banyak-banyak. kena pulak tak datang rasa eksaited nak teruskan membaca sebab takda saspen macam novel. Haha. kena saspen untuk setiap bab macam Tunggu Teduh dulu, baru tau penat.

Tapi kalau nak compare kepuasan, fuh, buku yang susah nak habiskan nilah beri kepuasan yang lagi dahsyat. Ini la kot sebab golongan macam Hilmi, macam Hanif baca buku macam ni. belum kira lagi bebudak ABIM. Tengok list dekat Goodread memang menakutkan. Gila dahsyat buku masing-masing.

OK. Nak dijadikan cerita, lepas tak habis-habis lagi baca buku pasal Ibnu Khaldun, aku stop sebab penat, plus buku tu bahasa inggeris. aku ni lemah sikit kalau bukan bahasa ibunda. huhu.
Kemudian aku berbalik kepada novel. Tuhan manusia, karya Faisal Tehrani, terbit pada tahun 2009. Waktu tu aku tak habis sekolah lagi.

Tuhan manusia satu buku novel yang bersifat intelektual. Kalau aku baca buku ni masa Form 5 dulu, kompem sakit kepala. Ada la hikmah jugak aku baru baca sekarang. Cerita soal pluralisme, sekularisme, manalah aku nak faham. masa sekolah dulu seronok lepak dengan member je.

Usai baca buku tu, habis segala vocab bahasa melayu aku datang balik. Sebelum ni aku ada mula nak tulis novel, cuba-cuba jelah. bila aku tengok balik, ya Allah bahasa Melayu aku. Santai harom. Ni Mesti penangan Lejen Press ni. Haih. Sangat bukan aku.

Ok, then lepas habis buku tu, aku pun mulalah baca Aku Hamasah As-Syabab. Aku dapat agak buku ni ringan, sebab tu aku pair kan dengan buku Ibnu Khaldun tu. pegi kelas bawak buku berat supaya terpaksa baca, kat rumah baca buku ringan macam ni.

Tapi aku silap. Buku ni bukan ringan. Tapi terlalu amatlah ringan. Aku baca sambil berkerut dahi memikirkan keringanan buku ni.

Ahhhh. Now I know perasaan orang yang baca cerpen aku kat dalam Kopi-Ah. Hahaha. Begini rupanya~

Aku Hamasah As-Syabab

Buku ni simpy ringan sebab ini adalah coretan penulis dalam blog dan laman fesbuk peribadi beliau. So, logiklah ringan. cuba aku bukukan tulisan-tulisan aku dalam blog ni. Peh. Mau publisher koyak baca manuskrip tu nanti. haha.

Dengan kulit buku yang keras, kertas berkualiti sebab tebal (seriously, aku husnuzon diorang pakai kertas recycle je sebab kaler kertas tu kuning-kuning sikit. kalau tak, memang aku terkilan laa. mahu sepokok jugak depa guna untuk satu buku kalau camtu. huhu), dengan penanda bukunya kemain kau mak jah, buku ni almost perfect pada penampilannya. Kalah la PTS punya desain.

Desainnya yang konon osem ni bagi aku terlalu melebih-lebih, bila nak compare dengan isinya yang bagi aku terlalu santai. Ya, aku kagum dan aku puji usaha mereka yang menerbitkan dengan kualiti yang sangat, wow. Barulah muslim yang osem, buat benda, buat betul-betul kan.

Tapi seriously. Bayanglah, lepas baca buku Faisal Tehrani yang almost pure intellectual, masuk pula kepada buku yang ringan macam ni. dengan ucapan 'sayang' berkali-kali kepada 'akhi' beliau atau watak zaujah dalam penulisan beliau sambil berbaring di paha zaujahnya, ah seriously, aku tak boleh.

Bagi aku, zaman jiwang tarbiyah sudah berakhir. Bukan tak boleh main suap-suap dengan member, tapi agak-agaklah. Panggil member akhi, ok lagi. tapi sayang? Seriously dude, panggil bro pun cukup ukhuwah dah. At least bagi aku lah.

Bukan aku nak kondem penulis. Tapi bagi aku cukup-cukuplah zaman honeymoon dalam tarbiyah. Umur-umur belia macam ni sepatutnya dihabiskan dengan isu-isu yang lebih kritikal, bukan lagi ukhuwah. sepatutnya dah setel dah fasa tu. Sekarang fasa turun padang, dekati masyarakat, kenali bahasa masyarakat.

Masyarakat jauh daripada Islam. Kita seronok dalam kelompok 'islami' kita.

Eh, tapi ni aku tak kata kat penulis. Aku yakin dan percaya, beliau ni bukan calang-calang orangnya. Peribadi mulia, Ayat quran kat bibir sentiasa, humble pulak tu. Kompem lu macam ni kan, Afiq Sazlan.

Cuma, bagi aku, aku tak selesa dengan stail macam tu. Dulu, ya. Jaman sekolah.

Atau mungkin hati aku yang makin gelap. Erm. Ya kot. Hati aku yang makin kotor, sebab tu rasa pelik bila baca benda camni.

Apapun, aku habis jugaklah baca buku ni. Alhamdulillah. Pengajaran banyak je. Nak tau, kena bacalah wei. mana boleh spoil.

Masuk pulak ke buku sekarang yang tengah aku baca. Denyut Kasih Medik.

Denyut Kasih Medik

Ulasan Fatimah Syarha, bagi aku satu statement yang over jugak, bila aku dah mula baca buku ni. Aku dah la kagum dengan karya Tautan Hati beliau. So, aku macam terpedaya sikitlah kan.

Dr. Farhan Hadi, walaupun beliau seorang figura dalam bidang perubatan yang aku kagumi, tapi tulisan beliau biasa-biasa saja.

Dulu masa aku nak hantar karya ke Telaga Biru, diorang taknak terima sebab kata orang tak baca cerpen-cerpen ni. novel pun depa takmau terbit dah.

Nampak tak dabel stendednya. Buku ni boleh pulak? Taklah aku kata karya aku lagi bagus, tapi diorang tak consider sikit pun nak tengok dulu, terus tolak. Hurm. Sabar jelah.

Apapun, setakat yang aku baca, aku enjoy je buku ni. Tak habis baca lagi. Cuma aku rasa agak ridiculouslah bila si doktor pesan je, pesakit dia terus ikut. Amboi, senang betul jadi daie.

"saya nak adik janji dengan saya, lepas ni jangan buat lagi."

Seriously, macam tu je?

Realitinya, dakwah tak semudah tu. Aku rasa Dr. pun tahu perkara ni. Cuma aku sebagai pembaca rasa tak puas sebab tak realistik, bagi aku.
Cerita pun agak straightforward, tolak tepilah banyak orang kata watak utama terlalu perfect (aku senanye agak annoyed dengan watak utama. skema sangat. haha).

Tapi bagaimana penulis cuba menyelitkan unsur fiqh ke dalam setiap masalah, bagi aku mengagumkan. Dan mungkin ini jugalah poin utama mengapa buku ni femes emes.

Bagi aku, pengalaman membaca aku macam in between Dora the Explorer dengan The Men Who Built America. Banyak sangat info dan panduan (macam Dora), sampai boleh jadi dokumentari (tapi tak seosem The men who built america). Tapi still best. Banyak jugak Fiqh Perubatan yang aku belajar, Alhamdulillah.

Sebenarnya, apa poin aku tulis panjang-panjang macam ni?
Hurm, kesimpulannya kurang lebih beginilah kot.

Aku sebagai pembaca kadang-kadang dilema dengan karya yang hangat di pasaran sekarang.
Top Ten yang laris, buku chenta. Kalau islamik, sama jugak, 'chenta tudung-kopiah'.
Kalau tak, buku yang terlalu ringan macam Aku Hamasah As-Syabab dan Denyut Kasih Medik.

Aku rindu zaman lambakan novel berisi padat seperti tulisan Faisal Tehrani, Isa Kamari dan lelain. Penarikan dari sudut sastera dan jalan cerita dengan plot twist membuatkan aku nak baca. Dalam masa yang sama, penulis memuatkan pelbagai ilmu walaupun itu hanya sekadar buku cerita.

Bila baca buku Faisal Tehrani, aku ingat balik kenapa dulu aku menulis. Kenapa aku suka sastera.
Sekarang buku cerita kat pasaran Malaysia dilambakkan dengan buku-buku untuk noob. Ultra santai. Hilang elemen sastera, hilang elemen penceritaan yang bagus.

Aku kalau baca novel, tiga elemen yang aku titik beratkan.
Jalan cerita,
bahasa,
ilmu.

Selalunya buku terbitan Lejen Press, Fixi, jalan ceritanya mantop.

Buku macam Denyut Kasih Medik, ilmunya dasat.

Tapi aku ni demand sikit. Aku kalau boleh nak at least dua elemen daripada tiga ni.

Macam buku Kak Munirah, Qasidah untuk Kekasih, bahasanya dasat, ilmunya masyaAllah, padat.

Lagilah aku rindu nak baca buku macam Manikam Kalbu. Perfect. Jalan cerita, bahasa, ilmu.



So, ya, aku dilema.

Novel apa aku nak baca lepas ni.

May 21, 2014

Selamat buat cekgu


Sempena hari guru yang lalu.
Izinkan saya berkongsi tulisan saya yang dahulu.




Duhai cikgu,
masih ku pegang mutiara gurumu itu,
secebis ilmu aku pasak di dada,
biar teguh pendirian,
tidak berganjak walau ditentang badai.



Masih jelas di kotak mindaku,
saat kau mengajarku sebidang ilmu,
kelak menjadi pedoman,
saat aku keluar mengenal dunia nanti.



Dan kini, aku di sini,
mengecam dunia, menghadam realiti,
dunia tidak seindah yang disangka,
onak dan duri mencengkam rasa,k
adang duka mencalar hiba,
tapi aku teguh, 
aku teguh,
kerana mutiaramu aku simpan kukuh.



Kata kau, guruku,
hai anakku,
berbaktilah pada ummah dengan ilmumu,
sesungguhnya kau harapan kita,
sesungguhnya kau adalah Hamka,
kau juga bernama bijaksana,
kelak nanti kau akan sedar,
bahawa dunia ini tidaklah lama,
dan kau kira-kirakan,
berapa banyak bakti kau untuk ummah telah terlaksana,
atau hanya sekadar mimpi semata,
yang kau lakar di kertas, seperti senarai yang takkan selesai?



Ya, aku pegang kata-katamu itu sedari dulu.
Hari ini mungkin aku bukan siapa-siapa.
Tapi besok lusa akan aku pastikan kau berbangga,
akan kau sorak “hei dunia, itu, itu anak muridku di sana,
berdiri megah menjunjung syariah,
menyemai bumi dengan kebenaran tuhan.


Kalau mereka bertanya apa rahsiaku,
akanku katakan ia adalah mutiara guruku,
saat dia membekalkan aku dengan secebis ilmu,
cebisan itu lebih berharga berbanding emas yg bisa cair dengan api dunia,
tetapi ilmu ini tidak akan mati sampai akhir dunia.




Hai guru,
aku tidaklah pandai mencorak kata,
bak A Samad Said yang mencari ilham di kedai kopi,
atau bijak menyusun kata seperti Faisal Tehrani,
tidaklah hebat melukis kayak Leonardo da Vinci,
atau hebat menyanyi seperti Al-Farabi,
aku hanya picisan di atas bumi yang luas,
berbekalkan mutiaramu akanku menjadi besar,
dan akanku buktikan bahawa ummah ini akan terbela,
bukan kerana aku!

Tetapi berkat mutiara guru.

Jan 5, 2014

Hang Kapiaq!

Salam. er, satu agama (dah lapuk).


Belakangan ini timeline saya di FB (foreign body) kecoh dengan JAIS 'serang' Kristian dan Benz Ali 'munafik'.

Haruslah kot saya beritahu bahawa sebelum saya menulis, sudah beberapa kali saya menggeleng kepala, sejak semalam.

Saya geleng kepala kerana resah. Resah melihat pendapat dan 'pegangan' yang dilontarkan oleh saudara Benz Ali. Sejujurnya saya tidak bersetuju dengan kebanyakan perkara yang disebutkan oleh beliau, tetapi saya tidak berniat untuk memberi komentar dalam hal itu.

Cuma saya risau, adakah ramai manusia seperti beliau? Kerana tidak silap saya, banyak perkara yang disebutkan oleh beliau menyentuh bab akidah.
Adakah ramai umat Islam yang skeptik terhadap 'geng usrah tarbiyyah' yang mempunyai suara hati yang serupa?
Adakah akidah saya juga begini?

Nauzubillah. Saya harap tidak.

Saya geleng kepala kerana risau. Selepas ini, diskusi-diskusi ilmiah akan dipandang sinis dan jelek oleh masyarakat. diskusi sebegini akan dijauhi, dan tidak dimakmurkan, dengan alasan kononnya diskusi ilmiah yang membincangkan perkara kritikal melahirkan golongan yang berfikiran liberal dan sekular.

Saya juga geleng kepala melihat pelbagai reaksi orang. Tajuk video yang saya lihat menyebut beliau sebagai seorang munafik, hina nabi dan sebagainya.


Mudah untuk kita menuding jari dan mengkafirkan orang. Bahkan lebih mudah untuk melakukannya di FB.
Tetapi bukan itu suruhan nabi. Kan?

hang kapiaq!


Sebenarnya ini adalah tamparan buat kita.
Konon-kononnya tahu agama.
Konon-kononnya berusrah.
Konon-kononnya ke kuliah agama.
Konon-kononnya berjemaah. berukhuwah. bertarbiyyah.

orang seperti mereka ini lahir kerana mereka berfikir. ya, mungkin, apa yang mereka fikir dan pegang tidak betul. atau setepatnya, tidak kena dengan pendirian kita.
Lalu lahir figura-figura yang berani menempik suara mereka ini biarpun berbeza ideologi dengan masyarakat umum.
Kita cukup kenal dengan nama seperti Kassim Ahmad, Irshad Manji, dan macam-macam lagi.

Kita tuduh mereka sosialis, liberal, KAFIR, anti-islam, sekular, sesat dan berbagai-bagai lagi.

tetapi jika ditanyakan kepada kita, apa itu sosialis, kita tergagap ingin mencuba menjawap. Sedang mereka ini fasih sekali berbicara soal ideologi dan perkara-perkara kritikal.

Kita yang kononnya punya fikrah islamiyyah yang jelas ini, selesa di dalam usrah berbincang soal-soal fiqh, akhlak dan ukhuwah saja. tidak berani menyentuh sedikitpun mengenai ideologi dan pemikiran seperti yang mereka-mereka ini baca dan bincangkan.

Kita tidak mahu membaca karya falsafah barat, tetapi adakah kita mengkaji dan membaca tulisan ahli falsafah Islam?

Kita katakan mereka ini berdiskusi tanpa disiplin ilmu (personally, saya juga berpendapat begitu), tetapi adakah ketika mereka berdiskusi, ada ustaz atau golongan yang faham agama turun padang bersama mereka untuk berdiskusi dan menunjukkan mana salah mana benar?

Bahkan kita yang konon-kononnya reti agama ini duduk di rumah, menghadap laptop masing-masing dan kafir-mengkafirkan manusia di FB.
Kemudian main game. Kemudian buka 9gag. Kemudian tonton filem.

Saya jemu melihat pergaduhan demi pergaduhan yang berlaku. Perangi syiah, perangi Kristian, Perangi liberal.

Kita ajak berperang dengan mad'u kita. Astaghfirullah.

di kala mereka yang kita kafirkan ini mencari ilmu, kita pula meninggalkan buku-buku dan sibuk leka bermain facebook.

Mereka, saya dan kita hanyalah manusia. Dan selayaknya bagi manusia itu mencari kebenaran. Mungkin mereka yang kita 'kafir'kan itu dalam perjalanan mencari kebenaran, lantas kita yang konon-konon lebih tahu ini tolak mereka ke neraka.

Seandainya benar mereka ini tersesat ketika perjalanan, jika benar mereka ini berdiri di tepian neraka,
maka anda, kita, yang tahu ini, pimpinlah.
bukan menghukum.

Mengkafirkan seseorang itu mudah.
Mengislamkan seseorang itu cabaran dan suruhan nabi tercinta.

Pilihlah.

*Dulu masa on the way pegi kedah naik bas, pemandu bas tu marah sorang Arab ni (panjang gila kalau nak cerita apa jadik). Pastu orang Arab tu istighfar, selawat.
pastu pemandu tu mengamuk, "Hang muhammad muhammad apa? Hang kapiaq!"

Mudah sekali mengkafirkan. Hehe.