Pages

Feb 23, 2012

sarcasme.

salam satu agama.

oh, saya tidaklah tahu ada ataupun tidak perkataan sedemikian, 'sarcastisme". tapi pedulik hapa akan saya teruskan jugak entri ni.

sarkastik, atau bahasa tradisionalnya, perli memerli sebenarnya adalah satu tradisi. bukan ke orang dedulu suka main puisi dan pantun yang bernada sindiran, bernada pengajaran? jadi nak tak nak budaya ni mungkin perlu dikekalkan. hehe.

iyalah. sindir itu kesannya lebih power, dan kalau kena gaya, sarkastik ni tak melukakan hati orang, insyaAllah.


memang dah jadik tabiat kami-kami sekarang untuk main sindir-sindir. sindir tu, sindir ni. kadang-kadang sampai ada yang naik fedap. hehe. itu sindir manusia. gunanya untuk memberitahu kesalahan kita secara sinis.

sentap mak nak!

Sindiran Tuhan

tapi bagaimana kalau yang menyindir kita itu adalah tuhan? Kadang-kadang bila kita diberi nikmat, kita lupa. kita rasa "Alhamdulillah, ada rezeki aku nak menang motor ni. pakcik menang motoorr!!!"

mungkin jugak kita rasa itu adalah satu istidraj. kalau kita rasa itu istidraj, maka taubatlah. andai kata taktahu, maka pekata bersangka baik sama tuhan. itu nikmat, insyaAllah.

tapi cemana pulak kalau itu adalah sekadar satu sindiran, untuk memperingatkan diri kita sendiri?
saya nak bagi contoh, tapi janganlah annoyed pulak ye. ini sekadar nak cerita pengalaman. bukan nak bangga ke hape.

sekarang saya diberi tanggungjawab yang berat. Exco Dakwah. kena pulak ramai ahli-ahli kami bukan yang berlatar belakangkan sekolah agama. bukan nak kata diorang tak hebat agama! cuma mungkin ada perkara-perkara yang terlepas pandang untuk diambik berat ke hape kan.

persoalannya, layak ke tidak aku ni pegang jawatan tu? soalan berbalik kepada diri saya sendiri. ini bukan poyo muhasabah. ini namanya sedar langit tu tinggi ke rendah. sedar diri, awak tu banyak dosa! melangit!

tapi Allah meletakkan tanggungjawab tu pada saya. leyh? LEYH? sedangkan aku ni macam pokok tanpa buah. macam kari tanpa ayam. macam melodi tanpa irama. eceh. takdelah. nak katanya ada ilmu tapi kurang amal.

kena pulak tu, kami buat kelas Quran. aku ni bukan rajin mana baca quran. yelah, baca tu baca. tapi sedar, diri tu tak anggap berat pun amalan tu. kadang baca, kadang tak baca. tapi buat kelas quran?

Allahu Allah. mungkin ini sebenarnya adalah ujian tuhan. mungkin ini sebenarnya cara tuhan nak sedarkan aku. agak-agak kalau tak jadik exco dakwah, rajin tak baca quran? mungkin tak. agak-agak kalau tak jadik exco dakwah, rajin tak berpesan-pesan? huh, mungkin tak.

jadi Allah sediakan ruang untuk aku berubah. Allah sediakan wahananya (eceh) untuk aku mula melangkah ke arah positip. huh. tapi diri masih tak sedar-sedar lagi.

sampai ke tahap Allah memberi sindiran pada kita. "Abrar, kau konon baik sangat kan? ha ambik tanggungjawab ni. rasa sendiri."

padan muka.
Ingat, peringatan tuhan itu sentiasa ada. Buka mata kita untuk melihatnya.

Jangan sampai disindir tuhan. Sindiran tuhan bukan berbentuk satira. Sindiran Dia mungkin bermakna anda di sampingan neraka. nauzubillah.

wallahua'lam.

cak!

Feb 14, 2012

Dunia Tuhan

salam satu agama.



manakan sama suasana kampung yang damai di kedah, dengan pesona cantiknya pemandangan di pulau tioman, contohnya.

sungguh, dunia tuhan sangatlah luas. bagaimana takjubnya rasa melihat suasana padang pasir, tempat tinggalnya para nabi seperti Nabi Musa juga Nabi Harun, cukup menginsafkan. belum lagi dicampur dengan rasa kagum dengan indahnya pemandangan paya bakau di pinggir padang pasir di Ras Muhammad.

Allahu Allah.

sering saya berasa kecewa dengan 250LE yang digunakan untuk jaulah ini. iyalah, kami bayar murah sedikit daripada peserta. tapi wajarkah murah sedikit cuma, digantikan dengan kerja yang berganda?

apa perasaannya kalau anda memasak telur goreng seratus biji? apa perasaannya memotong roti dua ratus biji? apa perasaaannya periuk yang dibasuh kekal kotor dan kotor lagi?

ah.. muak! seakan nak muntah rasanya melihat telur-telur itu. bagaikan naik mual melihat periuk-periuk itu. sudahlah tidak sihat pula.
Allah.

menjadi AJK makanan sangatlah perit, lagi-lagi kalau program itu lima hari. jenuh!

tapi bukanlah saya ingin mengadu. bukanlah saya ingin merungut. saya terlupa, dengan 250LE itulah saya mengenal kehebatan sang pencipta kita.



siapa yang mencipta karang yang indah, pemandangan dasar laut yang mempesonakan?
siapa yang mencipta gunung-ganang dari batuan yang elok tersusun gagah?
siapa yang mencipta pantai jernih berombak damai menampar pantai?
siapa yang mencipta pemandangan paling menajubkan ini semua?
pastinya Allah sahaja.

dan siapa kata kita mampu membeli pengalaman?
dah menjadi rezeki saya untuk memiliki pengalaman berharga ini dengan 250LE, alhamdulillah.

jadi, terima kasih kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakan program jaulah 5 hari kita.. kalian terbaik.
terima kasih juga kepada Unit Osem (makanan) yang bagi kerjasama paling otai. sungguh, menjadi ketua kepada kalian itu sesuatu yang sangat pelik. aku mana layak woi.
dan terima kasih tuhan. atas pengalaman yang paling berharga ini. juga atas kelancaran program kami.

andai kata ada pihak peserta yang kurang berpuas hati dengan jaulah ini, kami minta maaf ye. pertama kali buat jaulah 5 hari, pasti banyak kurangnya.
kerjasama kalian juga sangat terbaik. tahniah!

saya hepi. anda?





wassalam.