Pages

May 29, 2012

jauh di rantau orang

salam satu agama.

selalunya bila ada idea nak menulis, aku panjangkan rasa malas hinggalah lupa apa yang nak diceritakan.
dan bila rasa mampir untuk mencoret barang sepatah dua kata, idea tak datang pulak.



Allahu Allah.
kita ini benar perantau, dari daerah akhirat.

asal kita


saya teringat pesan seorang sahabat saya, kita ini asalnya dari Lauh Mahfuz, di mana fitrahnya kita ini tahu semua - apa yang baik, mana yang buruk, malah segala nama yang ada di dunia ini sudahpun diajari ketika itu, sebagaimana telah diajarkan kepada bapa Adam.

ketika itulah kita mengaku bahawa tuhan itu Allah yang satu, ketika itulah juga kita menerima mandat sebagai khalifah di muka bumi ini.

lalu kita diturunkan ke muka bumi ini tanpa bekal apa pun. baik ilmu, malah pakaian. benar-benar telanjang jasad dan jiwa. ketika itulah menangis sahaja bahasa yang ktia gunakan, ketika itulah kita benar-benar takut dengan segala macam ilmu yang kita ada, sirna begitu saja.

lalu kehidupan kita diteruskan.


ke mana destinasi kita?


mudah. kembali ke asal kita.
dan untuk menjawab persoalan ini, cuba tanya kembali diri kita, di mana asal kita?

jawapan pertama-- akhirat. ya, kita pasti kembali ke kota akhirat. entah bila masanya. samada bersedia ataupun tidak.

jawapan kedua-- kembali ke diri kita yang asal - sebaik-baik kejadian.


lalu suka saya ingin timbul persoalan seterusnya.
di mana kita?

for sure kita tidak tahu bila dan di mana kita akan kembali ke alam akhirat. dan sebetulnya, kita haruslah kembali ke alam akhirat itu dengan menjadi diri kita yang sebenar- sebaik-baik kejadian!

jadi, di mana kita?
bagaimana kita memenuhi tuntutan menuntut ilmu?
bagaimana usaha kita dalam membentuk semula diri kita menjadi sebaik-baik ciptaan?

susahlah!


di mana susahnya? adakah kembali kepada diri kita yang asal itu susah? kita bukan mahu menjadi orang yang baru, tidak, kita hanya mahu kembali kepada asal kejadian kita.




zohor tadi saya digemparkan dengan berita kematian ayah sahabat saya.
jujur, saya terkedu.
bagaimana kalau itu yang terjadi pada saya?
bagaimana kalau yang pergi itu, saya?

apakah saya bersedia?
ada tidak mereka yang akan mendoakan saya selamat di sana?
cukup tidak amal saya selama ini?
siapa sangka ajalnya akan sampai waktu ini.
siapa sangka.

Allahu Allah.

buat kita yang jauh di rantau.
sama susah, sama senang.
hulur-hulurkanlah bahu kepada mereka yang perlu.
sentiasa ada di mana mereka perlu.
sentiasa menasihati andai terkeliru.
perjalanan sang ayah sudah berhenti di situ,
tapi bagaimana pula dengan kita,
masih beribu batu.

apa yang termampu, hanyalah sekadar doa kepada beliau.
biar kita kelak yang menuruti turut sama-sama berjumpa di firdaus sana.
dan kita yang masih hidup, cukup-cukupkan bekal sekarang.
kerana kelak masa kita tiba, nauzubillah, kita masih tidak bersedia.

sabar, sahabat.
aku di sini.

May 7, 2012

cerita cinta.


ini cerita cinta paling..
pelik.
unik.

babak satu.

Gayah Curik Duit Simpanan Cheng, Latifah SangkuT Vas Sebelah Cermin Supaya Orang Lain SangkuT Vas seterusnya.

Cheng Cinta Sangat Rahimah Saidin Oleh Sebab Daddy Cheng Suka Sama Melayu.

*iklan. CERITA DITAJA OLEH uRTV dan LeVis.


babak dua.

Untuk Telefon Osman, Siva Lari Tengah Sawah. Violin Viva Sedap (misteri).
Cuba Lihat Tingkap Dan Carik Siva.
Disebab Siva Carik Line, Raju Suruh Viva Tolong Siva.


babak tiga.

Cuba Cucuk Sate Dan Cucuk Sosej Lalu Makan. Oh, My Little Baby~
Oleh Sebab Sate Masam, Opah Makan Gajus Cina Disebabkan Suka ChineSe Odour.


tammat.

eh, belum lagi.

*latar tempat.

cerita di tengah-tengah sibuk kota raya yang dibahagikan oleh dua pembahagi jalan, garis putus-putus yang berpisah di hujungnya, kerana ada taman yang berupa bentuk piramid yang memisahkan keduanya.

di hujung sebelah sana, bulatan pahang membawa masyarakat untuk belajar - sekolah. dengan struktur yang moden, dan dikawal oleh seorang sekuriti bertopi, masih juga terdapat mereka yang cuba ponteng. nah, tidak hairanlah kerana mereka berdua itu memang kaki ponteng sejak dulu. mujur, saat mereka mahu melintas jalan besar itu (katanya mahu ke hutan olive), mereka diselamatkan oleh kompetensi seorang penjaga jalan yang memastikan trafik terkawal dan tiada eksiden berlaku.

ok habis. huahua.